" TRUST in Allah wont make the mountains smaller but make CLIMBING easier. DO NOT ask Allah for a lighter load, but ask Allah for a STRONGER BACK..."

Tuesday, December 28, 2010

" especially for my juniors...."


baru2 ni, berkesempatan bertemu adik2 junior satu sekolah dulu [smkaka] dlm satu program anjuran IMProf. ana diminta berkongsi pengalaman tentang kehidupan baru selepas bergelar seorang mahasiswa dan tinggal di kampus/ipta/ipts. pada mulanya, akak tu inform yg ana hanya akan berdiskusi dengan adik2 muslimat sahaje. jadi, sudah menganggap diskusi tu nanti akan jadi seperti sesi borak2 aje. santai...malam hari khamis, 23 disember 2010, ana pulang ke terengganu menaiki bas GATE, tiket jam 10.15 mlm. tenang aje, takde sibuk2 nk fikir berat2 akan ape yg akan dibincangkan esok tu nanti...releks je.



mizah ngan islah, sentiasa urge ana supaya bawak kerepek( buah tangan)
bile jumpe mereka.....
pagi tu, lebih kurang jam 4 pagi, bas selamat sampai d kerteh, selepas dipandu dengan amat laju, sampai ade kene tahan JPJ sekali...perasaan tu amat gembira sekali selepas hampir 3 bulan tak jejak kaki di kampung halaman. petang tu, jam 6 pm, selamat tibe ke destinasi program mereka. mlm tu, alangkah terkejutnya apabila fasilitator tu inform yg perbincangan adalah dlm bentuk forum, ana jd salah seorang ahli panel!! mmg tersirap darah lepas dpt tahu tu. bayangkan, kene bercakap depan hampir 40 org adik2 peserta program. sudah lagi, ana tak prepare pape sgt pon..dan, tak penah2 seumur hidup kene jd ahli panel dlm satu forum!! lagi2, ana mmg tak ade confidence yg tinggi untuk bercakap di hadapan, lidah akan banyak tersasul....trauma teramat pade mase tu.....tp, takkan nk lari pulak kan? jadi, ana sematkan keberanian dan keyakinan, melangkah ke hadapan dengan tenang, kongsi sahaje apa ilmu dan pengalaman yg ade pd diri,...dlm erti kata lain,...cakap saje ape yg difikirkan patut.......


sesi berakhir, ape yg ana ingat hanyalah sesi penggulungan. antara poin yg ana stresskan pada adik2 ialah :

- sentiasa letakkan kebergantungan kita kepada Allah S.W.T. walau apa jua situasi kita
- carilah sahabat, dan bila dah punyai sahabat, jalinkanlah serta mantapkanlah ukhuwah sesama kamu
- walaupun sibuk dengan kerja2 Islam, akademik kene jaga. jgn burukkan persepsi masyarakat ( student lain, lecturer serta mak ayah ) tentang diri kita, yg semestinya akan memburukkan imej Islam itu sendiri.



walaupon ana rase kesimpulan tu agak ringkas, tp ia sebenarnye memang antara highlights terpenting yg perlu diambil cakna oleh adik2 yg bakal bergelar mahasiswa. kalau diikutkan diri, sebenarnya banyak lagi pengalaman yg nk dikongsi bersama adik2, tp disebabkan kekangan diri yg tak mampu nk cakap dengan lancar kat depan antum semua hari tu, jadi, ana rase elok aje kalau ana kongsi isi2 tertunda itu di blog ni. antaranya :

- kehidupan di kampus sebagai seorang mahasiswa sememangnya penuh cabaran. cabaran dan ujian dtg dlm pelbagai bentuk. apabila kita menghadapi masalah dlm pelajaran; pointer rendah, kurang puas hati dengan lecturer, study separuh mati tp markah exam masih di takuk lame....apabila kita hadapi masalah dengan sahabat dan kawan2; masalah habit atau sikap yg kita kurang senangi.....apabila kita hadapi masalah dengan masa; begitu banyak taklifat atau tugas sampai tak cukup tangan nk diurus, sampaikan diri kita jd tak terusrus....apabila kita hadapi masalah dengan gerak kerja Islam kita; rasa susah untuk beri komitmen yg baik, atau, boleh jadi kita mula rase yg tugas ini suatu beban kepada kita......


penyelesaiannya, sememangnye banyak. antaranye, belajarlah time management yg bagus, cube amalkan cara study yg lebih sistematik...dsb. namun, di smaping semua ini, ade satu resolusi yg jarang para mahasiswa, khususnya mahasiswa muslim, ambil iaitu, letak rase pergantungan kita kepada ALLAH. ya, usaha mmg penting, namun berapa ramai yg bertawakkal  'ala Allah selepas berusaha, dan berape ramai pula yg reti bersyukur selepas dikurnia kejayaan...?? sama2 lah kita muhasabah diri..


- di saat diri rase down dengan masalah2 yg pelbagai, ketahuilah, sahabat juge penting buat kita. merekalah yg akan support kita di kala kita rasa down, di saat kita dlm dilemma membuat pilihan, di saat kita bersedih, dan paling penting, di saat kita terlalai...so, mantopkanlah ukhuwah dengan sahabat2, ikhlaskan persahabatan itu kerana Allah S.W.T.....insya-Allah, akan dirasa manisnya...



heh, rase mcm dah cukup banyak ana membebel kali ni...sedikit pesanan kepada adik2 junior ana, 

" Jangan takut nk masuk alam kampus, sebaliknya, tanamkan perasaan 'eager' juge 'excited' kerana sebenarnye di kampus inilah tempat antum mengenali siapa diri antum sebenar-benarnya....di sinilah antum mula mengenali dunia yg sebenarnya, the world without boundaries...di sinilah tempatnya antum menemui potensi diri, menambah kematangan minda, mencari pengalaman2 baru...yg paling penting, di sinilah tempatnya antum mengenali tanggungjawab dan purpose sebenar hidup di muka bumi ini..."

6 comments:

Anonymous said...

go, dear senior..go! :)

LIYANA ROSLI said...

aadohai, anonymous lagi.. ni ifah z ea..?haha, btw, thanx..

.: dapur cg. sal :. said...

butterfy in d stomach is only natural. keep up d good job baby!

A Garden said...

thanks a lot,kak yana..
n i won't stop asking kerepek from, since u dh cop i g2,,,hehe,,,
ok2,by the way,, tq banyak2 kerepek mlm tu,n thanks for coming,,glad to meet u,,
moga berjumpa lagi,,doakn kami setia dgn kerja2 islam,,
syuran,ukhti,,,

Anonymous said...

heh, welcome mizah...mak cik kerepek...!!

Anonymous said...

salam singgah liyana :)

ehm, mabruk. orang lama bina tapak. orang baru teruskan usaha. insyaAllah.

apapun yang kita fikir, hidup akan terus berjalan. tiap masa akan sentiasa ada fasa baru. rasa takut tu biasa. hakikatnya ni lah masanya kita keluar ke medan yang lebih luas.

seeru a'la barakatillah...
rindu adik2 semua .