" TRUST in Allah wont make the mountains smaller but make CLIMBING easier. DO NOT ask Allah for a lighter load, but ask Allah for a STRONGER BACK..."

Thursday, May 31, 2018

FALSAFAH HIDUP


Demikianlah terus menerus, falsafah tidak akan berhenti, selama mana manusia masih berfikir, selama manusia masih bertanya, selama batin manusia masih merasa adanya "rahsia" itu.
"Hidup" tegak laksana gunung yang tinggi, mereka (ahli falsafah) memandang dari tempat tegaknya masing-masing. Sebahagian rahsianya ditemukan oleh yang seorang dan sebahagiannya ditemukan oleh yang lain, menjadi mata rantai membentuk jalan fikiran manusia dan kemanusiaan seluruhnya.
Kadang-kadang bersimpanglah di antara falsafah dengan agama, maka timbullah falsafah yang hanya menilik alam dan tabiat yang zahir sahaja (materialisme). Dan kadang-kadang tibalah dia di satu perbatasan jalan. Ada rupanya di balik perhatian dan perbatasan itu, tapi fikiran tidak sanggup lagi menyeberang ke sana. Itulah yang bernama 'Mawara'ath - thabi'ah, atau Metapysica: maka sesetengah yang sampai ke sana, dia tunduk dan merasa telah berhasil maksudnya.
"Tidak berhasil itulah yang sebenarnya keberhasilan."
Di sanalah kesatuannya segala "rahsia" yang berbelit itu. Itulah awal yang tidak berpermulaan akhir yang tidak berkesudahan, jauh yang tidak bersatu, dekat yang tidak berantara, yang tidak dikandung zaman, dan tidak dikandung tempat, yang tetap Ada! Yang fikiran tidak dapat mengetahui Apa-nya, tapi hanya dapat mempercayai Ada-nya.
Golongan yang berfikir materialistis, pada hakikatnya pun pernah bertemu dengan perhentian dan perbatasan yang kita sebutkan itu, sebab mereka pun manusia, berfikir sebagai ahli fikir yang lain itu pula. Tetapi mereka tidak berani, lalu mereka "pulang" sahaja dengan tangan hampa, seraya berkata: "Biarkanlah barang di balik tabir alam itu di tempatnya. Kita tidak akan lanjutkan perjalanan kita ke sana".
Tapi orang-orang ini tidaklah sepengecut materialistis yang lain, yang sentiasa berkata, "yang dikatakan Ada itu, sebenarnya adalah Tidak Ada!" Demi tiap-tiap fikirannya akan bertemu dengan keadaan itu (di perbatasan), dia pun membelok dan berkata dengan suara serak, "dia tidak ada. Kalau ada, mana alasannya. Semua hanya benda, lain tidak!".
Bukan Yang Ada itu tidak ada. Melainkan merekalah yang tidak bertemu, atau mengelak jika telah bertemu, kerana kurang berani atau kerana fikiran tidak merdeka, kerana diikat oleh yang telah terbiasa, walaupun golongan ini kadang-kadang menamakan dirinya golongan yang berfikir merdeka.
- petikan dari buku Falsafah Hidup oleh HAMKA, Bab: Kata pengantar
Maaf jika perkongsian kurang sampai.
Boleh pakat try baca sendiri buku ni, 419 m/s je. (Belum khatam pun lagi juga). ðŸ˜…
InshaAllah sangat bermanfaat, membuka minda, mengajak kita bertadabbur dan berfikir.
Apa erti sebenar hidup kita.
Sama tebal buku Falsafah Hidup dengan buku MCQ Surgery. Kami exam midyear Surgery sabtu ni, doakan.
~ gambar rajah rumusan yg dpt dihasilkan, untuk simplify keseluruhan petikan di atas.


0 comments: