" TRUST in Allah wont make the mountains smaller but make CLIMBING easier. DO NOT ask Allah for a lighter load, but ask Allah for a STRONGER BACK..."

Tuesday, May 17, 2011

Tribute Buat "GURU"

16 mei datang lg..post kali ni adalah tribute buat insan2 yg pernah bergelar 'guru' dlm hidupku...( post kali ni agak panjang, almaklumlah, dah hidup 18 tahun...) ^^

bermulalah kehidupan seorang yg bergelar 'pelajar' atau 'anak murid',......


[ mohon maaf kalau content post kali ni, ade yg menyentuh hati...tak terlintas langsung begitu...may this piece of writing give cheers to my fellow teachers.. ^ ^ ]





-------------------------------------------

-PASTI AL-ABRAR KERTEH, KEMAMAN, TERENGGANU-


1996 hingga pertengahan 1997...umurku baru mencecah 5 tahun waktu tu. tak bnyk yg dpt di flashback semula memandangkan memori aku semasa hari-hari berkenaan mmg terhad..susah nk ingat. apabila ku pejam mata, cube mengingat kembali suasana dan pengalaman waktu tu, hanya beberapa 'memori kuat' shj yg datang menjengah..antaranya, tunggu van pagi2, hendak ke tadika...sewaktu di tadika, bergaduh dgn kwn (ntah sbb ape pon tak ingt..), blaja solat ramai-ramai, kene hafal doa, meja di kelas style bersila, beli gula-gula nisan bawak balik ke Along..(haha, adik yg baik..^^ ), dan Cg. Ta.....dlm ramai2 cikgu yg mengajarku time tu, hanya seorang yg aku ingt namanya, walaupon hanya nama gelaran, dan juga ingat rupa wajahnya..maaf di pohon kpd cikgu-cikgu lain yg juga mengajarku waktu tu, tp, mmg tak berapa ingt...Cg. Ta ini, guru kelasku kalo tak silap..kali terakhir melihatnya, kira-kira 2 tahun lps. masih giat dan bersemangat mengajar kanak2 tadika..pasti terkejut Cg bila melihatku yg dah besar panjang ni...Alhamdulillah, berkat doa dan tunjuk ajar cg, i am who i am right now. amat bersyukur kerana kecik2 dah merasai bi'ah solehah..insyaAllah, kalau umurku panjang, dan juga umur cg juga,..kita ketemu lagi..secara bersemuka..nk suruh cg tgk, apa 'produk' didikan cg kira-kira 15 tahun dahulu...harap cg senang hati dgn apa yg telah terhasil dariku..terima kasih cikgu...

-pernah singgah menuntut ilmu di sini...

-------------------------------------------------


- OXFORD STREET KINDERGARTEN, READING, LONDON -


mengikut ayah bekerja, menetap selama hampir setahun setengah..tp, hanya 2 bulan bersekolah di sini. disebabkan faktor jarak antara sekolah dan rumah yg agak jauh, jd, berhenti. antara memori di sini,...

keluar pagi-pagi, memakai pakaian tebal, berjalan bersama mama yg menolak adik azim di dlm pushchair..selalu tak sabar hendak melintasi satu rumah ni yg ade tanam pokok bunga matahari di halamannya..cantek. sampai2 disekolah, bermain dulu kat playground sekolah tersebut. Along bukan kindergarten, sudah darjah 3, masuk Oxford Primary School..setelah loceng berbunyi, rutin kami budak2 tadika, kene masuk ke dalam, sangkut beg di tempat yg dikhaskan untuk setiap org ( penyangkut beg aku ade gamba kartun rumah), ...bla2..blaja...then, waktu rehat (recess)..boleh p main kat playground lagi..duk main kayuh kete mainan la, main bola.,heh..sebelum tu, kami duk ramai2, setiap sorang dapat sekotak susu segar..setiap hari, murid yg berlainan akan di pick untuk mengedarkan kotak2 susu kpd kawan2 lain...aku penah sekali di pick (nilai murni yg besar terselindung di sebalik rutin ini..)...cg2 di sana of course ckp english..seingat aku, perkataan yg aku gune sewaktu 'menuntut' di situ hanyalah "yes" dan "no" shj...bdak 6 tahun....nk ckp ape lg.."to all my teachers back there when i was in oxford kindergarten, thanks a lot..although i'm a malay, a muslim..i felt no discrimination happenning...u guys certainly help me in shaping my life..thanks"..

walopon 2 bulan...a teacher's still a teacher...










