" TRUST in Allah wont make the mountains smaller but make CLIMBING easier. DO NOT ask Allah for a lighter load, but ask Allah for a STRONGER BACK..."

Thursday, February 12, 2015

" Mulanya darah itu panas!"

"Hanya undang-undang syariah dapat beri keadilan sebenar dan penyelesaian kepada semua kekeliruan."-quoted



1998. Sepemulangan aku ke tanah air setelah hampir 2 tahun di UK. Bunyi loceng Big Ben, meriah manusia di Malaysian Hall,riuh gerombolan merpati di Trafalgar Square. Itu yang terngiang dan melekat di fikiran sepanjang bermusafir ke negara orang.



Pulang itu, aku masih kanak-kanak pra sekolah. Hujung fasa pra. Walaupun hnya sempat beberapa bulan berlari-lari, bergaduh dengan budak-budak lain, beli gula-gula nisan, makan dalam talam, belajar solat sama-sama. Hakikatnya, aku tetap hasil keluaran Pasti. Dari Pasti..shift ke Oxford Kindergaten, kemudian ke sekolah kebangsaan. Berbelit perjalananku.



Pulang ke tanah air, akhir 1998. Waktu itu aku kanak-kanak hingusan, sibuk main korek tanah bawah pokok mangga penuh kerengga di hadapan rumah. Namun, sisa-sisa laungan 'reformasi' masih kedengaran. Tahun berlalu. Petang-petang balik sekolah, letih dan bosan. Tengok kartun. Setiap kali aku selongkar laci cd untuk cari cd 'Tom & Jerry', pasti akan terpandang satu cd ni. Front cover gambar seorang lelaki. Tertulis perkataan 'Reformasi'.



Naik sekolah menegah, aku tinggal fully 5 tahun di asrama. Tingkatan 4, orang kata tahun 'honey moon'. Aku juga sempat rasa menjadi pelajar nakal. Nakal. Bukan jahat. 2008. Malam 15 september tahun itu, kecoh. Esok bakal menyaksikan suatu peristiwa besar. Aku masih ingat 'cakap panas', darah muda kami yang menggelegak malam tu. Riuh diskusi kami, di tepi tangga blok, di dalam gelap. Sekali sekala, panjangkan tengkuk. Intai-intai takut warden lalu.



Time tu, aku suka layan lagu Fix You. Bawa mp4, walaupun pengawas sekolah time tu.
Malam-malam, duduk menyorok tepi katil. Sumbat telinga, kemudian buka buku. Konon study. 2008 tahun darah muda aku mula menggelegak. Walaupun time tu gelegak tanpa arah, tetap manis untuk aku kenang. Selalu juga, aku ambil peluang balik hujung minggu, download video-video untuk kenyangkan curiousity aku. Apa benda 'reformasi' tu? Mata lebam? Sodomy? TPM dipecat? Apa jadi dengan Malaysia ni?


Selalu aku dan beberapa kawan, buat pawagam malam-malam time dah kena 'lights off'. Layan video yang download tu. Kami bersempit-sempit kepala, nak fokus pada skrin mp4 yang kecil tu. Sambil tengok, sambil ulas. Rancak.. Ulas ikut kepala kami sendiri. Kenapa itu, kenapa ini. Tak puas hati itu, ini. Pening dengan Malaysia. 



Habis sekolah, masuk universiti..
Masa berlalu..

Makin dengar..makin perhati..makin fikir..

Tak tipu, darah sememangnya makin gelegak. Membuak. Tapi alhamdulillah, gelegak makin terarah. 

Dan hari ini..siri-siri pawagam aku masih berjalan. 




"....dan pengadilan Allah itulah yang paling adil"

Moga diberi kesabaran pada orang-orang yang di zalimi.




Thursday, July 3, 2014

" Personaliti: Apa yang mendefinisikan anda? "

Personality.

Mungkin saya seorang yang ‘amateur’ untuk bercakap dengan lebih mendalam tentang topic ini. Namun, sekadar perkongsian dan pandangan yang terhasil melalui pemerhatian dan pengalaman. Juga hasil menuntut subjek psychology di tahun 2 perubatan ni.



Terdapat pelbagai teori berkenaan personality. Antara yang paling klasik dan popular, teori oleh Hippocrates. ‘ancient four humors theory’ atau ‘the temperament theory’. Sekadar penjelasan ringkas, teori ini mempercayai bahawa segala mood, emosi, corak berfikir dan tingkah laku manusia adalah disebabkan oleh “body fluids” yg digelar ‘humors’.

CHOLERIC

MELANCHOLIC

SANGUINE

PHLEGMATIC


Setiap satu daripada keempat-empat personality ini, punyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Ada karakteristik masing-masing. Dan lebih menarik untuk diketahui, setiap daripada kita punyai keempat-empat karakter di atas. Cuma, yang terzahir dari diri seseorang itu mungkin hanya 2 personaliti yang paling dominan. ‘1st dominant and 2nd dominant’. Dalam erti kata lain, setiap orang ada ‘blend’ personality masing-masing.

Yang membuatkan setiap manusia unik.


Secara ringkasnya, CHOLERIC  seorang yang bersifat pemimpin, cepat dan pantas dalam tindakan, tidak mudah terpengaruh, .. “THE DOER”..namun, mereka juga bersikap kurang sabar, kurang sensitif, tidak suka mendengar pandangan orang lain dan selalu merasakan diri yang betul.

MELANCHOLIC  seorang yang sangat organized. Hidupnya bersistem, semua disusun. Bersikap analitikal dalam setiap permasalahan atau isu yang dihadapi, juga seorang yang setia. Banyak berfikir dahulu, kurang bercakap. “THE THINKER”. Namun, kurangnya, mereka senang untuk tenggelam dalam depression, kadang-kadang terlalu banyak berfikir, tindakan lambat dihasilkan. Sensitif, mudah untuk kalah dengan emosi. Introverts, gementar bercakap di hadapan orang ramai. Suka menyendiri, malah sering sahaja digelar ‘anti-social’.

SANGUINE  pula, seorang yang sangat optimis, sentiasa ceria, motivated. Sentiasa berusaha mencari tempat di dalam masyarakat, sentiasa mencari keseronokan, ‘adventurous’. ‘the people’s people’. Juga seorang yang ‘pleasure seeking’.  Sangat ‘pro-society’, ‘extrovert’, ramah. “THE TALKER”. Namun mereka juga berhadapan masalah apabila tidak ada orang berdamping untuk menjadi pendengar,..kadang-kadang tewas kepada ‘keseronokan’ dunia..dan amat mudah naik bosan dengan sesuatu.

PHLEGMATIC seorang yang sentiasa tenang, diam. Sering menjadi ‘observer’ pada orang lain. Mereka amat mudah bertolak ansur dengan orang lain, punyai kesabaran yang tinggi. Pendengar yang baik, tidak banyak bercakap dan sentiasa didampingi ramai kawan.”THE WATCHER”. Namun, mereka juga kurang ‘enthusiasm’, terlalu memendam emosi hingga menyebabkan diri sendiri terkesan.

