" TRUST in Allah wont make the mountains smaller but make CLIMBING easier. DO NOT ask Allah for a lighter load, but ask Allah for a STRONGER BACK..."
Showing posts with label life journal. Show all posts
Showing posts with label life journal. Show all posts

Sunday, August 7, 2016

"Sebagaimana Kita mahu Allah Tidak Berputus Asa Dengan Kita"

Mungkin ini penyakit yang melanda golongan pemuda sekarang.

Ya, kita semua.


Kita rasa kitalah yang selalu kena berkorban, paling banyak kena bersabar dengan orang sekeliling kita. Kitalah mangsa.

Tapi pernah tak kita cuba turunkan ego, muhasabah dan sedari semula. Berapa banyak orang lain terpaksa bersabar dengan karenah dan perangai kita.
Berapa banyak karenah kita yg menyusahkan kawan- kawan, keluarga dan orang sekeliling kita.
'Diri' kita yg berfikir dan bertindak ikut emosi in stead of ikut iman dan pertimbangan akal yg waras. Berapa banyak 'diri' kita tu menjatuhkan air mata orang lain, melelahkan orang sekeliling, mencalar imej Islam yg kita bawa ..dan paling kita takuti, melambatkan Islam sampai ke hati- hati manusia yg masih dalam kegelapan jahiliyyah.



Walaupun hanya satu detik kita kalah dgn 'diri' kita itu sendiri..
Kesannya..


Semua kita buat silap macam- macam, semua kita ada fasa bahagia sengsaranya hidup, semua kita imannya sekejap naik, sekejap turun. Semua kita ada ujian dan nikmat tersendiri.

Tapi semua kita ada peluang yg sama. Peluang untuk baiki diri menjadi seorang yg lebih baik. Setiap detik peluang tu ada tersedia.. selagi nyawa masih belum tinggalkan kita.
Growth game dan laluan setiap org berbeza- beza. Ada yang relapse sampai beratus kali, ada yang mampu istiqamah berubah dalam masa yang singkat. Ada yg saban hari mencuba, relapse.. ok.. relapse.. ok... hinggalah sampai ajal kepadanya.






Kita semua melaluinya. Ada masa kita dituding, ada masa kita yang menuding.

Dan paling penting perlu disemat di hati.. Jika kita rasa kitalah yang paling banyak bersabar dengan orang lain, Allah lagi banyak bersabar dengan kita dan dosa- dosa kita.




Namun jangan sekadar pandai menuding.
Don't be judgemental, don't easily give up on others.. instead, try our best to understand and lend a helping hand. And most importantly, never underestimate the power of doa.


Sebagaimana kita mahu Allah tidak berputus asa dengan kita..begitulah kita perlu cuba apabila bersikap dengan diri kita dan orang lain.


اللهم ارزقنا الإستقامة

Sunday, July 10, 2016

" Just when you think you're going nuts, Don't wait."

When I started to lose myself to me, that's when I seek for help. You see, when I go "nuts", the people around me are like the "cage" that kept me bounded.
I submissively let myself in to be locked.




And thank Allah, He surrounds me with "cages" that are built from the most hard core material ever known to exist. Imaan.

Being bounded inside that cage not only kept me from further destroying myself. It kept me from dragging others.


 And although being caged, I am the most lucky prisoner. Cage didn't just only hold me, it guides me how to be "sane" again.
I have a secure place to properly re-evaluate my inner self.



That's why, when you think you're going nuts, never trust yourself. Go and rely on beings that have strong roots to Allah The All Mighty.

Didn't matter how long it will take.

#thinkingaboutlife
#lastpaperexammemangbanyakdugaan
#ENT

Tuesday, June 21, 2016

"Bila Nyamuk Teman Bertadarus Hingga ke Lubang Kerongkong"

Nyamuk.
Musim panas dan nyamuk, ibarat keropok lekor dan orang Terengganu. Tak sah apabila tak dihadirkan bersama. Tak dapat dipisah.
Tapi hadirnya keropok lekor kepada kami dengan membawa rahmat.
Panas-panas, dicelup cicah. Bahagianya. Pekena di waktu petang, sambil menghirup udara masin pantai, ditemani bunyi hempasan ombak.
Tapi nyamuk? Apa rahmatnya?
Dari beberapa sudut, mungkin. Ya.


وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاء وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا بَاطِلًا ذَلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ النَّارِ                                                              

" Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka. " 

(Surah Shad: 27)


Rumah kami di kawasan Salam Sadnawi, Zagazig. Letaknya berhadapan dengan hamparan sawah gandum. Kebiasaannya waktu-waktu penghujung Jun begini, pemandangan ke luar jendela akan bertukar warna. 
Kuning keemasan. Gandum masak. Bunyi irama mereka bergesek sesama sendiri akan sentiasa menghiasi waktu-waktu petang yang berangin. Sungguh tak dinafikan, tenang jiwa.
Macam feeling tengok iklan coco crunch pun ada. Selalu terbayang ada kapal terbang bawa muatan coklat terhempas, maka "pufff!! Jadilah Coco Crunch!".
Tapi tahun ini, entah kenapa tidak muncul-muncul gandum kuningnya. Belum tiba masa mungkin.




Tapi betul lah,.. "we gain some, we lose some". Aku tak arif sangat perkaitan antara sawah dan nyamuk, tapi setelah hampir 4 tahun hidup berhadapan kawasan sawah, automatik dapat kami simpulkan, "there's definitely a positive correlation between them!". Malah dikatakan nyamuk sawah halus-halus..dan bisanya, hanya Allah tahu. Hinggakan  faktor rumah depan sawah dan banyak nyamuk boleh dijadikan hujah bila kami mahu setting bila mahu overnight beramai-ramai untuk study group dan sebagainya. Terseksa kawan, sungguh.

Nak cerita betapa ramainya 'makhluk halus' tersebut berkeliaran di dalam rumah. Kau tengah memasak, boleh tercampak beberapa ekor masuk dalam gulai kari ikan bila kau libas-libas tangan halau nyamuk. Malam, jangan mimpi la dapat study atau tidur dengan tenang kalau tak pakai ubat nyamuk. Bukan setakat berdengung di tepi telinga, sampai ke dalam lubang hidung diorang kacau. Mungkin boleh jadi musim panas ni, kau dapat anemia disebabkan hilang minute amount of blood continuously every second of everyday.

Dan bentuk paling extreme mahu describe, makhluk tersebut boleh sampai end up dalam kerongkong kau di waktu siang bulan Ramadan ni. Kisahnya, seusai solat Zohor, capai Quran untuk bertadarus sebentar di ruang tamu rumah. Tingkap terbuka luas, bahang panas terik di luar terasa hingga ke dalam. Namun, despite cerah dan bahang tersebut, sahabat-sahabat nyamuk tetap ramai yg menemani. Bertadarus bersama. Tibalah pada satu ayat yang agak panjang, surah Al-Anbiya'. Selesai menghabiskan ayat tersebut, semput. Automatik tarik nafas dalam-dalam selajunya. Tiba-tiba tersedak, gatal tekak, terbatuk-batuk. Dalam kepala terfikir, " seriously takkan aku tersedut seko kot??"