------------------------------------------------


- SEKOLAH KEBANGSAAN KERTEH, KEMAMAN, TERENGGANU -


akhir tahun 1998, pulang ke tanah air.. masuk tahun 1999, memulakan alam persekolahan di sk kerteh. darjah satu, pagi tu, ramai ibu bapa yg dtg bersama ank mereka, mendaftar untuk darjah 1. aku ditemani papa..hujan lebat..selebat tangisan air mata kebanyakan budak2 di sekelilingku..aku, excited..acece..heh.



1 IXORA-

kelas ixora merupakan kelas paling hadapan. bersyukur berada dlm kelas ni. guru kelasku, cikgu Suzana M. Adenan..masih jelas wajah beliau dlm ingatan, cumenye, sudah sgt lame tak ketemu beliau..sgt prihatin dgn ank muridnya.. mengajarku subjek BM. sehingga kini9, tak dpt menjejaki beliau..tak tau bagaimana khabar berita...juga, cikgu englishku, puan Marini..juga dah lame tak dgr cite..

2 IXORA-

tahun itu, bersekolah di sesi petang. paling ingat tahun ni sbb akhirnya akn menggunakan angka 2 apabila nk menulis tarikh di buku tulis.. 3.1.2000....heheh..teruja..guru kelas, cikgu marzuki zakaria. bila ingat2 semula, kagum mcm mane beliau yg pd waktu tu cikgu muda, baru lg kot..berjaya handle kami kanak2 ni..dengan bermacam-macam ragam. mmg beliau punyai kesabaran yg tinggi, serta kemahiran berurusan dengan budak2..seingat aku, ade beberapa kali shj sepanjang mnjd ank muridnya, beliau meniggikan suara..terima kasih cg, cukup sabar melayan karenah kami yg masih budak2 'tak berapa nk masak' time tu..juga buat teacher Aigi (mengajarku english)...terima kasih..

-tengah-cg marzuki, belakangnya, cg sufian ( cg tuisyen ku..).


3 IXORA-


tahun 2001- guru kelas, puan Fadilah Abd Aziz..mengajar BM, seorang yg cukup tegas..guru matematikku, encik Akmarizan...seorang guru yg penuh sense of humour. asal klate..suko la kecek klate dlm kelas..juga tak lupa ustazah Siti Zaharah (mengajar PAI )..dan encik Arsad (mengajar BI )...terima kasih..takkan ku lupa kalian..

-cg akmarizan

4 IXORA-

tahun 2002- kembali bersekolah di sesi pagi. guru kelasku, cikgu Mohd Zain b Idris, mengajar matematik dan kemahiran hidup. tegas. ingat lagi, first day persekolahan, tempat dudukku di tepi tingkap. cg mat zain sdg bagi penerangan di hadapan kelas. tibe2, sekumpulan pelajar2 tahun 1 melintasi kelas kami ( sedang mengadakan lawatan ke sekitar kawasan sekolah)..aku terpandang ke luar tingkap, memerhatikan karenah mereka...tibe2, aku di 'address' cg disebabkan tak menumpukan perhatian pd kelas.."kalu nak g ikut lawat sekoloh samo2 g la.."...hahaha..segan2...time kelas kemahiran hidup, ingat lagi, antara projek k.h yg kami kene buat ialah projek kotak pensel kayu dan projek buat lampu suluh..dan kalo nk tahu, sebenarnye, minatku pada mesin dan bnde2 begini bermula daripada subjek KH inila...pencetus minat..ingat lg, aku begitu semangat nk menyiapkan projek lampu suluh tu, takde ape pon, cume bateri dan sebutir mentol..tp, aku jadi hyper excited..haha..