Uniknya manusia, setiap seorang punyai ‘portions from portion of each one of the personalities’.



Boleh jadi,

 ‘sanguine-choleric blend’

‘melancholic-choleric blend’

‘phlegmatic-melancholic blend’..

Dan banyak lg.

Kemudian, apa kesimpulan atau khulasahnya yang kita boleh dapat setelah belajar ilmu personality ini?
Bercakap atas dasar seorang ‘da’ie’, seorang Muslim yang sememangnya wajib atasnya untuk berdakwah, menyampaikan Islam..sebarkan kebaikan, halang keburukan. Setiap waktu kita bermain dengan makhluk Allah, sama spesies dengan kita iaitu MANUSIA.

Pada pandangan saya, WAJIB bagi seorang Dai’e itu hadam ilmu sebegini. “the art with people”. ..perlu pelajari bagaimana caranya menyentuh hati manusia, sentuh mereka..tarik ke arah kebaikan, kepada ISLAM. Apabila kita kenal seseorang, kita teliti dan analisa personalitinya. Kita trace kelebihan dan kekurangannya. Maka dengan maklumat itu, baru dapat kita plan pendekatan, strategi dan uslub yg unik,eksklusif, yg terbaik..khas untuk dia sahaja. Kerana setiap manusia itu berbeza.




Berurusan dengan manusia..
tersilap cara..buruk padahnya..
Kita boleh lega sahaja,..
Namun kelak imej ISLAM yang tercela.

HIKMAH itu barang yang tercicir daripada orang MUKMIN’

Bersama kita manfaatkan ilmu pinjaman Allah kepada kita.

AMAL tidak boleh jadi tanpa ILMU,..
Begitu juga ILMU tidak akan lengkap tanpa AMAL selepasnya.


Kawan-kawan, walaupun Psychology ini MINOR subject bagi kita, 50 markah shj..tp ia memainkan MAJOR importance for us as MUSLIMS.

Saturday, May 3, 2014

" Memori yang Menyemai PRINSIP "

Pernah suatu petang sabtu, ketika berada di cfs pj. sdg buntu berfikir. kepala dipenuhi persoalan "kenapa, bagaimana..tak boleh ke?.."
betapa serabut kepala ketika itu hinggakan tenggelam merenung ke padang hijau di luar kc.


tiba2, pintu diketuk..dan muncul lah kak illeya..
datang melawat adik2 ku kira. jujurnya berat hati menerima kunjungan mengejut itu, namun gembira bersua semula setelah lama x bertemu.

"kat sini mana ade tempat basuh kereta eh?"tanyanya.

aku menjawab, yg aku tahu, di stesen minyak shell berhadapan kfc, bersebelahan dgn MAHSA college ada tempat basuh kereta.

"jom teman akak pegi basuh kereta. dah lama x berbasuh.."ajaknya..

beberapa kali aku menolak, sbb mengagak sebenarnya beliau ada agenda lain ingin mengajakku keluar..tetapi last2, aku setuju juga untuk teman keluar outing skjp..
setelah aku selesai 'dibuli'nya (ironkan tudung)..kami pon bergerak..sementara menunggu kereta siap dibasuh, kami lepak sebentar di kfc.



tak tahan dgn ke 'awkward'an yg melanda, aku membuka perbualan yg sememangnya dinantikan, menanyakan semula persoalan yg pernah ku mesej pdnya sblum ni. persoalan yg membuntukan aku.
duduk berhadapan dgnku, dengan muka senyum (mngkn lega setelah aku membuka perbualan), sambil mengunyah wedges, dia memberikan suatu analogi.ringkas.
selesai hampir 15 minit, jengah ke luar. kereta sudah siap dibasuh. aku tenggelam, bisu berfikir. sepanjang perjalanan pulang ke cfs (kira2 8 minit sahaja),..dia memberi kesimpulan analoginya..

kesimpulan yg membuatkan aku tertampar..seakan waktu itu jikaku telan air liur sendiri..satu kereta boleh mendengar...
aku membisu sepanjang perjalanan. kami naik ke bilik,..dan aku terus rebah ke katil, menyorokkan muka ke arah dinding. berselirat maklumat untk aku hadam dan simpulkan di dalam kepala.

"ok tak?"...tanyanya.
dan aku menjawab sepatah.
dia melihatku, tersenyum.

"akk nak g ke lain plak ni"..
kemudian disarungnya kasut, dan ditarikkan tutup pintu bilik ku.
...dan hingga skrg aku cuba semat apa yg dia pesan pada aku..moga terus kukuh menjalar, membina perinsip seterusnya menguatkan diri ini..insyaAllah.
nukilan ini untuk Illeya Ibrahim..anda sebenarnya lagi kuat!! kerana anda mampu membangkitkn kekuatan dlm diri org lain di kala diri sendiri rancak diuji..

~dari kampung Salam, Zagazig. 5.25pm, 3/5/14

Tuesday, January 21, 2014

" Ikan keli Nil.."



Suatu pengalaman, tidak kira manis, indah, terharu, sedih, pelik atau sakit.. jikalau ianya suatu pengalaman yg melekat di memori walaupun setelah sekian lama, sememangnya ia suatu “life changing experience”…it’s the experience that made you, the way ‘who’ you are today..Despite how big or small people see those experiences. We are the ones that made through them,..so, to us they matter dearly.


Saja mahu menulis cerita. Siapa mahu baca, silakan..heh.
Pernah sekali, kami plan untuk ke ‘suk khubri’ di Zira’ah. Selesai sahaja kelas, keluar pagar Gama’ah, menuju ke jalan utama untuk ambil tremco. On the way ke jalan utama, perlu lalui jambatan, merentasi sungai Nil. Seperti biasa, jambatan yang merupakan laluan utama masyarakat Zagazig. Semestinya sesak. Sewaktu melalui jambatan, terpandang makcik-makcik nelayan di bawah jambatan. Memanggil-manggil kami dari atas perahu mereka yang penuh dengan hasil tangkapan. “ikan keli Nil..”, kata kawanku teruja. Aku juga..mana tidaknya, ikan keli ada sebesar lengan orang Arab, meliuk-liuk dalam perahu bersama dengan mak cik tersebut. 10 saat kami buat ‘pit stop’, meninjau jual beli nelayan Arab dari atas perahu dengan pembeli di ats jambatan. Menarik. Kami teruskan jalan. Berhenti lama-lama payah juga. Menyesakkan trafik, malah membahayakan diri. Buka ruang pada penoreh-penoreh beg untuk beraktiviti.


