" TRUST in Allah wont make the mountains smaller but make CLIMBING easier. DO NOT ask Allah for a lighter load, but ask Allah for a STRONGER BACK..."

Saturday, June 26, 2010

Kelas tutorial kami...


Blajar kt sini, mereka x specifickn antara kelas untk pembelajaran @ kelas tutorial. Agak becampur haduk. Di sini kami xde kuliah2 untuk blajar satu2 subjek tu. Semuanya dilakukan mengikut kelas. Biasanya, satu kelas boleh ditempatkm max under 30 org, 28 tu pon dah dikira pack da tu. Apa yg mengejutkn, kelas aku ade 34 org kesemuanya. Mungkin sbbnya, kami sume 2nd intake, jadi, sumbat je...

Kelas kami biasanya diadakan di bangunan SMAWP, ringkasan bg Sek. Men. Agama Wilayah Persekutuan.. Ade 4 blok, dua blok ialah SMAWP2 n dua blok lg SMAWP3... Name pon bekas building sek agama, oleh itu, bangunan ni mmg fully made up of wo0d. Kalau blaja d aras bwh, dengar la derapan2 kaki dan bunyi seret kerusi org d aras ats. Hehe. Anoyying gok kadang, sbb sokmo sgt bunyi, x reti dah nk control skek..!!

Yg se group pelajar dlm gambar ni, mereka ni budak2 dari Darul Quran,DQ. Majoriti mrk tua setahun dr aku. Tp yp peliknya, ade yg muda dr aku. 17 thn umur. Bile ditanya, katenye panjang ceritanya... Maknye masukkan dia darjah 1 time umurnya 6 thn m'mandangkn dia lahir bulan 1..dasyat..buat mase ni, kami student2 2nd intake ni kene hampir puluhan jam replacement class bg ganti smula kelas2 yg kami miss. Subjk bio saje kene ganti 14 jam. Burn gtu je weekends aku.:'( harap aku tabah menggagahkan diri dan hati melangkah ke bebanan study ini....

Friday, June 25, 2010

.:. Tiga Pendekatan Untuk Berubah .:.

Alam semesta mula mengembang sejak langit dan bumi dipisahkan ALLAH s.w.t. (Al-Quran 21:30). Manusia menamakan pemisahan ini dengan The Big Bang Theory.

Kajian saintis baru-baru ini telah mendapati bahawa pengembangan ini bukan sahaja masih terjadi, malah kelajuannya semakin meningkat.

Ia menafikan tanggapan awal bahawa kelajuan pengembangan alam semesta ini akan menjadi semakin perlahan.

Oleh kerana kita adalah sebahagian daripada alam ini, kita juga mengalami pengembangan.

Kejadian kita yang lahir sebagai bayi yang kecil dan kemudian membesar menjadi kanak-kanak, remaja dan dewasa adalah satu bentuk pengembangan atau tumbesaran.

Pada saat kita duduk diam membaca tulisan ini pun, kita sebenarnya sedang bergerak dan berubah.

Sel-sel di dalam tubuh tetap membiak dan berkembang.

Jika setitik darah kita diperhati melalui mikroskop, kita akan dapati sel-selnya bersimpang-siur dan berkitar laju.

Sebab itulah, jika kita tidak mahu berubah kerana berada di zon selesa, kita sebenarnya telah melanggari tabiat alam yang sentiasa berubah, mengembang dan bergerak.

Rugilah sesiapa yang tidak mahu memperbaiki diri sendiri, sama ada daripada segi mental, fizikal dan spiritual.

Berubah daripada yang tidak bagus kepada yang lebih bagus sebenarnya adalah fitrah manusia yang sentiasa inginkan kebaikan di dalam hidupnya.

Kita mahu hari ini lebih baik daripada semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini.

Seandainya kita tidak mahu memperbaiki keadaan diri, kita akan menggelongsor, merudum dan terjelepuk di lopak kehidupan yang sama.

Bagaimana pun, berubah itu sendiri perlu caranya.

Kalau tidak kena gaya, maka perubahan yang dilakukan itu hanya sementara. Sama seperti resolusi tahun baru yang telah dilupakan belum pun sampai sebulan ia dinawaitukan.

Terdapat tiga pendekatan dalam melakukan perubahan. Perubahan jenis yang pertama adalah berbentuk evolusi dan yang kedua berbentuk reformasi, sementara yang ketiga dalam bentuk revolusi.



Evolusi

Memutar jam lebih awal 15 minit untuk bangun pagi agar tidak lewat sampai ke pejabat, makan sebelum jam 8.00 malam untuk menjaga kelangsingan tubuh atau menahan amarah ketika memegang stereng kereta umpamanya, adalah di antara perubahan-perubahan kecil yang merupakan evolusi diri.

Ia mudah dilaksanakan kerana kita boleh lakukannya hari ini, malah sekarang juga.

Bagaimana pun, kesannya hanya sedikit dan tidak ketara.