-cg mat zain (kanan)..

tak lupa juga, sir Wan Roslan. mengajar subjek b. Inggeris...trademark terkenal beliau..."stay there"...lumrah kami budak2, time cg takde dlm kelas, akn berkeliaran ke tempat duduk kawan dan buat mcm2, main, borak...tp, kalo bile tgk jadual, kalo subjek English seterusnya, semua berjaga-jaga...sir akn masuk ke dlm kelas secara menegejut, dan akn sebut "stay there" which means...kene stay where u are at that time..( lebih kurang mcm main ais water laa..)..so, mereka2 yg tak berade di tempat masing2 tu, haha..kene cubit laa...

tepi kelas kami, ade taman. taman tu mcm taman sains la kot, di selaras oleh sir wan roslan. jd, kami2 ni selalu di ajak untuk menolongnya manage taman tu..di tgh2 taman tu, ade kolam ikan. selalunya, kami akn basuh kolam ikan tu..selain tu, kami tolong tanam2 pokok dlm poly bag..tolong cabut2 rumput dan mcm2 lagi...ade jugak sekali tu, kami gali tanah, carik cacing dan campak ke dalam kolam...konon untuk ikan2 makan...haih~ budak2 btol..mmg seronok 'bermain' di taman tu...dan boleh jd juga dari sini lah, tercetus minat berkebun...haha..

-sir wan roslan


tak dilupa juga, cikgu mohd Muslim b Mat Aris...cg subjek sains..seorang yg amat payah untuk naik marah..walaupun kami kadang2 tak siapkan kerje sekolah dll...tp, sekali cg marah, terdiam kami...heh, maafkan kami cikgu..


- buat semua guruku di sk kerteh, maaf dan terima kasih untuk semuanya..harap sgt dpt berjumpa cikgu-cikgu lagi..

-----------------------------------

- SK KAMPUNG BARU KERTEH, KEMAMAN, TERENGGANU -

2003- disebabkan inisiatif kerajaan mahu memansuhkan sekolah sesi petang ( mmg tak efisyen pon sekolah petang2...ngantuk..)...sebahagian pelajar sk kerteh, terutama yg tinggal di kawasan Kg. Baru Kerteh, diminta untuk berpindah ke sekolah baru iaitu SK Kg. Baru Kerteh..aku termasuk dlm golongan yg kene berpindah. sementara menunggu sekolah baru tersebut sipa sepenuhnya, kami menumpang bersekolah di sk kerteh, pd sesi petang...

Kelas 5A-

guru kelasku di tahun 5, cikgu Mohd Saidi Bin Embong..mengajar sains..terima kasih yg tidak terhingga.. dengan keadaan sekolah yg baru mula beroperasi, cg pulak kene handle first batch yg akn ambik UPSR, mmg dugaan tu bnyk..lebih2 lagi kami yg datang dgn berbagai-bagai karenah ni..teringat lg, untuk subjek sains, setiap kali ujian OTI, mane-mane pelajar yg mendapat gred A, akn terima sijil time perhimpunan..heheh, ia sebagai satu inisiatif untuk galakkan kami2 ni struggle untuk subjek sains...sains...subjek kegemaranku time sekolah rendah. terutama kertas 2..heheh, "semakin bertambah (PM), semakin bertambah (PB)...."haha....mmg takleh lupe..

-cg Saidi

subjek BM di ajar oleh cikgu Syarifah Asiah. seingatku, subjek BM agak berat bagiku. nak2 BM pemahaman. susah nk skor. time ujian, kalo skor A pon, A atas pagar...tp, kalu BM penulisan, alhamdulillah..mungkin sbb minat menulis...haha..cikgu jugak yg semangat mengajar kami menyanyi lagu 'Akal Budi."....heh, lagu yg punyai maksud yg mendalam di sebaliknya..terima kasih cikgu. cg Syarifah yg sporting...

-cg Syarifah Asiah

matematik pula di ajar oleh cikgu Zai Abdul Rahman..cikgu yg terkenal, kecil molek orangnya...matematik bagiku menarik, tp, aku sedikit payah catch up...dan juga, mudah bebeno cuai dlm buat pengiraan. teringat sekali tu, aku berulang-ulang cube selesaikan permasalahan matematik, penolakan..dah fed up sgt, p la kat dpn kelas tanye cg...rupenya, tesalah mase nk main pinjam2 satu dari nombor sebelah. cuai...dgn perasaan malunya..p masuk balik tempat duduk..haha..terima kasih cikgu, sudi memberi tunjuk ajar...

