" TRUST in Allah wont make the mountains smaller but make CLIMBING easier. DO NOT ask Allah for a lighter load, but ask Allah for a STRONGER BACK..."
Showing posts with label my thoughts. Show all posts
Showing posts with label my thoughts. Show all posts

Sunday, January 27, 2019

KENAPA KITA DOUBLE STANDARD?


Seminggu dua ni, kerap ke OT. Observe surgery. Tapi belum sempat untuk minta nurse atau doktor tolong ajarkan cara scrub and gowning. Kalau tak, lama dah boleh tolong assist doktor. Selagi masih belum tahu cara scrub/gowning mengikut step dan guideline sebenar, selagi tu tak akan dapat buat. Berani kau, nak cuba buat sendiri tanpa ilmu sohih. Kalau terjadi complication infection atau apa-apa, nyawa pesakit tu yang "on the line". An action must be done based on knowledge or al-'ilm.
Jadi, celah mana pula double standard nya?
Kita apabila tidak mampu ajak org kepada kebaikan, cegah dari buat buruk,. itu sudah satu hal. Tapikan, bila juga sudah rasa benda mungkar/dosa tu normal... dan benda kebaikan itu untuk budak-budak skema, lapuk dan tak sesuai apply zaman millenia ni. Bila rasa pendapat kita lebih applicable, atau kita katakan "kita semua dah besar, pandai-pandai lah jaga nanti". Itu satu hal lagi besar.
Allah perintah kita wajib solat, puasa. Kita taat, kita terima, kita ikut. Sedangkan benda-benda dunia seperti perubatan ni pun kita cermat cuba abide ikut protokol dan guideline. Contoh: dah siap scrub nak masuk surgery, tapi tiba-tiba pula tangan tersentuh pintu OT. Kita taat dengan protokol hospital, perlu pergi scrub semula. Baru boleh sarung gown. Padahal bukan confirm pun patient boleh dapat infection disebabkan kita tersentuh pintu 2 saat tu. Kuman pun masih rehat-rehat, belum sempat lompat ke tangan kita. Tapi, kita akur protokol hospital, tempat kita kerja. Tidak, kena buang kerja nanti kita. Walaupun rasa menyusahkan. Kita faham, itu prophylactic steps. Langkah berjaga-jaga.
Inikan pula guideline dari Pencipta kita, yg kita harap nak masuk dan kekal dalam syurgaNya nanti kelak. Selamanya. Kenapa kita "double-standard" bila bab perintah Allah untuk tundukkan pandangan, jaga aurat, jaga pergaulan, jangan couple. Begitu tak boleh, begini boleh.. Kita abai guideline Dia. Kita tak mahu terima ilmu yang sahih, dari "orang" yang sepatutnya.
Runsing fikir. Kenapa bila tiba bab aurat, ikhtilat, bab hukum-hakam yang bertujuan menjaga kehormatan dan kemuliaan wanita mahupun lelaki.. kita rasa pendapat kita lebih valid?


Thursday, October 27, 2016

"Kita tak pernah ada hak untuk hidup BEBAS.."

"Freedom of speech"

Pertama kali aku dengar frasa ni,..aku fahaminya secara zahir. "Kebebasan untuk menyatakan sesuatu".. Waktu itu, bayangan minda aku sempit. Aku hanya mampu menterjemah frasa di atas dengan bayangan seorang pemuda, berdiri di khalayak ramai..dan berkata-kata, mengeluarkan suara tentang sesuatu yang dia mahu untuk orang ramai ketahui. Dan orang ramai mendengar. Mungkin di dalam fikiran setiap orang yang mendengar, ada yang bersetuju, ada yang membangkang. Namun, secara realitinya, tiada yang berhak pergi ke hadapan dan menakup mulut pemuda tadi, mengahalangnya dari terus bercakap,. Tiada yang berhak bangun dan menyuruh pemuda tadi agar berhenti bercakap. Tiada yang berhak keluarkan pistol dan tembak sahaja pemuda itu. Kerana kita semua punyai hak untuk bersuara..kita semua punyai hak untuk menyatakan menyatakan pendapat dan pendirian kita, kita ada hak untuk menghurai idea dan buah fikiran kita kepada orang..dan kita ada hak untuk terus berkata-kata..lantas menyemai fahaman dan idea kita di benak minda orang lain pula. Kita bebas. Itu hak kita.

and me... I could'nt agree more..

Waktu kemuncak bagi seorang manusia, usia muda. Darah panas, mudah benar nak gelegak..easy to be triggered, easy to be excited. Full of adrenaline.
Percayalah..ada sebab kenapa orang-orang tua selalu nasihat,

"Orang muda..memang semangat. Tapi jangan sekali-kali semangat tu semangat kosong. Semangat atau hammasah ni..kena ada acuan, kena ada landasan. Dan landasan itu tak lain tak bukan..ilmu.
Dan sebaik-baik ilmu..adalah ilmu yang sahih, benar dan diredhai Allah.."

Teringat sewaktu menuntut di ipta dahulu. Waktu itu sekitar tahun 2012. Laungan "Freedom of Speech", "Academic freedom" dan "Freedom of Intellectual" sakan menghambat kampus-kampus IPT di seluruh Malaysia. Orang muda, budak-budak universiti.. AUKU waktu tu bagi kebanyakan mereka seperti gari reput berkarat. It was a threat,..but not something worth to make you worry to stop what you are doing.
Kalau dibuka cerita-cerita tentang "kebebasan bersuara" di dunia kampus IPT Malaysia..banyak kisahnya.

Antara yang menarik, siapa masih ingat insiden bendera Najib diturunkan mahasiswa? Gambar pimpinan negara dikapankan dan dibatu nisankan?

Tidak dinafikan, ada beberapa perkara seperti kebebasan intelektualisme dan akademik, yang sememangnya perlu untuk diperjuangkan semula. Sudah terlampau lama mahasiswa dibisukan, dipekakkan. Universiti jadi seakan kilang. Para mahasiswa mahasiswi IPT Malaysia sudah tentu sedia maklum tentang iklim pada waktu itu. Maka, terjadilah siri-siri kebangkitan mahasiswa, memperjuangkan aset yang telah dipijak.

