" TRUST in Allah wont make the mountains smaller but make CLIMBING easier. DO NOT ask Allah for a lighter load, but ask Allah for a STRONGER BACK..."

Sunday, November 4, 2018

[ RESEARCH & DEVELOPMENT (RND) DARI PERSPEKTIF ISLAM ]


... "Sebuah penyelidikan bersifat Islam juga harus bermotifkan faedah awam dan
khas ( ُالمنفعة ُالعامة والخاصة). Ini bermakna bahawa setiap aktiviti kajian dan
penyelidikan harus mengandungi unsur kebajikan dan manfaat untuk awam,
kelompok atau individu. Sebarang aktiviti yang bersifat lagha (لغى) dan tidak mengandungi unsur manfaat kepada individu, kelompok masyarakat dan orang awam tidak dibenarkan dan harus ditegah.
Dalam hal ini, Islam menggariskan bahawa manfaat awam mengatasi segala manfaat lain. Islam juga mengajurkan supaya kajian yang dilakukan hendaklah berupa usaha membawa kepentingan dan kebaikan atau usaha menghalang dan membanteras keburukan dan kerosakan (جلب ُالمصالح ُأو ُدرء ُالمفاسد). Untuk memenuhi syarat ini, pengkaji hendaklah terlebih dahulu mempunyai pemikiran dan penilaian yang jelas tentang kebaikan dan keburukan sebagaimana yang ditentukan oleh Islam. Penentuan nilai ini sekali-kali tidak boleh dirujuk kepada perasaan, kebiasaan, adat atau anggapan atau semata- mata atas anggapan keperluan zaman atau keadaan. Sebaliknya, nilai baik atau buruk ditentukan oleh Allah melalui wahyuNya.
Amal merupakan satu unsur utama Islam. Setiap perkara yang tidak ada sebarang kaitan dengan amal dianggap tidak bernilai dan tidak dianjurkan. Oleh itu kewujudan nilai amali atau praktikal perlu diberi perhatian dalam sebuah kajian bersifat Islam. Sebarang kajian berbentuk semata-mata teori (purely theoretical) yang langsung tiada kaitan dengan amal perlu ditinggalkan.
Berkaitan dengan konsep di atas ialah konsep kebolehan amal (practicality or applicability) yang juga perlu ditekankan sewaktu merancang sebuah kajian atau membuat sebarang keputusan. Ini bermakna, setiap perancangan perlu dilihat dari segi kebolehan perlaksanaannya dengan dengan meninjau faktor-faktor masa, sumber kewangan, sumber manusia dan sumber fizikal yang diperlukan. Ini diperlukan bagi memastikan usaha yang akan dilakukan berakhir dengan sebuah kejayaan atau pencapaian dan bukan usaha sekerat
jalan dan tiada kesudahan.
Salah satu etika atau prinsip yang diletakkan oleh Islam di puncak kepentingan bagi sebarang tindakan dan amalan ialah prinsip keutamaan ( أولوية). Umat Islam disifatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai:
الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ
Iaitu mereka yang melakukan tindakan berasaskan kepada keutamaan dan kepentingan, mereka yang menjadikan al-Qur’an sebagai sumber perlakuan dan mereka yang mendapat petunjuk dari Allah Subhahu wa Ta’ala. Ayat ini menegaskan bahawa orang yang mendapat hidayah dari Allah adalah orang yang melakukan sesuatu mengikut prioriti, kepentingan, kesesuaian masa, tempat dan keadaan dan menentukan kesemuanya berpandukan al-Qur’an.
Rengkasnya, penentuan keutamaan perlu dititikberatkan dan ketentuan keutamaan tidak harus dirujuk kepada perasaan, keinginan, kegemaran, kecenderungan individu, kelompok atau masyarakat tetapi kepada keutamaan yang digariskan oleh Islam."
...."Seterusnya, penyelidikan dan kajian dianjurkan Islam sebagai pra syarat bagi sebarang perubahan yang akan dilakukan. Islam menuntut umatnya melakukan perubahan-perubahan yang positif yang menampilkan peningkatan, perkembangan dan kemajuan dari seluruh aspek kehidupan. Semua perubahan yang dirancangkan memerlukan kajian dan kajian yang dilakukan hendaklah mempunyai nilai yang mampu membawa perubahan- perubahan yang dikehendaki dan disarankan oleh Islam."
"...Akhir sekali, perlu ditegaskan bahawa suntikan niat dan keikhlasan kepada
Pencipta Yang Maha Esa dalam merancang dan melaksanakan apa jua kajian dan penyelidikan, merupakan nyawa atau rahsia hidup yang menyingkir segala gejala keburukan dan menjemput segala elemen kebaikan dari titik awal hingga ke titik akhir sebuah penyelidikan.
Sebagai kesimpulan bagi pembentangan rengkas di bawah tajuk ini, perlu dinyatakan bahawa prinsip, pendekatan di atas dan juga prinsip dan pendekatan lain yang boleh dirujuk secara terperinci dalam perbincangan-perbincangan tentang tujuan perutusan Islam dan pensyari’atan Islam (مقاصد الشريعة ُومقاصد ُاإلسالمية ُالرسالة) perlu diberi penekanan yang sewajarnya dalam semua aktiviti penyelidikan supaya ia membuahkan hasil yang benar-benar membawa kesejahteraan untuk semua."
SUMBER (cited from):
KERTAS KERJA: PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Ab Rahim Ismail
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
Negara Brunei Darussalam
(23hb Feb. 2009)


0 comments: