" TRUST in Allah wont make the mountains smaller but make CLIMBING easier. DO NOT ask Allah for a lighter load, but ask Allah for a STRONGER BACK..."

Friday, April 15, 2011

" Berbakti kepada tanah..."


dah agak lama blog ini sunyi dengan posting baru,...sebenanye, takde idea nk tulis ape. hendak mengulas isu2 semasa tempatan dan antarabangsa, hmm..rase mcm tak mampu....masih banyak yg perlu dipelajari sebelum berjaya berbuat begitu. jd, insyaAllah posting2 yg terdapat di laman ini, walaupun kebanaykannya bersifat "pengalaman" hidup atau "life journal" semata-mata, insyaAllah terselit juga hikmah dan moral di sebaliknya, walaupun sedikit...moga ia dapat menjadi "penghibur" kpd mereka yg sedang bosan.. dan moga ia dapat menjadi "booster" semangat buat mereka yg memerlukan. di sini juga, ingin mengucapkan terima kasih yg tidak terhingga kepada pihak2 yg sudi meninggalkan komen atau pandangan mereka mengenai laman ini. insyaAllah, penulis akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki diri, blog serta gaya penulisannya..kepada mereka2 yg masih belum meninggalkan komen atau pandangan mereka terhadap laman ini, anda semua amat2 dialukan agar berbuat demikian..semuanya, insyaAllah untuk kemaslahatan bersama..



time2 cuti mcm ni, mesti ramai dari kalangan sahabat-sahabat yg dah mula naik bosan duk rumah, takde buat ape..di sini, aku ingin memperkenalkan satu "alternatif" yg mungkin agak jarang dibuat oleh mereka2 yg sedang sakan bercuti ni..tak kira dari kalangan budak-budak lepasan spm, mahupun golongan mahasiswa...selalu dengar ayat ni.." aku duduk rumah, tanam jagung je la..."..(mksud=menganggur)....ramai yg tak nampak "maksud sebenar" di sebalik ungkapan ni..

berkebun. tak ramai yg mengambilnya sebagai "hobi" masa lapang....padahal inilah aktiviti paling senang dan amat banyak manfaatnya kalau dipraktikkan oleh mereka-mereka yg takde ape nk dibuat di rumah tu..malah, berkebun atau bercucuk tanam amat dituntut oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam.


" Tidak ada seorang muslim pun yang menanam tanaman, kecuali apa yang dimakan menjadi sedekah baginya, dan apa yang dicuri juga menjadi sedekah baginya, dan tidak juga dikurangkan bagi seseorang melainkan itu merupakan sedekah baginya sampai hari kiamat.." ( Hadis Riwayat Muslim )


Salah seorang sahabat Nabi ada yang menyatakan...

" Aku mendengar Rasulullah S.A.W. membisikkan pada telinga ku ini, iaitu : " Barangsiapa menanam sebuah pohon dan kemudian dengan tekun memeliharanya dan menguruskannya hingga berbuah, maka sesungguhnya baginya pada setiapyang dimakan dari buahnya merupakan sedekah di sisi Allah.." ( Hadis Riwayat Ahmad )






berkebun ni sebenarnya takde la payah mane..( untuk kite2 yg nk jadikannya aktiviti sampingan ni, kalo bisness lain la..). hanya perlukan perkakas-perkakas tertentu, kos yg perlu dikeluarkan takde la terlalu tinggi. sbbnye, kebanyakan bahan-bahan yg nk diguna tu sudah pun sedia ade kat belakang rumah anda semua, tak caye p la tgk sendiri..stakat cangkul, pasu gtu...ade dah kot kan...

antara pekakas-pekakas lain yg diperlukan untuk menjayakan aktiviti ini :

-biji benih-harga= RM1.75



FASA sebelum (persediaan nk menanam....) :

1- Biji benih :