Tapi..sememangnya..seakan ada sesuatu yang kurang kena.
As the time goes by..pemahaman aku berubah dari satu fasa, kepada satu fasa. Muncul pula "Media Freedom".."Human Rights".."Freedom of Expression".."Freedom of Choice".."Freedom of Sexuality"...
Hidup manusia semuanya mahu bebas..semua mahu diberi hak untuk bebas. Dahsyat dunia.

Lihat sahaja pd "Freedom of Expression".
..kata-kata, tulisan, tindakan..malah apa sahaja yang mampu diterjemah atau diekspresikan kepada orang ramai, berhak untuk bebas,..tidak dibelenggu.
Geng Punk, Skin Head,..LGBT's..they all want their freedom to be who they want to be.
Sungguh..satu malapetaka besar buat manusia.

How you express yourself is the way how you live your life.

Kita selaku manusia, diberi akal..dan lebih baik Alhamdulillah apabila diberi Iman, diberi Islam. Kita selaku manusia..tidak pernah ada istilah BEBAS. Selagi mana masih ada Iman di hati, kita semua punyai limitasi, kita semua punyai garisan yang kita tidak boleh sesekali langkah atau langgar.

Everything moves freely, but never beyond the lines of ALLAH.
He's our creator, only He knew the how far the lines should go to provide the best for His creations.

Then, alhamdulillah I finally understood.
In this wordly life, there is no such thing as true freedom.
True freedom is in the Hereafter.

Friday, October 14, 2016

"Orang kata baik tak payah baca buku INDIE.."

Alhamdulillah, balik Malaysia ni..antara perasaan paling 'heaven' ialah bila mana inilah peluangnya untuk aku bertapa, menghabiskan beberapa jam di kedai-kedai buku. Bukan borong banyak pun buku..kadang hanya beli sebutir dua. Hanya sekadar cukup syarat..'lalukan tangan, angkat dan belek setiap buku di kedai tu'..Konon-konon macam fast reading la..scanning.

Zaman dah berubah. Sekarang zaman "freedom of speech". Sesiapa sahaja boleh menulis. Express our  thoughts, express what we feel, what we think..tell the world our story.
Kemudian, ditambah lagi dengan pertumbuhan syarikat-syarikat publisher buku-buku indie yang seakan "nyamuk muncul setibanya waktu senja"..bertambah mudah proses itu.

Anyone can write about anything..dan amat mudah untuk publish hasil tulisan kau. Kalau dulu sewaktu di alam persekolahan, kita semua familiar dengan projek buku NILAM. Nadi ILmu Amalan Membaca. Buku kuning. Di dalamnya, terdapat pilihan untuk kita nyatakan genre buku yang kita baca itu, fiksyen atau bukan fiksyen..Walaupun tidak pernah sekalipun diberi penerangan yang jelas tentang maksud sebenar 'Fiksyen dan Bukan Fiksyen'..kami dapat faham dan bezakan antara keduanya. 2 kategori buku.

Satu kategori lagi yang aku tahu, kategori komik/buku bergambar. Pernah jugak tertanya, kenapa genre ini cikgu tidak masukkan sebagai pilihan dalam buku NILAM kami..hehe.

Fenomena buku indie yang sedang trending sekarang, tidaklah sepenuhnya aku katakan ia suatu fenomena yang tidak bagus. Bagus sebenarnya, dalam banyak sudut. Mencungkil bakat menulis, menjadi medium yg "easy but powerfull" untuk menyampaikan sesuatu fahaman/buah fikiran kepada orang ramai, target dan capaian pembaca yg lebih besar...

dan, advantage paling besar yang aku nampak,..dapat berkomuniskasi dan menyampaikan sesuatu ilmu/fahaman/buah fikiran dgn lebih efisyen. Buku indie berjaya bercakap dalam bahasa masyarakat semasa. Tak dapat dinafikan, peminat buku-buku indie kebanyakannya masyarakat Gen Y..Gen Z..
Golongan tua dan orang lama sedikit tidak senang dengan buku indie. Begitu juga golongan pencinta bahasa Melayu..guru-guru BM, para sasterawan..
Mereka stress..katanya buku-buku begitu merosakkan bahasa.

Aku sendiri pun kadang-kadang stress. Ada yg aku rasa "unacceptable" untuk jadi tajuk buku..baru tengok tajuk, belum lagi belek isinya.
Tajuk sahaja dah teramat rojak dan pasar bahasanya. Malahan, lebih menyedihkan..ada yang LUCAH!!







Tidak dinafikan..buku-buku indie, sekalipun mendapat tentangan golongan pencinta bahasa..ia ada kuasa dan kelebihannya yang tersendiri. Benar, mesej suatu elemen yang penting untuk kita katakan penulisan itu suatu penulisan yang baik. Tetapi, MESEJ bukanlah segala-galanya.


Lihat juga dengan apa MESEJ itu disulam?..
Lihat semula, atas laluan mana yang dipilih untuk MESEJ tu sampai kpd kita?

LUCAH, FITNAH, BOHONG, MEMBUKA AIB, MELAGA-LAGAKAN ORANG..?


Biasa kita dengar, "Don't judge a book by it's cover"...
There might be some truth in it.. I mean,..literally, when we speak about judging books.



Ironi juga, bilamana kita letak buku INDIE v.s buku KOMSAS yang diluluskan sendiri oleh KPM. Siapa masih ingat kontroversi Novel KOMSAS Tingkatan 2 (Novel Pantai Kasih) yang dikatakan mengandungi unsur lucah dan inappropiate?



Aku tiada masalah dengan buku INDIE..sungguh. Malah, siap dah pasang impian untuk terbitkan hasil-hasil penulisanku suatu hari nanti. Medium paling berpotensi,..tidak lain syarikat- syarikat penerbit buku INDIE juga. Papa Mama dah beberapa kali ulang.. "Angah pun boleh jugak buat buku,.tulislah."