Sampai ke jalan utama, kami perlu ke seberang jalan. Trafik agak sesak. Manusia juga makin ramai. ‘peak hour’. Kereta, lori, motor, ‘tut-tut’, malah kereta keldai dan kuda. Juga tak perlu digambarkan riuh rendah alunan perbualan hon kenderaan dan bau-bauan yang memenuhi atmosfera. Aku masih tersenyum sendiri mengenang pemandangan ikan keli tadi. Baik, perlu focus untuk melintas jalan. Suatu fakta, cara melintas jalan di Mesir, jauh berbeza dengan di tanah air. Perlu ada kemahiran dan juga ‘nerves of steel’. Kalau tidak ‘steel’ pun, poinnya,..perlu keras bertahan. Sekurangnya tidak mudah bergetar apabila di ‘hon’ sekuatnya oleh arab.


Lalu, aku menganalisa ruang dan peluang untuk kami menyelit bagi melintaskan diri. Tiba-tiba tanganku ditarik, dipimpin melintas hingga ke seberang jalan. Selamat. Rupanya kawan aku.
Aku terdiam, kerana jujurnya terpana.


Dalam hidup aku, orang-orang yang aku ingat akan pimpin tangan ketika melintas jalan hanya segelintir. Apatah lagi apabila kita sudah meningkat umur, makin dewasa. Papa, mama..keluarga..
It’s an example of protective and caring manner.
Tersentak. Kami lalu dapatkan trem, meneruskan perjalanan. Sewaktu bersesak-sesak berdiri di dalam trem, terfikir.. selama ini, setiap hari apabila kami jalan bersama sewaktu ke kelas dan lain-lain, ketika nak melintas jalan, I will be on my own. Jalan clear, ada peluang nak menyelit melintas,.. aku terus. Selalu terfikir “tarik je tangan kawan tu, melintas sama-sama. Kereta laju-laju, bahaya tinggal kawan sorang-sorang sendiri..”..tapi hanya berlegar dalam kepala. Kenapa tidak ditindakkan?
Haha..jawapannya. EGO..


Hingga saat ini, setiap kali perlu melintas jalan, aku tidak faham kenapa kedua-dua tanganku diseluk ke dalam poket ‘sweater’. Barangkali tunggu berakhirnya musim sejuk di Mesir ni, barulah tanganku tidak tahu mahu menyorok ke mana..


hanya sebuah cerita..




Thursday, January 2, 2014

"Buat Sahabat"




KATA JANJI (DIVINE)

Izinkan ku nyatakan kemaafan
Meluahkan kebimbangan
Andai ada kesilapan
inginkan perubahan

Berikan daku ruang kesempatan
Agar dapat ku buktikan
janji bukan hanya angan
pengalaman lalu jadi sempadan

Berjanjilah pada diri sendiri
Jangan mungkiri lagi
kata janji yang kau fahami

gambaran peribadi

Ingatlah tiap kata yang terucap

tidak sia-sia
kelak akhirnya kau ditanya
di akhirat sana

Berjanjilah kau pd kebaikan
bertolong ntuk ketaqwaan
bersama dalam kebenaran
kerna ini ciri mukmin sejati

membawa panji ilahi
kata dusta dijauhi
jangan kau mungkiri
jangan kau dustai

kerna Rasul pernah bersabda
janji dengan khabar berita
hanya yang benar saja
penuhi tiap janji kita

kerna Allah ada segalanya
jangan kau mungkirinya

kata janjimu..

Wednesday, December 25, 2013

" u are PRO or ANTI-Coup?.."


Semenjak melangkah kembali ke bumi Mesir 3 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri lepas, banyak perkara telah berlaku. Mesir sewaktu aku di tahun 1,..lain dengan sekarang. Dulu sebelum pertama kali menjejakkan kaki ke sini, macam2 impression orang katakana tentang mesir. Banyak positif..banyak amat juga negatifnya. Namun, apabila memikirkan tempat yg bakal dituju, sebuah Negara yg baru sahaja bebas drpd cengkaman rejim menindas selama 30 tahun , kesan revolusi dikepalai golongan anak muda..revolusi yg menyaksikan pertumpahan darah berlaku..,di mana akhirnya rakyat mengangkat seorang pemimpin Islam, mengelola Negara mereka..bumi awal terbitnya kesedaran dan tindakan mengembalikan semula ke’izzahan dan kedaulatan Islam..bumi Anbiya’..
Teruja…

Rutin harian sesi akademik baru kami di sini..semenjak penggulingan tidak sah Presiden Mesir, Dr. Morsi..memang banyak berbeza. Jika hendak dibandingkan dengan sesi lepas. Terlalu banyak..
Setiap hari ke kuliah, pasti rentak dan lagu sama akn berdendang di telinga sepanjang hari..
Kebiasaannya., time kuliah..sayup-sayup kedengaran di luar rentak  familiar itu..makin lama, bunyinya makin kuat..makin jelas..hinggakan akhirnya meneggelamkan suara Dr yang sedang mengajar di hadapan. Banyak pandangan dan spekulasi pelajar2 malaysia terhadap perkara tersebut.




Boleh dikatakan setiap hari pelajar2 Arab akn berdemonstrasi di sekitar kawasan university. Agenda utama yg diperjuangkan adalah protes terhadap Peristiwa di medan Raba’ah al-Adawiyyah yg lepas..serta menuntut pembebasan beberapa sahabat mereka yg juga merupakan pelajar dari kuliah university. Mereka ditangkap dan dipenjara…tak dpt hadir ke kuliah, mengambil peperiksaan..malah ramai jga drpd pelajar2 yg dibuang university.


Pandangan peribadi,..jom kita fikir sejenak. Bayangkan situasi ini berlaku di Negara kita. Yang terbunuh, tercedera,..dianiaya dan dizalimi itu keluarga kita..sahabat2 kita..ataupun senang cakap. Diri kita sendiri.
Adakah kita akan berdiam diri..berpeluk tubuh..tak berbuat apa-apa??





Logically speaking..as a human being.. anda pastinya akn ada REFLEX.

Tapi REFLEX bukan sebarang REFLEX..
The REFLEX should be adequate, acurate and able.. to fix and face the STIMULUS.
Kalau belajar CNS..setiap stimulus yg badan kita terima..akn dihantar ke central nervous system dulu..untk diproses, analisa..kemudian keluarlah suatu Reflex yg berpatutan dengan stimulus tersebut. Bila nyamuk gigit dahi..gatal,merah..pasti kita akn tergerak tangan untk garu dahi..
Takkan pula pergi garu lengan..

STIMULUS itu ibarat situasi sekarang…
CNS = ilmu yang sohih, hammasah (semangat)..dan pengalaman
REFLEX nya insyaAllah baik.



apa-apa pun..

“Sesiapa yang tidak mengambil tahu hal ehwal umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka”
(HR at-Thobrani)
Hakikatnya, kami pelajar2 malaysia di mesir  dilarang memberi sebarang statement terhadap situasi pergolakan yg sedang berlaku di sini. Pro atau Anti Coup..sokong atau tentang..
insyaAllah untuk kemaslahatan bersama..

…kembali ke lecture hall kuliah..setiap rentak sorakan dan ketukan gendang..mereka memberi maksud dan perceptionberbeza kpd setiap pljr Malaysia yg mendengarnya. All that I want to say is..