-cg Zai

6 PRIHATIN-


2004-tahun itu kami akan menduduki peperiksaan besar, UPSR. ditambah lagi apabila kami batch pertama skkbkth yg akan mencorakkan rekod UPSR sekolah...mmg gementar..tp, hakikatnya, gementar lagi cikgu2...heheh

subjek BM, diajar oleh cikgu Rosesilawati bt Mohd Zain....seorang yg tegas, namun amat prihatin terhadap kami murid2 nya....seronok blaja BM ngn cikgu. kenangan yg amat aku tak boleh lupe...tentang tulisan..haha..time sekolah rendah, tulisan aku mmg tak brape nk cantek. senget, terabur dsb..time blaja subjek penulisan, tulisanku pasti akn dikomen...dinasihatkan agar dipercantik sket tulisan ni...biasanya, yg dikomen adalah pelajar2 lelaki, tpnye...malang, aku temasuk jugak...haih~ bile duk belek balik buku penulisan aku time darjah 6 dulu...haha, mmg tersangat la huduh tulisan..munasabah la cg tego...terima kasih cg...alhamdulillah, tulisanku sekarang dah ok...(takpe, tulisan uduh2 pon, bese la...tulisan doktor..alasan! )...

-cg maizatul(tudung kuning), cg nor'aini (tudung hijau), cg rosesilawati(tudung kuning air), cg fatimi (tudung pink)..

matematik, di ajar oleh cg Azimah Ahmad. seorang yg agak tegas...heheh..teringat time cg ngajar kami, tgh mengandung anak sulung...fuuh~ dugaan btol buat cg...maaf andai kami penyebab BP cikgu sentiasa tinggi time tgh pregnant tu..maklumlah, tahun 6 sentiasa havoc...haha..one thing i love about mathematics...(time drjh 6 ni laa)..bile kita dpt satu soalan yg agak mencabar, dan, try2, last sekali dpt selesai...waaah..satu kepuasan sebenanye...maaf dan tq cikgu..

-cg Azimah
English, teacher Wan Nor Hayati....sentiasa bersemangat nk pastikan kami mantap dlm penguasaan bahasa Inggeris ni, always made english to look fun for us....teringat plak, dulu selalu kami dibawa melawat ke English Theme Park (ETP) di sk kemasek...seronok btol..haha..

buat tc hayati, di sini nk mintak maaf sekali lg...peristiwa lame..teringat time sy kene masuk public speaking, wakil sekolah..hari pertandingan, sekolah huru hara dengan peristiwa histeria pelajar2...pegi betanding di kemaman. tiba ats pentas, kaku..nervous tersangat...no words came out...just trembling hands and knees...maaf sgt2 tc..tp, ibrah drpd pengalaman tersebut, amatlah besar bagiku...ia mengajarku, sedikit demi sedikit, step-by-step, mcm mane nk permantapkan my speaking skills...thank you very much teacher, for believing in me at that time...

-tc hayati
- English Theme Park ( ETP )


tidak lupa kepada ustazah salina, mengajar kami subjek PAI...selain merupakan guru pasukan nasyid pertama skkbkth..heheh, dgr kate alat2 musik nasyid dah di upgrade...woah, mesti mantap tuh..

juga, tribute kpd semua guru di skkbkth...terima kasih cikgu!!

-sir baharuddin

-teacher rosnani (berbaju merah)

-cikgu norizan

-ust hasmadi jusoh

-cikgu amran (GB )

-cikgu zamri, cikgu tuisyen BM

-cikgu suria
dan ramai lg cikgu-cikgu lain...maaf andai tak ter'state' di sini...jasa kalian tetap dikenang...






