sudah terlalu lama rasanya laman ni terbiar. hampir dua bulan..faktor kekangan masa. alhamdulillah, sekarang cuti semester telah bermula. dah hampir setahun setengah aku berjuang di cfs iium pj ni..tinggal lagi satu semester panjang,sebelum aku grad dari asasi,dan insyaAllah meneruskan perjuangan di kampus Uia Kuantan pula. sahabat-sahabatku, sesetengah drpd mereka,ade yg dah tamat pengajian asasi..budak2 1 year half. ade yang akan ke kuantan, dan ade yang akan ke gombak..sedih apabila terpaksa berhadapan dengan perpisahan, walaupon,masing-masing tahu, nanti akn berjumpa juga bila kami pelajar-pelajar 2 tahun ni grad..juga akn masuk ke main campus. tp, perasaan apabila terpaksa berhadapan dengan perpisahan itu..mmg amat pedih. perpisahan dengan sahabat-sahabat seperjuangan, yang sebelum ni sama-sama menempuh onak cabaran, mehnah ujian. sebelum ini berpenat lelah bersama, berkongsi sedih duka, juga gelak tawa bersama, kadanag-kadang duk bergaduh,salah faham, main bergurau senda. tergelak mengenangkan..namun..pedih..kerana kita tidak tahu menahu langsung akn ajal maut masing-masing. jika Allah tak izinkan, lepas ni, kita semua mungkin takkan bertemu...
- |
5 oktober 2011..tiket bas ku pada hari tersebut. malam. walaupon tahu, aku hanya pulang balik ke terengganu, paling lama pon 3 bulan je. kita berpisah 3 bulan sahaja. tapi,..masih rasa berat,..saat kaki nak melangkah masuk ke dlm kereta, hendak berangkat menuju ke Stesen Putra KL...
" hati terasa amat berat.."
mcm, masih terlalu banyak lagi hal yg belum disetlekan. hutang, adakah sudah aku langsaikan?, hati org, adakah sudah redha dengan aku yang banyak buat salah,terkadang menyakitkan dan mengecewakan? amanah dan tanggungjawabku di kampus ni, tanggunjawab trhdp akademik, guru-guru, ibu bapaku, sahabat-sahabat, tanggungjawab dakwah, tanggunjawab trhdp Islam...adakah semua sudah ku laksanakan?
"andai umurku tak panjang....masih terlalu banyak yg belum terlangsai..."
--Allah...panjangkan umurku, agar dapat aku terus berjuang di jalan-Mu..
0 comments:
Post a Comment