" TRUST in Allah wont make the mountains smaller but make CLIMBING easier. DO NOT ask Allah for a lighter load, but ask Allah for a STRONGER BACK..."

Thursday, October 27, 2016

"Kita tak pernah ada hak untuk hidup BEBAS.."

"Freedom of speech"

Pertama kali aku dengar frasa ni,..aku fahaminya secara zahir. "Kebebasan untuk menyatakan sesuatu".. Waktu itu, bayangan minda aku sempit. Aku hanya mampu menterjemah frasa di atas dengan bayangan seorang pemuda, berdiri di khalayak ramai..dan berkata-kata, mengeluarkan suara tentang sesuatu yang dia mahu untuk orang ramai ketahui. Dan orang ramai mendengar. Mungkin di dalam fikiran setiap orang yang mendengar, ada yang bersetuju, ada yang membangkang. Namun, secara realitinya, tiada yang berhak pergi ke hadapan dan menakup mulut pemuda tadi, mengahalangnya dari terus bercakap,. Tiada yang berhak bangun dan menyuruh pemuda tadi agar berhenti bercakap. Tiada yang berhak keluarkan pistol dan tembak sahaja pemuda itu. Kerana kita semua punyai hak untuk bersuara..kita semua punyai hak untuk menyatakan menyatakan pendapat dan pendirian kita, kita ada hak untuk menghurai idea dan buah fikiran kita kepada orang..dan kita ada hak untuk terus berkata-kata..lantas menyemai fahaman dan idea kita di benak minda orang lain pula. Kita bebas. Itu hak kita.

and me... I could'nt agree more..

Waktu kemuncak bagi seorang manusia, usia muda. Darah panas, mudah benar nak gelegak..easy to be triggered, easy to be excited. Full of adrenaline.
Percayalah..ada sebab kenapa orang-orang tua selalu nasihat,

"Orang muda..memang semangat. Tapi jangan sekali-kali semangat tu semangat kosong. Semangat atau hammasah ni..kena ada acuan, kena ada landasan. Dan landasan itu tak lain tak bukan..ilmu.
Dan sebaik-baik ilmu..adalah ilmu yang sahih, benar dan diredhai Allah.."

Teringat sewaktu menuntut di ipta dahulu. Waktu itu sekitar tahun 2012. Laungan "Freedom of Speech", "Academic freedom" dan "Freedom of Intellectual" sakan menghambat kampus-kampus IPT di seluruh Malaysia. Orang muda, budak-budak universiti.. AUKU waktu tu bagi kebanyakan mereka seperti gari reput berkarat. It was a threat,..but not something worth to make you worry to stop what you are doing.
Kalau dibuka cerita-cerita tentang "kebebasan bersuara" di dunia kampus IPT Malaysia..banyak kisahnya.

Antara yang menarik, siapa masih ingat insiden bendera Najib diturunkan mahasiswa? Gambar pimpinan negara dikapankan dan dibatu nisankan?

Tidak dinafikan, ada beberapa perkara seperti kebebasan intelektualisme dan akademik, yang sememangnya perlu untuk diperjuangkan semula. Sudah terlampau lama mahasiswa dibisukan, dipekakkan. Universiti jadi seakan kilang. Para mahasiswa mahasiswi IPT Malaysia sudah tentu sedia maklum tentang iklim pada waktu itu. Maka, terjadilah siri-siri kebangkitan mahasiswa, memperjuangkan aset yang telah dipijak.

Tapi..sememangnya..seakan ada sesuatu yang kurang kena.
As the time goes by..pemahaman aku berubah dari satu fasa, kepada satu fasa. Muncul pula "Media Freedom".."Human Rights".."Freedom of Expression".."Freedom of Choice".."Freedom of Sexuality"...
Hidup manusia semuanya mahu bebas..semua mahu diberi hak untuk bebas. Dahsyat dunia.

Lihat sahaja pd "Freedom of Expression".
..kata-kata, tulisan, tindakan..malah apa sahaja yang mampu diterjemah atau diekspresikan kepada orang ramai, berhak untuk bebas,..tidak dibelenggu.
Geng Punk, Skin Head,..LGBT's..they all want their freedom to be who they want to be.
Sungguh..satu malapetaka besar buat manusia.

