" TRUST in Allah wont make the mountains smaller but make CLIMBING easier. DO NOT ask Allah for a lighter load, but ask Allah for a STRONGER BACK..."

Friday, April 15, 2011

" Berbakti kepada tanah..."


dah agak lama blog ini sunyi dengan posting baru,...sebenanye, takde idea nk tulis ape. hendak mengulas isu2 semasa tempatan dan antarabangsa, hmm..rase mcm tak mampu....masih banyak yg perlu dipelajari sebelum berjaya berbuat begitu. jd, insyaAllah posting2 yg terdapat di laman ini, walaupun kebanaykannya bersifat "pengalaman" hidup atau "life journal" semata-mata, insyaAllah terselit juga hikmah dan moral di sebaliknya, walaupun sedikit...moga ia dapat menjadi "penghibur" kpd mereka yg sedang bosan.. dan moga ia dapat menjadi "booster" semangat buat mereka yg memerlukan. di sini juga, ingin mengucapkan terima kasih yg tidak terhingga kepada pihak2 yg sudi meninggalkan komen atau pandangan mereka mengenai laman ini. insyaAllah, penulis akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki diri, blog serta gaya penulisannya..kepada mereka2 yg masih belum meninggalkan komen atau pandangan mereka terhadap laman ini, anda semua amat2 dialukan agar berbuat demikian..semuanya, insyaAllah untuk kemaslahatan bersama..



time2 cuti mcm ni, mesti ramai dari kalangan sahabat-sahabat yg dah mula naik bosan duk rumah, takde buat ape..di sini, aku ingin memperkenalkan satu "alternatif" yg mungkin agak jarang dibuat oleh mereka2 yg sedang sakan bercuti ni..tak kira dari kalangan budak-budak lepasan spm, mahupun golongan mahasiswa...selalu dengar ayat ni.." aku duduk rumah, tanam jagung je la..."..(mksud=menganggur)....ramai yg tak nampak "maksud sebenar" di sebalik ungkapan ni..

berkebun. tak ramai yg mengambilnya sebagai "hobi" masa lapang....padahal inilah aktiviti paling senang dan amat banyak manfaatnya kalau dipraktikkan oleh mereka-mereka yg takde ape nk dibuat di rumah tu..malah, berkebun atau bercucuk tanam amat dituntut oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam.


" Tidak ada seorang muslim pun yang menanam tanaman, kecuali apa yang dimakan menjadi sedekah baginya, dan apa yang dicuri juga menjadi sedekah baginya, dan tidak juga dikurangkan bagi seseorang melainkan itu merupakan sedekah baginya sampai hari kiamat.." ( Hadis Riwayat Muslim )


Salah seorang sahabat Nabi ada yang menyatakan...

" Aku mendengar Rasulullah S.A.W. membisikkan pada telinga ku ini, iaitu : " Barangsiapa menanam sebuah pohon dan kemudian dengan tekun memeliharanya dan menguruskannya hingga berbuah, maka sesungguhnya baginya pada setiapyang dimakan dari buahnya merupakan sedekah di sisi Allah.." ( Hadis Riwayat Ahmad )






berkebun ni sebenarnya takde la payah mane..( untuk kite2 yg nk jadikannya aktiviti sampingan ni, kalo bisness lain la..). hanya perlukan perkakas-perkakas tertentu, kos yg perlu dikeluarkan takde la terlalu tinggi. sbbnye, kebanyakan bahan-bahan yg nk diguna tu sudah pun sedia ade kat belakang rumah anda semua, tak caye p la tgk sendiri..stakat cangkul, pasu gtu...ade dah kot kan...

antara pekakas-pekakas lain yg diperlukan untuk menjayakan aktiviti ini :

-biji benih-harga= RM1.75



FASA sebelum (persediaan nk menanam....) :

1- Biji benih :

- kalau anda jenis yang mengutamakan kualiti hasil yg akan dikeluarkan nanti, anda mungkin perlu teliti dlm pemilihan biji benih ni. sama ada nk ambil biji benih dari 'ibu'nya nak pegi beli yg dah siap packing kecik2 di kedai-kedai...up to you. insyaAllah, yg di packing2 di kedai2 tu, bagus juga kualitinya. jarang sekali aku dpt benih tak bagus..ade la sekali sekala..(mungkin yg tu dah terlalu lama duduk di rak kedai tu,....). harga yg dijual  di kedai ni pon, insyaAllah, takde la mahal mane. tak sampai rm2 pon sepacket..kalau yg berhasrat untuk tgk hasil yg berkualiti tinggi. first, carik 'ibu' dia yg elok2. contoh, anda berhajat nk tanam pokok lada merah. pegi pasar tani pagi2 tu, beli sikit lada merah yg anda nmpak "sihat-sihat" tu,..kemudian, bijhnya tu la yg akn diguna pakai nnti..kenapa perlu pegi beli di pasar tani? tips-( kalo beli lada merah di supermarket, sayur tu dah di sejukbeku. jd, kalo pakai bijik benih tu, takkan bercambah..ntah, agaknya enzyme dah mampus...)




- tanah kompos yg digaul dgn tanah biasa

2- Tanah/medium :

-nak tanam pokok, mesti la perlukan mediumnya. skrg bnyk pilihan nk tanam lagu mane. ade yg prefer tanam pakai tanah, ade yg tanam dlm air ( hydroponic ). bagi aku, tanam  kot air ni besenye bagi mereka yg tak cukup tanah nk bercucuk tanam...( biasenye rumah2 di bandar-bandar, takde tempat nak tanam pokok ). senang, anda p belakang rumah, carik spot sesuai n bersihkn, ... kalo bercadang nk tanam pokok2 sayuran, anda kene buat batas dulu. batas ni bertujuan nak gemburkan tanah tersebut dan meninggikan tanah kawasan tu, agar nnti, tanah tu tak ditakungi air dan memudahkan pengurusan tanaman. kat batas tu, boleh tambah tanah kompos, baja-baja organik. baja kimia pon boleh sebenanye, tp, pandai2 la kontrol, jgn telebih plak..

-contoh batas- (copy dari internet..)


-tanah kompos. beli di kedai2 nursery tanaman

-baja tahi kambing

-baja tahi ayam


alternatif lain kalo malas nk buat batas, buat satu "alur air" untuk alirkan air ke tempat lain sekiranya bertakung. tp, cara ni kurang kemas dan tak selalunya berkesan,..jd, adalah lebih baik kalo buat batas je.


- alur untuk alirkan air (anak pokok betik)


- boleh juga, anak2 benih td, kita semai di dalam kotak semaian. sehingga bercambah anak benih td menjadi anak pokok, barulah alihkan ke batas yg telah disiapkan td. ini lebih menjamin "survivality" anak pokok tu.

TIPS penting : baca Bismillah serta berselawatlah ke ats Nabi S.A.W. ketika nk start menanam tu. InsyaAllah, usaha kita mendapat keberkatan dari Allah.....

-kotak semaian
-anak pokok yg sedia untuk dipindahkan


3- Alatan-alatan basic :

 -cangkul- cangkul (besar, kecik, sederhana..), sarung tangan (kalo takut tangan melecet la..., tak pon, yg tangan allergik kene tanah..), pasu nk menyemai...., gerak daun, dll yg difikirkan perlu..

-pekakas asas nak berkebun...



FASA semasa (penjagaan tanaman....) :

1- membaja :

- proses membaja selalunya dilakukan secara berterusan. baja pulak ade bermacam-macam jenis. ade yang siap ikut peringkat pertumbuhan tanaman tu. ada juga baja yang dikhaskan untuk tanaman berbunga shj, tanaman hijau shj, dan banyak lagi...pandai2 la anda memilih baja mane yg sesuai untuk tanaman anda...



-baja untuk "inducer", "growth" dan "flowering..


2- Kayu junjung/ kayu penyokong :

- bagi tanaman2 memanjat seperti petola, tanaman kekacang, dll..mereka perlukan kayu junjung atau kayu penyokong bagi membolehkan kereka memanjat. sebenanye, tak payah "beradong" sgt pon nk buat kayu penyokong ni. biasa, org akan guna kayu pacak..ni boleh la bagi mereka yg rajin2 tuh. kalo malas, (macam aku), dan nak kurangkan kos yg dikeluarkan, buat aje tempat memanjat tu dari bahan2 yg dipikirkan logik...ikut anda, anda kan kreatif....

-batang penyokong ( batang besi org buat sangkut langsir kat rumah), dan dihubungkan dengan tali rapia...simple je kan..


-kalo anda rajin, ni contoh "tempat memanjat" bagi tanaman kacang botol.....advantage : jaminan lebih kukuh dan tahan lama berbanding batang langsir td....haha



3- siram...

