" TRUST in Allah wont make the mountains smaller but make CLIMBING easier. DO NOT ask Allah for a lighter load, but ask Allah for a STRONGER BACK..."

Tuesday, June 21, 2016

"Bila Nyamuk Teman Bertadarus Hingga ke Lubang Kerongkong"

Nyamuk.
Musim panas dan nyamuk, ibarat keropok lekor dan orang Terengganu. Tak sah apabila tak dihadirkan bersama. Tak dapat dipisah.
Tapi hadirnya keropok lekor kepada kami dengan membawa rahmat.
Panas-panas, dicelup cicah. Bahagianya. Pekena di waktu petang, sambil menghirup udara masin pantai, ditemani bunyi hempasan ombak.
Tapi nyamuk? Apa rahmatnya?
Dari beberapa sudut, mungkin. Ya.


وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاء وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا بَاطِلًا ذَلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ النَّارِ                                                              

" Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka. " 

(Surah Shad: 27)


Rumah kami di kawasan Salam Sadnawi, Zagazig. Letaknya berhadapan dengan hamparan sawah gandum. Kebiasaannya waktu-waktu penghujung Jun begini, pemandangan ke luar jendela akan bertukar warna. 
Kuning keemasan. Gandum masak. Bunyi irama mereka bergesek sesama sendiri akan sentiasa menghiasi waktu-waktu petang yang berangin. Sungguh tak dinafikan, tenang jiwa.
Macam feeling tengok iklan coco crunch pun ada. Selalu terbayang ada kapal terbang bawa muatan coklat terhempas, maka "pufff!! Jadilah Coco Crunch!".
Tapi tahun ini, entah kenapa tidak muncul-muncul gandum kuningnya. Belum tiba masa mungkin.




Tapi betul lah,.. "we gain some, we lose some". Aku tak arif sangat perkaitan antara sawah dan nyamuk, tapi setelah hampir 4 tahun hidup berhadapan kawasan sawah, automatik dapat kami simpulkan, "there's definitely a positive correlation between them!". Malah dikatakan nyamuk sawah halus-halus..dan bisanya, hanya Allah tahu. Hinggakan  faktor rumah depan sawah dan banyak nyamuk boleh dijadikan hujah bila kami mahu setting bila mahu overnight beramai-ramai untuk study group dan sebagainya. Terseksa kawan, sungguh.

Nak cerita betapa ramainya 'makhluk halus' tersebut berkeliaran di dalam rumah. Kau tengah memasak, boleh tercampak beberapa ekor masuk dalam gulai kari ikan bila kau libas-libas tangan halau nyamuk. Malam, jangan mimpi la dapat study atau tidur dengan tenang kalau tak pakai ubat nyamuk. Bukan setakat berdengung di tepi telinga, sampai ke dalam lubang hidung diorang kacau. Mungkin boleh jadi musim panas ni, kau dapat anemia disebabkan hilang minute amount of blood continuously every second of everyday.

Dan bentuk paling extreme mahu describe, makhluk tersebut boleh sampai end up dalam kerongkong kau di waktu siang bulan Ramadan ni. Kisahnya, seusai solat Zohor, capai Quran untuk bertadarus sebentar di ruang tamu rumah. Tingkap terbuka luas, bahang panas terik di luar terasa hingga ke dalam. Namun, despite cerah dan bahang tersebut, sahabat-sahabat nyamuk tetap ramai yg menemani. Bertadarus bersama. Tibalah pada satu ayat yang agak panjang, surah Al-Anbiya'. Selesai menghabiskan ayat tersebut, semput. Automatik tarik nafas dalam-dalam selajunya. Tiba-tiba tersedak, gatal tekak, terbatuk-batuk. Dalam kepala terfikir, " seriously takkan aku tersedut seko kot??"

Terus menerus aku batuk, kemudian terludahlah seekor. Dah mati, teruk dikerenyuk pharygeal muscles mungkin.
Syahid seekor nyamuk gara-gara sepotong ayat yang agak panjang. Hanya mampu gelakkan diri sendiri. Unbelievable.


Sesi-sesi tadarus sebelah petang dan malamnya, kita belajar dari pengalaman. Scan dahulu visual field. Pastikan tiada yang main berterbangan di hadapan. Karang ada pula mangsa kedua yang syahid bukan disebabkan ubat nyamuk atau ditampar. Mungkin lepas ni kena bagi cadangan kepada group tadarusku untuk kita tadarus dalam kelambu.


#MyRamadanInEgypt
#CeritaRamadanku
#IHRAM1437H

Friday, June 3, 2016

" Seriously.. Hanya ini sahaja yang mampu aku buat? "

Lama tak menulis. Berhabuk. Ayat typical blogger-blogger kurang istiqamah seperti aku. Sememangnya fatrah sebeginilah ruang dan peluang untuk kemaskini tu muncul. Fatrah peperiksaan, fatrah tawakuf. Tak dinafikan, kewujudan blog ini juga merupakan suatu amanah, sepertimana kewujudan acount-acount lain seperti Facebook, Twitter, Instagram..dan sebagainya. Bila sudah ada, ia ada hak untuk diimarahkan dan difungsikan sebaiknya. Jujurnya, agak malang blog "Langkah tercipta" ini, punyai tuan seperti aku. Tapi apakan daya,..aku cuba. Mungkin boleh beralasan dengan menyalahkan medium-medium lain yang lebih mainstream seperti FB dan lain-lain. Tapi apapun, menulis di blog ini ada kelainan dan keistimewaannya tersendiri.
Lebih mudah untuk recall dan dibuka untuk tatapan semula.


Lagipun, memang hadaf utama menulis blog ni..sebagai peringatan untuk diri sendiri pabila tersasar. Acara tahunan mungkin,..Buka dan baca semula..apa kau tulis, bagaimana keadaan kau ketika kau tulis entry tu..dan bagaimana pula keadaan kau sekarang.
Penulisan di blog ini dijadikan sebagai benchmark untuk evaluasi hidup kau.




Musim exam begini, masa senggang sedikit lebih daripada biasa. Makanya, bila otak dah tepu menghadap buku, bila tangan dah lenguh menulis nota dan menjawab soalan..tiba-tiba rasa rajin nak menaip pulak. Dan musim masa senggang beginilah,..musim throwbacks. Jauh kita melayang ke masa-masa silam..waktu zaman persekolahan, waktu zaman kanak-kanak... Setiap dari kita punyai kisah-kisah tersendiri. Pengalaman hiduplah yang membentuk diri kita, menjadi siapa kita sekarang.



Teringat bagaimana aku di zaman sekolah menengah.
5 tahun aku di SMKA Kuala Abang Dungun Terengganu. Allah susun untuk hantar aku ke situ.
Asalnya, selepas sahaja UPSR tamat dan keputusan keluar, alhamdulillah Allah kurnia cemerlang.
Aku sedar akan kepentingan untuk score Akademik dan juga Kokurikulum..seiring, jikalau mahu ditempatkan di sekolah-sekolah bagus. Makanya, kalau cakap aspek balance buku dan Koko, perkara tu pada aku settle seusai UPSR tersebut. Aku yakin, mana aku apply,..aku akan dapat. Antara sekolah-sekolah pilihan utama yang dipilih waktu tu, KOSTAQ (IMTIAZ Dungun sekarang), KOSPINT (IMTIAZ Kuala Terengganu sekarang)..dan beberapa sekolah lain. Harapan tinggi..memang tinggi. 
Bukan main, sudah mind set ketika itu untuk sediakan diri menjalani interview untuk admission ke sekolah-sekolah tersebut.
Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. 