Dubook..Kata-Pilar..Lejen Press..Fixi...Dewan Bahasa Pustaka (DBP)...PTS..Kemilau Publika..Galeri Ilmu..Telaga Biru...banyak lagi...tak tertulis..Besar amanah menjadi syarikat untuk publish bahan-bahan penulisan ni. Setiap penulisan itu ilmu.


Kepada syarikat-syarikat penerbit,..kepada para penulis, yg tegar atau yang baru hendak berjinak..
kepada para pembaca yang sentiasa dahaga mencari bahan untuk dibaca..
Jangan pernah pisahkan akhlak Islam dengan kalian dan apa yang kalian buat.

"Don't ever leave ISLAM aside in whatever we do in life.."

To: Dear me..

Sunday, August 7, 2016

"Sebagaimana Kita mahu Allah Tidak Berputus Asa Dengan Kita"

Mungkin ini penyakit yang melanda golongan pemuda sekarang.

Ya, kita semua.


Kita rasa kitalah yang selalu kena berkorban, paling banyak kena bersabar dengan orang sekeliling kita. Kitalah mangsa.

Tapi pernah tak kita cuba turunkan ego, muhasabah dan sedari semula. Berapa banyak orang lain terpaksa bersabar dengan karenah dan perangai kita.
Berapa banyak karenah kita yg menyusahkan kawan- kawan, keluarga dan orang sekeliling kita.
'Diri' kita yg berfikir dan bertindak ikut emosi in stead of ikut iman dan pertimbangan akal yg waras. Berapa banyak 'diri' kita tu menjatuhkan air mata orang lain, melelahkan orang sekeliling, mencalar imej Islam yg kita bawa ..dan paling kita takuti, melambatkan Islam sampai ke hati- hati manusia yg masih dalam kegelapan jahiliyyah.



Walaupun hanya satu detik kita kalah dgn 'diri' kita itu sendiri..
Kesannya..


Semua kita buat silap macam- macam, semua kita ada fasa bahagia sengsaranya hidup, semua kita imannya sekejap naik, sekejap turun. Semua kita ada ujian dan nikmat tersendiri.

Tapi semua kita ada peluang yg sama. Peluang untuk baiki diri menjadi seorang yg lebih baik. Setiap detik peluang tu ada tersedia.. selagi nyawa masih belum tinggalkan kita.
Growth game dan laluan setiap org berbeza- beza. Ada yang relapse sampai beratus kali, ada yang mampu istiqamah berubah dalam masa yang singkat. Ada yg saban hari mencuba, relapse.. ok.. relapse.. ok... hinggalah sampai ajal kepadanya.






Kita semua melaluinya. Ada masa kita dituding, ada masa kita yang menuding.

Dan paling penting perlu disemat di hati.. Jika kita rasa kitalah yang paling banyak bersabar dengan orang lain, Allah lagi banyak bersabar dengan kita dan dosa- dosa kita.




Namun jangan sekadar pandai menuding.
Don't be judgemental, don't easily give up on others.. instead, try our best to understand and lend a helping hand. And most importantly, never underestimate the power of doa.


Sebagaimana kita mahu Allah tidak berputus asa dengan kita..begitulah kita perlu cuba apabila bersikap dengan diri kita dan orang lain.


اللهم ارزقنا الإستقامة

Sunday, July 10, 2016

" Just when you think you're going nuts, Don't wait."

When I started to lose myself to me, that's when I seek for help. You see, when I go "nuts", the people around me are like the "cage" that kept me bounded.
I submissively let myself in to be locked.




And thank Allah, He surrounds me with "cages" that are built from the most hard core material ever known to exist. Imaan.

Being bounded inside that cage not only kept me from further destroying myself. It kept me from dragging others.


 And although being caged, I am the most lucky prisoner. Cage didn't just only hold me, it guides me how to be "sane" again.
I have a secure place to properly re-evaluate my inner self.



That's why, when you think you're going nuts, never trust yourself. Go and rely on beings that have strong roots to Allah The All Mighty.

Didn't matter how long it will take.

#thinkingaboutlife
#lastpaperexammemangbanyakdugaan
#ENT

Tuesday, June 21, 2016

"Bila Nyamuk Teman Bertadarus Hingga ke Lubang Kerongkong"

Nyamuk.
Musim panas dan nyamuk, ibarat keropok lekor dan orang Terengganu. Tak sah apabila tak dihadirkan bersama. Tak dapat dipisah.
Tapi hadirnya keropok lekor kepada kami dengan membawa rahmat.
Panas-panas, dicelup cicah. Bahagianya. Pekena di waktu petang, sambil menghirup udara masin pantai, ditemani bunyi hempasan ombak.
Tapi nyamuk? Apa rahmatnya?
Dari beberapa sudut, mungkin. Ya.


وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاء وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا بَاطِلًا ذَلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ النَّارِ                                                              

" Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka. " 

(Surah Shad: 27)


Rumah kami di kawasan Salam Sadnawi, Zagazig. Letaknya berhadapan dengan hamparan sawah gandum. Kebiasaannya waktu-waktu penghujung Jun begini, pemandangan ke luar jendela akan bertukar warna. 
Kuning keemasan. Gandum masak. Bunyi irama mereka bergesek sesama sendiri akan sentiasa menghiasi waktu-waktu petang yang berangin. Sungguh tak dinafikan, tenang jiwa.
Macam feeling tengok iklan coco crunch pun ada. Selalu terbayang ada kapal terbang bawa muatan coklat terhempas, maka "pufff!! Jadilah Coco Crunch!".
Tapi tahun ini, entah kenapa tidak muncul-muncul gandum kuningnya. Belum tiba masa mungkin.