How you express yourself is the way how you live your life.

Kita selaku manusia, diberi akal..dan lebih baik Alhamdulillah apabila diberi Iman, diberi Islam. Kita selaku manusia..tidak pernah ada istilah BEBAS. Selagi mana masih ada Iman di hati, kita semua punyai limitasi, kita semua punyai garisan yang kita tidak boleh sesekali langkah atau langgar.

Everything moves freely, but never beyond the lines of ALLAH.
He's our creator, only He knew the how far the lines should go to provide the best for His creations.

Then, alhamdulillah I finally understood.
In this wordly life, there is no such thing as true freedom.
True freedom is in the Hereafter.

Friday, October 14, 2016

"Orang kata baik tak payah baca buku INDIE.."

Alhamdulillah, balik Malaysia ni..antara perasaan paling 'heaven' ialah bila mana inilah peluangnya untuk aku bertapa, menghabiskan beberapa jam di kedai-kedai buku. Bukan borong banyak pun buku..kadang hanya beli sebutir dua. Hanya sekadar cukup syarat..'lalukan tangan, angkat dan belek setiap buku di kedai tu'..Konon-konon macam fast reading la..scanning.

Zaman dah berubah. Sekarang zaman "freedom of speech". Sesiapa sahaja boleh menulis. Express our  thoughts, express what we feel, what we think..tell the world our story.
Kemudian, ditambah lagi dengan pertumbuhan syarikat-syarikat publisher buku-buku indie yang seakan "nyamuk muncul setibanya waktu senja"..bertambah mudah proses itu.

Anyone can write about anything..dan amat mudah untuk publish hasil tulisan kau. Kalau dulu sewaktu di alam persekolahan, kita semua familiar dengan projek buku NILAM. Nadi ILmu Amalan Membaca. Buku kuning. Di dalamnya, terdapat pilihan untuk kita nyatakan genre buku yang kita baca itu, fiksyen atau bukan fiksyen..Walaupun tidak pernah sekalipun diberi penerangan yang jelas tentang maksud sebenar 'Fiksyen dan Bukan Fiksyen'..kami dapat faham dan bezakan antara keduanya. 2 kategori buku.

Satu kategori lagi yang aku tahu, kategori komik/buku bergambar. Pernah jugak tertanya, kenapa genre ini cikgu tidak masukkan sebagai pilihan dalam buku NILAM kami..hehe.

Fenomena buku indie yang sedang trending sekarang, tidaklah sepenuhnya aku katakan ia suatu fenomena yang tidak bagus. Bagus sebenarnya, dalam banyak sudut. Mencungkil bakat menulis, menjadi medium yg "easy but powerfull" untuk menyampaikan sesuatu fahaman/buah fikiran kepada orang ramai, target dan capaian pembaca yg lebih besar...

dan, advantage paling besar yang aku nampak,..dapat berkomuniskasi dan menyampaikan sesuatu ilmu/fahaman/buah fikiran dgn lebih efisyen. Buku indie berjaya bercakap dalam bahasa masyarakat semasa. Tak dapat dinafikan, peminat buku-buku indie kebanyakannya masyarakat Gen Y..Gen Z..
Golongan tua dan orang lama sedikit tidak senang dengan buku indie. Begitu juga golongan pencinta bahasa Melayu..guru-guru BM, para sasterawan..
Mereka stress..katanya buku-buku begitu merosakkan bahasa.

Aku sendiri pun kadang-kadang stress. Ada yg aku rasa "unacceptable" untuk jadi tajuk buku..baru tengok tajuk, belum lagi belek isinya.
Tajuk sahaja dah teramat rojak dan pasar bahasanya. Malahan, lebih menyedihkan..ada yang LUCAH!!







Tidak dinafikan..buku-buku indie, sekalipun mendapat tentangan golongan pencinta bahasa..ia ada kuasa dan kelebihannya yang tersendiri. Benar, mesej suatu elemen yang penting untuk kita katakan penulisan itu suatu penulisan yang baik. Tetapi, MESEJ bukanlah segala-galanya.