“..cuba pejam mata..pekakkan telinga sebentar.kosongkan minda..ingt semula kita MANUSIA..dengan fitrah..ada ALLAH yg merupakan sebab UTAMA kita hidup..untk mndptkan REDHA ALLAH..kita hidup.tak lama lagi akn MATI.dan kemudian semua ini hilang.habis..DI MANA KITA skrg?..”
Ayuh perbaharui niat kita…MENGAPA kita HIDUP??!

“BE THE ONE WHO ONLY WATCHES, .. BE A PART OF THEM.. OR ONE WHO RESIST AND TRIBULATES”

Thursday, August 29, 2013

Sporo trichosis [part 2]- (non medical entry)

Ceritanya, ini tentang kucing sakit. 

Kucing liar, pendatang asing. Sakit teruk macam ni. Isunya, ialah how much are we up to it? Keseriusan kita nak merawat dan cuba bantu menyembuhkan. Sejujurnya, ia sememangnya suatu latihan buat diri. Terutama diri yang masa depannya insyaAllah, seorang bergelar doktor. Our passion, concern, determination and skills.  

Setiap hari, ada perkara baru dalam jadual harian. Bagi makan kucing yg dikurung di belakang rumah. Bagi makan ubat, kemaskan bekas najis kucing, spray ubat pada luka, dll..setiap kali aku letak ubat pulak, dia akn buat gerakan mcm kucing nk keringkan badan lps mandi..habis terpelanting terpercik segala kuping2 luka dan darah hanyir..dan semestinya, perasaan malas dan cuak tu selalu shj melanda.. "alah..kucing je pon"...tp, sebenarnya..sikap ni yang akn membentuk tindakan kita di masa hadapan. 


situasi 1:


(getting what's best)

selepas visit kami ke vet tempoh hari, dr tersebut beri sebotol cecair ubat kuning (iodine) untuk disapukan pada luka-luka kucing tu. sebagai disinfectant, bagi kurangkan jangkitan bakteria. Tapi, kami xsampai hati lihat kucing tu mengerang kesakitan dan menggelupur kerana pedih apabila disapu ubat kuning tu. Setelah di search online, kami dpt tahu daripada seorg yang kucingnya juga menghidapi sakit yang sama. Beliau syorkan agar apply antiseptik jenama Betadine, yg mana ada sedikit beza dari segi isi kandungan cecairnya dengan iodine biasa. Katanya Betadine kurang pedih, dan beliau apply betadine pd kucingnya yg sakit tu. Bezanya ialah Betadine sejenis povidone-iondine antiseptic,mengandungi anti-fungal soap. and less stinging. Iodine juga boleh dikurangkan kesan pedihnya, dengan dilution with water.

the thing is, when you go out to the pharmacies, u'll discover that Betadine is far more expensive than those regular iodine liquids.

tapi, bila pikirkan semula..it's just for the cat.


situasi 2:




(getting what's best)

untuk mengelakkan luka-luka di muka kucing tu jd lebih teruk, kami kena pastikan dia tak menggaru muka dan luka-luka lain. jadi, kami pergi pet store dan beli cat collar dan cone. Kami pakaikan pada kucing tu dan alhamdulillah, memang dia xdpt menggaru mukanya lagi. tapi nampak sedikit terseksa kucing tu, macam x keruan. ceritanya, pakaikan. kemudian 2-3 jam selepas tu, intai2 dah tercabut. cone tu pulak dah dipenuhi darah apabila dia berjaya menggaru lukanya. kami try pasang balik..tercabut lagi..
then, lepas dah 3 kali pasang-cabut, kami putus asa. mungkin sbb collar yg kami pakaikan tu jenis senang tercabut.so.. biarkan je xyah pakai cone. garu lah, kau nk garu sangat. plus, cone tu, sekeping harganya RM14.. - -"


isunya di sini,..cepat putus asa...n kreativiti..heh. padahal kalau pergi cari collar yang kukuh sikit, then try pasang lagi. Mungkin berjaya..heheh. dan tentang harga, tiba-tiba terpikir, cone tu boleh DIY. beli bahan di kedai stationary, n tekap template cone asal..cara nk jimat, ada sangat sebenanya..

and..then again...it's just a cat..we ought to take the matter not so seriously,..even though it's a living creature we're talking about.




situasi 3:




(Passion or skills?)

dulu2, time kami bela kucing hampir 15 ekor keliling rumah, ramai la kucing yang kena penyakit kurap-kurap ni. Suatu hari, papa jumpa spray ubat kurap di Giant. Beli. dan balik rumah try sembur pada kucing-kucing kami yang berkurap sakan ni. Semburan tu, apabila kena sahaja kulit kurap kucing ni, jadi berbuih putih.foam. dizzling..."sssshhhh"..alhamdulillah, surprisingly, lepas seminggu terus ok. kulit diorg jadi licin berseri. Bulu tumbuh lebat semula. Lepas2 tu, kami try cari lagi ubat spray tu, tapi sampai skrg x berjumpa.

baru-baru ni, study sikit tentang antiseptics. Ada macam-macam. Iodine, povidone-iodine, methyl-spirit, and hydrogen peroxide. Dan baca,..dan baca..action, effects dan lain2. dapat tahu yang hydrogen peroxide akn hasilkan 'foam' when applied onto minor wounds. how does it work?

wounds contain blood and damaged cells, which is high in th eamount of catalase. when applied onto wounds, H2O2 reacts with catalase, becomes water (H2O) and oxygen (O2)...air out and heals the wound faster.

so, terfikir untuk cuba alternatif ini pada kucing sakit sporo ni. memandangkan treatment dengan betadine tak menunjukkan progres yang memuaskan. Pergi ke Guardian, beli H2O2..prepare ikut dilution..

tp..tiba-tiba rasa tak yakin untuk sembur pd kucing. Bimbang aku "buat2 pandai"..improper treatment..
bimbang kerana semua ni hnya based on pengalaman dan pemerhatian. not actual facts..

Tapi last-last, aku sembur sahaja,..Bismillah, tawakkal 'alallah..
berbuih-buih lukanya..menggelupur..kesian juga melihat..

tapi, dalam hati.." takpa..ni kucing ja..kalau silap treatment ke pape,xde pe sangat la. Daripada takde buat improvement pape, lihat je kucing ni makin teruk.. baik try benda baru.."







and, ...untill this very moment...I still wonder...a lot. Muhasabah~


Sporo Trichosis [part 1]- (non medical entry)


Sporo Trichosis atau dikenali dengan nama penyakit kurap berdarah. Suatu penyakit yang common menyerang haiwan-haiwan peliharaan terutama kucing. Antara simptom mengenalpasti penyakit ini:




Pulangnya aku ke rumah di Kerteh, gembira melihat kucing kesayangan ceria dan sihat. Alhamdulillah. Cuma lainnya, sebab nampak tua. heh. Sebaliknya pula keadaan seekor lagi. Beliau ni kucing liar, datang ke rumah kami dan berkawan dengan kucing kami. Best friends. Malangnya bagi kawannya ini, badan penuh berkurap. Kurap basah, kelihatannya macam tiada tanda-tanda nak sembuh. Pada awalnya, kami biarkan aje, biasalah kucing liar, bergaduh sana sini. Patut pun dapat luka-luka kurap.