Tapi betul lah,.. "we gain some, we lose some". Aku tak arif sangat perkaitan antara sawah dan nyamuk, tapi setelah hampir 4 tahun hidup berhadapan kawasan sawah, automatik dapat kami simpulkan, "there's definitely a positive correlation between them!". Malah dikatakan nyamuk sawah halus-halus..dan bisanya, hanya Allah tahu. Hinggakan  faktor rumah depan sawah dan banyak nyamuk boleh dijadikan hujah bila kami mahu setting bila mahu overnight beramai-ramai untuk study group dan sebagainya. Terseksa kawan, sungguh.

Nak cerita betapa ramainya 'makhluk halus' tersebut berkeliaran di dalam rumah. Kau tengah memasak, boleh tercampak beberapa ekor masuk dalam gulai kari ikan bila kau libas-libas tangan halau nyamuk. Malam, jangan mimpi la dapat study atau tidur dengan tenang kalau tak pakai ubat nyamuk. Bukan setakat berdengung di tepi telinga, sampai ke dalam lubang hidung diorang kacau. Mungkin boleh jadi musim panas ni, kau dapat anemia disebabkan hilang minute amount of blood continuously every second of everyday.

Dan bentuk paling extreme mahu describe, makhluk tersebut boleh sampai end up dalam kerongkong kau di waktu siang bulan Ramadan ni. Kisahnya, seusai solat Zohor, capai Quran untuk bertadarus sebentar di ruang tamu rumah. Tingkap terbuka luas, bahang panas terik di luar terasa hingga ke dalam. Namun, despite cerah dan bahang tersebut, sahabat-sahabat nyamuk tetap ramai yg menemani. Bertadarus bersama. Tibalah pada satu ayat yang agak panjang, surah Al-Anbiya'. Selesai menghabiskan ayat tersebut, semput. Automatik tarik nafas dalam-dalam selajunya. Tiba-tiba tersedak, gatal tekak, terbatuk-batuk. Dalam kepala terfikir, " seriously takkan aku tersedut seko kot??"

Terus menerus aku batuk, kemudian terludahlah seekor. Dah mati, teruk dikerenyuk pharygeal muscles mungkin.
Syahid seekor nyamuk gara-gara sepotong ayat yang agak panjang. Hanya mampu gelakkan diri sendiri. Unbelievable.


Sesi-sesi tadarus sebelah petang dan malamnya, kita belajar dari pengalaman. Scan dahulu visual field. Pastikan tiada yang main berterbangan di hadapan. Karang ada pula mangsa kedua yang syahid bukan disebabkan ubat nyamuk atau ditampar. Mungkin lepas ni kena bagi cadangan kepada group tadarusku untuk kita tadarus dalam kelambu.


#MyRamadanInEgypt
#CeritaRamadanku
#IHRAM1437H

Friday, June 3, 2016

" Seriously.. Hanya ini sahaja yang mampu aku buat? "

Lama tak menulis. Berhabuk. Ayat typical blogger-blogger kurang istiqamah seperti aku. Sememangnya fatrah sebeginilah ruang dan peluang untuk kemaskini tu muncul. Fatrah peperiksaan, fatrah tawakuf. Tak dinafikan, kewujudan blog ini juga merupakan suatu amanah, sepertimana kewujudan acount-acount lain seperti Facebook, Twitter, Instagram..dan sebagainya. Bila sudah ada, ia ada hak untuk diimarahkan dan difungsikan sebaiknya. Jujurnya, agak malang blog "Langkah tercipta" ini, punyai tuan seperti aku. Tapi apakan daya,..aku cuba. Mungkin boleh beralasan dengan menyalahkan medium-medium lain yang lebih mainstream seperti FB dan lain-lain. Tapi apapun, menulis di blog ini ada kelainan dan keistimewaannya tersendiri.
Lebih mudah untuk recall dan dibuka untuk tatapan semula.


Lagipun, memang hadaf utama menulis blog ni..sebagai peringatan untuk diri sendiri pabila tersasar. Acara tahunan mungkin,..Buka dan baca semula..apa kau tulis, bagaimana keadaan kau ketika kau tulis entry tu..dan bagaimana pula keadaan kau sekarang.
Penulisan di blog ini dijadikan sebagai benchmark untuk evaluasi hidup kau.




Musim exam begini, masa senggang sedikit lebih daripada biasa. Makanya, bila otak dah tepu menghadap buku, bila tangan dah lenguh menulis nota dan menjawab soalan..tiba-tiba rasa rajin nak menaip pulak. Dan musim masa senggang beginilah,..musim throwbacks. Jauh kita melayang ke masa-masa silam..waktu zaman persekolahan, waktu zaman kanak-kanak... Setiap dari kita punyai kisah-kisah tersendiri. Pengalaman hiduplah yang membentuk diri kita, menjadi siapa kita sekarang.



Teringat bagaimana aku di zaman sekolah menengah.
5 tahun aku di SMKA Kuala Abang Dungun Terengganu. Allah susun untuk hantar aku ke situ.
Asalnya, selepas sahaja UPSR tamat dan keputusan keluar, alhamdulillah Allah kurnia cemerlang.
Aku sedar akan kepentingan untuk score Akademik dan juga Kokurikulum..seiring, jikalau mahu ditempatkan di sekolah-sekolah bagus. Makanya, kalau cakap aspek balance buku dan Koko, perkara tu pada aku settle seusai UPSR tersebut. Aku yakin, mana aku apply,..aku akan dapat. Antara sekolah-sekolah pilihan utama yang dipilih waktu tu, KOSTAQ (IMTIAZ Dungun sekarang), KOSPINT (IMTIAZ Kuala Terengganu sekarang)..dan beberapa sekolah lain. Harapan tinggi..memang tinggi. 
Bukan main, sudah mind set ketika itu untuk sediakan diri menjalani interview untuk admission ke sekolah-sekolah tersebut.
Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. 