- kalau anda jenis yang mengutamakan kualiti hasil yg akan dikeluarkan nanti, anda mungkin perlu teliti dlm pemilihan biji benih ni. sama ada nk ambil biji benih dari 'ibu'nya nak pegi beli yg dah siap packing kecik2 di kedai-kedai...up to you. insyaAllah, yg di packing2 di kedai2 tu, bagus juga kualitinya. jarang sekali aku dpt benih tak bagus..ade la sekali sekala..(mungkin yg tu dah terlalu lama duduk di rak kedai tu,....). harga yg dijual  di kedai ni pon, insyaAllah, takde la mahal mane. tak sampai rm2 pon sepacket..kalau yg berhasrat untuk tgk hasil yg berkualiti tinggi. first, carik 'ibu' dia yg elok2. contoh, anda berhajat nk tanam pokok lada merah. pegi pasar tani pagi2 tu, beli sikit lada merah yg anda nmpak "sihat-sihat" tu,..kemudian, bijhnya tu la yg akn diguna pakai nnti..kenapa perlu pegi beli di pasar tani? tips-( kalo beli lada merah di supermarket, sayur tu dah di sejukbeku. jd, kalo pakai bijik benih tu, takkan bercambah..ntah, agaknya enzyme dah mampus...)




- tanah kompos yg digaul dgn tanah biasa

2- Tanah/medium :

-nak tanam pokok, mesti la perlukan mediumnya. skrg bnyk pilihan nk tanam lagu mane. ade yg prefer tanam pakai tanah, ade yg tanam dlm air ( hydroponic ). bagi aku, tanam  kot air ni besenye bagi mereka yg tak cukup tanah nk bercucuk tanam...( biasenye rumah2 di bandar-bandar, takde tempat nak tanam pokok ). senang, anda p belakang rumah, carik spot sesuai n bersihkn, ... kalo bercadang nk tanam pokok2 sayuran, anda kene buat batas dulu. batas ni bertujuan nak gemburkan tanah tersebut dan meninggikan tanah kawasan tu, agar nnti, tanah tu tak ditakungi air dan memudahkan pengurusan tanaman. kat batas tu, boleh tambah tanah kompos, baja-baja organik. baja kimia pon boleh sebenanye, tp, pandai2 la kontrol, jgn telebih plak..

-contoh batas- (copy dari internet..)


-tanah kompos. beli di kedai2 nursery tanaman

-baja tahi kambing

-baja tahi ayam


alternatif lain kalo malas nk buat batas, buat satu "alur air" untuk alirkan air ke tempat lain sekiranya bertakung. tp, cara ni kurang kemas dan tak selalunya berkesan,..jd, adalah lebih baik kalo buat batas je.


- alur untuk alirkan air (anak pokok betik)


- boleh juga, anak2 benih td, kita semai di dalam kotak semaian. sehingga bercambah anak benih td menjadi anak pokok, barulah alihkan ke batas yg telah disiapkan td. ini lebih menjamin "survivality" anak pokok tu.

TIPS penting : baca Bismillah serta berselawatlah ke ats Nabi S.A.W. ketika nk start menanam tu. InsyaAllah, usaha kita mendapat keberkatan dari Allah.....

-kotak semaian
-anak pokok yg sedia untuk dipindahkan


3- Alatan-alatan basic :

 -cangkul- cangkul (besar, kecik, sederhana..), sarung tangan (kalo takut tangan melecet la..., tak pon, yg tangan allergik kene tanah..), pasu nk menyemai...., gerak daun, dll yg difikirkan perlu..

-pekakas asas nak berkebun...



FASA semasa (penjagaan tanaman....) :

1- membaja :

- proses membaja selalunya dilakukan secara berterusan. baja pulak ade bermacam-macam jenis. ade yang siap ikut peringkat pertumbuhan tanaman tu. ada juga baja yang dikhaskan untuk tanaman berbunga shj, tanaman hijau shj, dan banyak lagi...pandai2 la anda memilih baja mane yg sesuai untuk tanaman anda...



-baja untuk "inducer", "growth" dan "flowering..


2- Kayu junjung/ kayu penyokong :

- bagi tanaman2 memanjat seperti petola, tanaman kekacang, dll..mereka perlukan kayu junjung atau kayu penyokong bagi membolehkan kereka memanjat. sebenanye, tak payah "beradong" sgt pon nk buat kayu penyokong ni. biasa, org akan guna kayu pacak..ni boleh la bagi mereka yg rajin2 tuh. kalo malas, (macam aku), dan nak kurangkan kos yg dikeluarkan, buat aje tempat memanjat tu dari bahan2 yg dipikirkan logik...ikut anda, anda kan kreatif....

-batang penyokong ( batang besi org buat sangkut langsir kat rumah), dan dihubungkan dengan tali rapia...simple je kan..