-em, kalu ikutkan cuaca malaysia recently, (hujan hampir sekali dlm 2-3 hari), anda takde la perlu risau sgt tentang tanaman anda, insyaAllah, takkan kering. tp, kalo dah tgk hari tu panas terik, dan anda mahu tanaman anda tu kluaq hasil cepat sket...p la rajin2 klua rumah, ambik hos, bukak paip air dan siram...


-fasa berbunga...(kacang botol)





-ada kalanya, tanaman2 ni boleh membesar dgn begitu cepat, sampai boleh melilit ke pokok2 sekitarnya..jd, pandai2 la. "ajar"kan tanaman anda tu supaya panjat pade tempat yg betul...

-reminder: kalau tanaman anda dah merayap dengan liar sampai masuk kawasan pagar jiran anda, em...perlu diingat, hasilnya boleh aje jiran tu ambik same...sbb dah masuk pagar diorang.... heheh..jd, tak yah la nk melenting kalu tetibe mereka pegi petik sayur anda...haha..

4- mengawal serangga perosak :

- memang antara cabaran terbesar nk mengusahakan tanaman ni, "serangga perosak"....senarai je la, belalang, ulat buah...dan mcm2 lagi ( sebutannya pelik2, tak nak lah state kat sini, takot kang nnti org tak fhm..haha..). boleh aje kalo anda nk gune racun kimia, tp, em, nnti, hilanglah ke"organik"an sayur tu...jd, ade banyak cara organik nk kawal serangga ni, or in other words, biological control....antaranya, renjis air larutan serai wangi ke pokok2 tu. kalo malas nk tumbuk dan hancurkan serai, p kat kedai, ade dijual larutan concentrated serai. hnya campokan dgn air dan spray ke pokok anda...


-larutan concentrated serai wangi...(no chemical)


FASA selepas (menuai hasil...) :

- "man jadda wajada...".....dan, setelah berpenat lelah menitikkan peluh ke tanah...anda berhak menuai hasilnya...ikutla, nk pakai untk sendiri, nk jual ke, atau nk sedekahkan kat jiran2 sebelah rumah...kawan2..

-hasil, (buah sulung, biasanya, org akn simpan untuk dijadikan benih smula..)

-sebenarnya, bnyk advantage yg boleh kita dpt dgn menanam tanaman khususnya pokok2 sayur dan buahan di rumah.



1-harga sayur sekarang mahal kot...kalo cili merah tu..brape ringgit segenggam..so, hakikatnya, anda boleh berjimat banyak dengan menanam sendiri aje sayur2 harian, seperti cili merah, kacang panjang...dll..( perlu bijak jana ekonomi...)...kan senang kalo kite p klua rumah, then petik aje...pastu campak dlm kuali, periuk..masak, then makan...( rasa puas tu akn datang,,,....di samping seronok..)..hasil tangan sendiri..

2-daripada kawasan sekitar rumah tu duk dipenuhi smak samun aje, baik la di"sesakkan" dengan tanaman2 bermanfaat...kalo taknak tanam sayur atau buah pon, tanam la pokok hiasan...ingat, imej tempat tinggal juga melambangkan kita ini org yg "bagaimana"...

3-berkebun ni sebenarnya satu aktiviti yg menenangkan...kita "berbakti" kepada tanah di mana tempat kita akan "kembali" semula...kenapa berkebun menenangkan bagi aku?? hmmm..heh, pertamanya, pemandangan "hijau"...tenang, kedua, bau tanah...segar...ketiga,...rase puas dan seronok bila kita lihat pokok yg kita semai dari benih, membesar hingga jd pokok, berbunga dan berbuah....in some way, kita boleh "reflect"...betapa kuasa Allah, menumbuhkan tanam-tanaman di muka bumi buat makhluknya...

4- berkebun ini satu bentuk riadhah, senaman...jadi, anda malas nk berjoging keliling kampung..haha, tyr la berkebun... =)




akhir kalam, perkongsian ini mungkin agak "bosan", lebih2 lagi buat mereka yg memang tak minat bermain tanah ni. bukan ape, aku kurang mahir mengulas sesuatu perkara, tanpa mengambil "contoh-contoh" dari kehidupan mcm ni.... "aku bukan jenis yg pandai berformal sgt...."..hmm..diharap entry kali ini dpt sedikit sebanayk memberi manfaat kpd sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian.. saranan terakhirku..."cubalah aktiviti ini, tak rugi pon kalau mencube...."...semoga menemui "manfaat" walau sedikit sepanjang buat "aktiviti" ni....

wallahua'lam..





