" TRUST in Allah wont make the mountains smaller but make CLIMBING easier. DO NOT ask Allah for a lighter load, but ask Allah for a STRONGER BACK..."

Sunday, January 27, 2019

KENAPA KITA DOUBLE STANDARD?


Seminggu dua ni, kerap ke OT. Observe surgery. Tapi belum sempat untuk minta nurse atau doktor tolong ajarkan cara scrub and gowning. Kalau tak, lama dah boleh tolong assist doktor. Selagi masih belum tahu cara scrub/gowning mengikut step dan guideline sebenar, selagi tu tak akan dapat buat. Berani kau, nak cuba buat sendiri tanpa ilmu sohih. Kalau terjadi complication infection atau apa-apa, nyawa pesakit tu yang "on the line". An action must be done based on knowledge or al-'ilm.
Jadi, celah mana pula double standard nya?
Kita apabila tidak mampu ajak org kepada kebaikan, cegah dari buat buruk,. itu sudah satu hal. Tapikan, bila juga sudah rasa benda mungkar/dosa tu normal... dan benda kebaikan itu untuk budak-budak skema, lapuk dan tak sesuai apply zaman millenia ni. Bila rasa pendapat kita lebih applicable, atau kita katakan "kita semua dah besar, pandai-pandai lah jaga nanti". Itu satu hal lagi besar.
Allah perintah kita wajib solat, puasa. Kita taat, kita terima, kita ikut. Sedangkan benda-benda dunia seperti perubatan ni pun kita cermat cuba abide ikut protokol dan guideline. Contoh: dah siap scrub nak masuk surgery, tapi tiba-tiba pula tangan tersentuh pintu OT. Kita taat dengan protokol hospital, perlu pergi scrub semula. Baru boleh sarung gown. Padahal bukan confirm pun patient boleh dapat infection disebabkan kita tersentuh pintu 2 saat tu. Kuman pun masih rehat-rehat, belum sempat lompat ke tangan kita. Tapi, kita akur protokol hospital, tempat kita kerja. Tidak, kena buang kerja nanti kita. Walaupun rasa menyusahkan. Kita faham, itu prophylactic steps. Langkah berjaga-jaga.
Inikan pula guideline dari Pencipta kita, yg kita harap nak masuk dan kekal dalam syurgaNya nanti kelak. Selamanya. Kenapa kita "double-standard" bila bab perintah Allah untuk tundukkan pandangan, jaga aurat, jaga pergaulan, jangan couple. Begitu tak boleh, begini boleh.. Kita abai guideline Dia. Kita tak mahu terima ilmu yang sahih, dari "orang" yang sepatutnya.
Runsing fikir. Kenapa bila tiba bab aurat, ikhtilat, bab hukum-hakam yang bertujuan menjaga kehormatan dan kemuliaan wanita mahupun lelaki.. kita rasa pendapat kita lebih valid?


Friday, January 25, 2019

KITA SEMUA MASIH BERTERUSAN BERDOSA


Fardhu kifayah bagi Amar Ma'ruf Nahi Mungkar kita bagi komuniti Malaysia di Mesir khususnya Zagazig, masih belum terangkat. Kita semua masih berdosa.
Kifayah berasal dari perkataan: Kafa = "mencukupi". Dalam konteks AMNM, bermaksud usaha yg dibuat sudah mencukupi (adequate) bagi membanteras kemungkaran dari berlaku di satu-satu lokaliti. Tidak kira dari sekecil-kecil mungkar: seperti meniru exam, menipu attendance, percampuran tak syar'ie antara lelaki perempuan seperti pergi keluar makan bersama, bersuka ria jaulah bersama, sukan permainan bercampur, couple, bertepuk tampar bergurau senda lelaki perempuan, tidak tutup aurat dengan sempurna, merokok tanpa segan silu di khalayak.. dan lain-lain... Sehinggalah ke sebesar-besar kemungkaran yang dapat dieja.
Bukanlah bermaksud "apabila dah ada org buat, maka terangkat kewajipan dari semua dan selesai", seperti yang kita silap faham selama ini. Fardhu kifayah dikira terangkat, apabila usaha yang dibuat MENCUKUPI. Makanya, selagi kemungkaran; kecil mahupun besar masih berleluasa terjadi di lokaliti kita, kita semua berterusan menanggung dosa bersama.
Ini belum disebut dari sudut bagaimana hakikatnya, hukum buat AMNM iaitu seru kepada kebaikan, larang dari kemungkaran: juga ialah Fardhu Ain. Semua orang Islam yang mukallaf (sudah baligh + berakal) -- WAJIB buat.

Sedang cuba fahami.
Selepas 6 tahun setengah di sini, begini hasilnya. Di mana silapnya.