" TRUST in Allah wont make the mountains smaller but make CLIMBING easier. DO NOT ask Allah for a lighter load, but ask Allah for a STRONGER BACK..."

Friday, August 21, 2015

" Double Special"

Call org Malaysia. Sembang dgn mama. Latar blkg, sayup2 dgr lagu tema 'Dibo', selang seli dengan gelekek ketawa budak kecik tu. Sekali sekala, dgr 'mumbling'..dalam bahasa tersendiri.


Mama kata.,
"Dia nk communicate dgn org, tp x reti ckp..yg retinya bila nak something, tarik jari mama,sampai terpele'ot nk patah.."





Lama dh jari tak terseliuh kne tarik dgn budak ni. Serius, mcm nk patah. Sakit.



Pernah sekali, berjalan di 'Mesra Mall', kerteh. Kawasan mall tu sgt sesuai untk latih budak tu berjalan. Design mall tu memanjang. At least, nak latih dia untk berani berjalan dalam crowd. Kawasan tgh2 Mall, ada taman rumput. Outdoor.

Adik ni jenis tak suka masuk 'grocery store', mcm Giant dll. Setiap kali masuk jd tak keruan, mengamuk ajak kami keluar. Mungkin dia stress tgk harga barang. Jadi pulak setiap kali pergi, barang dia yg paling banyak kena borong. Pampers, nestum..

Dijadikan cerita, aku lah selalu mnjadi peneman dia 'tawaf' Mall.,sementara org lain settlekan beli barang. Dari hujung kiri, ikut dia ke hujung dunia kanan...patah balik..pergi semula.. Pernah sekali, dia tarik tgn aku sampai ke pintu exit untk ke kawasan taman outdoor. Laju langkahnya. Dia jenis 'budak nature' jugak. Macam aku. Kehijauan rumput tu amat menarik minatnya. Terseliuh jari aku,ditarik ke pintu exit.

Aku bermalas malasan ikut dia. Panas kot kat luar. Agaknya kecewa dgn aku, mukanya dah berkerut. Tangan sebelah masuk dlm mulut (petanda dia tgh takut), dia mula buat bunyi2 tak puas hati. Aku acah dia. " Nak pergi klua, pergi la sendiri. Jalan sendiri.".. Tak lama pun lps tu, dia lps jari aku, jalan sendiri ke pintu exit. Aku ikut je dari belakang. Tergelak.

Silap besar aku, terlupa yg budak tu rabun.
Pintu exit tu pintu kaca. Clear, nmpak direct ke luar.
Maka, terjadilah insiden. Nasib impak tak kuat. Sambil cepat2 tarik budak tu, cek kepala benjol ke tak..lagi bertambah gelak aku.


'The same exact thing happened to me in 2007. Tp itu dasyat. Epistaxis, headache.. Sampai kne buat CT..Sama je. Lps nmpk suatu bnda yg amat menarik. Aku meluru.
Bezanya time tu., aku rabun tp pakai spek.
..dan berlaku di Pusat Sains Negara.'


Kesian,..aku gosok2 kepala budak tu. Tarik tgn, aku bagitau dia.. "ni pintu..sini..haha.."
Keluar shj outdoor, manusia tak ramai. Kawasan agak lengang.
Dia boleh berjalan sndiri, tak berpimpin tangan. Muka bahagia.

Time tu aku terfikir..
" Memang sah budak ni adik aku.."

Jari org lain dah injured teruk tu. Tunggulah skjp lg, nnt turn aku plak 'sacrifice' jari..
Duk mesir ni, kami exercise jari banyak. Beli air botol dekat 5 Liter, angkut pakai satu jari je kot. Haha.


Mama kata, adik ni mungkin "double special"..
Chromosome test mmg dah buktikan, ada extra chromosome no. 21.
Tp growing up, signs of autism pun,..sgt menggalakkan.

takpelah dik.. "double special",,siapa tak nak awak.. ^_^

What I can say, is that..even in his condition, I believe and am confident that he can give something for Islam one day.
He will be somebody.

Wednesday, June 17, 2015

" Pada Tahap Manakah Kau Berada?.."

Waktu itu, sebelah kaki kau bersimen. Patah dan sakit. Setiap hari yg ditempuh, kau perlu lepasi anak2 tangga.

Dari tingkat ats, aku melaung setiap hari. Laung pd kau supaya bertabah dan kuat memanjat. Aku sahabat kau.

Kau kesal bagaimana bisa aku sekadar melaung. Kau sedih dan terluka. Sudah luka di kaki, luka pula di hati. Cuaca mendung, hujan rintik2 menemani kegigihan kau. Kau teruskan melangkah.