                          http://www.scribd.com/doc/44811826/Pekerjaan-Bercucuk-Tanam

Saturday, April 2, 2011

:: dah petang!! ::

1 april 2011. hari sudah petang. cuaca di luar masih mendung, gelap, hujan dah berhenti kejap. kecewa juga hati ni bila td, tibe2 aje hujan. sepanjang hari ini, dari pagi, cuaca panas molek..eheh, " ku sangka panas sepanjang hari, rupanya hujan di sebelah petang.."..habis terbantut segala perancangan yg telah disusun..sejak seminggu lalu, mukim Kerteh ini rancak beno dilanda hujan, lebat. 29 mac lalu, kerteh dilanda banjir kilat...hujan lebat yg berterusan tanpa henti sejak petang hingga ke malam, akibatnya, tempat2 rendah dinaiki air. Alhamdulillah, rumah kami hanya terkena sedikit tempias dari musibah bencana tu. air tak sempat masuk rumah, hanya selipar, kasut serta bola-bola shj yg hanyut dibawa air. alhamdulillah, semua bende tu berjaya dikutip balik slps dijumpai tersekat di pintu pagar rumah..tak hanyut jauh..


- SRI AL-AMIN kerteh, sekitar kaw. rumahku


pagi tu, beberapa buah sekolah sekitar kerteh ditutup. tenggelam. kalau ade pun sekolah bukak, suasana lengang. ramai pelajar yg terkandas di rumah masing2, sama ada rumah mereka ditenggelam air, atau jalan yg tenggelam..putus jalan perhubungan. bayangkan, kasut sekolah pun ntah ke mana hanyut..ditambah pula dgn huru-haranya hendak menyelamatkan barang-barang dari basah rosak dan hanyut. ramai yg beranggapan bencana kali ini yg paling teruk pernah melanda Kerteh. sebabnya, ramai yg tak menyangka, kawasan2 yg sebelum ni tak pernah tenggelam pon, (almaklumlah, kawasan bandar), jadi "kolam" jugak hari tu. betapa di situ dapat kita lihat, tiada apa yg mustahil dengan kuasa Allah. Musibah dan bencana sebagai ujian kepada kita, agar kita berbalik kembali kepada Allah. Dalam menghadapi ujian dan musibah ini, manusia boleh dibahagikan kpd 4 kelompok berdasarkan reaksi mereka.

1- MARAH
2- SABAR
3- REDHA
   4- SYUKUR


Firman Allah S.W.T, " Dan di antara manusia, ada org yang menyembah Allah dengan berada di berada di tepi, maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa sesuatu bencana, berbaliklah ia ke belakang. rugilah ia di dunia dan di akhirat. yang demikian itu adalah kerugian yg nyata..."
                                                                                                                                     [ Al-Hajj :11 ]



berbalik kepada 1 April 2011. bukan nak berbicara tentang "april fool". hanya coretan harian..ptg tu, kami 4 beradik duk main tembak2 pistol air di luar rumah. Mula-mulanya, idea si afiq, yg mengajak Hanisah main,..tp aku tgk, mcm tak brape seronok je diorang "main". jd, terus p carik pistol air dlm rumah, dan join skali untuk tambah "perencah" petang tu...aku team-up ngn hanisah, pakat tembak si afiq. puas hati nyakat dia...basah kuyup budak tu..haha. malangnya, tibe2 lepas tu, mereka berdua berpakat "membuli" aku pulak...hampeh. tpnye, seronok, sbb dah lame adrenalin tak rushing sebegini...I felt GREAT!!...tambah-tambah lagi, main tu dalam hujan renyai-renyai...heh.



- pakai "booster", tak aci, tembakan lagi kuat!!









- aku pnye 'canggih' sket. ni baru betul "pistol" air.......


note:- pembaziran air tidak berlaku (berlaku je, kurang la kot), kami pakai air hujan yg ditadah...
       - kepada Along, aku nak sgt tembak si Bug (kucing), tp die takde...haha, nasib dia baik kali ni..









Thursday, March 24, 2011

.: MAHU atau PERLU :.

" Aku minta pada Allah setangkai bunga segar......baunya yang wangi, rupanya yang cantik, buatku gembira, orang di sekitarku bahagia...alangkah indahnya hidup macam tu....  "






" DIA berikanku kaktus berduri......tajam, melukakan...hinggakan orang di sekitarku mencemuhku. 'hish, menyusahkan' , kata mereka...aku malu, diinjak-injak rasa diri ni... "




" Aku minta kupu-kupu..dpt temankan aku, jadi penghibur hatiku setiap masa, tenang melihatnya, rupanya menawan, warna-warni...suka2..."