Dengan keputusan UPSR yang cemerlang..ditambah prestasi sepanjang 6 tahun sekolah rendah yang agak memberansangkan, serta tidak kurang dari aspek aktiviti kokurikulum..Tiada barang satu tawaran pun yang sampai ke rumah. Kecewa, memang. Minda seorang budak berumur 12 tahun ketika itu merasakan seperti,

 'takde beza pun aku usaha jadi yang terbaik dalam banyak aspek..akademik, koko, akhlak, agama..tp kawan lain dapat macam-macam tawaran'


Tapi difahami shj,..waktu tersebut merupakan waktu-waktu genting bagi institusi-institusi seperti  KOSTAQ dan KOSPINT...fatrah 'perubahan'. Tiada rezeki aku di situ,. Nak dijadikan cerita, mama papa usaha juga untuk tempatkan aku di sekolah terbaik yang mereka mampu. Atas usaha susah payah mereka, compilekan dokumen-dokumen pencapaian aku, buat permohonan ke SMKAKA. Sementara menunggu, 2 minggu juga aku bersekolah di sekolah harian biasa. Alhamdulillah, jodohku 5 tahun di SMKAKA. Bumi yang mungkin tarbiyah, Quran dan biah Islamnya tidaklah semekar KOSTAQ, KOSPINT, IMTIAZ dan lain-lain..namun, cukup banyak mengajar aku erti hidup.

(IMTIAZ Dungun memang pesaing terdekat kami pun..harap nasib time kami dlu, diorg tak tergolong dalam kategori SMK. Kalau tak, tak mustahil setiap kali Festival Quran daerah..IMTIAZ Dungun akan sapu bersih..haha. Terubatlah juga hati bila dua adik di bawah berjaya tempatkan diri di situ. Saban tahun berulang alik lawat mereka di sekolah tepi pantai tu..)



Sambung kisah. Teringat bagaimana aku di zaman sekolah menengah.
Rutin harian,.jikalau tiada halangan atau aktiviti lain yang diatur pihak sekolah dan asrama,.selepas sahaja selesai solat asar dan bacaan ma'thurat beramai-ramai di surau sekolah, maka nampaklah kelibat aku menuruni laluan berbukit gajah menyusur, turun ke court yang terletak di hujung bucu compound sekolah. Tak tipu, memang terletaknya tepi hutan. Buat apa? 

Katok bola ke dinding..ulang..dan ulang.. Dalam bahasa mudahnya, wall tennis. Pada awalnya, agak payah untuk cari kawan yang minat turun petang main sekali. Tapi aku jenis tak boleh duduk diam, turun juga walaupun sendirian. Dengan menjinjing raket tenis di tangan, aku telusuri bangunan-bangunan bilik darjah dan kelas..hinggalah sampai ke kawasan gelanggang.


court tennis di belakang blok kelas tingkatan 1


Main. Memang puas. Umur belasan remaja begitu, banyak tekanan hidup. Lagi-lagi bila tinggal di asrama. Haha. Lagi kuat raket dilibas, lagi puas.
Selesai main, ada satu habit aku suka buat untuk manfaatkan masa berbaki sementara tunggu waktu dewan makan asrama dibuka. Aku suka berjalan-jalan menyelusuri bangunan-bangunan kelas setiap tingkatan, dari tingkat ke tingkat. Idea asalnya timbul kerana merasakan itulah peluang untuk melihat hiasan, susunan dan suasana bilik darjah pelajar lain. Bila lagi mahu meninjau satu kawasan sekolah, tanpa perlu pakai kad izin keluar kelas..haha.

Dijadikan cerita, satu hari selepas letih bermain, aku panjat ke tingkat 2..meninjau blok kelas pelajar tingkatan 1. Dengan raket di tangan, lagak pakguard buat round. Tiba-tiba terserempak pasangan pelajar senior sedang berjumpa. Dating. Aku dan raketku waktu itu terpana. Tak tahu mahu react bagaimana. Mereka kelihatan terkejut, tapi meneruskan sahaja aktiviti mereka. Mungkin apabila melihat aku yang hanya junior..apalah sangat. Tiada ancaman. Aku berjalan sahaja melepasi mereka...sambil berfikir,

"apa harus aku buat??"