Terus menerus aku batuk, kemudian terludahlah seekor. Dah mati, teruk dikerenyuk pharygeal muscles mungkin.
Syahid seekor nyamuk gara-gara sepotong ayat yang agak panjang. Hanya mampu gelakkan diri sendiri. Unbelievable.


Sesi-sesi tadarus sebelah petang dan malamnya, kita belajar dari pengalaman. Scan dahulu visual field. Pastikan tiada yang main berterbangan di hadapan. Karang ada pula mangsa kedua yang syahid bukan disebabkan ubat nyamuk atau ditampar. Mungkin lepas ni kena bagi cadangan kepada group tadarusku untuk kita tadarus dalam kelambu.


#MyRamadanInEgypt
#CeritaRamadanku
#IHRAM1437H

Friday, June 3, 2016

" Seriously.. Hanya ini sahaja yang mampu aku buat? "

Lama tak menulis. Berhabuk. Ayat typical blogger-blogger kurang istiqamah seperti aku. Sememangnya fatrah sebeginilah ruang dan peluang untuk kemaskini tu muncul. Fatrah peperiksaan, fatrah tawakuf. Tak dinafikan, kewujudan blog ini juga merupakan suatu amanah, sepertimana kewujudan acount-acount lain seperti Facebook, Twitter, Instagram..dan sebagainya. Bila sudah ada, ia ada hak untuk diimarahkan dan difungsikan sebaiknya. Jujurnya, agak malang blog "Langkah tercipta" ini, punyai tuan seperti aku. Tapi apakan daya,..aku cuba. Mungkin boleh beralasan dengan menyalahkan medium-medium lain yang lebih mainstream seperti FB dan lain-lain. Tapi apapun, menulis di blog ini ada kelainan dan keistimewaannya tersendiri.
Lebih mudah untuk recall dan dibuka untuk tatapan semula.


Lagipun, memang hadaf utama menulis blog ni..sebagai peringatan untuk diri sendiri pabila tersasar. Acara tahunan mungkin,..Buka dan baca semula..apa kau tulis, bagaimana keadaan kau ketika kau tulis entry tu..dan bagaimana pula keadaan kau sekarang.
Penulisan di blog ini dijadikan sebagai benchmark untuk evaluasi hidup kau.




Musim exam begini, masa senggang sedikit lebih daripada biasa. Makanya, bila otak dah tepu menghadap buku, bila tangan dah lenguh menulis nota dan menjawab soalan..tiba-tiba rasa rajin nak menaip pulak. Dan musim masa senggang beginilah,..musim throwbacks. Jauh kita melayang ke masa-masa silam..waktu zaman persekolahan, waktu zaman kanak-kanak... Setiap dari kita punyai kisah-kisah tersendiri. Pengalaman hiduplah yang membentuk diri kita, menjadi siapa kita sekarang.



Teringat bagaimana aku di zaman sekolah menengah.
5 tahun aku di SMKA Kuala Abang Dungun Terengganu. Allah susun untuk hantar aku ke situ.
Asalnya, selepas sahaja UPSR tamat dan keputusan keluar, alhamdulillah Allah kurnia cemerlang.
Aku sedar akan kepentingan untuk score Akademik dan juga Kokurikulum..seiring, jikalau mahu ditempatkan di sekolah-sekolah bagus. Makanya, kalau cakap aspek balance buku dan Koko, perkara tu pada aku settle seusai UPSR tersebut. Aku yakin, mana aku apply,..aku akan dapat. Antara sekolah-sekolah pilihan utama yang dipilih waktu tu, KOSTAQ (IMTIAZ Dungun sekarang), KOSPINT (IMTIAZ Kuala Terengganu sekarang)..dan beberapa sekolah lain. Harapan tinggi..memang tinggi. 
Bukan main, sudah mind set ketika itu untuk sediakan diri menjalani interview untuk admission ke sekolah-sekolah tersebut.
Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. 




Dengan keputusan UPSR yang cemerlang..ditambah prestasi sepanjang 6 tahun sekolah rendah yang agak memberansangkan, serta tidak kurang dari aspek aktiviti kokurikulum..Tiada barang satu tawaran pun yang sampai ke rumah. Kecewa, memang. Minda seorang budak berumur 12 tahun ketika itu merasakan seperti,

 'takde beza pun aku usaha jadi yang terbaik dalam banyak aspek..akademik, koko, akhlak, agama..tp kawan lain dapat macam-macam tawaran'


Tapi difahami shj,..waktu tersebut merupakan waktu-waktu genting bagi institusi-institusi seperti  KOSTAQ dan KOSPINT...fatrah 'perubahan'. Tiada rezeki aku di situ,. Nak dijadikan cerita, mama papa usaha juga untuk tempatkan aku di sekolah terbaik yang mereka mampu. Atas usaha susah payah mereka, compilekan dokumen-dokumen pencapaian aku, buat permohonan ke SMKAKA. Sementara menunggu, 2 minggu juga aku bersekolah di sekolah harian biasa. Alhamdulillah, jodohku 5 tahun di SMKAKA. Bumi yang mungkin tarbiyah, Quran dan biah Islamnya tidaklah semekar KOSTAQ, KOSPINT, IMTIAZ dan lain-lain..namun, cukup banyak mengajar aku erti hidup.

(IMTIAZ Dungun memang pesaing terdekat kami pun..harap nasib time kami dlu, diorg tak tergolong dalam kategori SMK. Kalau tak, tak mustahil setiap kali Festival Quran daerah..IMTIAZ Dungun akan sapu bersih..haha. Terubatlah juga hati bila dua adik di bawah berjaya tempatkan diri di situ. Saban tahun berulang alik lawat mereka di sekolah tepi pantai tu..)



Sambung kisah. Teringat bagaimana aku di zaman sekolah menengah.
Rutin harian,.jikalau tiada halangan atau aktiviti lain yang diatur pihak sekolah dan asrama,.selepas sahaja selesai solat asar dan bacaan ma'thurat beramai-ramai di surau sekolah, maka nampaklah kelibat aku menuruni laluan berbukit gajah menyusur, turun ke court yang terletak di hujung bucu compound sekolah. Tak tipu, memang terletaknya tepi hutan. Buat apa? 

Katok bola ke dinding..ulang..dan ulang.. Dalam bahasa mudahnya, wall tennis. Pada awalnya, agak payah untuk cari kawan yang minat turun petang main sekali. Tapi aku jenis tak boleh duduk diam, turun juga walaupun sendirian. Dengan menjinjing raket tenis di tangan, aku telusuri bangunan-bangunan bilik darjah dan kelas..hinggalah sampai ke kawasan gelanggang.


court tennis di belakang blok kelas tingkatan 1


Main. Memang puas. Umur belasan remaja begitu, banyak tekanan hidup. Lagi-lagi bila tinggal di asrama. Haha. Lagi kuat raket dilibas, lagi puas.
Selesai main, ada satu habit aku suka buat untuk manfaatkan masa berbaki sementara tunggu waktu dewan makan asrama dibuka. Aku suka berjalan-jalan menyelusuri bangunan-bangunan kelas setiap tingkatan, dari tingkat ke tingkat. Idea asalnya timbul kerana merasakan itulah peluang untuk melihat hiasan, susunan dan suasana bilik darjah pelajar lain. Bila lagi mahu meninjau satu kawasan sekolah, tanpa perlu pakai kad izin keluar kelas..haha.