" DIA berikanku ulat bulu...merah-merah tanganku, gatal kot, sakit aku, tergaru-garu,...menyusahkan, leceh..arrghh, aku benci..!!"







" Aku sedih dan kecewa....rasa terluka, rasa tertekan, hilang semangat..semua yg kuMAHUkan, tak tertunai. hampa, kecewa..aku malu. kawan2 ku, nmpak sepertinya semua yg mereka idamkan, mereka dapat. mereka nk berjaya dlm pelajaran, Allah tunaikan hajat tu. mereka berjaya. mak ayah semua gembira, senyum hingga ke telinga..bangga dgn anak mereka...aku?? hanya lihat dari jauh. perit rasa hati ni. bagaimana mahuku hadapi mak ayahku? semestinya mereka kecewa, sedih dgn diriku..tak sanggup rasa... Apa ini ya ALLAH? mengapa semua ni terjadi padaku?? hidupku sekarang nampak macam semua tak menjadi...aku rasa seperti mahu putus asa.........ALLAH...",





" Namun kemudian, kaktus telah cantik berbunga, dan ulat bulu telah bertukar menjadi kupu-kupu...aku terkejut, terkedu. tak ku sangka. rupanya begitu...aku telah silap. aku sangka buruk padaMU ya ALLAH....astaghfirullah.."







 "Rupanya, itulah jalan Mu ya ALLAH, indah pada masanya..mungkin aku tak diberi apa yang aku MAHUkan, tapi ALLAH beriku apa yang aku PERLUkan..."


" Walau kadang sedih, kecewa, terluka dan tertekan,...tapi jauh di atas segalanya, DIA telah mengaturkan yang TERBAIK dalam kehidupan ku....yakinilah segala aturanNYA buat diri..."



**************
- diadaptasi dari mesej2 forward. terima mesej tu bertepatan saat diri diserang down. syukran kepada sender.. waktu tu, hati dah mula menaruh syak padaMu,...fikiran bercelaru, buntu...tersentak diri sejurus habis membacanya...aku telah salah sangka...lagi teruk, aku salah sangka pada ALLAH..


sama2 kita fikirkan....wallahua'lam.

Monday, March 21, 2011

:: mEmaNcing itU untUK sEr0nok ::


baru berpeluang nk finish and publish posting ni, dah lame duk jd draft, tak sempat nk post. baru-baru ni, kami sekeluarga p memancing, or kalu org ganu, we call it ' gi ngail '....idea asalnya nk pegi PD, ats tiket percutian keluarga. kononnya, kami akn sewa chalet, pastu naik bot p memancing ramai2...seronok jugak bile denga planning asalnya. lepas ayah dah survey2 di internet, carik tempat nk menginap. aku pon ade tanye sahabat aku, si syamira atiqah kalau2 dia tahu mane2 spot best nk beraktiviti ni. ye lah, dia dan geng2 MRC KC lain baru aje balik dari trip percutian mereka ke PD, mane la tau diorang tahu mane2 spot sedap ni kan. malangnya...akhir sekali, plan nk ke PD dibatalkan. sebabnye, aku pon baru teringat, kat PD kawasan berpantai..ade ke tasik2 gtu?? lagipon, lps survey, nmpak mcm bnyk telan kos kalu nk g bercuti ke PD ni. jd, konklusi ayah aku buat, kami p memancing dekat sungai berdekatan rumah ni je...Sg. Mak Ika...walaupon dekat dgn rumah je, dlm 2-3 km jaraknye, kami tak penah pon p mengail situ. sbbnye, sungai tu bukan spot rekreasi keluarga pon..tak ramai pon org ke situ..


pagi hari yg dirancang, lepas dah brekfast semua, aku memulakan tugasku. "tugas" yg memang seingat aku takde org lain dah dlm keluarga kami yg selalunye buat..memang biasa2 nya, aku yg kene. ayah aku mungkin selalu jugak buat di mase2 mudanya...tugasnya...MENCARI CACING untuk dijadikan umpan..kali ni aku ade helper, adik aku, si afiq. excited dia bile dgr aku ajak p carik cacing same2 kat belakang rumah. kami kumpul segala alat nk menggali tanah,..cangkul kecik dsb, dan terus menuju ke "area" sasaran. biasa2 nye, cacing ni suke duk tempat lembap2 gtu. memandangkan hari tu agak panas, untuk memudahkan kerje2 menggali, aku p siram dulu "area2" target tu. kasi tanah lembut sket. adik aku tanye.."angah, knape siram tanah tu??"..spontan aku jawab,.." takde la, saje..sbb bile siram tanah tu, air masuk dlm tanah. jd, cacing2 kat dlm tu, diorang takot lemas, diorang 'berenang' la naik ats. nnti senang la kite nk carik.."..ntah mane aku blaja ilmu tu, teori sendiri..kesian afiq, terima ajaran sesat aku.