Dengan keputusan UPSR yang cemerlang..ditambah prestasi sepanjang 6 tahun sekolah rendah yang agak memberansangkan, serta tidak kurang dari aspek aktiviti kokurikulum..Tiada barang satu tawaran pun yang sampai ke rumah. Kecewa, memang. Minda seorang budak berumur 12 tahun ketika itu merasakan seperti,

 'takde beza pun aku usaha jadi yang terbaik dalam banyak aspek..akademik, koko, akhlak, agama..tp kawan lain dapat macam-macam tawaran'


Tapi difahami shj,..waktu tersebut merupakan waktu-waktu genting bagi institusi-institusi seperti  KOSTAQ dan KOSPINT...fatrah 'perubahan'. Tiada rezeki aku di situ,. Nak dijadikan cerita, mama papa usaha juga untuk tempatkan aku di sekolah terbaik yang mereka mampu. Atas usaha susah payah mereka, compilekan dokumen-dokumen pencapaian aku, buat permohonan ke SMKAKA. Sementara menunggu, 2 minggu juga aku bersekolah di sekolah harian biasa. Alhamdulillah, jodohku 5 tahun di SMKAKA. Bumi yang mungkin tarbiyah, Quran dan biah Islamnya tidaklah semekar KOSTAQ, KOSPINT, IMTIAZ dan lain-lain..namun, cukup banyak mengajar aku erti hidup.

(IMTIAZ Dungun memang pesaing terdekat kami pun..harap nasib time kami dlu, diorg tak tergolong dalam kategori SMK. Kalau tak, tak mustahil setiap kali Festival Quran daerah..IMTIAZ Dungun akan sapu bersih..haha. Terubatlah juga hati bila dua adik di bawah berjaya tempatkan diri di situ. Saban tahun berulang alik lawat mereka di sekolah tepi pantai tu..)



Sambung kisah. Teringat bagaimana aku di zaman sekolah menengah.
Rutin harian,.jikalau tiada halangan atau aktiviti lain yang diatur pihak sekolah dan asrama,.selepas sahaja selesai solat asar dan bacaan ma'thurat beramai-ramai di surau sekolah, maka nampaklah kelibat aku menuruni laluan berbukit gajah menyusur, turun ke court yang terletak di hujung bucu compound sekolah. Tak tipu, memang terletaknya tepi hutan. Buat apa? 

Katok bola ke dinding..ulang..dan ulang.. Dalam bahasa mudahnya, wall tennis. Pada awalnya, agak payah untuk cari kawan yang minat turun petang main sekali. Tapi aku jenis tak boleh duduk diam, turun juga walaupun sendirian. Dengan menjinjing raket tenis di tangan, aku telusuri bangunan-bangunan bilik darjah dan kelas..hinggalah sampai ke kawasan gelanggang.


court tennis di belakang blok kelas tingkatan 1


Main. Memang puas. Umur belasan remaja begitu, banyak tekanan hidup. Lagi-lagi bila tinggal di asrama. Haha. Lagi kuat raket dilibas, lagi puas.
Selesai main, ada satu habit aku suka buat untuk manfaatkan masa berbaki sementara tunggu waktu dewan makan asrama dibuka. Aku suka berjalan-jalan menyelusuri bangunan-bangunan kelas setiap tingkatan, dari tingkat ke tingkat. Idea asalnya timbul kerana merasakan itulah peluang untuk melihat hiasan, susunan dan suasana bilik darjah pelajar lain. Bila lagi mahu meninjau satu kawasan sekolah, tanpa perlu pakai kad izin keluar kelas..haha.

Dijadikan cerita, satu hari selepas letih bermain, aku panjat ke tingkat 2..meninjau blok kelas pelajar tingkatan 1. Dengan raket di tangan, lagak pakguard buat round. Tiba-tiba terserempak pasangan pelajar senior sedang berjumpa. Dating. Aku dan raketku waktu itu terpana. Tak tahu mahu react bagaimana. Mereka kelihatan terkejut, tapi meneruskan sahaja aktiviti mereka. Mungkin apabila melihat aku yang hanya junior..apalah sangat. Tiada ancaman. Aku berjalan sahaja melepasi mereka...sambil berfikir,

"apa harus aku buat??"


Marah, memang marah. Merah padam muka disebabkan berjemur matahari waktu bermain tadi...makin bertambah merah. Setelah selang jarak beberapa kelas dari mereka, aku berhenti berjalan, Berfikir dalam,..apa harusku buat. Kita tahu shj, tugas kita apabila melihat kemungkaran berlaku..usaha untuk mengubahnya.



مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

"Barangsiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaan), jikalau tidak berkuasa hendaklah dicegah dengan lisannya, jikalau tidak berkuasa juga, hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman."


raket ni dah menyaksikan banyak perkara dalam hidupku


Tapi perasaan takut dan tidak yakin mengatasi ilmu dan apa yang kita tahu pada waktu itu. Aku berlalu sahaja, meninggalkan mereka dengan urusan mereka. Cukuplah sekadar aku membenci dengan hati.
Berlalu pulang, naik ke asrama dan terus ke dewan makan. Pulang dan lupakan.

Tapi pula, bukan sekali itu sahaja, muncul pula kali kedua dan ketiga..perkara sama terjadi apabila aku membuat "rondaan" pada waktu petang bersama raketku. Terserempak lagi, pernah dengan orang yang sama, pernah juga dengan pasangan lain. Meluat dan benci dengan apa yang dilihat.setiap petang apabila aku ingin meronda dari blok ke blok, aku berdoa tidak dipertemukan dengan pasangan-pasangan 'love birds' yang sedang berdating di kelas-kelas. Lebih meluat dan benci dengan diri sendiri kerana tak mampu berbuat apa-apa. Hanya mampu melapor kepada senior-senior sepatutnya.


Setelah beberapa kali terjadi..aku terfikir suatu cara. Setiap kali aku meronda di blok-blok kelas, aku akan sengaja menggeserkan dan menghentakkan kepala raketku ke dinding dan lantai laluan balkoni blok yang dilalui. Sengaja aku jalan bermalas-malasan, mengheret kasut supaya bergema satu blok dengan bunyi gesek kasut sukan dengan lantai simen. Bola tenis sengaja aku hentak-hentak ke lantai dengan kuat. Habis bunyi aku buat. Dengan harapan kalau ada burung-burung yang sedang memadu kasih di dalam mana-mana kelas, terdengar, dan timbul takut atau suspen untuk berhenti dan cabut lari kalau-kalau pengawal keselamatan atau warden asrama yang sedang buat rondaan.