Tapi makin lama, luka kurapnya makin teruk. certain body parts yang kurap teruk. Tangan, kaki dan bahagian muka especially hidung. Teruk berdarah. Setelah lama, dan kelihatan berlarutan, jadi kami decide untuk bawa ke klinik Veterinar di kerteh. Sarungkan latex glove di kedua belah tangan, kemudian tangkap dia ni, letak dalam cage. Meronta-ronta.

Bawa naik kereta untuk ke klinik tersebut. Aku duduk di seat belakang, bersama kucing ni. Satu benda yang amat disturbing, ialah bau luka darah, untreated wound. Bau busuk darah hanyir memenuhi segenap ruang kereta. Kami tutup aircond, bukak tingkap seluasnya. Tapi keadaan tetap menyeksakan hidung dan tekak, terutama apabila kereta terpaksa berhenti di traffic light,dan peredaran udara terganggu..Kucing yang ketakutan dan jarang naik kereta ni, menggelepar ketakutan, sambil menggesel-gesel hidung berdarahnya pada dinding cage. Terpercik darah sana sini. Hidungnya pula, berdarah makin teruk. Walaupun aku seorg pelajar perubatan, yang kononnya harus biasakan dengan perkara-perkara jijik begini..still..situasi tu amat disturbing. Iini baru kucing, bukan manusia lagi. 




Sesampai di klinik, dr beritahu bahawa kucing ini terkena penyakit Sporo atau kurap berdarah, Ia merupakan the worst case senario bagi seekor kucing. Pendek kata, penyakit igauan setiap kucing. Kami tanya apa ubatnya. Dr tu bgtahu, ubat perlu ambik di Kemaman, RM6 satu dos. Dan treatment adalah selama 6 bulan, efficiently. Option kedua dr, matikan kucing ni. Sebabnya, penyakit ni boleh berjangkit, terutama melalui sentuhan. Kami ambil option pertama, cuba rawat dulu.



Dr bagi injection dan sapu iodine pd luka-luka kucing tu. Disebabkan dr xcukup tangan nak hold down kucing ni time sapu iodine, dia mnta tolong kami pegang. So, pegi grab latex glove, sarung dan pegang kucing ni. (heh, mcm buat attachment, tp kat klinik vet..). Kesan dari iodine tu, kena pada luka, pedih teramat mungkin. Kucing ni menggelepar sakan, mencakar sambil terkoyak glove aku. nasib baik tak luka. Kalau tak, dengan aku2 kena treatment Sporo.

Jadi, dr tu tuliskan prescription ubat untuk dibeli. Kami pulang ke rumah dan terus kurung kucing tu, restrict pergerakannya untuk elakkan jangkitan pada tempat dan benda hidup lain. Lebih kurang seminggu selepas tu, baru kami berjaya dapatkan ubat tersebut. 

bersambung-







Saturday, July 20, 2013

" Pulang"..

Senja, 27 Jun 2013, aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Malaysia.
Perasaan di saat gear pesawat (tayar) menyentuh landasan, bercampur baur..
LEGA setelah hampir 10 jam berada di ats pesawat, dapat turun. Hilangkan lenguh badan, mabuk kapal terbang dan inbalance ear.  Ditakdirkan Allah, di ats flight seat aku di sebelah seorang lelaki arab. Sepanjang perjalanan aku terpaksa duduk menghimpit pada adik di seat sebelah kanan memandangkan appearance lelaki tersebut agak tinggi dan besar. Namun Alhamdulillah beliau agak sopan dan menghormati keadaan tersebut. Ubat mabuk pula, lupa minta pada kawan hari sebelumnya..alhamdulillah perasaan mabuk itu distracted oleh kekaguman melihat sayap pesawat..(walaupon dah setahun blajar medic, minat lama masih tersemat rapi.. :) )




SYUKUR setelah Allah bagi peluang untuk jejakkan semula kaki di tanah air setelah 9 bulan meninggalkan. Walaupun hanya sejenak tinggal,..mungkin disebabkan aku pelajar tahun 1, the emotion gets overreacted. Respon pada homesick, hasilnya..hati seperti dibaja, GEMBIRA berbunga sakan saat keluar dari pesawat, claim luggage, berjalan dan nampak kelibat mama dan papa melambai memanggil..


LEGA dan SYUKUR Alhamdulillah..segala urusan imigresen dan  keluar masuk negara berjalan lancar. Despite aku tiada visa. Melepasi kaunter imigresen, sesungguhnya sympathetic reaction berada pd tahap maksimum! Berpeluh dalam air-cond. Hanya Allah ada menolongku saat itu. Walaupun begitu, commonly, ia hanya isu kecil.


Berasa SERBA SALAH meninggalkan housemate dan sahabat di zagazig. 2 hari sebelum departure pulang, kami baru sahaj selesai urusan pindah rumah. Tamat sahaja paper English di sebelah pagi, petang kami pindah. Sememangnya exhausting. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang turun membantu kami. Hanya Allah mampu membalasnya. Keesokannya, aku bertolak ke Cairo, meninggalkan ahl bait ku dengan banyak lagi urusan tertunggak. Rumah bersepah, barang berterabur.. Walaupun cuba disusun dan selesaikan semana mampu, tetap rasa bersalah. InsyaAllah, hasbiyallah wani’malwakil. Ditambah pula keadaan semasa Mesir yg mula bergolak semula..


RESAH memikirkan keputusan peperiksaan tahun pertama ni. BIMBANG aku fail mana-mana paper, perlu repeat dan tukar tarikh tiket balik Mesir. Menyusahkan banyak pihak. Menghampakan ramai orang. Lebih utama, menghampakan diri sendiri..gagal lagi..
Di sebalik segala perasaan bercampur baur tersebut..poin utamanya, aku sekarang sudah sampai di MALAYSIA. Kita berada di sesuatu tempat, for a purpose. Kita berada di situ on that particular time, ada sebab. Ada amanah dan tanggungjawab yg perlu diselesaikan, dilaksanakan.. sama ada yang remeh, mahupun yang besar dan penting.
Musafir aku ke bumi Mesir selama 9 bulan,..penuh hikmah. Banyak silap, salah, tindakan bodoh,..banyak juga ilmu, pengajaran hidup, dan harapan yg dikutip.


Life’s a climb.. but the view is great..if we take Allah as our destiny..

Friday, March 29, 2013

" Dah Aku Memang Begini..! "




Choleric, melancholic, sanguine, phlegmatic..

Setiap org ada personaliti dominan masing2. Ramai yg bangga, rasa senang hati dengan personaliti diri sendiri, walhal setiap personaliti ada positif dan negatif side masing2. Selalu shj apabila berdepan konflik, kita akn menenangkan diri dgn berfikir bhw "ini adalah diri aku sebenar..mmg aku mcm ni"..tanpa sedikit wujud usaha untk merubah diri,mengendurkan prinsip personaliti..kerana pd setiap personaliti itu ade positif dan negatifnya. Bak kata pepatah "ambil yg jernih,buang yg keruh"..