--------------------------------

- SMK ( A ) KUALA ABANG, DUNGUN, TERENGGANU-


5 tahun menuntut 'ilmu di sini..terima kasih buat semua guru yg telah berpenat lelah mencurahkan 'ilmu...

buat cikgu norihan, hampir 2 tahun mengajarku subjek sejarah...aku pulak jenis tak brape ngam dgn subjek sejarah ni..memang payah benar nk skor A..selalu sgt la skor C...heheh..maaf dipohon cikgu,...mmg susah nk cope dgn sejarah...alhamdulillah, akhirnya SPM berjaya juga dpt A sejarah...semua berkat doa dan usaha cikgu yg tak henti beri tunjuk ajar...heh, ingt lagi, setiap kali time cg nk hand-out kertas sejarah yg dah bertanda,...mesti cg akn 'tersengih' apabila tiba giliran kertasku...hahaha

-cg norihan (kiri sekali)
juga, buat cikgu Fatimah Embong. mengajarku subjek geografi semase ku di ting 3..haha..seronok...cg walopon tegas, tp penuh kasih syg terhadap pelajar2nya..sentiasa bagi kami can nk perbetulkan kerja kursus geografi kami...heheh..juga, tak lekang dengan nasihat2 yg sememangnya berguna buat kami di sepanjang perjalanan hidup ini..terima kasih cikgu..(oh ye cg, kakak sy, Hazwanie Rosli..spm batch 2006, kirimkan salmnya kpd cikgu..heheh..cg adalah cg feveretnya..kan Along. ^^..)..

-cg fatimah (bertudung putih), di sebelahnya, cg rosmani (GPK1 baru smkaka)

tak lupe, cikgu Aminuddin Embong..guru matematik ku sewaktu di tingkatan 3mb5...haha..terkenal sbg seorang cg yg cool je..walau ape situasi, juga bertugas sebagai warden asrama yg disegani..cikgu sokan..heheh, tenis. tp malangnya, facilities tenis di smkaka agak kurang memuaskan..jd, cg mcm patah hati nk ngajar kami tenis..em, maaf cikgu...tp, dlm kekecewaan dgn 'court tenis' kaka tu, cg sanggup lg turun jenguk2 kami training..heh, mmg terbaik la cg..kalo cg nk tau, bile kami p je betanding tenis, mesti org tanye, "ank murid cg amin eh?.."...syabas cg kerana berjaya buat smkaka cemerlang dlm sukan..bola sepak, tenis,olahraga..dsb, beregu dgn cg ismail..mmg pasangan mantop!!...walaupon cg dah pindah awal, (mengikut jejak langkah cg ismail..), tetap besar jasa kalian berdua..

-cg ismail (kiri sekali), cg zulkifli, dan cg amin (berbaju kuning)


ust Sulaiman, mengajarku subjek Bahasa Arab Tinggi sewaktu ku di ting 5mb4...dlm mase yg same, juga seorang warden asrama yg amat2 disegani kami, prihatin dgn permasalahan2 pelajar..contoh:kes dewan makan, kes prep mlm..dan sebagainya.. selalu memberi analogi2 dan contoh2 yg mudah difahami kami bagi menerangkan tentang kehidupan ini...heh, teringat time kelas arab, rase mengantuk itu dtg melanda..jd, untuk menghilangkan ngantok, aku main rubics ciub kat bawah meja, sambil2 ust mengajar di hadapan...tibe-tibe, terkantoi,...haha..maaf ust kerana tak menumpukan perhatian dlm kelas ust,...tak mau la plak tetido semasa ust mengajar...itu lebih baik rase..hmm..asif2..syukran ats nasihat2 bernas yg diberi...


-ust Sulaiman


seterusnya, tak dilupakan, cikgu Johari Abd Samad...mengajarku subjek kemahiran hidup (KMT), merangkap guru penasihat Kelab Aeroangkasa smkaka. cikgu yg selambe..tp berstrategi..selalu ade backup plan untuk satu2 hal tu.. bese la, org teknikal..maaf dan terima kasih buat cg. walaupon kami tak berkesempatan nk 'menerbangkan' brg sebutir pesawat pon sepanjang duk di kaka...tetap, bnyk ilmu yg sempat ditimba..terima kasih..(juga, maaf sbb mengkomen pasal bilik aero yg "kemas"..hahaha....)..         ^ ^...selamat bersara diucapkan..jasamu tetap dikenang.