-kalo anda rajin, ni contoh "tempat memanjat" bagi tanaman kacang botol.....advantage : jaminan lebih kukuh dan tahan lama berbanding batang langsir td....haha



3- siram...

-em, kalu ikutkan cuaca malaysia recently, (hujan hampir sekali dlm 2-3 hari), anda takde la perlu risau sgt tentang tanaman anda, insyaAllah, takkan kering. tp, kalo dah tgk hari tu panas terik, dan anda mahu tanaman anda tu kluaq hasil cepat sket...p la rajin2 klua rumah, ambik hos, bukak paip air dan siram...


-fasa berbunga...(kacang botol)





-ada kalanya, tanaman2 ni boleh membesar dgn begitu cepat, sampai boleh melilit ke pokok2 sekitarnya..jd, pandai2 la. "ajar"kan tanaman anda tu supaya panjat pade tempat yg betul...

-reminder: kalau tanaman anda dah merayap dengan liar sampai masuk kawasan pagar jiran anda, em...perlu diingat, hasilnya boleh aje jiran tu ambik same...sbb dah masuk pagar diorang.... heheh..jd, tak yah la nk melenting kalu tetibe mereka pegi petik sayur anda...haha..

4- mengawal serangga perosak :

- memang antara cabaran terbesar nk mengusahakan tanaman ni, "serangga perosak"....senarai je la, belalang, ulat buah...dan mcm2 lagi ( sebutannya pelik2, tak nak lah state kat sini, takot kang nnti org tak fhm..haha..). boleh aje kalo anda nk gune racun kimia, tp, em, nnti, hilanglah ke"organik"an sayur tu...jd, ade banyak cara organik nk kawal serangga ni, or in other words, biological control....antaranya, renjis air larutan serai wangi ke pokok2 tu. kalo malas nk tumbuk dan hancurkan serai, p kat kedai, ade dijual larutan concentrated serai. hnya campokan dgn air dan spray ke pokok anda...


-larutan concentrated serai wangi...(no chemical)


FASA selepas (menuai hasil...) :

- "man jadda wajada...".....dan, setelah berpenat lelah menitikkan peluh ke tanah...anda berhak menuai hasilnya...ikutla, nk pakai untk sendiri, nk jual ke, atau nk sedekahkan kat jiran2 sebelah rumah...kawan2..

-hasil, (buah sulung, biasanya, org akn simpan untuk dijadikan benih smula..)

-sebenarnya, bnyk advantage yg boleh kita dpt dgn menanam tanaman khususnya pokok2 sayur dan buahan di rumah.



1-harga sayur sekarang mahal kot...kalo cili merah tu..brape ringgit segenggam..so, hakikatnya, anda boleh berjimat banyak dengan menanam sendiri aje sayur2 harian, seperti cili merah, kacang panjang...dll..( perlu bijak jana ekonomi...)...kan senang kalo kite p klua rumah, then petik aje...pastu campak dlm kuali, periuk..masak, then makan...( rasa puas tu akn datang,,,....di samping seronok..)..hasil tangan sendiri..

2-daripada kawasan sekitar rumah tu duk dipenuhi smak samun aje, baik la di"sesakkan" dengan tanaman2 bermanfaat...kalo taknak tanam sayur atau buah pon, tanam la pokok hiasan...ingat, imej tempat tinggal juga melambangkan kita ini org yg "bagaimana"...

3-berkebun ni sebenarnya satu aktiviti yg menenangkan...kita "berbakti" kepada tanah di mana tempat kita akan "kembali" semula...kenapa berkebun menenangkan bagi aku?? hmmm..heh, pertamanya, pemandangan "hijau"...tenang, kedua, bau tanah...segar...ketiga,...rase puas dan seronok bila kita lihat pokok yg kita semai dari benih, membesar hingga jd pokok, berbunga dan berbuah....in some way, kita boleh "reflect"...betapa kuasa Allah, menumbuhkan tanam-tanaman di muka bumi buat makhluknya...

4- berkebun ini satu bentuk riadhah, senaman...jadi, anda malas nk berjoging keliling kampung..haha, tyr la berkebun... =)




akhir kalam, perkongsian ini mungkin agak "bosan", lebih2 lagi buat mereka yg memang tak minat bermain tanah ni. bukan ape, aku kurang mahir mengulas sesuatu perkara, tanpa mengambil "contoh-contoh" dari kehidupan mcm ni.... "aku bukan jenis yg pandai berformal sgt...."..hmm..diharap entry kali ini dpt sedikit sebanayk memberi manfaat kpd sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian.. saranan terakhirku..."cubalah aktiviti ini, tak rugi pon kalau mencube...."...semoga menemui "manfaat" walau sedikit sepanjang buat "aktiviti" ni....

wallahua'lam..