Dijadikan cerita, satu hari selepas letih bermain, aku panjat ke tingkat 2..meninjau blok kelas pelajar tingkatan 1. Dengan raket di tangan, lagak pakguard buat round. Tiba-tiba terserempak pasangan pelajar senior sedang berjumpa. Dating. Aku dan raketku waktu itu terpana. Tak tahu mahu react bagaimana. Mereka kelihatan terkejut, tapi meneruskan sahaja aktiviti mereka. Mungkin apabila melihat aku yang hanya junior..apalah sangat. Tiada ancaman. Aku berjalan sahaja melepasi mereka...sambil berfikir,

"apa harus aku buat??"


Marah, memang marah. Merah padam muka disebabkan berjemur matahari waktu bermain tadi...makin bertambah merah. Setelah selang jarak beberapa kelas dari mereka, aku berhenti berjalan, Berfikir dalam,..apa harusku buat. Kita tahu shj, tugas kita apabila melihat kemungkaran berlaku..usaha untuk mengubahnya.



مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

"Barangsiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaan), jikalau tidak berkuasa hendaklah dicegah dengan lisannya, jikalau tidak berkuasa juga, hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman."


raket ni dah menyaksikan banyak perkara dalam hidupku


Tapi perasaan takut dan tidak yakin mengatasi ilmu dan apa yang kita tahu pada waktu itu. Aku berlalu sahaja, meninggalkan mereka dengan urusan mereka. Cukuplah sekadar aku membenci dengan hati.
Berlalu pulang, naik ke asrama dan terus ke dewan makan. Pulang dan lupakan.

Tapi pula, bukan sekali itu sahaja, muncul pula kali kedua dan ketiga..perkara sama terjadi apabila aku membuat "rondaan" pada waktu petang bersama raketku. Terserempak lagi, pernah dengan orang yang sama, pernah juga dengan pasangan lain. Meluat dan benci dengan apa yang dilihat.setiap petang apabila aku ingin meronda dari blok ke blok, aku berdoa tidak dipertemukan dengan pasangan-pasangan 'love birds' yang sedang berdating di kelas-kelas. Lebih meluat dan benci dengan diri sendiri kerana tak mampu berbuat apa-apa. Hanya mampu melapor kepada senior-senior sepatutnya.


Setelah beberapa kali terjadi..aku terfikir suatu cara. Setiap kali aku meronda di blok-blok kelas, aku akan sengaja menggeserkan dan menghentakkan kepala raketku ke dinding dan lantai laluan balkoni blok yang dilalui. Sengaja aku jalan bermalas-malasan, mengheret kasut supaya bergema satu blok dengan bunyi gesek kasut sukan dengan lantai simen. Bola tenis sengaja aku hentak-hentak ke lantai dengan kuat. Habis bunyi aku buat. Dengan harapan kalau ada burung-burung yang sedang memadu kasih di dalam mana-mana kelas, terdengar, dan timbul takut atau suspen untuk berhenti dan cabut lari kalau-kalau pengawal keselamatan atau warden asrama yang sedang buat rondaan.



Waktu itu, lega..dan rasa diri bijak dan tindakan itu paling betul. Lagi kuat keyakinan bila mana sejak dilaksanakan cara tersebut, tak pernah sekali pun bertembung dah dengan pasangan-pasangan memadu kasih di kelas-kelas pada waktu petang. Lega..konon.
Walaupun begitu, jauh di sudut hati..sentiasa terfikir, 

" Seriously.. Hanya ini sahaja yang mampu aku buat? "


Jentikan fikiran itu hnaya datang 'mengacau'..pudar dan berlalu lama kelamaan. Dilupakan sahaja.
Itulah mindaku sewaktu awal-awal berada di SMKAKA. Jauh sekali dari minda dan jiwa seorang pendakwah..seorang pejuang agama. Tidak sehingga insan-insan terpilih hadir dalam hidupku tidak lama selepas itu. Merekalah yang mengembalikan semula jentikan terdahulu, menukarkan ia menjadi tumbukan.. Tumbukan padu, tepat mengenai jiwaku. Kita semua Da'ie.



وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran, merekalah orang-orang yang beruntung." 

(Ali Imran:3:104)



..dan sebagai Da'ie, bergeraklah secara kolektif. Kamu akan lebih kuat.

Wednesday, June 17, 2015

" Pada Tahap Manakah Kau Berada?.."

Waktu itu, sebelah kaki kau bersimen. Patah dan sakit. Setiap hari yg ditempuh, kau perlu lepasi anak2 tangga.

Dari tingkat ats, aku melaung setiap hari. Laung pd kau supaya bertabah dan kuat memanjat. Aku sahabat kau.

Kau kesal bagaimana bisa aku sekadar melaung. Kau sedih dan terluka. Sudah luka di kaki, luka pula di hati. Cuaca mendung, hujan rintik2 menemani kegigihan kau. Kau teruskan melangkah.


Sedang kau tak tahu, hujan rintik itu tempias air mata sahabatmu dari ats. Dia setia menunggumu di hujung tangga. Melihat ke bawah. Hanya mampu melaung. Kedua kakinya bersimen, bertongkat. Kepalanya berbalut merah kesan darah. Mulutnya penuh ulcer, tekaknya perit,bengkak. Sekadar melaung sudah mnjadi suatu yg azab untuknya.


Salamatussodri.

Tahap paling rendah, tapi hakikatnya paling payah.
Kebanyakan masa, itu aku manusia di bawah tersebut. Dan kadang2 juga, aku manusia di atas itu.


Thursday, February 12, 2015

" Mulanya darah itu panas!"

"Hanya undang-undang syariah dapat beri keadilan sebenar dan penyelesaian kepada semua kekeliruan."-quoted



1998. Sepemulangan aku ke tanah air setelah hampir 2 tahun di UK. Bunyi loceng Big Ben, meriah manusia di Malaysian Hall,riuh gerombolan merpati di Trafalgar Square. Itu yang terngiang dan melekat di fikiran sepanjang bermusafir ke negara orang.



Pulang itu, aku masih kanak-kanak pra sekolah. Hujung fasa pra. Walaupun hnya sempat beberapa bulan berlari-lari, bergaduh dengan budak-budak lain, beli gula-gula nisan, makan dalam talam, belajar solat sama-sama. Hakikatnya, aku tetap hasil keluaran Pasti. Dari Pasti..shift ke Oxford Kindergaten, kemudian ke sekolah kebangsaan. Berbelit perjalananku.