Tidak perlu untk berpegang dgn personaliti kita 24/7, krn ada kalanya 'diri' kita x masuk dgn situasi hidup. Cuba belajar berubah..seorg melancholic prlu mnjd seorg choleric pd certain masa,dan perlu jg jd seorg phlegmatic pd certain masa..

Ramai yg cuba usaha untk kenal dan fahami diri sendiri. Tetapi ramai mana yg berusaha memahami org lain. 



~hikmah kembara musafir~
 

Saturday, August 4, 2012

" Seiring sehaluan...sentiasa,insyaAllah.."






Seiring Sehaluan  (UNIC)



Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar

Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita

Berpesan mengingati
Dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Demi satu kejayaan
Perlu pengorbanan
Keazaman juga ketabahan

Inilah kehidupan menuntut kesungguhan
Tak semudah indahnya khayalan
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Wednesday, July 18, 2012

" Tidak sakit untuk kita berfikiran POSITIF.."

selalu kita dengar orang berkata.." Hidup adalah tentang PILIHAN..". We choose what to do, when to do it, who to become, what to decide, where to be...and so on..


Suasana makin gamat. Makin ramai membanjiri 'lobby area' bangunan hostel. Masing-masing memaparkan 'expression' muka yang keletihan. Sosok-sosok manusia kelihatan berhimpit-himpit di kafetaria. Kedengaran suara-suara berborak riuh, diselang seli bunyi-bunyi perut berkeroncong meminta diisi segera. Sememangnya 'peak hour'.

Dalam keriuhan dan gamat suasana 'lunch break' tersebut, kelihatan satu sosok, termenung keseorangan. Duduk. Tenggelam dalam suasana. Jasad di situ, fikiran melayang. Baru sahaja selesai menerima suatu panggilan telefon yang tak disangka-sangka. 'Still in shock'..

Bulan 5 ini, genap 2 tahun dia menghabiskan masa di situ. Program matrikulasi, sains kesihatan. Hakikatnya bukanlah jurusan yang diidam-idamkan. 'So far'..pointer tidak begitu memberangsangkan. Biasa-biasa sahaja. Dan call dari ibunya sebentar tadi, sememangnya suatu kejutan besar.

" Angah nak pegi blaja kat mesir?ambik medic. Ma ngan Pa tanggung.."

" Istikharah, pikir lu..esok-esok bagi jawapan.."

"..Dah 2 tahun menghabiskan masa di matrikulasi, tak ke rasa macam membazir masa dan duit selama ni kalau sambung blaja kat lain plak?..dah la pointer pon tak brapa nak cantek, cukup-cukup makan je. kalau sambung ke mesir nanti ambik medic. Bukan calang-calang course, bukan calang-calang orang mampu study medic,..mampu ke aku ni??..Mesti orang akan kata, nak lari....'bot' kat sini dah terumbang ambing, senang-senang je tinggalkan bot yg nk karam ni, p masuk 'bot' lain. Selamat..lagipun, kalau sambung blajar ke sana, nnti akn berada bersama student-student yg lebih muda dari kita..malu woo.."

Negatif bukan..?heh..


Apabila berada di tengah-tengah sesuatu dilemma atau krisis pilihan, sememangnya, amat perit. tidak kira dilemma tentang masa depan study, jodoh, dilemma perasaan, hendak menghambur marah atau tahan dan berdiam diri bersabar, hendak berkorban diri dan mengutamakn org lain,..menurunkan ego dan mengalah atau tetap melawan dan berkeras kepala...ianya tetap suatu dilemma yang memerlukan kita membuat PILIHAN. We will become what we chose to be. We will endure the consequences of our action. We will take responsibility for what we've done. And we will learn to live the path we chose. Setiap saat dalam hidup, kita berhadapan dengan pilihan. Kecil atau besar. Remeh atau genting. Oleh yg demikian itu lah, setiap saat juga kita perlu bergantung pd seseorang, supaya menetapkan hati kita yg sentiasa berbolak-balik ini. Siapa lagi yang wujud dan ada untuk kita,setiap waktu,setiap saat, walau di mana kita berada, bila-bila masa sahaja..walau sekerdil dan sehina mana pon kita...melainkan Allah.

dan juga, apabila memikirkan sesuatu...HENTIkan duduk melihat dan berfikir dari kerusi bangku seorang yg NEGATIF!..bangun dan bergerak, duduk di sudut POSITIF. Your life might as well change dramatically.


think positive


Hidup ialah semuanya tentang PILIHAN. Sentiasa berdoa, Allah bimbing hati kita, membuat pilihan terbaik. Dan apabila sesuatu itu terjadi, dan kita tidak menyenanginya,..ingatlah Firman Allah:

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu membenci sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.."

[ Al-Baqarah:216 ]


*muhasabah diri


Sunday, June 3, 2012

Flashback: siri 1

Setiap dari kita punyai angan-angan,personaliti n minat tersendiri. time zaman kanak2,selalu berangan itu dan ini. Ada yang tak mustahil boleh berlaku, ada juga yang terang-terangan, memang mustahil boleh terjadi. Ada yg relevan, ada yang agak gila. Semuanya, hasil kerja imaginasi, persekitaran hidup dan bagaimana pemikiran kita dibentuk.

Aku seorang yang punyai memori yg agak lemah. short-term memory, mungkin. Jikalau flashback hidup, hanya setakat umurku 5 tahun shj yg mampu di recall. Itu pon, samar-samar.
Semasa umurku 10 tahun, waktu inilah paling rapid pemikiran,attitude,minat dan tindakanku terbentuk.
usia 10 tahun, bererti, kita berada di tahun 4 persekolahan sekolah rendah. Tahun 4 dikira tahap 2 sekolah rendah. tahun di mana kita akn mula pelajari subjek2 baru seperti kajian tempatan dan kemahiran hidup. tahun 4 juga, bermulanya hidup kita dgn term UPSR.

Tahun itu, aku Darjah 4. Kami akan mula pelajari subjek baru, Kemahiran Hidup. Cikgu KH ku, cg. Md Zain. First projek, kami dibekalkan satu set ringkas kayu dan paku. kena buat pencil box kayu. Memandangkan kekangan dr segi masa dan peralatan pertukangan di sekolah, kami diminta menyiapkan projek tersebut di rumah. Entah kenapa,aku begitu berminat menyiapkannya. pinjam tukul papa. biarpon habis senget aku memaku kayu2 tu,yg penting, ianya siap. Excited. first time main tukul dan paku. hehehe..Second projek, setiap dari kami diberi mentol lampu kecil setiap seorang. Kami diminta bawak bateri masing2. Projek pd hari itu, connect the circuits. Jadikan set lampu. Punyalah seronok, aku bawa "torchlight" ku itu ke sana ke mari hingga 2-3 hari. Bawa balik ke rumah, x habis2 menunjuk pada mama dan papa.haha..
Sejak itulah, aku jadi excited dengan barang elektronik. pantang ade kereta controll adikku rosak, mesti aku akn kebas,selongkar.sebab?..no reason..nak tengok saja..
Papa pula jenis bertukang juga..so, selalu lah toolbox papa diselongkar.



