" TRUST in Allah wont make the mountains smaller but make CLIMBING easier. DO NOT ask Allah for a lighter load, but ask Allah for a STRONGER BACK..."

Monday, August 6, 2018

WHAT IT MEANS TO BE A MUSLIM ACTIVIST


 Erti Kesukarelawanan:
Menurut DBP:
Berbuat sesuatu dengan kehendak sendiri, dengan rela hati atau tanpa dipaksa.
Secara khususnya, dari sudut pandangan Islam, kesukarelaan bermakna memberi khidmat bakti kepada manusia lain dengan hati yang ikhlas kerana Allah SWT, sentiasa menjaga sahsiah yang baik dan sentiasa memelihara batas-batas syara’.
 Amal Dalam ISLAM:
Amal Islami (amal di dalam ISLAM) ada 3:
1- Amal fardhi
(diri sendiri: solat, puasa, sedekah)
2- Amal jamaie
(berkumpulan/organisasi)
3- Amal ijtimaie
(kemasyarakatan: kerja-kerja kebajikan)
 Apa beza 'volunteerism' KITA dengan org BUKAN ISLAM?
Firman Allah Subhanahuwata‘ala:
يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُسَٰرِعُونَ فِي ٱلۡخَيۡرَٰتِۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ
"Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan, mereka itu termasuk orang yang soleh."
(Surah Al-Imran : 114)
Berdasarkan ayat ini, asas-asas utama yang perlu dititikberatkan dalam kerja-kerja kesukarelaan ialah memelihara hubungan yang rapat dengan Allah SWT (hablu min Allah) dan, pada waktu yang sama, memelihara hubungan sesama manusia (hablu min ‘an nas).
Beza 'volunteerism' KITA dengan org BUKAN ISLAM, adalah pada NIAT dan CARA.
Manakala sukarelawan Islam pula ialah sukarelawan muslim yang melakukan kerja-kerja kesukarelaan dengan ikhlas kerana Allah SWT, menjaga syahsiah Islam, memelihara batas-batas syara’ dan membawa misi dakwah Islam.
 Memperbanyakkan Niat:
Niat kita ikhlas kerana Allah. Tidak salah untuk niatkan dengan tujuan untuk membantu masyarakat, memberi kesedaran, melatih diri sendiri, mendidik, atau atas dasar kemanusiaan dan simpati. *Taksthir anNiyyat* (perbanyakkan niat). Namun, perlu untuk kita landaskan kesemua niat-niat yang timbul ke landasan yang satu. Landasan yang akhirnya berbalik kepada Allah SWT.
 Activism & Mahasiswa Sains Kesihatan:
Kerja-kerja kesukarelaan jangan dilihat hanya tertumpu kepada syantah ramadan, turun ke rumah anak-anak yatim menyumbang khidmat, gotong royong membersihkan kawasan penempatan, membantu mangsa bencana banjir dan sebagainya. Luaskan pandang sisi kita.
"Volunteerism is much much more than just helping out".
Sebagaimana seorang doktor, bukan sekadar merawat fizikal atau mental, tapi juga merawat rohani pesakit.
Seorang sukarelawan, bukan sahaja membantu memperbaik dari sudut khidmat, sosial, kebajikan dan kewangan sahaja, tetapi membantu juga memperbaik moral dan rohani masyarakat.
Maka, marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadikan platform WAO ini sebagai wasilah atau jalan terbaik buat kita untuk bersama mencapai redha Allah SWT. InshaAllah.
Selamat memerah tenaga dan berkongsi idea untuk manfaat kita bersama.
"Empowering Activism"
Jawatankuasa Penggerak,
WE ARE ONE 2.0 😎
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2018/2019