Pulang ke tanah air, akhir 1998. Waktu itu aku kanak-kanak hingusan, sibuk main korek tanah bawah pokok mangga penuh kerengga di hadapan rumah. Namun, sisa-sisa laungan 'reformasi' masih kedengaran. Tahun berlalu. Petang-petang balik sekolah, letih dan bosan. Tengok kartun. Setiap kali aku selongkar laci cd untuk cari cd 'Tom & Jerry', pasti akan terpandang satu cd ni. Front cover gambar seorang lelaki. Tertulis perkataan 'Reformasi'.



Naik sekolah menegah, aku tinggal fully 5 tahun di asrama. Tingkatan 4, orang kata tahun 'honey moon'. Aku juga sempat rasa menjadi pelajar nakal. Nakal. Bukan jahat. 2008. Malam 15 september tahun itu, kecoh. Esok bakal menyaksikan suatu peristiwa besar. Aku masih ingat 'cakap panas', darah muda kami yang menggelegak malam tu. Riuh diskusi kami, di tepi tangga blok, di dalam gelap. Sekali sekala, panjangkan tengkuk. Intai-intai takut warden lalu.



Time tu, aku suka layan lagu Fix You. Bawa mp4, walaupun pengawas sekolah time tu.
Malam-malam, duduk menyorok tepi katil. Sumbat telinga, kemudian buka buku. Konon study. 2008 tahun darah muda aku mula menggelegak. Walaupun time tu gelegak tanpa arah, tetap manis untuk aku kenang. Selalu juga, aku ambil peluang balik hujung minggu, download video-video untuk kenyangkan curiousity aku. Apa benda 'reformasi' tu? Mata lebam? Sodomy? TPM dipecat? Apa jadi dengan Malaysia ni?


Selalu aku dan beberapa kawan, buat pawagam malam-malam time dah kena 'lights off'. Layan video yang download tu. Kami bersempit-sempit kepala, nak fokus pada skrin mp4 yang kecil tu. Sambil tengok, sambil ulas. Rancak.. Ulas ikut kepala kami sendiri. Kenapa itu, kenapa ini. Tak puas hati itu, ini. Pening dengan Malaysia. 



Habis sekolah, masuk universiti..
Masa berlalu..

Makin dengar..makin perhati..makin fikir..

Tak tipu, darah sememangnya makin gelegak. Membuak. Tapi alhamdulillah, gelegak makin terarah. 

Dan hari ini..siri-siri pawagam aku masih berjalan. 




"....dan pengadilan Allah itulah yang paling adil"

Moga diberi kesabaran pada orang-orang yang di zalimi.




Thursday, August 29, 2013

Sporo trichosis [part 2]- (non medical entry)

Ceritanya, ini tentang kucing sakit. 

Kucing liar, pendatang asing. Sakit teruk macam ni. Isunya, ialah how much are we up to it? Keseriusan kita nak merawat dan cuba bantu menyembuhkan. Sejujurnya, ia sememangnya suatu latihan buat diri. Terutama diri yang masa depannya insyaAllah, seorang bergelar doktor. Our passion, concern, determination and skills.  

Setiap hari, ada perkara baru dalam jadual harian. Bagi makan kucing yg dikurung di belakang rumah. Bagi makan ubat, kemaskan bekas najis kucing, spray ubat pada luka, dll..setiap kali aku letak ubat pulak, dia akn buat gerakan mcm kucing nk keringkan badan lps mandi..habis terpelanting terpercik segala kuping2 luka dan darah hanyir..dan semestinya, perasaan malas dan cuak tu selalu shj melanda.. "alah..kucing je pon"...tp, sebenarnya..sikap ni yang akn membentuk tindakan kita di masa hadapan. 


situasi 1:


(getting what's best)

selepas visit kami ke vet tempoh hari, dr tersebut beri sebotol cecair ubat kuning (iodine) untuk disapukan pada luka-luka kucing tu. sebagai disinfectant, bagi kurangkan jangkitan bakteria. Tapi, kami xsampai hati lihat kucing tu mengerang kesakitan dan menggelupur kerana pedih apabila disapu ubat kuning tu. Setelah di search online, kami dpt tahu daripada seorg yang kucingnya juga menghidapi sakit yang sama. Beliau syorkan agar apply antiseptik jenama Betadine, yg mana ada sedikit beza dari segi isi kandungan cecairnya dengan iodine biasa. Katanya Betadine kurang pedih, dan beliau apply betadine pd kucingnya yg sakit tu. Bezanya ialah Betadine sejenis povidone-iondine antiseptic,mengandungi anti-fungal soap. and less stinging. Iodine juga boleh dikurangkan kesan pedihnya, dengan dilution with water.

the thing is, when you go out to the pharmacies, u'll discover that Betadine is far more expensive than those regular iodine liquids.

tapi, bila pikirkan semula..it's just for the cat.


situasi 2:




(getting what's best)

untuk mengelakkan luka-luka di muka kucing tu jd lebih teruk, kami kena pastikan dia tak menggaru muka dan luka-luka lain. jadi, kami pergi pet store dan beli cat collar dan cone. Kami pakaikan pada kucing tu dan alhamdulillah, memang dia xdpt menggaru mukanya lagi. tapi nampak sedikit terseksa kucing tu, macam x keruan. ceritanya, pakaikan. kemudian 2-3 jam selepas tu, intai2 dah tercabut. cone tu pulak dah dipenuhi darah apabila dia berjaya menggaru lukanya. kami try pasang balik..tercabut lagi..
then, lepas dah 3 kali pasang-cabut, kami putus asa. mungkin sbb collar yg kami pakaikan tu jenis senang tercabut.so.. biarkan je xyah pakai cone. garu lah, kau nk garu sangat. plus, cone tu, sekeping harganya RM14.. - -"


isunya di sini,..cepat putus asa...n kreativiti..heh. padahal kalau pergi cari collar yang kukuh sikit, then try pasang lagi. Mungkin berjaya..heheh. dan tentang harga, tiba-tiba terpikir, cone tu boleh DIY. beli bahan di kedai stationary, n tekap template cone asal..cara nk jimat, ada sangat sebenanya..

and..then again...it's just a cat..we ought to take the matter not so seriously,..even though it's a living creature we're talking about.




situasi 3:




(Passion or skills?)

dulu2, time kami bela kucing hampir 15 ekor keliling rumah, ramai la kucing yang kena penyakit kurap-kurap ni. Suatu hari, papa jumpa spray ubat kurap di Giant. Beli. dan balik rumah try sembur pada kucing-kucing kami yang berkurap sakan ni. Semburan tu, apabila kena sahaja kulit kurap kucing ni, jadi berbuih putih.foam. dizzling..."sssshhhh"..alhamdulillah, surprisingly, lepas seminggu terus ok. kulit diorg jadi licin berseri. Bulu tumbuh lebat semula. Lepas2 tu, kami try cari lagi ubat spray tu, tapi sampai skrg x berjumpa.

baru-baru ni, study sikit tentang antiseptics. Ada macam-macam. Iodine, povidone-iodine, methyl-spirit, and hydrogen peroxide. Dan baca,..dan baca..action, effects dan lain2. dapat tahu yang hydrogen peroxide akn hasilkan 'foam' when applied onto minor wounds. how does it work?

wounds contain blood and damaged cells, which is high in th eamount of catalase. when applied onto wounds, H2O2 reacts with catalase, becomes water (H2O) and oxygen (O2)...air out and heals the wound faster.

so, terfikir untuk cuba alternatif ini pada kucing sakit sporo ni. memandangkan treatment dengan betadine tak menunjukkan progres yang memuaskan. Pergi ke Guardian, beli H2O2..prepare ikut dilution..

tp..tiba-tiba rasa tak yakin untuk sembur pd kucing. Bimbang aku "buat2 pandai"..improper treatment..
bimbang kerana semua ni hnya based on pengalaman dan pemerhatian. not actual facts..