"area" target pertama kami ialah tanah kat tempat base bakar2 sampah. kan bnyk bahan reput situ, bnyk la cacingnye kot...hehe. gali..gali..gali...tu dia!! jumpe cacing pertama, a fat long juicy worm. serius memang besar cacing tu. mungkin sbb ia terima bnyk nutrient hasil dari bahan2 reput yg dibakar...tp, stendet cacing malaysia la..xde besar mane...ok. mangsa pertama ditangkap. masuk dlm bekas. proses menggali diteruskan..2, 3, 4,.....fuh, bnyk jugak rezeki aku pagi tu. berpenat lelah di bawah cahaya matahari pagi yg terik..adik aku sibuk bagitau aku yg cacing2 dlm bekas tu nk panjat kluaq...hape la...





lps tu, sambung menggali di spot same. malangnye, dah tak ketemu cacing lain. Mungkin ade 'cacing informer' yg membocorkan tentang kerje2 menggali aku. mungkin semua cacing dah pakat menyorok blake...haih. jd, aku ambik keputusan untuk p gali kat spot lain. "area" strategik kedua ialah area bawah pokok tin (pokok jambu ara)..pokok ni bnyk berbuah, tp buahnya kurangmanis. jd, kebiasaannya, kalau tak dimakan burung atau monyet2 nakal yg selalu dtg tu, buah2 tersebut akan kembali jd baja kepada pokok tu. hmm..mesti bnyk nutrient kan..jd, bnyk la cacing...memang murah rezeki la waktu tu, tak sampai seminit menggali, dah jumpe cacing pertama...tp, cacing pokok tin ni tak la sebesar cacing tempat bakar sampah..kurus sikit..heheh. proses cari gali diteruskan sehingga cukup kuota yg aku nk. 10 ekor cacing...ok la tu..operasi mencari cacing tamat..-


petang tu, lepas asar, kami bergerak ke lokasi memancing tersebut. kene parking kat luar, then, jln masuk ke dalam hutan2 sket...kemudian, baru berjumpe sungainya...Subhanallah...cantik. takde la cantik mcm kat tasik kenyir tu, tp, masih,...indah. ditambah lagi dgn cahaya matahari petang yg mendamaikan..asalnya, rancang nak pegi sekeluarga. last2, ayah aku tak bagi si adik bongsuku ikut same. alasannya, bimbang adikku 'dimakan' nyamuk2 hutan yg ganas...heh. jd, kami berlima shj yg pergi. papaku, mamaku, adik lelakiku azim dan afiq, serta aku...joran bawak sorang satu kot...haha. konon, action je..



kami carik spot strategik sikit, then, cepat2 set up kan semua joran. pasang kail, pelampung (buoyant), letak timah pemberat,....dan akhir sekali, umpan...sekali lagi, aku disuruh untuk pasang umpan. cacing tu la. aku, pegang cacing boleh. tp, kalau nk cucuk depa kat mata kail....ish..naik ngeri sikit. aku kene pasang umpan untuk joran mama, 5 minit jugak nk ke boleh selesai...eeii..kesian kat depa, sakit kot kene cucuk2 gtu..aku pasang dlm 2-3 umpan camtu. nk pasang yg ke-4 tu, tekak tibe2 naik loya. nak muntah..terus aku campak...biar ayah aku je yg buat..hehe, expert kan..kerje aku, tolong campak joran untuk si afiq. lepas dah campak, lock, pastu bagi dia pegang. action la konon dia tgh memancing nih...haha.



si afiq kerje marah aku je. sbb campak tak jauh la,..dia marah aku sbb tarik tali tegang sgt la...mcm2..nyampah jugak aku, bayangkan, dia suruh aku baling umpan tu jauh2, biar landing kat tempat teduh..." afiq penah bace dlm buku tu, dia kate ikan ni suke tempat teduh. jd baling la kat situ. mesti dpt ikan." banyak cantik, ingt aku handalan sgt ke bab2 mengail ni??....tp, layan je la budak kecik ni...