                          http://www.scribd.com/doc/44811826/Pekerjaan-Bercucuk-Tanam

Saturday, April 2, 2011

:: dah petang!! ::

1 april 2011. hari sudah petang. cuaca di luar masih mendung, gelap, hujan dah berhenti kejap. kecewa juga hati ni bila td, tibe2 aje hujan. sepanjang hari ini, dari pagi, cuaca panas molek..eheh, " ku sangka panas sepanjang hari, rupanya hujan di sebelah petang.."..habis terbantut segala perancangan yg telah disusun..sejak seminggu lalu, mukim Kerteh ini rancak beno dilanda hujan, lebat. 29 mac lalu, kerteh dilanda banjir kilat...hujan lebat yg berterusan tanpa henti sejak petang hingga ke malam, akibatnya, tempat2 rendah dinaiki air. Alhamdulillah, rumah kami hanya terkena sedikit tempias dari musibah bencana tu. air tak sempat masuk rumah, hanya selipar, kasut serta bola-bola shj yg hanyut dibawa air. alhamdulillah, semua bende tu berjaya dikutip balik slps dijumpai tersekat di pintu pagar rumah..tak hanyut jauh..


- SRI AL-AMIN kerteh, sekitar kaw. rumahku


pagi tu, beberapa buah sekolah sekitar kerteh ditutup. tenggelam. kalau ade pun sekolah bukak, suasana lengang. ramai pelajar yg terkandas di rumah masing2, sama ada rumah mereka ditenggelam air, atau jalan yg tenggelam..putus jalan perhubungan. bayangkan, kasut sekolah pun ntah ke mana hanyut..ditambah pula dgn huru-haranya hendak menyelamatkan barang-barang dari basah rosak dan hanyut. ramai yg beranggapan bencana kali ini yg paling teruk pernah melanda Kerteh. sebabnya, ramai yg tak menyangka, kawasan2 yg sebelum ni tak pernah tenggelam pon, (almaklumlah, kawasan bandar), jadi "kolam" jugak hari tu. betapa di situ dapat kita lihat, tiada apa yg mustahil dengan kuasa Allah. Musibah dan bencana sebagai ujian kepada kita, agar kita berbalik kembali kepada Allah. Dalam menghadapi ujian dan musibah ini, manusia boleh dibahagikan kpd 4 kelompok berdasarkan reaksi mereka.

1- MARAH
2- SABAR
3- REDHA
   4- SYUKUR


Firman Allah S.W.T, " Dan di antara manusia, ada org yang menyembah Allah dengan berada di berada di tepi, maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa sesuatu bencana, berbaliklah ia ke belakang. rugilah ia di dunia dan di akhirat. yang demikian itu adalah kerugian yg nyata..."
                                                                                                                                     [ Al-Hajj :11 ]



berbalik kepada 1 April 2011. bukan nak berbicara tentang "april fool". hanya coretan harian..ptg tu, kami 4 beradik duk main tembak2 pistol air di luar rumah. Mula-mulanya, idea si afiq, yg mengajak Hanisah main,..tp aku tgk, mcm tak brape seronok je diorang "main". jd, terus p carik pistol air dlm rumah, dan join skali untuk tambah "perencah" petang tu...aku team-up ngn hanisah, pakat tembak si afiq. puas hati nyakat dia...basah kuyup budak tu..haha. malangnya, tibe2 lepas tu, mereka berdua berpakat "membuli" aku pulak...hampeh. tpnye, seronok, sbb dah lame adrenalin tak rushing sebegini...I felt GREAT!!...tambah-tambah lagi, main tu dalam hujan renyai-renyai...heh.



- pakai "booster", tak aci, tembakan lagi kuat!!









- aku pnye 'canggih' sket. ni baru betul "pistol" air.......


note:- pembaziran air tidak berlaku (berlaku je, kurang la kot), kami pakai air hujan yg ditadah...
       - kepada Along, aku nak sgt tembak si Bug (kucing), tp die takde...haha, nasib dia baik kali ni..