Tapi last-last, aku sembur sahaja,..Bismillah, tawakkal 'alallah..
berbuih-buih lukanya..menggelupur..kesian juga melihat..

tapi, dalam hati.." takpa..ni kucing ja..kalau silap treatment ke pape,xde pe sangat la. Daripada takde buat improvement pape, lihat je kucing ni makin teruk.. baik try benda baru.."







and, ...untill this very moment...I still wonder...a lot. Muhasabah~


Sporo Trichosis [part 1]- (non medical entry)


Sporo Trichosis atau dikenali dengan nama penyakit kurap berdarah. Suatu penyakit yang common menyerang haiwan-haiwan peliharaan terutama kucing. Antara simptom mengenalpasti penyakit ini:




Pulangnya aku ke rumah di Kerteh, gembira melihat kucing kesayangan ceria dan sihat. Alhamdulillah. Cuma lainnya, sebab nampak tua. heh. Sebaliknya pula keadaan seekor lagi. Beliau ni kucing liar, datang ke rumah kami dan berkawan dengan kucing kami. Best friends. Malangnya bagi kawannya ini, badan penuh berkurap. Kurap basah, kelihatannya macam tiada tanda-tanda nak sembuh. Pada awalnya, kami biarkan aje, biasalah kucing liar, bergaduh sana sini. Patut pun dapat luka-luka kurap.

Tapi makin lama, luka kurapnya makin teruk. certain body parts yang kurap teruk. Tangan, kaki dan bahagian muka especially hidung. Teruk berdarah. Setelah lama, dan kelihatan berlarutan, jadi kami decide untuk bawa ke klinik Veterinar di kerteh. Sarungkan latex glove di kedua belah tangan, kemudian tangkap dia ni, letak dalam cage. Meronta-ronta.

Bawa naik kereta untuk ke klinik tersebut. Aku duduk di seat belakang, bersama kucing ni. Satu benda yang amat disturbing, ialah bau luka darah, untreated wound. Bau busuk darah hanyir memenuhi segenap ruang kereta. Kami tutup aircond, bukak tingkap seluasnya. Tapi keadaan tetap menyeksakan hidung dan tekak, terutama apabila kereta terpaksa berhenti di traffic light,dan peredaran udara terganggu..Kucing yang ketakutan dan jarang naik kereta ni, menggelepar ketakutan, sambil menggesel-gesel hidung berdarahnya pada dinding cage. Terpercik darah sana sini. Hidungnya pula, berdarah makin teruk. Walaupun aku seorg pelajar perubatan, yang kononnya harus biasakan dengan perkara-perkara jijik begini..still..situasi tu amat disturbing. Iini baru kucing, bukan manusia lagi. 




Sesampai di klinik, dr beritahu bahawa kucing ini terkena penyakit Sporo atau kurap berdarah, Ia merupakan the worst case senario bagi seekor kucing. Pendek kata, penyakit igauan setiap kucing. Kami tanya apa ubatnya. Dr tu bgtahu, ubat perlu ambik di Kemaman, RM6 satu dos. Dan treatment adalah selama 6 bulan, efficiently. Option kedua dr, matikan kucing ni. Sebabnya, penyakit ni boleh berjangkit, terutama melalui sentuhan. Kami ambil option pertama, cuba rawat dulu.



Dr bagi injection dan sapu iodine pd luka-luka kucing tu. Disebabkan dr xcukup tangan nak hold down kucing ni time sapu iodine, dia mnta tolong kami pegang. So, pegi grab latex glove, sarung dan pegang kucing ni. (heh, mcm buat attachment, tp kat klinik vet..). Kesan dari iodine tu, kena pada luka, pedih teramat mungkin. Kucing ni menggelepar sakan, mencakar sambil terkoyak glove aku. nasib baik tak luka. Kalau tak, dengan aku2 kena treatment Sporo.

Jadi, dr tu tuliskan prescription ubat untuk dibeli. Kami pulang ke rumah dan terus kurung kucing tu, restrict pergerakannya untuk elakkan jangkitan pada tempat dan benda hidup lain. Lebih kurang seminggu selepas tu, baru kami berjaya dapatkan ubat tersebut. 

bersambung-







Saturday, July 20, 2013

" Pulang"..

Senja, 27 Jun 2013, aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Malaysia.
Perasaan di saat gear pesawat (tayar) menyentuh landasan, bercampur baur..
LEGA setelah hampir 10 jam berada di ats pesawat, dapat turun. Hilangkan lenguh badan, mabuk kapal terbang dan inbalance ear.  Ditakdirkan Allah, di ats flight seat aku di sebelah seorang lelaki arab. Sepanjang perjalanan aku terpaksa duduk menghimpit pada adik di seat sebelah kanan memandangkan appearance lelaki tersebut agak tinggi dan besar. Namun Alhamdulillah beliau agak sopan dan menghormati keadaan tersebut. Ubat mabuk pula, lupa minta pada kawan hari sebelumnya..alhamdulillah perasaan mabuk itu distracted oleh kekaguman melihat sayap pesawat..(walaupon dah setahun blajar medic, minat lama masih tersemat rapi.. :) )




SYUKUR setelah Allah bagi peluang untuk jejakkan semula kaki di tanah air setelah 9 bulan meninggalkan. Walaupun hanya sejenak tinggal,..mungkin disebabkan aku pelajar tahun 1, the emotion gets overreacted. Respon pada homesick, hasilnya..hati seperti dibaja, GEMBIRA berbunga sakan saat keluar dari pesawat, claim luggage, berjalan dan nampak kelibat mama dan papa melambai memanggil..


LEGA dan SYUKUR Alhamdulillah..segala urusan imigresen dan  keluar masuk negara berjalan lancar. Despite aku tiada visa. Melepasi kaunter imigresen, sesungguhnya sympathetic reaction berada pd tahap maksimum! Berpeluh dalam air-cond. Hanya Allah ada menolongku saat itu. Walaupun begitu, commonly, ia hanya isu kecil.


Berasa SERBA SALAH meninggalkan housemate dan sahabat di zagazig. 2 hari sebelum departure pulang, kami baru sahaj selesai urusan pindah rumah. Tamat sahaja paper English di sebelah pagi, petang kami pindah. Sememangnya exhausting. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang turun membantu kami. Hanya Allah mampu membalasnya. Keesokannya, aku bertolak ke Cairo, meninggalkan ahl bait ku dengan banyak lagi urusan tertunggak. Rumah bersepah, barang berterabur.. Walaupun cuba disusun dan selesaikan semana mampu, tetap rasa bersalah. InsyaAllah, hasbiyallah wani’malwakil. Ditambah pula keadaan semasa Mesir yg mula bergolak semula..