mungkin dah bnyk rezeki menangkap cacing td, kurang pulak rezeki menangkap ikan. dah hampir sejam kami di situ. barang seko ikan pon tak dapat..aku boring sgt, saje main2 dgn ikan2 guppy yg duk bermain di tepi2 tebing sungai..aku turunkan umpan cacing yg dah kembang tu, bagi diorang makan...seronok jugak tgk..at least ade kelibat ikan..haha. papa ngan azim dah pegi carik spot jauh2. aku, mama ngan afiq, ingt nk p sane jugak la sbb keboringan tak dpt ikan. mulenye, kami nk tinggal je joran ngan kotak alatan memancing tu kat situ. tp, rase tak sedap hati, jd kami bawak la bersama joran2 aje. kotak tu tinggal,....sangkaan kami, xde org kot nk ambik..kawasan tu sunyi, takde org lain pon...kami balik semula, botol air bergolek terbalik.. terperasan la satu bnde hilang. segulung tali tangsi yg ayahku beli sewaktu dia menuntut di US time2 zaman blaja dulu..hmm..mmg dasyat manusia ni eh...sempat lg kebas brg org..


jam dah menunjukkan pkol 6.45pm. hari dah lewat. kami dah pakat2 nk balik. kecewa jugak tak dpt seko ikan pon, tp, SERONOK tu dpt. mak aku kate.." kalau memancing nak dapat ikan, baik pegi pasar ikan je, beli...memancing sbb nak keseronokkan..."..bagi afiq yg merupakan first time dia p memancing ni, excited plak tu, punye la sedih dia, sbb tak dpt ikan. otw balik, bergenang air mate...kecewa agaknye..haha. merajuk kejap..haih..mcm2. ayah aku ckp, mungkin umpan tak sesuai,..ataupon, spot tak strategik...itu sebab tak dpt ikan...papepon, yg penting, seronok dan perasaan mahabbah dlm keluarga tu, dapat..


Monday, March 7, 2011

"Undescribable"

" Don't think that you are small, not suited for that kind of responsibilities or not enough courages to finish it... All is well if you have positive minded and optimist with your strength and capabilities.. All you must do is do it with your heartfullness. put your soul into it.
and whateva I said here, are also for myself.. which sumtimes I do get down and pesimist..but I pray a lot and do what I could.. then, my spirit n enthuasism and optimism come inside slowly with Allah permission...by then, say Alhamdulillah and do Sujud Syukur always.."


ini petikan nasihat seorang senior kpd aku....thanx akak..

- percikan, semangat yg membuak. asal: air yg tenang



telah melalui 7 extremely awesome crazy days....a whole exciting week...tak tersangka diri ini mampu bertahan...bermacam-macam dugaan dan pengalaman hidup dilalui....tarbiyah hidup..sahabat aku selalu pesan  " mcm mane kite nk mentarbiyah org kalau diri sendiri tak bersedia ditarbiyah...."..sepanjang seminggu merelakan diri ditarbiyah..seribu satu kesimpulan yg dpt aku berikan....ade yg sampai tak boleh nk describe dgn kate2. begitu dasyatnya kuasa tarbiyah. PENGALAMAN ditarbiyah itulah yg mengajar diri, meng influence tindakan-tindakan dan pemikiran kita di masa2 akan datang...mudah katenye, aku rasakan diriku sudah tak sama spt dulu....lain..harapnye, insyaALLAH, lain itu dari sudut positive, bukan negative....


daripada seribu satu input yg aku peroleh, mungkin hanya boleh aku kongsikan hanya secedok di alam maya ini...selebihnya, ku rase hanya dpt kalian semua, rasainya sendiri....LAIN, antara dgr dari seseorang dengan merasainya sendiri....