Lihat juga dengan apa MESEJ itu disulam?..
Lihat semula, atas laluan mana yang dipilih untuk MESEJ tu sampai kpd kita?

LUCAH, FITNAH, BOHONG, MEMBUKA AIB, MELAGA-LAGAKAN ORANG..?


Biasa kita dengar, "Don't judge a book by it's cover"...
There might be some truth in it.. I mean,..literally, when we speak about judging books.



Ironi juga, bilamana kita letak buku INDIE v.s buku KOMSAS yang diluluskan sendiri oleh KPM. Siapa masih ingat kontroversi Novel KOMSAS Tingkatan 2 (Novel Pantai Kasih) yang dikatakan mengandungi unsur lucah dan inappropiate?



Aku tiada masalah dengan buku INDIE..sungguh. Malah, siap dah pasang impian untuk terbitkan hasil-hasil penulisanku suatu hari nanti. Medium paling berpotensi,..tidak lain syarikat- syarikat penerbit buku INDIE juga. Papa Mama dah beberapa kali ulang.. "Angah pun boleh jugak buat buku,.tulislah."






Dubook..Kata-Pilar..Lejen Press..Fixi...Dewan Bahasa Pustaka (DBP)...PTS..Kemilau Publika..Galeri Ilmu..Telaga Biru...banyak lagi...tak tertulis..Besar amanah menjadi syarikat untuk publish bahan-bahan penulisan ni. Setiap penulisan itu ilmu.


Kepada syarikat-syarikat penerbit,..kepada para penulis, yg tegar atau yang baru hendak berjinak..
kepada para pembaca yang sentiasa dahaga mencari bahan untuk dibaca..
Jangan pernah pisahkan akhlak Islam dengan kalian dan apa yang kalian buat.

"Don't ever leave ISLAM aside in whatever we do in life.."

To: Dear me..

Sunday, August 7, 2016

"Sebagaimana Kita mahu Allah Tidak Berputus Asa Dengan Kita"

Mungkin ini penyakit yang melanda golongan pemuda sekarang.

Ya, kita semua.


Kita rasa kitalah yang selalu kena berkorban, paling banyak kena bersabar dengan orang sekeliling kita. Kitalah mangsa.

Tapi pernah tak kita cuba turunkan ego, muhasabah dan sedari semula. Berapa banyak orang lain terpaksa bersabar dengan karenah dan perangai kita.
Berapa banyak karenah kita yg menyusahkan kawan- kawan, keluarga dan orang sekeliling kita.
'Diri' kita yg berfikir dan bertindak ikut emosi in stead of ikut iman dan pertimbangan akal yg waras. Berapa banyak 'diri' kita tu menjatuhkan air mata orang lain, melelahkan orang sekeliling, mencalar imej Islam yg kita bawa ..dan paling kita takuti, melambatkan Islam sampai ke hati- hati manusia yg masih dalam kegelapan jahiliyyah.



Walaupun hanya satu detik kita kalah dgn 'diri' kita itu sendiri..
Kesannya..


Semua kita buat silap macam- macam, semua kita ada fasa bahagia sengsaranya hidup, semua kita imannya sekejap naik, sekejap turun. Semua kita ada ujian dan nikmat tersendiri.

Tapi semua kita ada peluang yg sama. Peluang untuk baiki diri menjadi seorang yg lebih baik. Setiap detik peluang tu ada tersedia.. selagi nyawa masih belum tinggalkan kita.
Growth game dan laluan setiap org berbeza- beza. Ada yang relapse sampai beratus kali, ada yang mampu istiqamah berubah dalam masa yang singkat. Ada yg saban hari mencuba, relapse.. ok.. relapse.. ok... hinggalah sampai ajal kepadanya.






Kita semua melaluinya. Ada masa kita dituding, ada masa kita yang menuding.

Dan paling penting perlu disemat di hati.. Jika kita rasa kitalah yang paling banyak bersabar dengan orang lain, Allah lagi banyak bersabar dengan kita dan dosa- dosa kita.




Namun jangan sekadar pandai menuding.
Don't be judgemental, don't easily give up on others.. instead, try our best to understand and lend a helping hand. And most importantly, never underestimate the power of doa.


