" TRUST in Allah wont make the mountains smaller but make CLIMBING easier. DO NOT ask Allah for a lighter load, but ask Allah for a STRONGER BACK..."

Thursday, August 29, 2013

Sporo trichosis [part 2]- (non medical entry)

Ceritanya, ini tentang kucing sakit. 

Kucing liar, pendatang asing. Sakit teruk macam ni. Isunya, ialah how much are we up to it? Keseriusan kita nak merawat dan cuba bantu menyembuhkan. Sejujurnya, ia sememangnya suatu latihan buat diri. Terutama diri yang masa depannya insyaAllah, seorang bergelar doktor. Our passion, concern, determination and skills.  

Setiap hari, ada perkara baru dalam jadual harian. Bagi makan kucing yg dikurung di belakang rumah. Bagi makan ubat, kemaskan bekas najis kucing, spray ubat pada luka, dll..setiap kali aku letak ubat pulak, dia akn buat gerakan mcm kucing nk keringkan badan lps mandi..habis terpelanting terpercik segala kuping2 luka dan darah hanyir..dan semestinya, perasaan malas dan cuak tu selalu shj melanda.. "alah..kucing je pon"...tp, sebenarnya..sikap ni yang akn membentuk tindakan kita di masa hadapan. 


situasi 1:


(getting what's best)

selepas visit kami ke vet tempoh hari, dr tersebut beri sebotol cecair ubat kuning (iodine) untuk disapukan pada luka-luka kucing tu. sebagai disinfectant, bagi kurangkan jangkitan bakteria. Tapi, kami xsampai hati lihat kucing tu mengerang kesakitan dan menggelupur kerana pedih apabila disapu ubat kuning tu. Setelah di search online, kami dpt tahu daripada seorg yang kucingnya juga menghidapi sakit yang sama. Beliau syorkan agar apply antiseptik jenama Betadine, yg mana ada sedikit beza dari segi isi kandungan cecairnya dengan iodine biasa. Katanya Betadine kurang pedih, dan beliau apply betadine pd kucingnya yg sakit tu. Bezanya ialah Betadine sejenis povidone-iondine antiseptic,mengandungi anti-fungal soap. and less stinging. Iodine juga boleh dikurangkan kesan pedihnya, dengan dilution with water.

the thing is, when you go out to the pharmacies, u'll discover that Betadine is far more expensive than those regular iodine liquids.

tapi, bila pikirkan semula..it's just for the cat.


situasi 2:




(getting what's best)

untuk mengelakkan luka-luka di muka kucing tu jd lebih teruk, kami kena pastikan dia tak menggaru muka dan luka-luka lain. jadi, kami pergi pet store dan beli cat collar dan cone. Kami pakaikan pada kucing tu dan alhamdulillah, memang dia xdpt menggaru mukanya lagi. tapi nampak sedikit terseksa kucing tu, macam x keruan. ceritanya, pakaikan. kemudian 2-3 jam selepas tu, intai2 dah tercabut. cone tu pulak dah dipenuhi darah apabila dia berjaya menggaru lukanya. kami try pasang balik..tercabut lagi..
then, lepas dah 3 kali pasang-cabut, kami putus asa. mungkin sbb collar yg kami pakaikan tu jenis senang tercabut.so.. biarkan je xyah pakai cone. garu lah, kau nk garu sangat. plus, cone tu, sekeping harganya RM14.. - -"


isunya di sini,..cepat putus asa...n kreativiti..heh. padahal kalau pergi cari collar yang kukuh sikit, then try pasang lagi. Mungkin berjaya..heheh. dan tentang harga, tiba-tiba terpikir, cone tu boleh DIY. beli bahan di kedai stationary, n tekap template cone asal..cara nk jimat, ada sangat sebenanya..

and..then again...it's just a cat..we ought to take the matter not so seriously,..even though it's a living creature we're talking about.




situasi 3:




(Passion or skills?)

