" TRUST in Allah wont make the mountains smaller but make CLIMBING easier. DO NOT ask Allah for a lighter load, but ask Allah for a STRONGER BACK..."

Sunday, July 1, 2018

COLLAPSING ENVIRONMENT


نِعْمَ الشَّيْء الْإِمَارَة لِمَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَحِلِّهَا ، وَبِئْسَ الشَّيْء الْإِمَارَة لِمَنْ أَخَذَهَا بِغَيْرِ حَقّهَا تَكُون عَلَيْهِ حَسْرَة يَوْم الْقِيَامَة
“Sebaik-baik perkara adalah kepemimpinan bagi sesiapa yang menunaikannya dengan cara yang benar. Sejelek-jelek perkara adalah kepemimpinan bagi yang tidak menunaikannya dengan baik dan kelak ia akan merugi pada hari kiamat.”
(HR At-Thabrani)
Realiti masalah sosial atau kemungkaran yang berlaku dalam kalangan komuniti mahasiswa Malaysia di Mesir mungkin sudah terlalu dasyat dan kritikal. Sesetengah masyarakat Malaysia Mesir mungkin merasakan pihak persatuan mahasiswa/JAKSI/badan-badan hisbah BKAN seolah-olah "over react". Tetapi hakikatnya, komuniti kita sememangnya sudah teramat parah. Sesetengah daripada kita terlalu selesa berada dalam kepompong diri, geng, cawangan masing-masing... kadang-kadang hinggakan kurang ambil cakna keadaan komuniti sendiri di Mesir. Kita rasa kita masih OK.
Isu dadah, gay,.. bukan setakat 'ada', tetapi sudah berleluasa.
Persatuan mahasiswa mempunyai kemampuan dan autoriti yang limited. Makanya, pihak berwajib seperti KBMK/EME lah yang sepatutnya "take over" secara serius untuk menangani keparahan sosial yang semakin teruk ini. Maklumat, data, bukti dan informasi sudah banyak disalurkan. Usaha dari peringkat mahasiswa sudah dibuat saban tahun. Tinggal tunggu kalian untuk laksanakan tanggungjawab kalian dan gerakkan dengan sungguh-sungguh.
Malangnya, di sebalik pengharapan itu, bukan setakat harapan kami hancur, malah siap diinjak lagi. Badan-badan yang berusaha setelah sekian lama untuk cuba "compensate" lompong tanggungjawab KBMK itulah yang dikritik, malah dikecam dan ditekan.
Mungkin pihak KBMK/EME perlu lihat semula prioriti-prioriti kalian. "Environment management" adalah salah satu kewajipan paling besar selaku suatu badan berautoriti di bawah kerajaan Malaysia yg dilantik dan ditempatkan di sini untuk kami. Bila runtuh "environment" atau biah, semua benda lain akan ikut "collapse". Prestasi akademik, kesatuan, kualiti mahasiswa, patriotisme..dll.
"The true meaning of authority, comes with a whole load of responsibilities".
حسبنا الله ونعم الوكيل