Waktu itu, lega..dan rasa diri bijak dan tindakan itu paling betul. Lagi kuat keyakinan bila mana sejak dilaksanakan cara tersebut, tak pernah sekali pun bertembung dah dengan pasangan-pasangan memadu kasih di kelas-kelas pada waktu petang. Lega..konon.
Walaupun begitu, jauh di sudut hati..sentiasa terfikir, 

" Seriously.. Hanya ini sahaja yang mampu aku buat? "


Jentikan fikiran itu hnaya datang 'mengacau'..pudar dan berlalu lama kelamaan. Dilupakan sahaja.
Itulah mindaku sewaktu awal-awal berada di SMKAKA. Jauh sekali dari minda dan jiwa seorang pendakwah..seorang pejuang agama. Tidak sehingga insan-insan terpilih hadir dalam hidupku tidak lama selepas itu. Merekalah yang mengembalikan semula jentikan terdahulu, menukarkan ia menjadi tumbukan.. Tumbukan padu, tepat mengenai jiwaku. Kita semua Da'ie.



وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran, merekalah orang-orang yang beruntung." 

(Ali Imran:3:104)



..dan sebagai Da'ie, bergeraklah secara kolektif. Kamu akan lebih kuat.

Wednesday, June 17, 2015

" Pada Tahap Manakah Kau Berada?.."

Waktu itu, sebelah kaki kau bersimen. Patah dan sakit. Setiap hari yg ditempuh, kau perlu lepasi anak2 tangga.

Dari tingkat ats, aku melaung setiap hari. Laung pd kau supaya bertabah dan kuat memanjat. Aku sahabat kau.

Kau kesal bagaimana bisa aku sekadar melaung. Kau sedih dan terluka. Sudah luka di kaki, luka pula di hati. Cuaca mendung, hujan rintik2 menemani kegigihan kau. Kau teruskan melangkah.


Sedang kau tak tahu, hujan rintik itu tempias air mata sahabatmu dari ats. Dia setia menunggumu di hujung tangga. Melihat ke bawah. Hanya mampu melaung. Kedua kakinya bersimen, bertongkat. Kepalanya berbalut merah kesan darah. Mulutnya penuh ulcer, tekaknya perit,bengkak. Sekadar melaung sudah mnjadi suatu yg azab untuknya.


Salamatussodri.

Tahap paling rendah, tapi hakikatnya paling payah.
Kebanyakan masa, itu aku manusia di bawah tersebut. Dan kadang2 juga, aku manusia di atas itu.


Thursday, February 12, 2015

" Mulanya darah itu panas!"

"Hanya undang-undang syariah dapat beri keadilan sebenar dan penyelesaian kepada semua kekeliruan."-quoted



1998. Sepemulangan aku ke tanah air setelah hampir 2 tahun di UK. Bunyi loceng Big Ben, meriah manusia di Malaysian Hall,riuh gerombolan merpati di Trafalgar Square. Itu yang terngiang dan melekat di fikiran sepanjang bermusafir ke negara orang.



Pulang itu, aku masih kanak-kanak pra sekolah. Hujung fasa pra. Walaupun hnya sempat beberapa bulan berlari-lari, bergaduh dengan budak-budak lain, beli gula-gula nisan, makan dalam talam, belajar solat sama-sama. Hakikatnya, aku tetap hasil keluaran Pasti. Dari Pasti..shift ke Oxford Kindergaten, kemudian ke sekolah kebangsaan. Berbelit perjalananku.



Pulang ke tanah air, akhir 1998. Waktu itu aku kanak-kanak hingusan, sibuk main korek tanah bawah pokok mangga penuh kerengga di hadapan rumah. Namun, sisa-sisa laungan 'reformasi' masih kedengaran. Tahun berlalu. Petang-petang balik sekolah, letih dan bosan. Tengok kartun. Setiap kali aku selongkar laci cd untuk cari cd 'Tom & Jerry', pasti akan terpandang satu cd ni. Front cover gambar seorang lelaki. Tertulis perkataan 'Reformasi'.



Naik sekolah menegah, aku tinggal fully 5 tahun di asrama. Tingkatan 4, orang kata tahun 'honey moon'. Aku juga sempat rasa menjadi pelajar nakal. Nakal. Bukan jahat. 2008. Malam 15 september tahun itu, kecoh. Esok bakal menyaksikan suatu peristiwa besar. Aku masih ingat 'cakap panas', darah muda kami yang menggelegak malam tu. Riuh diskusi kami, di tepi tangga blok, di dalam gelap. Sekali sekala, panjangkan tengkuk. Intai-intai takut warden lalu.



Time tu, aku suka layan lagu Fix You. Bawa mp4, walaupun pengawas sekolah time tu.
Malam-malam, duduk menyorok tepi katil. Sumbat telinga, kemudian buka buku. Konon study. 2008 tahun darah muda aku mula menggelegak. Walaupun time tu gelegak tanpa arah, tetap manis untuk aku kenang. Selalu juga, aku ambil peluang balik hujung minggu, download video-video untuk kenyangkan curiousity aku. Apa benda 'reformasi' tu? Mata lebam? Sodomy? TPM dipecat? Apa jadi dengan Malaysia ni?


Selalu aku dan beberapa kawan, buat pawagam malam-malam time dah kena 'lights off'. Layan video yang download tu. Kami bersempit-sempit kepala, nak fokus pada skrin mp4 yang kecil tu. Sambil tengok, sambil ulas. Rancak.. Ulas ikut kepala kami sendiri. Kenapa itu, kenapa ini. Tak puas hati itu, ini. Pening dengan Malaysia. 



Habis sekolah, masuk universiti..
Masa berlalu..