Sebagaimana kita mahu Allah tidak berputus asa dengan kita..begitulah kita perlu cuba apabila bersikap dengan diri kita dan orang lain.


اللهم ارزقنا الإستقامة

Sunday, July 10, 2016

" Just when you think you're going nuts, Don't wait."

When I started to lose myself to me, that's when I seek for help. You see, when I go "nuts", the people around me are like the "cage" that kept me bounded.
I submissively let myself in to be locked.




And thank Allah, He surrounds me with "cages" that are built from the most hard core material ever known to exist. Imaan.

Being bounded inside that cage not only kept me from further destroying myself. It kept me from dragging others.


 And although being caged, I am the most lucky prisoner. Cage didn't just only hold me, it guides me how to be "sane" again.
I have a secure place to properly re-evaluate my inner self.



That's why, when you think you're going nuts, never trust yourself. Go and rely on beings that have strong roots to Allah The All Mighty.

Didn't matter how long it will take.

#thinkingaboutlife
#lastpaperexammemangbanyakdugaan
#ENT

Tuesday, June 21, 2016

"Bila Nyamuk Teman Bertadarus Hingga ke Lubang Kerongkong"

Nyamuk.
Musim panas dan nyamuk, ibarat keropok lekor dan orang Terengganu. Tak sah apabila tak dihadirkan bersama. Tak dapat dipisah.
Tapi hadirnya keropok lekor kepada kami dengan membawa rahmat.
Panas-panas, dicelup cicah. Bahagianya. Pekena di waktu petang, sambil menghirup udara masin pantai, ditemani bunyi hempasan ombak.
Tapi nyamuk? Apa rahmatnya?
Dari beberapa sudut, mungkin. Ya.


وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاء وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا بَاطِلًا ذَلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ النَّارِ                                                              

" Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka. " 

(Surah Shad: 27)


Rumah kami di kawasan Salam Sadnawi, Zagazig. Letaknya berhadapan dengan hamparan sawah gandum. Kebiasaannya waktu-waktu penghujung Jun begini, pemandangan ke luar jendela akan bertukar warna. 
Kuning keemasan. Gandum masak. Bunyi irama mereka bergesek sesama sendiri akan sentiasa menghiasi waktu-waktu petang yang berangin. Sungguh tak dinafikan, tenang jiwa.
Macam feeling tengok iklan coco crunch pun ada. Selalu terbayang ada kapal terbang bawa muatan coklat terhempas, maka "pufff!! Jadilah Coco Crunch!".
Tapi tahun ini, entah kenapa tidak muncul-muncul gandum kuningnya. Belum tiba masa mungkin.




Tapi betul lah,.. "we gain some, we lose some". Aku tak arif sangat perkaitan antara sawah dan nyamuk, tapi setelah hampir 4 tahun hidup berhadapan kawasan sawah, automatik dapat kami simpulkan, "there's definitely a positive correlation between them!". Malah dikatakan nyamuk sawah halus-halus..dan bisanya, hanya Allah tahu. Hinggakan  faktor rumah depan sawah dan banyak nyamuk boleh dijadikan hujah bila kami mahu setting bila mahu overnight beramai-ramai untuk study group dan sebagainya. Terseksa kawan, sungguh.

Nak cerita betapa ramainya 'makhluk halus' tersebut berkeliaran di dalam rumah. Kau tengah memasak, boleh tercampak beberapa ekor masuk dalam gulai kari ikan bila kau libas-libas tangan halau nyamuk. Malam, jangan mimpi la dapat study atau tidur dengan tenang kalau tak pakai ubat nyamuk. Bukan setakat berdengung di tepi telinga, sampai ke dalam lubang hidung diorang kacau. Mungkin boleh jadi musim panas ni, kau dapat anemia disebabkan hilang minute amount of blood continuously every second of everyday.