dulu2, time kami bela kucing hampir 15 ekor keliling rumah, ramai la kucing yang kena penyakit kurap-kurap ni. Suatu hari, papa jumpa spray ubat kurap di Giant. Beli. dan balik rumah try sembur pada kucing-kucing kami yang berkurap sakan ni. Semburan tu, apabila kena sahaja kulit kurap kucing ni, jadi berbuih putih.foam. dizzling..."sssshhhh"..alhamdulillah, surprisingly, lepas seminggu terus ok. kulit diorg jadi licin berseri. Bulu tumbuh lebat semula. Lepas2 tu, kami try cari lagi ubat spray tu, tapi sampai skrg x berjumpa.

baru-baru ni, study sikit tentang antiseptics. Ada macam-macam. Iodine, povidone-iodine, methyl-spirit, and hydrogen peroxide. Dan baca,..dan baca..action, effects dan lain2. dapat tahu yang hydrogen peroxide akn hasilkan 'foam' when applied onto minor wounds. how does it work?

wounds contain blood and damaged cells, which is high in th eamount of catalase. when applied onto wounds, H2O2 reacts with catalase, becomes water (H2O) and oxygen (O2)...air out and heals the wound faster.

so, terfikir untuk cuba alternatif ini pada kucing sakit sporo ni. memandangkan treatment dengan betadine tak menunjukkan progres yang memuaskan. Pergi ke Guardian, beli H2O2..prepare ikut dilution..

tp..tiba-tiba rasa tak yakin untuk sembur pd kucing. Bimbang aku "buat2 pandai"..improper treatment..
bimbang kerana semua ni hnya based on pengalaman dan pemerhatian. not actual facts..

Tapi last-last, aku sembur sahaja,..Bismillah, tawakkal 'alallah..
berbuih-buih lukanya..menggelupur..kesian juga melihat..

tapi, dalam hati.." takpa..ni kucing ja..kalau silap treatment ke pape,xde pe sangat la. Daripada takde buat improvement pape, lihat je kucing ni makin teruk.. baik try benda baru.."







and, ...untill this very moment...I still wonder...a lot. Muhasabah~


5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Boleh sy tahu bagaimana dengan keadaan kucing tersebut.. sy pun masih merawat kucing y kena sporo. malah lebih teruk keadaan dia dari kucing awk ni..

ikut doktor y rawat kucing sy,hydrogen peroxide tk sesuai untuk kucing y kena sporo.. mmg setakat povidone iodine tk ada kesan..

sbb ia perlu di atasi dgn ubat itrafungol.. sebotol dalam rm200.penggunaan sebulan.amik sekali liver protector utuk dia.. tuh dh boleh bntu dia..

harap awk boleh update lg pasl kucing awk. kalau ikut waktu dia kne sporo ni sama waktu dgn kucing sy.

hrp tk jd mcm kucing sy hilng tlinga n hidung. wpun sekadar kucing.. bg sy dia dah umpama salah satu keluarga sy..

Anonymous said...

salam..

saya zara, terjumpa blog ni..masa mencari cara utk ubat kucing saya yang luka bernanah.. kucing awk kena sporo blh rujuk artikel tentang sporo, beliau berjaya mengubati dgn izin Allah swt.. kucing-kucing yg dijangkiti sporo yg sukar di ubati..
http://emandhani.blogspot.com/2013/12/lagi-tentang-kucing-sporo.html

raja rosnani said...

Kucing saya mengidap sporo tapi dah berjaya baik..saya guna rawatan alternatif tanpa ubat vet..boleh whatsapp saya 0182227022 kalau nak cuba...saya dh berjaya merawat 2 ekor kucing saya dgn cara tak sengaja selepas dh buntu bagi makan ubat 4 bulan...alhamdulillah skrg dah baik selepas 20 hari..

raja rosnani said...

Kucing saya mengidap sporo tapi dah berjaya baik..saya guna rawatan alternatif tanpa ubat vet..boleh whatsapp saya 0182227022 kalau nak cuba...saya dh berjaya merawat 2 ekor kucing saya dgn cara tak sengaja selepas dh buntu bagi makan ubat 4 bulan...alhamdulillah skrg dah baik selepas 20 hari..

maji said...

Mana nak beli ubat itrafungol tu?