 And,after a few years, habit ini sampai pd tahap "kritikal"...(kata mama..)..
Sebabnya?...masuk bilik ku,akan jumpe toaster roti rosak, mesin mixer buat kek yg dah rosak, hair dryer rosak, mesin pam udara akuarium ikan yg da rosak, henfon rosak...dan berkotak-kotak "sampah" elektronik lain.hm.kritikal..kot..

so...this is where attitude n interest no. 1 came from.. ^^
Alhamdulillah..

ok,then..no. 2..

Sunday, May 13, 2012

"number 1 for me.."


hepi mother's day mama.. ^^
I love you..


(i'm not good with words..)


Monday, April 23, 2012

" ada satu teori.."


Inginku kongsikan satu teori dari seorang sahabat..teori yang berbunyi,


" tiada siapa yang akan faham diri kita "


first time mendengar teori ni,..terfikir..
sangkanya aku 'faham' dan 'hadam' teori tersebut, namun meleset.
dengan kondisi diri waktu itu..memang jauh praktikaliti aku terhadap teori tersebut.

namun, hakikatnya..ia satu teori yang amat menarik untuk kita kaji. Begitu banyak yang tersirat di sebalik teori ini. Mungkin pada pandangan pertama, teori ni nampak agak liberal..heh. Tapi, kalau kita kaji betul-betul, teliti perjalanan hidup kita, analisa tindak-tanduk, respon diri dan lain-lain berkaitan diri kita...kemudian kita cuba serapkan praktikaliti teori ini pada semua tu. Sememangnya, begitu banyak 'ibrah dan reflection yg dapat kita ambil.


Begitu banyak pengajaran yang diambil, bisa kita guna pakai, untuk kita bina lagi diri kita, ke arah menjadi seorang manusia, insan yang lebih baik dari sebelumnya. Teori keramat ini, sememangnya suatu tarbiyyah. Teruja untuk explore dan faham lebih lanjut berkenaan teori ni. baru dapat serpihan-serpihan kefahaman,..malah, dari segi praktikalnya, masih amat rapuh. beruntunglah sahabat-sahabatku yang dah berjaya hadam teori hebat ni. Moga Allah tunjukkan yang terbaik buat kami.


-strong will of a plant, to grow on a concrete wall..


p/s: untuk merubah diri,..its possible.. even though sebelum ni, semua nampak seperti mustahil..
      anything is possible..as long as you have the strong will to do it..and as long as you believe.. that Allah
      is always with you.


" It is He who guides every step that you take..."


-so, pray that He'll always guide you towards whats best for you. InsyaAllah.

Wednesday, April 18, 2012

" Ibrah Allah ada di mana-mana"

Pagi hari cuti.. bersiap-siap. bawa bola, kenakan kasut. pergi 'memanjat' ke Mahallah Aisyah. Sejurus masuk ke perkarangan mahallah,..tersenyum melihat tiang tersebut. setelah berminggu meningalkannya. Lantas, terus sahaja ku lontar bola di tanganku.. dengan penuh harapan agar masuk ke dalam keranjang. malangnya,..tersasar.

Maklum lah, sudah berminggu meninggalkan. Tangan pon terketar-ketar melontar. Lontaran senget tersasar. namun ku terus juga melontar. lontar dan terus lontar. setelah 30 minit berlalu,..lontaranku makin banyak yang mengena masuk. seronok dan teruja mendengar bunyinya, apabila bola masuk ke dalam keranjang,bergeser dengan tali keranjang.."whoosh"...puas hati.bila satu bola berjaya disumbat masuk, makin semangat nak sumbat lagi...sumbat dan terus sumbat!!..




Lama kelamaan, tanganku yg pada asalnya td terketar-ketar..makin teguh melontar.rasa makin gagah. hatiku makin semangat dan teruja. kini lontanku, semuanya berjaya disumbat masuk. jarak lontaran tadi ku tambah..tambah jauh dari sasaran. Maka, lontaran harus makin kuat, tanganku harus makin gagah menujah bola ke atas dan ke hadapan. curve lontaran harus ku agak dengan betul. perlu juga di consider tiupan angin yg mempengaruhi lontaran, silau cahaya matahari yg makin tinggi terbit..satu persatu lontaran dilakukan..makin lama makin baik,makin lama makin bagus..

1 jam berlalu..perasaan lenguh menjalar ke tangan,bahu dan kaki..time out!...
lenguh, tapi senyuman tidak lari dari wajahku.tersenyum di muka, juga di hati..
pagi tu, satu sesi pembelajaran telah berjaya dilalui..


analogi dan simbolik tentang kehidupan,..di mana usaha dan usaha..practice dan terus practice..itu kunci kejayaan.kunci pada tertunainya matlamat. 

simbolik ini yang paling dpt ku hadam. nak compare erti "usaha tangga kejayaan" dan "practice makes perfect" pd study dan pembelajaran kelas..memang tidak biasa ditemui sepanjang pengalaman hidup ni..betul lah pada kata-kata,

'everyone differs in the things that can inspire them to do better in life..'

poin: setiap perkara yg berlaku, buruk atau baik, kecil atau besar, sama ada berlaku pd diri kita, atau org lain..ada pengajaran padanya. ada ibrah yg dapat diambil, cuma lain orang, lain isinya.


"...pandanglah setiap sesuatu itu dengan pandangan rahmat..nescaya akn kau temui ketenangan.."

Thursday, December 22, 2011

"...addressing..."

pemilihan kata itu PENTING..




kadang kala, sewaktu bermeeting atau berdiskusi,..anda mesti akan bersuara,..bersuara untuk diri, untuk sahabat, untuk group atau kumpulan anda,..

anda juga mungkin akan bersuara, merujuk kepada seseorang, kepada dua atau tiga orang,..kepada sebuah kumpulan atau organisasi,..dan lain-lain..

pemilihan kata,..untuk kita address diri kita, kumpulan kita,..untuk kita address orang lain atau organisasi lain..
pemilihan kata perlulah kena, sesuai..
kerana,..pemilihan kata yang salah atau tersasul...mungkin nampak kecil..tapi, hakikatnya,..kesan yg dibawa besar..


contoh,..anda bersama kumpulan anda. korang telah berjaya menyiapkan assignment yang ditugaskan. satu group, diwajibkan menghantar satu copy assignment tersebut ke meja lecturer dalam jangka masa yang ditetapkan. korang sama-sama bekerja keras, berusaha menyiapkan assignment yg lecturer beri tu..fuhh,..memang lelah..bila tiba hari nak submit assignment tu...

kat cover depan, anda letak nama anda sorang shj. then,..submit..
mmg, analogi yang diberikan..nampak mcm kurang logik...tp, sebenarnya, effect perbuatan itu, lebih kurang sama dgn apabila kita tersilap meng 'address' diri atau orang lain..