RESAH memikirkan keputusan peperiksaan tahun pertama ni. BIMBANG aku fail mana-mana paper, perlu repeat dan tukar tarikh tiket balik Mesir. Menyusahkan banyak pihak. Menghampakan ramai orang. Lebih utama, menghampakan diri sendiri..gagal lagi..
Di sebalik segala perasaan bercampur baur tersebut..poin utamanya, aku sekarang sudah sampai di MALAYSIA. Kita berada di sesuatu tempat, for a purpose. Kita berada di situ on that particular time, ada sebab. Ada amanah dan tanggungjawab yg perlu diselesaikan, dilaksanakan.. sama ada yang remeh, mahupun yang besar dan penting.
Musafir aku ke bumi Mesir selama 9 bulan,..penuh hikmah. Banyak silap, salah, tindakan bodoh,..banyak juga ilmu, pengajaran hidup, dan harapan yg dikutip.


Life’s a climb.. but the view is great..if we take Allah as our destiny..

Sunday, June 3, 2012

Flashback: siri 1

Setiap dari kita punyai angan-angan,personaliti n minat tersendiri. time zaman kanak2,selalu berangan itu dan ini. Ada yang tak mustahil boleh berlaku, ada juga yang terang-terangan, memang mustahil boleh terjadi. Ada yg relevan, ada yang agak gila. Semuanya, hasil kerja imaginasi, persekitaran hidup dan bagaimana pemikiran kita dibentuk.

Aku seorang yang punyai memori yg agak lemah. short-term memory, mungkin. Jikalau flashback hidup, hanya setakat umurku 5 tahun shj yg mampu di recall. Itu pon, samar-samar.
Semasa umurku 10 tahun, waktu inilah paling rapid pemikiran,attitude,minat dan tindakanku terbentuk.
usia 10 tahun, bererti, kita berada di tahun 4 persekolahan sekolah rendah. Tahun 4 dikira tahap 2 sekolah rendah. tahun di mana kita akn mula pelajari subjek2 baru seperti kajian tempatan dan kemahiran hidup. tahun 4 juga, bermulanya hidup kita dgn term UPSR.

Tahun itu, aku Darjah 4. Kami akan mula pelajari subjek baru, Kemahiran Hidup. Cikgu KH ku, cg. Md Zain. First projek, kami dibekalkan satu set ringkas kayu dan paku. kena buat pencil box kayu. Memandangkan kekangan dr segi masa dan peralatan pertukangan di sekolah, kami diminta menyiapkan projek tersebut di rumah. Entah kenapa,aku begitu berminat menyiapkannya. pinjam tukul papa. biarpon habis senget aku memaku kayu2 tu,yg penting, ianya siap. Excited. first time main tukul dan paku. hehehe..Second projek, setiap dari kami diberi mentol lampu kecil setiap seorang. Kami diminta bawak bateri masing2. Projek pd hari itu, connect the circuits. Jadikan set lampu. Punyalah seronok, aku bawa "torchlight" ku itu ke sana ke mari hingga 2-3 hari. Bawa balik ke rumah, x habis2 menunjuk pada mama dan papa.haha..
Sejak itulah, aku jadi excited dengan barang elektronik. pantang ade kereta controll adikku rosak, mesti aku akn kebas,selongkar.sebab?..no reason..nak tengok saja..
Papa pula jenis bertukang juga..so, selalu lah toolbox papa diselongkar.



 And,after a few years, habit ini sampai pd tahap "kritikal"...(kata mama..)..
Sebabnya?...masuk bilik ku,akan jumpe toaster roti rosak, mesin mixer buat kek yg dah rosak, hair dryer rosak, mesin pam udara akuarium ikan yg da rosak, henfon rosak...dan berkotak-kotak "sampah" elektronik lain.hm.kritikal..kot..

so...this is where attitude n interest no. 1 came from.. ^^
Alhamdulillah..

ok,then..no. 2..

Tuesday, December 20, 2011

koleksi "sampah"..


Setiap dari kita punyai sudut pandangan atau persepsi yang berbeza berkenaan sesuatu itu. setiap PERCEPTION adalah unik bagi setiap manusia. adakalanya anda melihat satu perkara itu bagus, anda menyenanginya..mengkaguminya...namun sebaliknya bagi saya..saya mungkin melihat perkara tersebut suatu yang tidak patut, tidak mempersetujuinya dan tidak menyukainya. begitu juga vice versa. Persepsi manusia itu suatu yang subjektif..



- "sampah" baru di 'bengkel'...motor elektrik,magnet besar tuh...boleh convert jadi dynamo..


cuti semester kali ini, koleksi "sampah" di bilik ku bertambah lagi. hahaha..dan yang seronoknya, pertambahan item "sampah" kali ini...suatu item yang agak payah dan jarang untuk diperoleh..ceritanya bermula apabila suatu hari, stand mixer mama tiba-tiba rosak, tak mahu berpusing..kami baru shj semangat nak buat kek,.."mesin mixer rosak la plaak."...memang habis spoil mood kami gara-gara mesin dah rosak..tapi,sebaliknya bagi aku..mood melonjak!!..  ^^  ..."okeh..beres, angah nak mixer ni,boleh ma..?"...

ibuku dah tak larat nak rasa hairan dan pelik kenapa aku nak benda-benda rosak ni..sibuk mengumpul pekakas-pekakas rosak di bilikku. selalunya, bila mama datang meninjau-ninjau bilik aku..mampu geleng kepala sahaja..bilik aku mereka sudah tak panggil bilik, mereka panggil bengkel. dan "harta-hartaku" semua itu, mereka panggil "sampah"...nampak..? persepsi manusia memang berbeza. 

namun begitu, persepsi atau pandangan itu, tak selalunya berlainan. ada juga kalanya, antara kita punyai persepsi yang sama. sememangnya, bila anda berdepan situasi persamaan persepsi ini,..memang satu rahmat. kerja pun selalunya akan menjadi lebih mudah, kurang perbalahan, tugasan lagi cepat diselesaikan..


tapi sebenarnya, berlainan persepsi dan kepelbagaian pandangan inilah...yang merupakan kekuatan dan rahmat kepada kita. bila banyak pandangan, bermaksud banyak idea..pemikiran akan bercambah, imaginasi berkembang, penemuan-penemuan baru bakal kita discover, jawapan kepada permasalahan mungkin akan diketemukan. bak kata pepatah Inggeris " two heads are better than one.."....lihat rasionalnya pada pepatah tu..


jadi.. ingin ditekankan di sini.. berlainan pandangan itu rahmat..jgn kerananya, kita bertelingkah dan saling berbalah sesama kita..dan persepsi yang paling baik itu, adalah yang berlandaskan iman dan 'aqal. wallahu a'lam.   (peringatan buat diri yg selalu lupa..)