- cg jo, walopon dah besare, tetap turun ke sekolah 



istimewa juga, buat teacher Hidayah..mengajarku subjek biologi di ting 5..agak sedih kerana tak dpt nk skor A untuk biologi time spm hari tu..i'm sory tc...tp, insyaAllah, ade hikmah di sebaliknya...dah usaha,..kene tawakkal dan akhir sekali redha..Allah nk suruhku struggle lebih untuk biologi...fuh~ matrik pnye biologi...lagi la dasyatnye...kpd tc, moga result bio spm 2011 ni meningkat baik..insyaAllah. terima kasih krn sudi mnjadi guruku... ^ ^


-tc hidayah (kanan), cg azlina (kiri)



yg dirindui, ustazah Roslina Salim..mengajarku subjek Syariah Islamiah..waaaa..bnyk kenangan tak dpt dilupakan dgn ustzh...terutamanya pengalaman kene denda....hmm..ape ek, ..haa...buat nota sambil duk bersila ats lantai, bediri ats kerusi...juga, tak lupa "kenakalan"ku dan kawan2 yg sering tak siapkan soalan-soalan bulu GLA..(sampai skrg tak tau GLA tu maksud ape..??)...kdg2, kami tak siap pon, buat2 mcm siap..biaq kosong je pon kertas jwpn, buat lolok menande jwpn. bile time nk bincang, bermulalah sesi tuka2 buku ngn geng sebelah kot bawah meja...haha..maaf ustzh... ^ ^....inat lg ayat popular ustzh,..." kau tak siap, jd anak murid derhake ea...!.." haha...teketaq-ketaq kami menyiapkan...walau apepon, terima kasih banyak2 ustzh..terlalu bnyk jasamu kpd kami...


-ustazah roslina (bertudung putih), ustzh kamariza (sebelahnya)



kalo td subjek PSI, pegi plak subjek PQS, pendidikan Quran Sunnah..haaa...yg mengajar kami, Ust Abdullah Salleh...hahaha..kelas pqs seringkali jadi mcm kelas bincang isu semasa...baguih gak sebenanye,...mengajar budak2 ni berfikir jauh, out of the box. tak terikat dgn statement2 dari paper je..(maklum la, kami di kaka hanya dpt tahu psl dunia luar melalui surat khabar BH dan Utusan je..).....sering mengajuk watak "tunku Abdul rahman", sambil beri nasihat yg kadang2 sinis kpd kami...mmg menjadi..sinis itu perlu.jugak terkenal sebagai seorang komposer pantun..siap ade buku mengarang pantun..haha..hari tu kate nk buat buku pantun2 tu,..insyaAllah, boleh laku tuh..haha,.'ala kulli haal...terima kasih daun keladi ust..

ini ade satu pantun untuk ust Lah...

buah epal di bawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
pinjam duit boleh dibayar,
ilmu diberi, tiada terganti..


(ambo tok reti ngarang2 pantun nih..)

-ust Lah


buat cikgu Rokiah, walaupon tak mengajar kelasku, tp, sering bagi nasihat-nasihat membina kpd kami..nak2 time nk exam..sgt ambil berat tentang kami, walaupon bukan kelas yg di ajar...terima kasih cg. haha...ayat glamour cg..." awak jgn nk buat lawak seram plak kat sini..".... ^ ^


-cg Rokiah


Cg Ahmad Zambala..ajarku matematik tingkatan 1 dan 2. juga merangkap cikgu kelab tenis. begitu bnyk tolong kami budak2 tenis. teringat sekali tu, time aku form 5, terpaksa ambil exam (mid year exam tuh..) kat luar sekolah sbb clash dgn training tenis...cg tolong kumpulkan paper2 yg akn aku duduki sepanjang minggu tu..( ade 6 paper tak silap)...walaupon pada asalnya pihak sekolah tak bersetuju buat mcm tu, akhirnya, dibenarkan jugak ats usaha cg..terima kasih cg...mmg bnyk menyusahkan cg, (nk2 bile kene pegi mengambik, menghantar budak2 tenis hujung2 minggu..)...maaf bnyk2...semoga cg terus setia mengurus team tenis smkaka ni, insyaAllah..


-cg Zambala (kiri sekali), cg khairul, cg jo, cg shafie


seterusnya, cg fizikku, cg Kamarulzaman Isa,..cg yg sentiasa tenang aje...bnyk membantu kami terutama time F1 in schools..( walaupon tak menang )..berkenaan tenis, dan mcm2...mmg la, PK KO,..selalunya, time kelas fizik petang2,,..semua org mengantuk..cg akn buat lawak spontan yg "susah" nk di detect..bile org 'menangkap', pecah kelas duk ketawa,,...heh...sakit btol..maaf dan terima kasih cg...