(gambar hiasan)


situasi yang sepatutnya pakai "saya" atau "ana"...

situasi yang sepatutnya pakai "kami" atau "kita"...

situasi yang sepatutnya pakai "awak" atau "kau" atau "enta"...

situasi yang sepatutnya pakai "korang" atau "entum"...


Dalam berorganisasi khususnya,..perkara ini seharusnya kita ambil cakna...ia termasuk salah satu most common thing yang perlu di take note apabila kita berdepan audience/crowd..dalam organisasi, majlis atau meeting..
benda remeh,....effect besar...

(muhasabah diri...)

Tuesday, December 20, 2011

koleksi "sampah"..


Setiap dari kita punyai sudut pandangan atau persepsi yang berbeza berkenaan sesuatu itu. setiap PERCEPTION adalah unik bagi setiap manusia. adakalanya anda melihat satu perkara itu bagus, anda menyenanginya..mengkaguminya...namun sebaliknya bagi saya..saya mungkin melihat perkara tersebut suatu yang tidak patut, tidak mempersetujuinya dan tidak menyukainya. begitu juga vice versa. Persepsi manusia itu suatu yang subjektif..



- "sampah" baru di 'bengkel'...motor elektrik,magnet besar tuh...boleh convert jadi dynamo..


cuti semester kali ini, koleksi "sampah" di bilik ku bertambah lagi. hahaha..dan yang seronoknya, pertambahan item "sampah" kali ini...suatu item yang agak payah dan jarang untuk diperoleh..ceritanya bermula apabila suatu hari, stand mixer mama tiba-tiba rosak, tak mahu berpusing..kami baru shj semangat nak buat kek,.."mesin mixer rosak la plaak."...memang habis spoil mood kami gara-gara mesin dah rosak..tapi,sebaliknya bagi aku..mood melonjak!!..  ^^  ..."okeh..beres, angah nak mixer ni,boleh ma..?"...

ibuku dah tak larat nak rasa hairan dan pelik kenapa aku nak benda-benda rosak ni..sibuk mengumpul pekakas-pekakas rosak di bilikku. selalunya, bila mama datang meninjau-ninjau bilik aku..mampu geleng kepala sahaja..bilik aku mereka sudah tak panggil bilik, mereka panggil bengkel. dan "harta-hartaku" semua itu, mereka panggil "sampah"...nampak..? persepsi manusia memang berbeza. 

namun begitu, persepsi atau pandangan itu, tak selalunya berlainan. ada juga kalanya, antara kita punyai persepsi yang sama. sememangnya, bila anda berdepan situasi persamaan persepsi ini,..memang satu rahmat. kerja pun selalunya akan menjadi lebih mudah, kurang perbalahan, tugasan lagi cepat diselesaikan..


tapi sebenarnya, berlainan persepsi dan kepelbagaian pandangan inilah...yang merupakan kekuatan dan rahmat kepada kita. bila banyak pandangan, bermaksud banyak idea..pemikiran akan bercambah, imaginasi berkembang, penemuan-penemuan baru bakal kita discover, jawapan kepada permasalahan mungkin akan diketemukan. bak kata pepatah Inggeris " two heads are better than one.."....lihat rasionalnya pada pepatah tu..


jadi.. ingin ditekankan di sini.. berlainan pandangan itu rahmat..jgn kerananya, kita bertelingkah dan saling berbalah sesama kita..dan persepsi yang paling baik itu, adalah yang berlandaskan iman dan 'aqal. wallahu a'lam.   (peringatan buat diri yg selalu lupa..)

Sunday, October 16, 2011

" makhluk bernama 'ego'..."-sem break entries- [part 3]

memandangkan duduk di rumah, diri boleh meberi sedikit ruang untuk menghasilkan entry baru. hanya tulisan,nukilan,..mengexpresskan diri..








terasa mahu berbicara soal SAHABAT....no reason actually...eh tp,..ade sebab sebenarnya,...sebabnya, sebagai muhasabah buat diri sendiri terutamanya,,...juga dedikasi buat sahabat-sahabat yang berkemungkinan "terbukak" laman blog ni....( mintak-mintak la takde yg bukak... :p )..heh..


kalau dulu,time sekolah rendah, perkataan "sahabat" ni..bile didengar, takde la sampai ke hati. iye la, time tu pon, masing2 semua masih budak-budak, hingusan..tak matang lagi..bila melangkah ke sekolah menengah, mula lah mengenal erti sahabat..tp,kadang-kadang musykil juga, bila timbul soal ikhlas atau tidak dalam bersahabat..hinggalah, pada suatu ketika, di akhir tingkatan 4, aku menerima "lamaran"...dari situ, bibit-bibit persahabatan sebenar mula bercambah..baru jelas padaku, atas apa persahabatan ini seharusnya dibina.


"..atas dasar aqidah...bersahabat kerana Allah..."


"ukhuwah"....lagi satu benda baru yg ku pelajari, setelah menerima "lamaran" ini..betapa pentingnya ukhuwah..




sesungguhnya, aku bukanlah seorang sahabat yang baik sepanjang aku bersahabat dengan orang..terlalu banyak rasanya berbuat salah, menyakiti hati sahabat, terkasar bahasa,tindakan, melakukan sesuatu yang sabahat tak senang dengannya, bersangka buruk dengan sahabat sendiri, punyai ego yang tinggi, susah memaafkan sahabat...dan banyak lagi.


paling ketara, dan paling teruk.....aku tak menghargai sahabat..






apabila aku dilanda masalah, tekanan...rasa down, sudah seperti dipijak-pijak...akan duduk di meja bilik, dengan wajah berkerut seribu,memikirkan masalah tersebut. roomate-roomate yang berlegar-legar keluar masuk dari bilik, tidak aku endahkan, seolah-olah mereka tak wujud. sedar perbuatanku salah..tp..tak mau endah...
tenggelam dalam 'dunia masalahku'...pentingkan diri..


hakikat bahawa sahabat2 ku sedia menghulurkan bahu untuk ku menangis di atsnya, sudi berkongsi telinga mendengar luahanku, sudi mengeluarkan air mata untuk sama2 menangis dgnku....hakikat ini tak ku layan..padaku, tak sanggup berkongsi penderitaan..tak mahu org lain turut terjebak dan terkesan dgn masalahku..bgku, agak kejam menjebakkan mrk..sahabat2 ku tak bersalah...


tapi...erti hidup pada "memberi dan menerima.."..berkongsi..
kita tak akn mampu hidup sorang2..gembira sorang2..menderita sorang..




sedar..menyesal..tapi..untuk bangun, berubah, melakukan perubahan sikap..
hmm...amat payah..
ego diri mengatasi...


kalau aje dpt ku injak-injak 'makhluk' ego ini...




-maaf buat sahabat-sahabatku.