Personality.
Mungkin saya seorang yang ‘amateur’ untuk bercakap dengan lebih mendalam tentang topic ini. Namun,
sekadar perkongsian dan pandangan yang terhasil melalui pemerhatian dan
pengalaman. Juga hasil menuntut subjek psychology di tahun 2 perubatan ni.
Terdapat pelbagai teori berkenaan personality. Antara yang
paling klasik dan popular, teori oleh Hippocrates. ‘ancient four humors theory’ atau ‘the temperament theory’. Sekadar penjelasan ringkas, teori ini
mempercayai bahawa segala mood, emosi, corak berfikir dan tingkah laku manusia
adalah disebabkan oleh “body fluids”
yg digelar ‘humors’.
CHOLERIC
MELANCHOLIC
SANGUINE
PHLEGMATIC
Setiap satu daripada keempat-empat personality ini, punyai
kelebihan dan kekurangan tersendiri. Ada karakteristik masing-masing. Dan lebih
menarik untuk diketahui, setiap daripada kita punyai keempat-empat karakter di
atas. Cuma, yang terzahir dari diri seseorang itu mungkin hanya 2 personaliti
yang paling dominan. ‘1st dominant and 2nd
dominant’. Dalam erti kata lain, setiap orang ada ‘blend’ personality masing-masing.
Yang membuatkan setiap manusia unik.
Secara ringkasnya, CHOLERIC seorang yang bersifat pemimpin, cepat dan
pantas dalam tindakan, tidak mudah terpengaruh, .. “THE DOER”..namun, mereka
juga bersikap kurang sabar, kurang sensitif, tidak suka mendengar pandangan
orang lain dan selalu merasakan diri yang betul.
MELANCHOLIC seorang
yang sangat organized. Hidupnya bersistem, semua disusun. Bersikap analitikal
dalam setiap permasalahan atau isu yang dihadapi, juga seorang yang setia. Banyak
berfikir dahulu, kurang bercakap. “THE THINKER”. Namun, kurangnya,
mereka senang untuk tenggelam dalam depression, kadang-kadang terlalu banyak
berfikir, tindakan lambat dihasilkan. Sensitif, mudah untuk kalah dengan emosi.
Introverts, gementar bercakap di hadapan orang ramai. Suka menyendiri, malah sering
sahaja digelar ‘anti-social’.
SANGUINE pula,
seorang yang sangat optimis, sentiasa ceria, motivated. Sentiasa berusaha mencari
tempat di dalam masyarakat, sentiasa mencari keseronokan, ‘adventurous’. ‘the
people’s people’. Juga seorang yang ‘pleasure seeking’. Sangat ‘pro-society’, ‘extrovert’, ramah. “THE
TALKER”. Namun mereka juga berhadapan masalah apabila tidak ada orang
berdamping untuk menjadi pendengar,..kadang-kadang tewas kepada ‘keseronokan’
dunia..dan amat mudah naik bosan dengan sesuatu.
PHLEGMATIC seorang yang sentiasa tenang, diam. Sering menjadi
‘observer’ pada orang lain. Mereka amat mudah bertolak ansur dengan orang lain,
punyai kesabaran yang tinggi. Pendengar yang baik, tidak banyak bercakap dan
sentiasa didampingi ramai kawan.”THE WATCHER”. Namun, mereka juga
kurang ‘enthusiasm’, terlalu memendam emosi hingga menyebabkan diri sendiri
terkesan.
Uniknya manusia, setiap seorang punyai ‘portions from portion of each one
of the personalities’.
Boleh jadi,
‘sanguine-choleric blend’
‘melancholic-choleric
blend’
‘phlegmatic-melancholic
blend’..
Dan banyak lg.
Kemudian, apa kesimpulan atau khulasahnya yang kita boleh dapat
setelah belajar ilmu personality ini?
Bercakap atas dasar seorang ‘da’ie’, seorang Muslim yang
sememangnya wajib atasnya untuk berdakwah, menyampaikan Islam..sebarkan
kebaikan, halang keburukan. Setiap waktu kita bermain dengan makhluk Allah,
sama spesies dengan kita iaitu MANUSIA.
Pada pandangan saya, WAJIB bagi seorang Dai’e itu hadam ilmu
sebegini. “the art with people”. ..perlu pelajari bagaimana caranya
menyentuh hati manusia, sentuh mereka..tarik ke arah kebaikan, kepada ISLAM. Apabila
kita kenal seseorang, kita teliti dan analisa personalitinya. Kita trace
kelebihan dan kekurangannya. Maka dengan maklumat itu, baru dapat kita plan
pendekatan, strategi dan uslub yg unik,eksklusif, yg terbaik..khas untuk dia
sahaja. Kerana setiap manusia itu berbeza.
Berurusan dengan manusia..
tersilap cara..buruk padahnya..
Kita boleh lega sahaja,..
Namun kelak imej ISLAM yang tercela.
‘HIKMAH itu barang yang tercicir daripada orang MUKMIN’
Bersama kita manfaatkan ilmu pinjaman Allah kepada kita.
AMAL tidak boleh jadi tanpa ILMU,..
Begitu juga ILMU tidak akan lengkap tanpa AMAL selepasnya.
Kawan-kawan, walaupun Psychology ini MINOR subject bagi kita,
50 markah shj..tp ia memainkan MAJOR importance for us as MUSLIMS.