Marah, memang marah. Merah padam muka disebabkan berjemur matahari waktu bermain tadi...makin bertambah merah. Setelah selang jarak beberapa kelas dari mereka, aku berhenti berjalan, Berfikir dalam,..apa harusku buat. Kita tahu shj, tugas kita apabila melihat kemungkaran berlaku..usaha untuk mengubahnya.



مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

"Barangsiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaan), jikalau tidak berkuasa hendaklah dicegah dengan lisannya, jikalau tidak berkuasa juga, hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman."


raket ni dah menyaksikan banyak perkara dalam hidupku


Tapi perasaan takut dan tidak yakin mengatasi ilmu dan apa yang kita tahu pada waktu itu. Aku berlalu sahaja, meninggalkan mereka dengan urusan mereka. Cukuplah sekadar aku membenci dengan hati.
Berlalu pulang, naik ke asrama dan terus ke dewan makan. Pulang dan lupakan.

Tapi pula, bukan sekali itu sahaja, muncul pula kali kedua dan ketiga..perkara sama terjadi apabila aku membuat "rondaan" pada waktu petang bersama raketku. Terserempak lagi, pernah dengan orang yang sama, pernah juga dengan pasangan lain. Meluat dan benci dengan apa yang dilihat.setiap petang apabila aku ingin meronda dari blok ke blok, aku berdoa tidak dipertemukan dengan pasangan-pasangan 'love birds' yang sedang berdating di kelas-kelas. Lebih meluat dan benci dengan diri sendiri kerana tak mampu berbuat apa-apa. Hanya mampu melapor kepada senior-senior sepatutnya.


Setelah beberapa kali terjadi..aku terfikir suatu cara. Setiap kali aku meronda di blok-blok kelas, aku akan sengaja menggeserkan dan menghentakkan kepala raketku ke dinding dan lantai laluan balkoni blok yang dilalui. Sengaja aku jalan bermalas-malasan, mengheret kasut supaya bergema satu blok dengan bunyi gesek kasut sukan dengan lantai simen. Bola tenis sengaja aku hentak-hentak ke lantai dengan kuat. Habis bunyi aku buat. Dengan harapan kalau ada burung-burung yang sedang memadu kasih di dalam mana-mana kelas, terdengar, dan timbul takut atau suspen untuk berhenti dan cabut lari kalau-kalau pengawal keselamatan atau warden asrama yang sedang buat rondaan.



Waktu itu, lega..dan rasa diri bijak dan tindakan itu paling betul. Lagi kuat keyakinan bila mana sejak dilaksanakan cara tersebut, tak pernah sekali pun bertembung dah dengan pasangan-pasangan memadu kasih di kelas-kelas pada waktu petang. Lega..konon.
Walaupun begitu, jauh di sudut hati..sentiasa terfikir, 

" Seriously.. Hanya ini sahaja yang mampu aku buat? "


Jentikan fikiran itu hnaya datang 'mengacau'..pudar dan berlalu lama kelamaan. Dilupakan sahaja.
Itulah mindaku sewaktu awal-awal berada di SMKAKA. Jauh sekali dari minda dan jiwa seorang pendakwah..seorang pejuang agama. Tidak sehingga insan-insan terpilih hadir dalam hidupku tidak lama selepas itu. Merekalah yang mengembalikan semula jentikan terdahulu, menukarkan ia menjadi tumbukan.. Tumbukan padu, tepat mengenai jiwaku. Kita semua Da'ie.



وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran, merekalah orang-orang yang beruntung." 

(Ali Imran:3:104)



..dan sebagai Da'ie, bergeraklah secara kolektif. Kamu akan lebih kuat.