Saturday, October 8, 2011

" changing perception..."-sem break entries- [part 2]

semalam, time orang solat jumaat, mama menyuruhku ke kedai. kene beli  barang-barang dapur + barang-barang nak dibawa kpd adik2 ku di asrama...petang nnti nak pergi melawat mereka. pkol 1, jalan dah start lengang, org sudah mula memenuhi masjid untuk menunaikan kewajipan jumaat.




ambik kunci kereta, klua rumah..kereta kancil tu roadtax nya dah expired, tak renew lg...tapi, aku redah je..pandai2 la lalu jalan dalam..dah p kedai, balik rumah hanta barang sat. nak kene kluar skali lg, air batu tak beli lagi...kedai td xde...kedai satu lagi tu, kene seberang jalan raya,...jadi, aku lalu kot jalan dalam dulu..nasib betul...tersalah timing, aku lalu jalan depan masjid tu, manusia2 sedang bertebaran kluar dari kawasan perkarangan masjid, solat jumaat baru tamat. dekat 10 minit tersekat depan masjid...semua org tengok aku pelik..heh...buat batu je la...  ^^






dah sampai kedai, tutup pulaak...Allah...mmg dugaan betol..otw balik, aku men redah je lalu kot jalan raya..mampuih la roadtax xdop pon...tibe kat satu trafik light ni,..heh..kete aku betol2 belakang kete polis...dan trafik light tu, depan Balai Polis Kerteh...ahaha..


"sekarang bile nampak je polis....rase....lain...darah tetibe naik..jd menyampah...fobia...."


sepatutnya rakyat rasa selamat bila nampak polis,..rasa protected..tp...knape skrg dah lain ek???..hmm..


-kesian kat polis2 yang tak bersalah..

Saturday, April 2, 2011

:: dah petang!! ::

1 april 2011. hari sudah petang. cuaca di luar masih mendung, gelap, hujan dah berhenti kejap. kecewa juga hati ni bila td, tibe2 aje hujan. sepanjang hari ini, dari pagi, cuaca panas molek..eheh, " ku sangka panas sepanjang hari, rupanya hujan di sebelah petang.."..habis terbantut segala perancangan yg telah disusun..sejak seminggu lalu, mukim Kerteh ini rancak beno dilanda hujan, lebat. 29 mac lalu, kerteh dilanda banjir kilat...hujan lebat yg berterusan tanpa henti sejak petang hingga ke malam, akibatnya, tempat2 rendah dinaiki air. Alhamdulillah, rumah kami hanya terkena sedikit tempias dari musibah bencana tu. air tak sempat masuk rumah, hanya selipar, kasut serta bola-bola shj yg hanyut dibawa air. alhamdulillah, semua bende tu berjaya dikutip balik slps dijumpai tersekat di pintu pagar rumah..tak hanyut jauh..


- SRI AL-AMIN kerteh, sekitar kaw. rumahku


pagi tu, beberapa buah sekolah sekitar kerteh ditutup. tenggelam. kalau ade pun sekolah bukak, suasana lengang. ramai pelajar yg terkandas di rumah masing2, sama ada rumah mereka ditenggelam air, atau jalan yg tenggelam..putus jalan perhubungan. bayangkan, kasut sekolah pun ntah ke mana hanyut..ditambah pula dgn huru-haranya hendak menyelamatkan barang-barang dari basah rosak dan hanyut. ramai yg beranggapan bencana kali ini yg paling teruk pernah melanda Kerteh. sebabnya, ramai yg tak menyangka, kawasan2 yg sebelum ni tak pernah tenggelam pon, (almaklumlah, kawasan bandar), jadi "kolam" jugak hari tu. betapa di situ dapat kita lihat, tiada apa yg mustahil dengan kuasa Allah. Musibah dan bencana sebagai ujian kepada kita, agar kita berbalik kembali kepada Allah. Dalam menghadapi ujian dan musibah ini, manusia boleh dibahagikan kpd 4 kelompok berdasarkan reaksi mereka.

1- MARAH
2- SABAR
3- REDHA
   4- SYUKUR


Firman Allah S.W.T, " Dan di antara manusia, ada org yang menyembah Allah dengan berada di berada di tepi, maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa sesuatu bencana, berbaliklah ia ke belakang. rugilah ia di dunia dan di akhirat. yang demikian itu adalah kerugian yg nyata..."
                                                                                                                                     [ Al-Hajj :11 ]



berbalik kepada 1 April 2011. bukan nak berbicara tentang "april fool". hanya coretan harian..ptg tu, kami 4 beradik duk main tembak2 pistol air di luar rumah. Mula-mulanya, idea si afiq, yg mengajak Hanisah main,..tp aku tgk, mcm tak brape seronok je diorang "main". jd, terus p carik pistol air dlm rumah, dan join skali untuk tambah "perencah" petang tu...aku team-up ngn hanisah, pakat tembak si afiq. puas hati nyakat dia...basah kuyup budak tu..haha. malangnya, tibe2 lepas tu, mereka berdua berpakat "membuli" aku pulak...hampeh. tpnye, seronok, sbb dah lame adrenalin tak rushing sebegini...I felt GREAT!!...tambah-tambah lagi, main tu dalam hujan renyai-renyai...heh.



- pakai "booster", tak aci, tembakan lagi kuat!!









- aku pnye 'canggih' sket. ni baru betul "pistol" air.......


note:- pembaziran air tidak berlaku (berlaku je, kurang la kot), kami pakai air hujan yg ditadah...
       - kepada Along, aku nak sgt tembak si Bug (kucing), tp die takde...haha, nasib dia baik kali ni..









Monday, March 21, 2011

:: mEmaNcing itU untUK sEr0nok ::


baru berpeluang nk finish and publish posting ni, dah lame duk jd draft, tak sempat nk post. baru-baru ni, kami sekeluarga p memancing, or kalu org ganu, we call it ' gi ngail '....idea asalnya nk pegi PD, ats tiket percutian keluarga. kononnya, kami akn sewa chalet, pastu naik bot p memancing ramai2...seronok jugak bile denga planning asalnya. lepas ayah dah survey2 di internet, carik tempat nk menginap. aku pon ade tanye sahabat aku, si syamira atiqah kalau2 dia tahu mane2 spot best nk beraktiviti ni. ye lah, dia dan geng2 MRC KC lain baru aje balik dari trip percutian mereka ke PD, mane la tau diorang tahu mane2 spot sedap ni kan. malangnya...akhir sekali, plan nk ke PD dibatalkan. sebabnye, aku pon baru teringat, kat PD kawasan berpantai..ade ke tasik2 gtu?? lagipon, lps survey, nmpak mcm bnyk telan kos kalu nk g bercuti ke PD ni. jd, konklusi ayah aku buat, kami p memancing dekat sungai berdekatan rumah ni je...Sg. Mak Ika...walaupon dekat dgn rumah je, dlm 2-3 km jaraknye, kami tak penah pon p mengail situ. sbbnye, sungai tu bukan spot rekreasi keluarga pon..tak ramai pon org ke situ..


