Semenjak melangkah kembali ke bumi Mesir 3 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri lepas, banyak perkara telah berlaku. Mesir sewaktu aku di tahun 1,..lain dengan sekarang. Dulu sebelum pertama kali menjejakkan kaki ke sini, macam2 impression orang katakana tentang mesir. Banyak positif..banyak amat juga negatifnya. Namun, apabila memikirkan tempat yg bakal dituju, sebuah Negara yg baru sahaja bebas drpd cengkaman rejim menindas selama 30 tahun , kesan revolusi dikepalai golongan anak muda..revolusi yg menyaksikan pertumpahan darah berlaku..,di mana akhirnya rakyat mengangkat seorang pemimpin Islam, mengelola Negara mereka..bumi awal terbitnya kesedaran dan tindakan mengembalikan semula ke’izzahan dan kedaulatan Islam..bumi Anbiya’..
Teruja…
Rutin harian sesi akademik baru kami di sini..semenjak
penggulingan tidak sah Presiden Mesir, Dr. Morsi..memang banyak berbeza. Jika
hendak dibandingkan dengan sesi lepas. Terlalu banyak..
Setiap hari ke kuliah, pasti rentak dan lagu sama akn
berdendang di telinga sepanjang hari..
Kebiasaannya., time kuliah..sayup-sayup kedengaran di luar
rentak familiar itu..makin lama,
bunyinya makin kuat..makin jelas..hinggakan akhirnya meneggelamkan suara Dr
yang sedang mengajar di hadapan. Banyak pandangan dan spekulasi pelajar2 malaysia
terhadap perkara tersebut.
Boleh dikatakan setiap hari pelajar2 Arab akn berdemonstrasi di sekitar kawasan university. Agenda utama yg diperjuangkan adalah protes terhadap Peristiwa di medan Raba’ah al-Adawiyyah yg lepas..serta menuntut pembebasan beberapa sahabat mereka yg juga merupakan pelajar dari kuliah university. Mereka ditangkap dan dipenjara…tak dpt hadir ke kuliah, mengambil peperiksaan..malah ramai jga drpd pelajar2 yg dibuang university.
Pandangan peribadi,..jom kita fikir sejenak. Bayangkan
situasi ini berlaku di Negara kita. Yang terbunuh, tercedera,..dianiaya dan
dizalimi itu keluarga kita..sahabat2 kita..ataupun senang cakap. Diri kita
sendiri.
Adakah kita akan berdiam diri..berpeluk tubuh..tak berbuat
apa-apa??
Logically speaking..as a human being.. anda pastinya akn ada
REFLEX.
Tapi REFLEX bukan sebarang REFLEX..
The REFLEX should be adequate, acurate and able.. to fix and
face the STIMULUS.
Kalau belajar CNS..setiap stimulus yg badan kita terima..akn
dihantar ke central nervous system dulu..untk diproses, analisa..kemudian
keluarlah suatu Reflex yg berpatutan dengan stimulus tersebut. Bila nyamuk
gigit dahi..gatal,merah..pasti kita akn tergerak tangan untk garu dahi..
Takkan pula pergi garu lengan..
STIMULUS itu ibarat situasi sekarang…
CNS = ilmu yang sohih, hammasah (semangat)..dan pengalaman
REFLEX nya insyaAllah baik.
apa-apa pun..
“Sesiapa yang tidak mengambil tahu hal ehwal umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka”
(HR at-Thobrani)
Hakikatnya, kami pelajar2 malaysia di mesir dilarang memberi sebarang statement terhadap
situasi pergolakan yg sedang berlaku di sini. Pro atau Anti Coup..sokong atau
tentang..
insyaAllah untuk kemaslahatan bersama..
…kembali ke lecture hall kuliah..setiap rentak sorakan dan
ketukan gendang..mereka memberi maksud dan perceptionberbeza kpd setiap pljr
Malaysia yg mendengarnya. All that I want to say is..
“..cuba pejam mata..pekakkan telinga sebentar.kosongkan
minda..ingt semula kita MANUSIA..dengan fitrah..ada ALLAH yg merupakan sebab
UTAMA kita hidup..untk mndptkan REDHA ALLAH..kita hidup.tak lama lagi akn
MATI.dan kemudian semua ini hilang.habis..DI MANA KITA skrg?..”
Ayuh perbaharui niat kita…MENGAPA kita HIDUP??!
0 comments:
Post a Comment