Sedang kau tak tahu, hujan rintik itu tempias air mata sahabatmu dari ats. Dia setia menunggumu di hujung tangga. Melihat ke bawah. Hanya mampu melaung. Kedua kakinya bersimen, bertongkat. Kepalanya berbalut merah kesan darah. Mulutnya penuh ulcer, tekaknya perit,bengkak. Sekadar melaung sudah mnjadi suatu yg azab untuknya.


Salamatussodri.

Tahap paling rendah, tapi hakikatnya paling payah.
Kebanyakan masa, itu aku manusia di bawah tersebut. Dan kadang2 juga, aku manusia di atas itu.


Monday, May 25, 2015

" A Beautiful Mind: In Memory of John Nash "

Recently, being told of the death of a genius mathematician, John Forbes Nash. He was known for his world changing theory, "Nash Equilibrium" or also known as the game theory.
What's more unique, behind this genius mind, lies an inspiring battle against Schizophrenia. A movie was made about him. About how he battled the disease. 'A Beautiful Mind, 2001'.

...

Many say that mental illness may be caused by lack of spiritual engagement, the way we cope with the stress and madness of life, or may be a factor of genetics.

For mental patients, sometimes the best and ultimate treatment for them is love and having someone to help, support them along the way. Someone ready to accept them the way they are.
Truly, they are the toughest fighters.


Wondering, how well psychiatrists nowadays drive their patients back towards Allah.


Psychiatrics. One day, maybe.


















Thursday, February 12, 2015

" Mulanya darah itu panas!"

"Hanya undang-undang syariah dapat beri keadilan sebenar dan penyelesaian kepada semua kekeliruan."-quoted



1998. Sepemulangan aku ke tanah air setelah hampir 2 tahun di UK. Bunyi loceng Big Ben, meriah manusia di Malaysian Hall,riuh gerombolan merpati di Trafalgar Square. Itu yang terngiang dan melekat di fikiran sepanjang bermusafir ke negara orang.



Pulang itu, aku masih kanak-kanak pra sekolah. Hujung fasa pra. Walaupun hnya sempat beberapa bulan berlari-lari, bergaduh dengan budak-budak lain, beli gula-gula nisan, makan dalam talam, belajar solat sama-sama. Hakikatnya, aku tetap hasil keluaran Pasti. Dari Pasti..shift ke Oxford Kindergaten, kemudian ke sekolah kebangsaan. Berbelit perjalananku.



Pulang ke tanah air, akhir 1998. Waktu itu aku kanak-kanak hingusan, sibuk main korek tanah bawah pokok mangga penuh kerengga di hadapan rumah. Namun, sisa-sisa laungan 'reformasi' masih kedengaran. Tahun berlalu. Petang-petang balik sekolah, letih dan bosan. Tengok kartun. Setiap kali aku selongkar laci cd untuk cari cd 'Tom & Jerry', pasti akan terpandang satu cd ni. Front cover gambar seorang lelaki. Tertulis perkataan 'Reformasi'.



Naik sekolah menegah, aku tinggal fully 5 tahun di asrama. Tingkatan 4, orang kata tahun 'honey moon'. Aku juga sempat rasa menjadi pelajar nakal. Nakal. Bukan jahat. 2008. Malam 15 september tahun itu, kecoh. Esok bakal menyaksikan suatu peristiwa besar. Aku masih ingat 'cakap panas', darah muda kami yang menggelegak malam tu. Riuh diskusi kami, di tepi tangga blok, di dalam gelap. Sekali sekala, panjangkan tengkuk. Intai-intai takut warden lalu.



Time tu, aku suka layan lagu Fix You. Bawa mp4, walaupun pengawas sekolah time tu.
Malam-malam, duduk menyorok tepi katil. Sumbat telinga, kemudian buka buku. Konon study. 2008 tahun darah muda aku mula menggelegak. Walaupun time tu gelegak tanpa arah, tetap manis untuk aku kenang. Selalu juga, aku ambil peluang balik hujung minggu, download video-video untuk kenyangkan curiousity aku. Apa benda 'reformasi' tu? Mata lebam? Sodomy? TPM dipecat? Apa jadi dengan Malaysia ni?


Selalu aku dan beberapa kawan, buat pawagam malam-malam time dah kena 'lights off'. Layan video yang download tu. Kami bersempit-sempit kepala, nak fokus pada skrin mp4 yang kecil tu. Sambil tengok, sambil ulas. Rancak.. Ulas ikut kepala kami sendiri. Kenapa itu, kenapa ini. Tak puas hati itu, ini. Pening dengan Malaysia. 



Habis sekolah, masuk universiti..
Masa berlalu..

Makin dengar..makin perhati..makin fikir..

Tak tipu, darah sememangnya makin gelegak. Membuak. Tapi alhamdulillah, gelegak makin terarah. 

Dan hari ini..siri-siri pawagam aku masih berjalan. 




"....dan pengadilan Allah itulah yang paling adil"

Moga diberi kesabaran pada orang-orang yang di zalimi.