-cg man (baris tgh, kanan sekali)


ini pula tc Khairatul Afzan...sporting..hehe, (tp nk ponteng prep tak leh laa..)..penah jd warden asrama kami sekejap. dulu sebagai guru penasihat team F1 kami (nerve impact, bersama kecek, izzah dan nadiah )...terlalu bnyk pengorbanan yg dilakukan tc...dari segi wang ringgit, masa juga tenaga..kadang2 terpaksa temankan kami duk buat keje F1 sampai ke larut malam..tak tido pon ade..hm..terima kasih tc...ape2 salah silap kami sepanjang bersama tc, kami mohon maaf


-tc khai


juga buat cikgu nik maimun, guru BM ku....terima kasih...cg yg cukup puitis bahasanya...

-cg nik maimun


tak dilupakan, guru kelasku ting 4 dan 5, tc noraini....mengajarku chemistry...terima kasih tak terhingga diucapkan. walaupon aku tak begitu cemerlang dlm subjek chem,...maaf ats segala salah silapku...mmg bnyk.....jasamu ttp akn ku kenang... ^ ^






haaaa..sape yg tak knl dengan cikgu suzana?? haha..terkenal krn sering merangkul anugerah "guru paling ceria" setiap kali hari guru menjelma..hinggalah cg pindah kluar dari kaka pd tahun 2008...mengajar kami BM...pmr kami tahun 2007, menyaksikan kejatuhan pd subjek BM...kami tahu, cg sgt2 tertekan..kami pon...bayangkan, killer subjek pmr 2007, adalah bahasa Melayu...tp, lps re-check, hampir 20 org dpt naik ke gred A....kami mohon maaf krn telah mengecewakan cg,...tp, mmg cg the best...


-cg suzana


tc raudah, mengajarku english ting 5...sentiasa mahukan yg terbaik buat kami ank didiknya...walaupon kelas BI, tp, nasihat tu sering kali diselitkan..aura keibuan mmg terpasak kukuh pd tc,...heheh, perkara paling ingt bile kelas BI ni, kene salin literature,..selalu kami tersengguk-sengguk menyalin..hmm..bdak2 asrama mmg suke tdo dlm kelas..(btol ke ni??)...maaf sgt tc...harap tc maafkan kami..terima kasih buat semuanya...


-tc raudah


buat tc rosemaini, walaupon tc sempat ajarku kejap je (subjek comp, form 2)...tc dah bnyk tolong pasal kelab aero....also, thanx a lot... ^ ^


-tc rose


tak dilupakan, cg mat Rani..cg BM sewaktu di ting 5...haaih~..kami mmg nakal time kelas BM...biasanya, separuh kelas je akn btol2 aktif time BM...hmm..mungkin sbb kami yg duk belah2 sini ni bukan dari awok2 pembahas, pemidato sekolah....kami rase rendah diri sket kot...maaf kalau kami agak pasif dlm kelas...perkara yg paling diingat time kelas BM, kene lakonkan skrip2 drama dari buku antalogi "Kerusi"...haha..drama cinta psl safiah...ape ntah..tak ingt...haha..seronok...semangat kami blaja BM... ^^..terima kasih cg..


-cg Rani (juga cg badminton kaka)

buat ust Azua, mengajar kami Kelas Quran..walaupon sekejap, tp, begitu bnyk ilmu yg dpt dikaut...terima kasih ust. begitu juga ust Fakhruddin, guru bahasa Arab kami.. tak lekang memberi nasihat kpd kami, walaupon kami dah keluar dr smkaka...tetap diingati pelajar2 nya...semoga kalian berdua dirahmati Allah,...syukran 'alaa kulli haal..