Dan bentuk paling extreme mahu describe, makhluk tersebut boleh sampai end up dalam kerongkong kau di waktu siang bulan Ramadan ni. Kisahnya, seusai solat Zohor, capai Quran untuk bertadarus sebentar di ruang tamu rumah. Tingkap terbuka luas, bahang panas terik di luar terasa hingga ke dalam. Namun, despite cerah dan bahang tersebut, sahabat-sahabat nyamuk tetap ramai yg menemani. Bertadarus bersama. Tibalah pada satu ayat yang agak panjang, surah Al-Anbiya'. Selesai menghabiskan ayat tersebut, semput. Automatik tarik nafas dalam-dalam selajunya. Tiba-tiba tersedak, gatal tekak, terbatuk-batuk. Dalam kepala terfikir, " seriously takkan aku tersedut seko kot??"

Terus menerus aku batuk, kemudian terludahlah seekor. Dah mati, teruk dikerenyuk pharygeal muscles mungkin.
Syahid seekor nyamuk gara-gara sepotong ayat yang agak panjang. Hanya mampu gelakkan diri sendiri. Unbelievable.


Sesi-sesi tadarus sebelah petang dan malamnya, kita belajar dari pengalaman. Scan dahulu visual field. Pastikan tiada yang main berterbangan di hadapan. Karang ada pula mangsa kedua yang syahid bukan disebabkan ubat nyamuk atau ditampar. Mungkin lepas ni kena bagi cadangan kepada group tadarusku untuk kita tadarus dalam kelambu.


#MyRamadanInEgypt
#CeritaRamadanku
#IHRAM1437H

Friday, June 3, 2016

" Seriously.. Hanya ini sahaja yang mampu aku buat? "

Lama tak menulis. Berhabuk. Ayat typical blogger-blogger kurang istiqamah seperti aku. Sememangnya fatrah sebeginilah ruang dan peluang untuk kemaskini tu muncul. Fatrah peperiksaan, fatrah tawakuf. Tak dinafikan, kewujudan blog ini juga merupakan suatu amanah, sepertimana kewujudan acount-acount lain seperti Facebook, Twitter, Instagram..dan sebagainya. Bila sudah ada, ia ada hak untuk diimarahkan dan difungsikan sebaiknya. Jujurnya, agak malang blog "Langkah tercipta" ini, punyai tuan seperti aku. Tapi apakan daya,..aku cuba. Mungkin boleh beralasan dengan menyalahkan medium-medium lain yang lebih mainstream seperti FB dan lain-lain. Tapi apapun, menulis di blog ini ada kelainan dan keistimewaannya tersendiri.
Lebih mudah untuk recall dan dibuka untuk tatapan semula.


Lagipun, memang hadaf utama menulis blog ni..sebagai peringatan untuk diri sendiri pabila tersasar. Acara tahunan mungkin,..Buka dan baca semula..apa kau tulis, bagaimana keadaan kau ketika kau tulis entry tu..dan bagaimana pula keadaan kau sekarang.
Penulisan di blog ini dijadikan sebagai benchmark untuk evaluasi hidup kau.




Musim exam begini, masa senggang sedikit lebih daripada biasa. Makanya, bila otak dah tepu menghadap buku, bila tangan dah lenguh menulis nota dan menjawab soalan..tiba-tiba rasa rajin nak menaip pulak. Dan musim masa senggang beginilah,..musim throwbacks. Jauh kita melayang ke masa-masa silam..waktu zaman persekolahan, waktu zaman kanak-kanak... Setiap dari kita punyai kisah-kisah tersendiri. Pengalaman hiduplah yang membentuk diri kita, menjadi siapa kita sekarang.



Teringat bagaimana aku di zaman sekolah menengah.
5 tahun aku di SMKA Kuala Abang Dungun Terengganu. Allah susun untuk hantar aku ke situ.
Asalnya, selepas sahaja UPSR tamat dan keputusan keluar, alhamdulillah Allah kurnia cemerlang.
Aku sedar akan kepentingan untuk score Akademik dan juga Kokurikulum..seiring, jikalau mahu ditempatkan di sekolah-sekolah bagus. Makanya, kalau cakap aspek balance buku dan Koko, perkara tu pada aku settle seusai UPSR tersebut. Aku yakin, mana aku apply,..aku akan dapat. Antara sekolah-sekolah pilihan utama yang dipilih waktu tu, KOSTAQ (IMTIAZ Dungun sekarang), KOSPINT (IMTIAZ Kuala Terengganu sekarang)..dan beberapa sekolah lain. Harapan tinggi..memang tinggi. 
Bukan main, sudah mind set ketika itu untuk sediakan diri menjalani interview untuk admission ke sekolah-sekolah tersebut.
Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. 




