Nyamuk.
Musim panas dan nyamuk, ibarat keropok lekor dan orang Terengganu. Tak sah apabila tak dihadirkan bersama. Tak dapat dipisah.
Tapi hadirnya keropok lekor kepada kami dengan membawa rahmat.
Panas-panas, dicelup cicah. Bahagianya. Pekena di waktu petang, sambil menghirup udara masin pantai, ditemani bunyi hempasan ombak.
Tapi nyamuk? Apa rahmatnya?
Dari beberapa sudut, mungkin. Ya.
وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاء وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا بَاطِلًا ذَلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ النَّارِ
" Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka. "
(Surah Shad: 27)
Rumah kami di kawasan Salam Sadnawi, Zagazig. Letaknya berhadapan dengan hamparan sawah gandum. Kebiasaannya waktu-waktu penghujung Jun begini, pemandangan ke luar jendela akan bertukar warna.
Kuning keemasan. Gandum masak. Bunyi irama mereka bergesek sesama sendiri akan sentiasa menghiasi waktu-waktu petang yang berangin. Sungguh tak dinafikan, tenang jiwa.
Macam feeling tengok iklan coco crunch pun ada. Selalu terbayang ada kapal terbang bawa muatan coklat terhempas, maka "pufff!! Jadilah Coco Crunch!".
Tapi tahun ini, entah kenapa tidak muncul-muncul gandum kuningnya. Belum tiba masa mungkin.
Tapi betul lah,.. "we gain some, we lose some". Aku tak arif sangat perkaitan antara sawah dan nyamuk, tapi setelah hampir 4 tahun hidup berhadapan kawasan sawah, automatik dapat kami simpulkan, "there's definitely a positive correlation between them!". Malah dikatakan nyamuk sawah halus-halus..dan bisanya, hanya Allah tahu. Hinggakan faktor rumah depan sawah dan banyak nyamuk boleh dijadikan hujah bila kami mahu setting bila mahu overnight beramai-ramai untuk study group dan sebagainya. Terseksa kawan, sungguh.
Nak cerita betapa ramainya 'makhluk halus' tersebut berkeliaran di dalam rumah. Kau tengah memasak, boleh tercampak beberapa ekor masuk dalam gulai kari ikan bila kau libas-libas tangan halau nyamuk. Malam, jangan mimpi la dapat study atau tidur dengan tenang kalau tak pakai ubat nyamuk. Bukan setakat berdengung di tepi telinga, sampai ke dalam lubang hidung diorang kacau. Mungkin boleh jadi musim panas ni, kau dapat anemia disebabkan hilang minute amount of blood continuously every second of everyday.
Dan bentuk paling extreme mahu describe, makhluk tersebut boleh sampai end up dalam kerongkong kau di waktu siang bulan Ramadan ni. Kisahnya, seusai solat Zohor, capai Quran untuk bertadarus sebentar di ruang tamu rumah. Tingkap terbuka luas, bahang panas terik di luar terasa hingga ke dalam. Namun, despite cerah dan bahang tersebut, sahabat-sahabat nyamuk tetap ramai yg menemani. Bertadarus bersama. Tibalah pada satu ayat yang agak panjang, surah Al-Anbiya'. Selesai menghabiskan ayat tersebut, semput. Automatik tarik nafas dalam-dalam selajunya. Tiba-tiba tersedak, gatal tekak, terbatuk-batuk. Dalam kepala terfikir, " seriously takkan aku tersedut seko kot??"
Terus menerus aku batuk, kemudian terludahlah seekor. Dah mati, teruk dikerenyuk pharygeal muscles mungkin.
Syahid seekor nyamuk gara-gara sepotong ayat yang agak panjang. Hanya mampu gelakkan diri sendiri. Unbelievable.
Sesi-sesi tadarus sebelah petang dan malamnya, kita belajar dari pengalaman. Scan dahulu visual field. Pastikan tiada yang main berterbangan di hadapan. Karang ada pula mangsa kedua yang syahid bukan disebabkan ubat nyamuk atau ditampar. Mungkin lepas ni kena bagi cadangan kepada group tadarusku untuk kita tadarus dalam kelambu.
#MyRamadanInEgypt
#CeritaRamadanku
#IHRAM1437H
0 comments:
Post a Comment