impak yg paling besar yg aku peroleh ialah tentang self confidence...walaupon tak mengubah diri secara dramatik, bagiku, sudah cukup dengan tercetusnya kesedaran..selepas 'membengakkan' mata berkenaan dgn hal ini, dan setelah mendapat hamburan kata2 semangat dari sahabat2...insyaALLAH, ku bersedia kini. sampaikan ade yg kata mata aku dah jadik mcm "mata ikan"..haha. terima kasih yeh semua. sungguh, mmg segan gile. tak pasal2. kepada sahabat2 ku yg aneh dan terkejut melihatku pada waktu tu, sorry la eh..nk explain pon tak reti..syamira, kak yuni, kak shahira...dan ramai lagi..i'm alright.. papepon, the thing that we can reflect here is that, apabila diberi satu2 tanggungjawab...YAKIN pada diri. JANGAN fikir yg kita ni tak layak, tak mampu, JANGAN fikir yg kita ni kerdil ajeh.. taqdir ALLAH sudah putuskan untuk kita end up in that place..ade sebabnya. PERANCANGAN ALLAH adalah yg terbaik. jadi, knape perlu ragu2 pada Allah??....tugas kita ialah terima dengan penuh rasa amanah, bersyukur....ber'azam untuk berikan yg terbaik..to give our best shot for ISLAM...muntahkan segala kepakaran, kekuatan, kemahiran yg kta ade untuk kemaslahatan ummah... walaupon, kadang2 diri ni ade jugak terfikir, knape aku?? rase mcm ade ramai lagi sahabat2 yg lebih layak dariku. sahabatku ade yg lebih pandai bercakap di hadapan dari aku, ade yg lebih mantap kepimpinannya dr aku, ade yg lebih ber'ilmu dariku.jd, knape aku?..buat masa ni, ape yg mampu aku lakukan bile diterjah fikiran sebegini....YAKINI PERCATURAN ALLAH....sahabat2 lain, ingt, yakini percaturan ALLAH dlm apa jua hal....






- kata mcm mate garfield ok gak,...mate ikan??? ish2...haha


poin kedua yg perlu rase untuk dikongsikn bersama di sini ialah, jgn cepat kita menilai dan judge seseorang itu. kite baru kenal dia 2-3 hari, layakkah kita nk judge dia mcm2?? ape yg aku dpt lihat, there's a reason why a person is like who he or she is now...adakah kita betol2 kenal sahabat kita tuh? tahu keadaan family mereka, tau likes and dislikes mereka, tau masalah peribadi mereka?? bile kita buat sesuatu bersama-sama, kelemahan orang itulah yg kita nmpak dulu, walaupon terserlah kelebihan dan keistimewaan sahabat tu, kta tetap nmpak keburukannya lebih jelas....di sinilah perlunya untuk kita belajar berfikiran P0SITIVE...walaupon dlm keadaan 99% of what we are seeing are all negative, find the 1% positive thing that we can take...dlm erti kata lain,....bersangka baiklah...husnu zon...kenali betul2 dahulu sahabat kita, selami diri dan jiwa mereka. usaha untuk faham betol2 sahabat kita....kate nk berjuang bersama-sama, tp kalau tak kenal sahabat di sisi, bagaimana mahu menang?? bile dah saling kenal, tugas bersama untuk backup each other. bile sorang rase down, ade problem, lemah semangat,...sahabat lain bantu. jd booster penaik semangat...kalaupon ade sahabat yg jenis susah hndak didekati, tak main dipujuk dan di slow talk nih, sebenanye, bagi mereka sudah cukup dgn mengetahui bahawa sahabat2nya take care akn dirinya....( bercakap ats pengalaman diri sendiri..)..ini realiti...dan sebagai seorang sahabat pulak, jgn pula kita jd org yg hendak menerima shj...jadilah juga sahabat yg memberi....jgn kita nk org support kita aje, kita takde pulak support sahabat kita tu...mudahnya, kita mesti seiring memberi dan menerima...

cukup dulu sampai sini coretan aku...to be continued...






Tuesday, February 15, 2011

-recent events-

1st event : 

malam Anual Grand Dinner (AGD) MEDCY CFS IIUM PJ 20101/2011....
-sempat pegi kejap ajeh, masuk dah lambat sejam lebih, keluar plak awal hampir sejam....tp, ok la tuh. sekurang-kurangnye sempat mkn satu hidangan...xde la rse burn camtu aje duit...rm25 kot...

--just photos---











2nd event :

- Mahallah Millenium Games (MEGA) clossing ceremony...participated in the badminton tournament. team kami dpt 1st place. hadiah berupa hamper, medal, wang tunai rm120, dan piala pusingan... berbalik modal, pendftaran rm70. our team name- The Champions...naseb baik jd champion sungguh...kalu tak, wak malu ajeh. credit to kak fiqah (MRC member) yg berpenat lelah menguruskan tournament ni bersama rakan2 MRC lain. dengar cite mcm bnyk dugaan sepanjang handle bnde alah ni...hehe, bese la tu...tarbiyah...haha.

--just photos--




-gamba org takde la pulak...kalau ade pon, x letak kot....heheh..

that's all..