Makin dengar..makin perhati..makin fikir..

Tak tipu, darah sememangnya makin gelegak. Membuak. Tapi alhamdulillah, gelegak makin terarah. 

Dan hari ini..siri-siri pawagam aku masih berjalan. 




"....dan pengadilan Allah itulah yang paling adil"

Moga diberi kesabaran pada orang-orang yang di zalimi.




Thursday, July 3, 2014

" Personaliti: Apa yang mendefinisikan anda? "

Personality.

Mungkin saya seorang yang ‘amateur’ untuk bercakap dengan lebih mendalam tentang topic ini. Namun, sekadar perkongsian dan pandangan yang terhasil melalui pemerhatian dan pengalaman. Juga hasil menuntut subjek psychology di tahun 2 perubatan ni.



Terdapat pelbagai teori berkenaan personality. Antara yang paling klasik dan popular, teori oleh Hippocrates. ‘ancient four humors theory’ atau ‘the temperament theory’. Sekadar penjelasan ringkas, teori ini mempercayai bahawa segala mood, emosi, corak berfikir dan tingkah laku manusia adalah disebabkan oleh “body fluids” yg digelar ‘humors’.

CHOLERIC

MELANCHOLIC

SANGUINE

PHLEGMATIC


Setiap satu daripada keempat-empat personality ini, punyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Ada karakteristik masing-masing. Dan lebih menarik untuk diketahui, setiap daripada kita punyai keempat-empat karakter di atas. Cuma, yang terzahir dari diri seseorang itu mungkin hanya 2 personaliti yang paling dominan. ‘1st dominant and 2nd dominant’. Dalam erti kata lain, setiap orang ada ‘blend’ personality masing-masing.

Yang membuatkan setiap manusia unik.


Secara ringkasnya, CHOLERIC  seorang yang bersifat pemimpin, cepat dan pantas dalam tindakan, tidak mudah terpengaruh, .. “THE DOER”..namun, mereka juga bersikap kurang sabar, kurang sensitif, tidak suka mendengar pandangan orang lain dan selalu merasakan diri yang betul.

MELANCHOLIC  seorang yang sangat organized. Hidupnya bersistem, semua disusun. Bersikap analitikal dalam setiap permasalahan atau isu yang dihadapi, juga seorang yang setia. Banyak berfikir dahulu, kurang bercakap. “THE THINKER”. Namun, kurangnya, mereka senang untuk tenggelam dalam depression, kadang-kadang terlalu banyak berfikir, tindakan lambat dihasilkan. Sensitif, mudah untuk kalah dengan emosi. Introverts, gementar bercakap di hadapan orang ramai. Suka menyendiri, malah sering sahaja digelar ‘anti-social’.

SANGUINE  pula, seorang yang sangat optimis, sentiasa ceria, motivated. Sentiasa berusaha mencari tempat di dalam masyarakat, sentiasa mencari keseronokan, ‘adventurous’. ‘the people’s people’. Juga seorang yang ‘pleasure seeking’.  Sangat ‘pro-society’, ‘extrovert’, ramah. “THE TALKER”. Namun mereka juga berhadapan masalah apabila tidak ada orang berdamping untuk menjadi pendengar,..kadang-kadang tewas kepada ‘keseronokan’ dunia..dan amat mudah naik bosan dengan sesuatu.

PHLEGMATIC seorang yang sentiasa tenang, diam. Sering menjadi ‘observer’ pada orang lain. Mereka amat mudah bertolak ansur dengan orang lain, punyai kesabaran yang tinggi. Pendengar yang baik, tidak banyak bercakap dan sentiasa didampingi ramai kawan.”THE WATCHER”. Namun, mereka juga kurang ‘enthusiasm’, terlalu memendam emosi hingga menyebabkan diri sendiri terkesan.

Uniknya manusia, setiap seorang punyai ‘portions from portion of each one of the personalities’.



Boleh jadi,

 ‘sanguine-choleric blend’

‘melancholic-choleric blend’

‘phlegmatic-melancholic blend’..

Dan banyak lg.

Kemudian, apa kesimpulan atau khulasahnya yang kita boleh dapat setelah belajar ilmu personality ini?
Bercakap atas dasar seorang ‘da’ie’, seorang Muslim yang sememangnya wajib atasnya untuk berdakwah, menyampaikan Islam..sebarkan kebaikan, halang keburukan. Setiap waktu kita bermain dengan makhluk Allah, sama spesies dengan kita iaitu MANUSIA.

Pada pandangan saya, WAJIB bagi seorang Dai’e itu hadam ilmu sebegini. “the art with people”. ..perlu pelajari bagaimana caranya menyentuh hati manusia, sentuh mereka..tarik ke arah kebaikan, kepada ISLAM. Apabila kita kenal seseorang, kita teliti dan analisa personalitinya. Kita trace kelebihan dan kekurangannya. Maka dengan maklumat itu, baru dapat kita plan pendekatan, strategi dan uslub yg unik,eksklusif, yg terbaik..khas untuk dia sahaja. Kerana setiap manusia itu berbeza.




Berurusan dengan manusia..
tersilap cara..buruk padahnya..
Kita boleh lega sahaja,..
Namun kelak imej ISLAM yang tercela.

‘HIKMAH itu barang yang tercicir daripada orang MUKMIN’

Bersama kita manfaatkan ilmu pinjaman Allah kepada kita.

AMAL tidak boleh jadi tanpa ILMU,..
Begitu juga ILMU tidak akan lengkap tanpa AMAL selepasnya.


Kawan-kawan, walaupun Psychology ini MINOR subject bagi kita, 50 markah shj..tp ia memainkan MAJOR importance for us as MUSLIMS.