Dengan keputusan UPSR yang cemerlang..ditambah prestasi sepanjang 6 tahun sekolah rendah yang agak memberansangkan, serta tidak kurang dari aspek aktiviti kokurikulum..Tiada barang satu tawaran pun yang sampai ke rumah. Kecewa, memang. Minda seorang budak berumur 12 tahun ketika itu merasakan seperti,

 'takde beza pun aku usaha jadi yang terbaik dalam banyak aspek..akademik, koko, akhlak, agama..tp kawan lain dapat macam-macam tawaran'


Tapi difahami shj,..waktu tersebut merupakan waktu-waktu genting bagi institusi-institusi seperti  KOSTAQ dan KOSPINT...fatrah 'perubahan'. Tiada rezeki aku di situ,. Nak dijadikan cerita, mama papa usaha juga untuk tempatkan aku di sekolah terbaik yang mereka mampu. Atas usaha susah payah mereka, compilekan dokumen-dokumen pencapaian aku, buat permohonan ke SMKAKA. Sementara menunggu, 2 minggu juga aku bersekolah di sekolah harian biasa. Alhamdulillah, jodohku 5 tahun di SMKAKA. Bumi yang mungkin tarbiyah, Quran dan biah Islamnya tidaklah semekar KOSTAQ, KOSPINT, IMTIAZ dan lain-lain..namun, cukup banyak mengajar aku erti hidup.

(IMTIAZ Dungun memang pesaing terdekat kami pun..harap nasib time kami dlu, diorg tak tergolong dalam kategori SMK. Kalau tak, tak mustahil setiap kali Festival Quran daerah..IMTIAZ Dungun akan sapu bersih..haha. Terubatlah juga hati bila dua adik di bawah berjaya tempatkan diri di situ. Saban tahun berulang alik lawat mereka di sekolah tepi pantai tu..)



Sambung kisah. Teringat bagaimana aku di zaman sekolah menengah.
Rutin harian,.jikalau tiada halangan atau aktiviti lain yang diatur pihak sekolah dan asrama,.selepas sahaja selesai solat asar dan bacaan ma'thurat beramai-ramai di surau sekolah, maka nampaklah kelibat aku menuruni laluan berbukit gajah menyusur, turun ke court yang terletak di hujung bucu compound sekolah. Tak tipu, memang terletaknya tepi hutan. Buat apa? 

Katok bola ke dinding..ulang..dan ulang.. Dalam bahasa mudahnya, wall tennis. Pada awalnya, agak payah untuk cari kawan yang minat turun petang main sekali. Tapi aku jenis tak boleh duduk diam, turun juga walaupun sendirian. Dengan menjinjing raket tenis di tangan, aku telusuri bangunan-bangunan bilik darjah dan kelas..hinggalah sampai ke kawasan gelanggang.


court tennis di belakang blok kelas tingkatan 1


Main. Memang puas. Umur belasan remaja begitu, banyak tekanan hidup. Lagi-lagi bila tinggal di asrama. Haha. Lagi kuat raket dilibas, lagi puas.
Selesai main, ada satu habit aku suka buat untuk manfaatkan masa berbaki sementara tunggu waktu dewan makan asrama dibuka. Aku suka berjalan-jalan menyelusuri bangunan-bangunan kelas setiap tingkatan, dari tingkat ke tingkat. Idea asalnya timbul kerana merasakan itulah peluang untuk melihat hiasan, susunan dan suasana bilik darjah pelajar lain. Bila lagi mahu meninjau satu kawasan sekolah, tanpa perlu pakai kad izin keluar kelas..haha.

