Suatu pengalaman, tidak kira manis, indah, terharu, sedih,
pelik atau sakit.. jikalau ianya suatu pengalaman yg melekat di memori walaupun
setelah sekian lama, sememangnya ia suatu “life changing experience”…it’s the
experience that made you, the way ‘who’ you are today..Despite how big or small
people see those experiences. We are the ones that made through them,..so, to
us they matter dearly.
Saja mahu menulis cerita. Siapa mahu baca, silakan..heh.
Pernah sekali, kami plan untuk ke ‘suk khubri’ di Zira’ah.
Selesai sahaja kelas, keluar pagar Gama’ah, menuju ke jalan utama untuk ambil
tremco. On the way ke jalan utama, perlu lalui jambatan, merentasi sungai Nil.
Seperti biasa, jambatan yang merupakan laluan utama masyarakat Zagazig.
Semestinya sesak. Sewaktu melalui jambatan, terpandang makcik-makcik nelayan di
bawah jambatan. Memanggil-manggil kami dari atas perahu mereka yang penuh
dengan hasil tangkapan. “ikan keli Nil..”, kata kawanku teruja. Aku juga..mana
tidaknya, ikan keli ada sebesar lengan orang Arab, meliuk-liuk dalam perahu
bersama dengan mak cik tersebut. 10 saat kami buat ‘pit stop’, meninjau jual
beli nelayan Arab dari atas perahu dengan pembeli di ats jambatan. Menarik.
Kami teruskan jalan. Berhenti lama-lama payah juga. Menyesakkan trafik, malah
membahayakan diri. Buka ruang pada penoreh-penoreh beg untuk beraktiviti.
Sampai ke jalan utama, kami perlu ke seberang jalan. Trafik
agak sesak. Manusia juga makin ramai. ‘peak hour’. Kereta, lori, motor,
‘tut-tut’, malah kereta keldai dan kuda. Juga tak perlu digambarkan riuh rendah
alunan perbualan hon kenderaan dan bau-bauan yang memenuhi atmosfera. Aku masih
tersenyum sendiri mengenang pemandangan ikan keli tadi. Baik, perlu focus untuk
melintas jalan. Suatu fakta, cara melintas jalan di Mesir, jauh berbeza dengan
di tanah air. Perlu ada kemahiran dan juga ‘nerves of steel’. Kalau tidak
‘steel’ pun, poinnya,..perlu keras bertahan. Sekurangnya tidak mudah bergetar
apabila di ‘hon’ sekuatnya oleh arab.
Lalu, aku menganalisa ruang dan peluang untuk kami menyelit
bagi melintaskan diri. Tiba-tiba tanganku ditarik, dipimpin melintas hingga ke
seberang jalan. Selamat. Rupanya kawan aku.
Aku terdiam, kerana jujurnya terpana.
Dalam hidup aku, orang-orang yang aku ingat akan pimpin
tangan ketika melintas jalan hanya segelintir. Apatah lagi apabila kita sudah
meningkat umur, makin dewasa. Papa, mama..keluarga..
It’s an example of protective and caring manner.
Tersentak. Kami lalu dapatkan trem, meneruskan perjalanan.
Sewaktu bersesak-sesak berdiri di dalam trem, terfikir.. selama ini, setiap
hari apabila kami jalan bersama sewaktu ke kelas dan lain-lain, ketika nak
melintas jalan, I will be on my own. Jalan clear, ada peluang nak menyelit
melintas,.. aku terus. Selalu terfikir “tarik je tangan kawan tu, melintas
sama-sama. Kereta laju-laju, bahaya tinggal kawan sorang-sorang
sendiri..”..tapi hanya berlegar dalam kepala. Kenapa tidak ditindakkan?
Haha..jawapannya. EGO..
Hingga saat ini, setiap kali perlu melintas jalan, aku tidak
faham kenapa kedua-dua tanganku diseluk ke dalam poket ‘sweater’. Barangkali
tunggu berakhirnya musim sejuk di Mesir ni, barulah tanganku tidak tahu mahu
menyorok ke mana..
hanya sebuah cerita..
0 comments:
Post a Comment