pagi hari yg dirancang, lepas dah brekfast semua, aku memulakan tugasku. "tugas" yg memang seingat aku takde org lain dah dlm keluarga kami yg selalunye buat..memang biasa2 nya, aku yg kene. ayah aku mungkin selalu jugak buat di mase2 mudanya...tugasnya...MENCARI CACING untuk dijadikan umpan..kali ni aku ade helper, adik aku, si afiq. excited dia bile dgr aku ajak p carik cacing same2 kat belakang rumah. kami kumpul segala alat nk menggali tanah,..cangkul kecik dsb, dan terus menuju ke "area" sasaran. biasa2 nye, cacing ni suke duk tempat lembap2 gtu. memandangkan hari tu agak panas, untuk memudahkan kerje2 menggali, aku p siram dulu "area2" target tu. kasi tanah lembut sket. adik aku tanye.."angah, knape siram tanah tu??"..spontan aku jawab,.." takde la, saje..sbb bile siram tanah tu, air masuk dlm tanah. jd, cacing2 kat dlm tu, diorang takot lemas, diorang 'berenang' la naik ats. nnti senang la kite nk carik.."..ntah mane aku blaja ilmu tu, teori sendiri..kesian afiq, terima ajaran sesat aku.



"area" target pertama kami ialah tanah kat tempat base bakar2 sampah. kan bnyk bahan reput situ, bnyk la cacingnye kot...hehe. gali..gali..gali...tu dia!! jumpe cacing pertama, a fat long juicy worm. serius memang besar cacing tu. mungkin sbb ia terima bnyk nutrient hasil dari bahan2 reput yg dibakar...tp, stendet cacing malaysia la..xde besar mane...ok. mangsa pertama ditangkap. masuk dlm bekas. proses menggali diteruskan..2, 3, 4,.....fuh, bnyk jugak rezeki aku pagi tu. berpenat lelah di bawah cahaya matahari pagi yg terik..adik aku sibuk bagitau aku yg cacing2 dlm bekas tu nk panjat kluaq...hape la...





lps tu, sambung menggali di spot same. malangnye, dah tak ketemu cacing lain. Mungkin ade 'cacing informer' yg membocorkan tentang kerje2 menggali aku. mungkin semua cacing dah pakat menyorok blake...haih. jd, aku ambik keputusan untuk p gali kat spot lain. "area" strategik kedua ialah area bawah pokok tin (pokok jambu ara)..pokok ni bnyk berbuah, tp buahnya kurangmanis. jd, kebiasaannya, kalau tak dimakan burung atau monyet2 nakal yg selalu dtg tu, buah2 tersebut akan kembali jd baja kepada pokok tu. hmm..mesti bnyk nutrient kan..jd, bnyk la cacing...memang murah rezeki la waktu tu, tak sampai seminit menggali, dah jumpe cacing pertama...tp, cacing pokok tin ni tak la sebesar cacing tempat bakar sampah..kurus sikit..heheh. proses cari gali diteruskan sehingga cukup kuota yg aku nk. 10 ekor cacing...ok la tu..operasi mencari cacing tamat..-


petang tu, lepas asar, kami bergerak ke lokasi memancing tersebut. kene parking kat luar, then, jln masuk ke dalam hutan2 sket...kemudian, baru berjumpe sungainya...Subhanallah...cantik. takde la cantik mcm kat tasik kenyir tu, tp, masih,...indah. ditambah lagi dgn cahaya matahari petang yg mendamaikan..asalnya, rancang nak pegi sekeluarga. last2, ayah aku tak bagi si adik bongsuku ikut same. alasannya, bimbang adikku 'dimakan' nyamuk2 hutan yg ganas...heh. jd, kami berlima shj yg pergi. papaku, mamaku, adik lelakiku azim dan afiq, serta aku...joran bawak sorang satu kot...haha. konon, action je..



kami carik spot strategik sikit, then, cepat2 set up kan semua joran. pasang kail, pelampung (buoyant), letak timah pemberat,....dan akhir sekali, umpan...sekali lagi, aku disuruh untuk pasang umpan. cacing tu la. aku, pegang cacing boleh. tp, kalau nk cucuk depa kat mata kail....ish..naik ngeri sikit. aku kene pasang umpan untuk joran mama, 5 minit jugak nk ke boleh selesai...eeii..kesian kat depa, sakit kot kene cucuk2 gtu..aku pasang dlm 2-3 umpan camtu. nk pasang yg ke-4 tu, tekak tibe2 naik loya. nak muntah..terus aku campak...biar ayah aku je yg buat..hehe, expert kan..kerje aku, tolong campak joran untuk si afiq. lepas dah campak, lock, pastu bagi dia pegang. action la konon dia tgh memancing nih...haha.



si afiq kerje marah aku je. sbb campak tak jauh la,..dia marah aku sbb tarik tali tegang sgt la...mcm2..nyampah jugak aku, bayangkan, dia suruh aku baling umpan tu jauh2, biar landing kat tempat teduh..." afiq penah bace dlm buku tu, dia kate ikan ni suke tempat teduh. jd baling la kat situ. mesti dpt ikan." banyak cantik, ingt aku handalan sgt ke bab2 mengail ni??....tp, layan je la budak kecik ni...


mungkin dah bnyk rezeki menangkap cacing td, kurang pulak rezeki menangkap ikan. dah hampir sejam kami di situ. barang seko ikan pon tak dapat..aku boring sgt, saje main2 dgn ikan2 guppy yg duk bermain di tepi2 tebing sungai..aku turunkan umpan cacing yg dah kembang tu, bagi diorang makan...seronok jugak tgk..at least ade kelibat ikan..haha. papa ngan azim dah pegi carik spot jauh2. aku, mama ngan afiq, ingt nk p sane jugak la sbb keboringan tak dpt ikan. mulenye, kami nk tinggal je joran ngan kotak alatan memancing tu kat situ. tp, rase tak sedap hati, jd kami bawak la bersama joran2 aje. kotak tu tinggal,....sangkaan kami, xde org kot nk ambik..kawasan tu sunyi, takde org lain pon...kami balik semula, botol air bergolek terbalik.. terperasan la satu bnde hilang. segulung tali tangsi yg ayahku beli sewaktu dia menuntut di US time2 zaman blaja dulu..hmm..mmg dasyat manusia ni eh...sempat lg kebas brg org..


jam dah menunjukkan pkol 6.45pm. hari dah lewat. kami dah pakat2 nk balik. kecewa jugak tak dpt seko ikan pon, tp, SERONOK tu dpt. mak aku kate.." kalau memancing nak dapat ikan, baik pegi pasar ikan je, beli...memancing sbb nak keseronokkan..."..bagi afiq yg merupakan first time dia p memancing ni, excited plak tu, punye la sedih dia, sbb tak dpt ikan. otw balik, bergenang air mate...kecewa agaknye..haha. merajuk kejap..haih..mcm2. ayah aku ckp, mungkin umpan tak sesuai,..ataupon, spot tak strategik...itu sebab tak dpt ikan...papepon, yg penting, seronok dan perasaan mahabbah dlm keluarga tu, dapat..