Dijadikan cerita, satu hari selepas letih bermain, aku panjat ke tingkat 2..meninjau blok kelas pelajar tingkatan 1. Dengan raket di tangan, lagak pakguard buat round. Tiba-tiba terserempak pasangan pelajar senior sedang berjumpa. Dating. Aku dan raketku waktu itu terpana. Tak tahu mahu react bagaimana. Mereka kelihatan terkejut, tapi meneruskan sahaja aktiviti mereka. Mungkin apabila melihat aku yang hanya junior..apalah sangat. Tiada ancaman. Aku berjalan sahaja melepasi mereka...sambil berfikir,

"apa harus aku buat??"


Marah, memang marah. Merah padam muka disebabkan berjemur matahari waktu bermain tadi...makin bertambah merah. Setelah selang jarak beberapa kelas dari mereka, aku berhenti berjalan, Berfikir dalam,..apa harusku buat. Kita tahu shj, tugas kita apabila melihat kemungkaran berlaku..usaha untuk mengubahnya.



مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

"Barangsiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaan), jikalau tidak berkuasa hendaklah dicegah dengan lisannya, jikalau tidak berkuasa juga, hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman."


raket ni dah menyaksikan banyak perkara dalam hidupku


Tapi perasaan takut dan tidak yakin mengatasi ilmu dan apa yang kita tahu pada waktu itu. Aku berlalu sahaja, meninggalkan mereka dengan urusan mereka. Cukuplah sekadar aku membenci dengan hati.
Berlalu pulang, naik ke asrama dan terus ke dewan makan. Pulang dan lupakan.

Tapi pula, bukan sekali itu sahaja, muncul pula kali kedua dan ketiga..perkara sama terjadi apabila aku membuat "rondaan" pada waktu petang bersama raketku. Terserempak lagi, pernah dengan orang yang sama, pernah juga dengan pasangan lain. Meluat dan benci dengan apa yang dilihat.setiap petang apabila aku ingin meronda dari blok ke blok, aku berdoa tidak dipertemukan dengan pasangan-pasangan 'love birds' yang sedang berdating di kelas-kelas. Lebih meluat dan benci dengan diri sendiri kerana tak mampu berbuat apa-apa. Hanya mampu melapor kepada senior-senior sepatutnya.


Setelah beberapa kali terjadi..aku terfikir suatu cara. Setiap kali aku meronda di blok-blok kelas, aku akan sengaja menggeserkan dan menghentakkan kepala raketku ke dinding dan lantai laluan balkoni blok yang dilalui. Sengaja aku jalan bermalas-malasan, mengheret kasut supaya bergema satu blok dengan bunyi gesek kasut sukan dengan lantai simen. Bola tenis sengaja aku hentak-hentak ke lantai dengan kuat. Habis bunyi aku buat. Dengan harapan kalau ada burung-burung yang sedang memadu kasih di dalam mana-mana kelas, terdengar, dan timbul takut atau suspen untuk berhenti dan cabut lari kalau-kalau pengawal keselamatan atau warden asrama yang sedang buat rondaan.



Waktu itu, lega..dan rasa diri bijak dan tindakan itu paling betul. Lagi kuat keyakinan bila mana sejak dilaksanakan cara tersebut, tak pernah sekali pun bertembung dah dengan pasangan-pasangan memadu kasih di kelas-kelas pada waktu petang. Lega..konon.
Walaupun begitu, jauh di sudut hati..sentiasa terfikir, 

" Seriously.. Hanya ini sahaja yang mampu aku buat? "


Jentikan fikiran itu hnaya datang 'mengacau'..pudar dan berlalu lama kelamaan. Dilupakan sahaja.
Itulah mindaku sewaktu awal-awal berada di SMKAKA. Jauh sekali dari minda dan jiwa seorang pendakwah..seorang pejuang agama. Tidak sehingga insan-insan terpilih hadir dalam hidupku tidak lama selepas itu. Merekalah yang mengembalikan semula jentikan terdahulu, menukarkan ia menjadi tumbukan.. Tumbukan padu, tepat mengenai jiwaku. Kita semua Da'ie.



وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran, merekalah orang-orang yang beruntung." 

(Ali Imran:3:104)



..dan sebagai Da'ie, bergeraklah secara kolektif. Kamu akan lebih kuat.