-ust fakhruddin (kanan sekali), ust azua (sebelahnya)

tak lupa, tc hayati...warden aspuri kami..haha, selalu sgt terkantoi dgn tc...tak pegi prep. p lambat prep....letih tc menjerit-jerit suruh kami bergegas...penah sekali, aku baru habis training tenis, balik ke asrama pd mlm tu dgn muka yg tersangat la hangus!!..tiba2, tc dtg ke dorm kami,...suspen, ingt dah nk kene marah..tp,  sebaliknya, tc ckp.." eh, knape dgn muka awk tu?? mcm kene tampal lumpur.."...haduih...haha..masih ku ingt sampai skrg..reaksi muke tc yg amat terkejut melihatku..haha..papepon, maaf dan thank you tc,...

cg khairul salleh pula, mengajar kami modern math form 5...sentiase cool aje...selalu ckp.." modern math ni senang aje..petik jari je.."...heh...selalu yakinkan kami yg amat mudah nk skor untuk mod math...dan time buat latihan dlm kelas, cg akn ronda dari meja ke meja, tolong setiap pelajar kalo tak paham ape2...mmg kami hargai..terima kasih cg!



-tc hayati dan cg khairul.


cg shafie embong, haaaa...cg add math kami...segan nk ckp psl add math, sbb subjke ni mmg kiok sket...kesian kat cg. spm pulak, tak berjaya dpt A..maaf cg, insyaAllah, ade hikmah tu..nk suruh blaja lebih lg tu...cg pie, ...org panggil cg genius...heheh, selalu bagi analogi yg canggih2 untuk bagi kami paham tentang sesuatu tu. selalu time blaja add math, akn ade bnyk bahan2 bantu mengajar...spt, bola ping pong, batang mancis..dll...ayat glamour cg.." takpe, yg ni takde dlm buku,..kat u nnti baru awok blajo kot..ok, abaikan..." haha...tq for everything cg..


-ust mat lazim(kiri), cg pie, cg khairul.





-hm..buat semua guru di SMKA Kuala Abang Dungun Terengganu....TERIMA KASIH....maaf kalau tak ter 'state' kat sini semuanya...terlalu ramai cikgu2 yg berjasa buatku dan kawan2...kalian semua akn sentiasa kami ingt...maafkan segala salah silap kami pada kalian. kami doakan semua Warga Mulia Bestari agar sentiasa berada dlm keredhaan Allah S.W.T. doakan kami, ank didik kalian berjaya dunia lebih2 lagi akhirat.. We Love You...!!  ^ ^







---------------------------------------------

PUSAT ASASI UIAM, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN-


bile dah masuk U ni, takde dah gelaran 'cikgu'...sini kite panggil lecturers ni dengan panggilan seperti "Madam", "Miss", "Sir", "Puan", "Tuan"....ini sebagai tanda hormat kita kpd mereka..em, tp kadang2 tu, selalu jugak telepas panggil mereka "cikgu"...hmm..bukan ape, dah terbiasa..bayangkan, 11 tahun duk panggil depa ni "cikgu"....payah sket nk berformal-formal ni..tp, sesungguhnya, formaliti itu perlu. jd, kene blaja la jugak, from time to time...kpd lecturer2 yg kurang senang bile aku terpanggil kalian dgn panggilan "cikgu"...maaf dipinta..insyaAllah, akan ku usaha untuk blajar berformal... ^ ^


tribute buat lecturer-lecturer ku sepanjang setahun aku di CFS IIUM PJ...





SEM 1 2010/2011 -  ust Afi (arabic level 2), Mdm Salina (Basic Themes Quranic), Sir Zulhairi Joblee dan Madam Fuhaina (computer 1), Madam Rozita (Biology 1), Sir Muzammir (Physics 1), Miss Najwa (Chemistry 1)

SEM 2 2010/2011 -  Miss Nur 'Adila( Religions In Malaysia), Sir Azyril Iskandar( Biology II), Madam Faizah (Math 1), kak Adlina( Study Circle).


- juga buat Ust Muhadir B Hj Joll, guru kelas Talaqi kami....



terima kasih atas curahan 'ilmu dari kalian semua...






-------------------------

NAMUN, above all...ungkapan terima kasih yg tak mampu di 'express' kan, buat 'guru' ku yg paling berjasa selama hidupku di dunia ini...



" Mama dan Papa ku..."


------  guru yg telah berpenat lelah mengajarku sepanjang hidupku.. dikurniakan Allah kepadaku.....terima kasih MAMA dan PAPA...!!!! i love you...  -----