" TRUST in Allah wont make the mountains smaller but make CLIMBING easier. DO NOT ask Allah for a lighter load, but ask Allah for a STRONGER BACK..."

Thursday, May 31, 2018

FALSAFAH HIDUP


Demikianlah terus menerus, falsafah tidak akan berhenti, selama mana manusia masih berfikir, selama manusia masih bertanya, selama batin manusia masih merasa adanya "rahsia" itu.
"Hidup" tegak laksana gunung yang tinggi, mereka (ahli falsafah) memandang dari tempat tegaknya masing-masing. Sebahagian rahsianya ditemukan oleh yang seorang dan sebahagiannya ditemukan oleh yang lain, menjadi mata rantai membentuk jalan fikiran manusia dan kemanusiaan seluruhnya.
Kadang-kadang bersimpanglah di antara falsafah dengan agama, maka timbullah falsafah yang hanya menilik alam dan tabiat yang zahir sahaja (materialisme). Dan kadang-kadang tibalah dia di satu perbatasan jalan. Ada rupanya di balik perhatian dan perbatasan itu, tapi fikiran tidak sanggup lagi menyeberang ke sana. Itulah yang bernama 'Mawara'ath - thabi'ah, atau Metapysica: maka sesetengah yang sampai ke sana, dia tunduk dan merasa telah berhasil maksudnya.
"Tidak berhasil itulah yang sebenarnya keberhasilan."
Di sanalah kesatuannya segala "rahsia" yang berbelit itu. Itulah awal yang tidak berpermulaan akhir yang tidak berkesudahan, jauh yang tidak bersatu, dekat yang tidak berantara, yang tidak dikandung zaman, dan tidak dikandung tempat, yang tetap Ada! Yang fikiran tidak dapat mengetahui Apa-nya, tapi hanya dapat mempercayai Ada-nya.
Golongan yang berfikir materialistis, pada hakikatnya pun pernah bertemu dengan perhentian dan perbatasan yang kita sebutkan itu, sebab mereka pun manusia, berfikir sebagai ahli fikir yang lain itu pula. Tetapi mereka tidak berani, lalu mereka "pulang" sahaja dengan tangan hampa, seraya berkata: "Biarkanlah barang di balik tabir alam itu di tempatnya. Kita tidak akan lanjutkan perjalanan kita ke sana".
Tapi orang-orang ini tidaklah sepengecut materialistis yang lain, yang sentiasa berkata, "yang dikatakan Ada itu, sebenarnya adalah Tidak Ada!" Demi tiap-tiap fikirannya akan bertemu dengan keadaan itu (di perbatasan), dia pun membelok dan berkata dengan suara serak, "dia tidak ada. Kalau ada, mana alasannya. Semua hanya benda, lain tidak!".
Bukan Yang Ada itu tidak ada. Melainkan merekalah yang tidak bertemu, atau mengelak jika telah bertemu, kerana kurang berani atau kerana fikiran tidak merdeka, kerana diikat oleh yang telah terbiasa, walaupun golongan ini kadang-kadang menamakan dirinya golongan yang berfikir merdeka.
- petikan dari buku Falsafah Hidup oleh HAMKA, Bab: Kata pengantar
Maaf jika perkongsian kurang sampai.
Boleh pakat try baca sendiri buku ni, 419 m/s je. (Belum khatam pun lagi juga). ðŸ˜…
InshaAllah sangat bermanfaat, membuka minda, mengajak kita bertadabbur dan berfikir.
Apa erti sebenar hidup kita.
Sama tebal buku Falsafah Hidup dengan buku MCQ Surgery. Kami exam midyear Surgery sabtu ni, doakan.
~ gambar rajah rumusan yg dpt dihasilkan, untuk simplify keseluruhan petikan di atas.


Friday, May 11, 2018

TRUE VICTORY




Ù‚ُÙ„ِ اللّٰÙ‡ُÙ…َّ Ù…ٰÙ„ِÙƒَ الْÙ…ُÙ„ْÙƒِ تُؤْتِÙ‰ الْÙ…ُÙ„ْÙƒَ Ù…َÙ†ْ تَØ´َآØ¡ُ ÙˆَتَÙ†ْزِعُ الْÙ…ُÙ„ْÙƒَ Ù…ِÙ…َّÙ†ْ تَØ´َآØ¡ُ ۖ Ùˆَتُعِزُّ Ù…َÙ†ْ تَØ´َآØ¡ُ ÙˆَتُØ°ِÙ„ُّ Ù…َÙ†ْ تَØ´َآØ¡ُ ۗ بِÙŠَدِÙƒَ الْØ®َÙŠْرُ ۗ اِÙ†َّÙƒَ عَÙ„ٰÙ‰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ù‚َدِÙŠْرٌ
Tahniah PH atas kejayaan membentuk Federal Government yang baru. Angin perubahan dan nafas baru setelah 60 tahun yang mencabar berlalu. Tahniah rakyat Malaysia kerana berani melakukan perubahan. Semua kita tahu, perjalanan untuk sampai ke tahap yang dicapai pada hari ini bukanlah suatu jalan yang mudah. Moga nusrah Allah bersama kita semua, ke arah membentuk Malaysia yang lebih sejahtera dan harmoni. Buang semua yang keruh, suburkan segala yang murni.
Terima kasih buat sahabat- sahabat AMEERAH Kemasik. Banyak perkara baru dipelajari dari kalian. Bagaimana berbeza dan mencabarnya teori dan realiti sebenar.
Perlu lebih berfikiran luas, tenang, matang, membumi, berprinsip, kritis, berstrategi, lapang dan merendah diri.
The most important lesson of GE14 for me is, "When we do something, we base it on knowledge (al-'ilm), attitude (akhlaq) and faith (at-taqwa)". Alongside two crucial ingredients: IKHLAS & ITQAN. Whatever the outcome, we'll be at ease, inshaAllah.
We'll keep on going.
True victory comes in the hereafter.
Jumpa lagi di medan, tahun depan inshaAllah.
Menang tak megah, kalah tak rebah.
Teruskan bekerja di posisi masing- masing.
Siiru ala barakatillah. 

Saturday, May 5, 2018

80/20 RULE


Selesai kaunter MCU di tapak pasar malam Kg Baru Kerteh. ESOK di tapak pasar malam uptown Kemasik pula. JOM orang Kemasik. Sambil-sambil dapatkan pemeriksaan kesihatan percuma, boleh berkenalan lebih rapat dengan calon PAS bagi N29 DUN KEMASIK, saudara IR Saiful Azmi Suhaili, bersama PAS DUN Kemasik.
~ dan malam ni perlu langsaikan tanggungjawab- tanggungjawab lain yang tertangguh. Maaf buat semua sahabat di Mesir, Zagazig khususnya dan juga semua para pensyarah dan Dr.
Akan cuba backup dan compensate semula inshaAllah. Laptop dan buku kuliah menanti. Sometimes, we gain some, we lose some. But for me, I'll make sure I lose some, I gain a lot. 80/20 rule, always keep in mind. May He grant us with the best outcome in everything. ðŸ˜ŽðŸ˜Š