Malah, orang lain tidak akan nampak akan perubahan ini kerana ia juga tidak akan memberi kesan kepada orang di sekeliling. Ia seperti kaizen dalam istilah Jepun iaitu perubahan yang sedikit tetapi berterusan.

Reformasi

Perubahan dalam bentuk yang kedua pula lebih inovatif. Dan perubahan ini menemukan jawapan melalui pemikiran lateral.

Kita bukan sahaja mempercepatkan jam 15 minit lebih awal supaya bangun lebih cepat, tetapi turut tidur lebih awal.

Kita bukan sahaja makan sebelum jam 8.00 malam, tetapi mula bersenam.

Kita bukan sahaja menahan amarah ketika memandu, tetapi memasang lagu-lagu nasyid di dalam kereta untuk memperoleh lebih ketenangan.

Cara ini lebih reformatif kerana ia memerlukan pemikiran di luar kotak.

Kedua-dua perubahan secara evolusi dan reformatif ini boleh diaplikasikan jika kita mahukan perubahan kecil dan sederhana. Bagaimana pun, perubahan dalam bentuk yang ketiga ini adalah perubahan yang revolusioner.

Perubahan ini memerlukan satu pendekatan yang jauh berbeza.

Jika perubahan evolusi dan reformatif ini bersumberkan perubahan yang berdasarkan fakta, keadaan dan tabiat yang ada, perubahan jenis revolusi ini membuang terus apa yang ada dan membina yang baru sama sekali!

Dalam konsep pembelajaran, perubahan revolusioner ini menuntut seseorang itu untuk unlearn and relearn atau membuang apa yang selama ini dipelajari dan belajar semula ilmu yang telah dipelajari.

Hijrah

Inilah yang dinamakan hijrah! Pengajaran daripada hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah ialah, ia merupakan perpindahan fizikal dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Dari segi mental, ia meninggalkan satu kebiasaan untuk membina satu kebiasaan yang lain.

Dan daripada segi spiritual, ia memerlukan kekuatan rohani untuk menjayakan sesuatu perubahan itu.

Hijrah adalah perubahan total dengan meninggalkan suasana fizikal , pola pemikiran dan amalan spiritual yang menjadi anutan selama ini. Misalnya, daripada hidup bersama ibu bapa kepada berumahtangga sendiri, daripada makan gaji kepada bekerja sendiri dan daripada menjadi makmum kepada menjadi imam.

Hijrah, atau perubahan revolusioner itu memerdekakan fizikal, mental dan spiritual seseorang. Ia menyerlahkan kehebatan seseorang individu itu.

Malah, ia memberi erti kepada maksud kehidupan seseorang individu itu sendiri.

Seperti alam semesta yang tiada henti pengembangannya, perubahan diri seseorang itu tidak seharusnya ada noktah dalam garis kehidupannya.

- Artikel iluvislam.com

Monday, June 21, 2010

Hectic schedule!!


Akhirnye, lps 2 minggu xde buat ape, jadual pon kelua. Hari ni first day kelas stat. Kije aku bejalan merate smate-mate nk lengkpkn time table aku ni. Kene rujuk mcm2 department untk tgk info tntg subjek yg kte ambk. Untk sem1 ni, aku ambk 3 main sbjk-fiz,bio,kim, 1 sbjk arabic,1 sbjk agama, 1 sbjk comp. Leloh! Hari ni td aku dah sesat beberape kali, x familiar g dgn tmpt ni... Skrg ni tgh exhausted.. More posting next time, insya-Allah.

Friday, June 18, 2010

1st amali bio d kmpp..(past event)


Dgn penuh smgt kami student H6P2 menghadiri kelas amali bio ni. Masing2 da x sbr nk pakai lab coat. Gaye mcm doktor sorang2. Hehe. Gambar d atas m'nunjkkn Dr.Huda, Dr.Yvonne and Dr.Tham Kai Seng meneliti organisma micro dr sampel pond water yg t'dapat dlm lab. Excited semua, smpai time nk blik pon x sedar, syok tgh compete sape dpt jumpe ape2 bnde interesting dlm sample masing2..argh, seronok jgak matrik sbenanye. Mcm masih bersekolah..:-D

Thursday, June 17, 2010

CFS IIUM kampus PJ


Ni view dr bilik aku yg terletak d aras 4. Blok aku ni ade 9 aras, siap ade lif lg. Heh. Dah hmpir 2 weeks aku d cni, kelas x stat2 lg. Student 1st intake da blaja bnyk, aku kami terkial2 xde keje. Skrg ni aku rindu mbeng ke kwn2 ku d KMPP. Da la cni khabarnye xde court tenis. Mati kutu aku xde kije ptg2.. Tp x explore habis lg. Nanti aku crk jgak court tu. Tp, alhamdulillah, bi'ah d cni amat menyenangkn. Sket2 yg x enak tu ade je, bese la. Mane2 institusi pon ade. Ho, syafra sdg asasi d UM. Nnti free2 bulih jumpe ye, d Mid Valley ke. Hihi. Bnyk g nk blogging, tp internet cni prob. Xleh dftr lg.. Nanti ah, lengkali..