Thursday, December 22, 2011

"...addressing..."

pemilihan kata itu PENTING..




kadang kala, sewaktu bermeeting atau berdiskusi,..anda mesti akan bersuara,..bersuara untuk diri, untuk sahabat, untuk group atau kumpulan anda,..

anda juga mungkin akan bersuara, merujuk kepada seseorang, kepada dua atau tiga orang,..kepada sebuah kumpulan atau organisasi,..dan lain-lain..

pemilihan kata,..untuk kita address diri kita, kumpulan kita,..untuk kita address orang lain atau organisasi lain..
pemilihan kata perlulah kena, sesuai..
kerana,..pemilihan kata yang salah atau tersasul...mungkin nampak kecil..tapi, hakikatnya,..kesan yg dibawa besar..


contoh,..anda bersama kumpulan anda. korang telah berjaya menyiapkan assignment yang ditugaskan. satu group, diwajibkan menghantar satu copy assignment tersebut ke meja lecturer dalam jangka masa yang ditetapkan. korang sama-sama bekerja keras, berusaha menyiapkan assignment yg lecturer beri tu..fuhh,..memang lelah..bila tiba hari nak submit assignment tu...

kat cover depan, anda letak nama anda sorang shj. then,..submit..
mmg, analogi yang diberikan..nampak mcm kurang logik...tp, sebenarnya, effect perbuatan itu, lebih kurang sama dgn apabila kita tersilap meng 'address' diri atau orang lain..


(gambar hiasan)


situasi yang sepatutnya pakai "saya" atau "ana"...

situasi yang sepatutnya pakai "kami" atau "kita"...

situasi yang sepatutnya pakai "awak" atau "kau" atau "enta"...

situasi yang sepatutnya pakai "korang" atau "entum"...


Dalam berorganisasi khususnya,..perkara ini seharusnya kita ambil cakna...ia termasuk salah satu most common thing yang perlu di take note apabila kita berdepan audience/crowd..dalam organisasi, majlis atau meeting..
benda remeh,....effect besar...

(muhasabah diri...)

Tuesday, December 20, 2011

koleksi "sampah"..


Setiap dari kita punyai sudut pandangan atau persepsi yang berbeza berkenaan sesuatu itu. setiap PERCEPTION adalah unik bagi setiap manusia. adakalanya anda melihat satu perkara itu bagus, anda menyenanginya..mengkaguminya...namun sebaliknya bagi saya..saya mungkin melihat perkara tersebut suatu yang tidak patut, tidak mempersetujuinya dan tidak menyukainya. begitu juga vice versa. Persepsi manusia itu suatu yang subjektif..



- "sampah" baru di 'bengkel'...motor elektrik,magnet besar tuh...boleh convert jadi dynamo..


cuti semester kali ini, koleksi "sampah" di bilik ku bertambah lagi. hahaha..dan yang seronoknya, pertambahan item "sampah" kali ini...suatu item yang agak payah dan jarang untuk diperoleh..ceritanya bermula apabila suatu hari, stand mixer mama tiba-tiba rosak, tak mahu berpusing..kami baru shj semangat nak buat kek,.."mesin mixer rosak la plaak."...memang habis spoil mood kami gara-gara mesin dah rosak..tapi,sebaliknya bagi aku..mood melonjak!!..  ^^  ..."okeh..beres, angah nak mixer ni,boleh ma..?"...

ibuku dah tak larat nak rasa hairan dan pelik kenapa aku nak benda-benda rosak ni..sibuk mengumpul pekakas-pekakas rosak di bilikku. selalunya, bila mama datang meninjau-ninjau bilik aku..mampu geleng kepala sahaja..bilik aku mereka sudah tak panggil bilik, mereka panggil bengkel. dan "harta-hartaku" semua itu, mereka panggil "sampah"...nampak..? persepsi manusia memang berbeza. 

namun begitu, persepsi atau pandangan itu, tak selalunya berlainan. ada juga kalanya, antara kita punyai persepsi yang sama. sememangnya, bila anda berdepan situasi persamaan persepsi ini,..memang satu rahmat. kerja pun selalunya akan menjadi lebih mudah, kurang perbalahan, tugasan lagi cepat diselesaikan..


tapi sebenarnya, berlainan persepsi dan kepelbagaian pandangan inilah...yang merupakan kekuatan dan rahmat kepada kita. bila banyak pandangan, bermaksud banyak idea..pemikiran akan bercambah, imaginasi berkembang, penemuan-penemuan baru bakal kita discover, jawapan kepada permasalahan mungkin akan diketemukan. bak kata pepatah Inggeris " two heads are better than one.."....lihat rasionalnya pada pepatah tu..


jadi.. ingin ditekankan di sini.. berlainan pandangan itu rahmat..jgn kerananya, kita bertelingkah dan saling berbalah sesama kita..dan persepsi yang paling baik itu, adalah yang berlandaskan iman dan 'aqal. wallahu a'lam.   (peringatan buat diri yg selalu lupa..)

Sunday, October 31, 2010

pembaca sekelian...[ maAf..]


di kesempatan ini, ingin memohon banyak2 kemaafan kepada semua pembaca jikalau ade mane2 posting di blog ini yg mengguris hati tau menyentuh hal2 sensitif. ana manusia biasa, juga berbuat kesalahan. jika rasa perlu, tegurlah secara baik. maaf dan juga terima kasih.

Saturday, October 16, 2010

blogging...



slm,..





haha, sangat lame sudah tidak ade posting baru. sekarang tgh cuti sem...tinggal lagi seminggu cuti. pastu, mule la sem 2. duduk rumah cuti ni, macam2 kije dibuat. heh, antaranye, jadi tukang buat blog...mak ngan ayah dah timbul minat nk ber 'blog'..hahah,...blog mmg satu medium yg amat mendapat sambutan pada masa kini. sbb untuk masyarakat dapatkan maklumat terkini yg tepat, dan kurang atau tiada unsur penyelewengan,..internet la jawapannya. media semasa seperti tv, akhbar dan radio terutamanya mmg dah tak boleh nak di harap...media primadona..satu2 maklumat boleh mereka tunggang terbalikkan hingga tak tahu mane betul dan mane tipu...

tu la sebabnye, internet main peranan. blog pule, tempat manusia salurkan pendapat serta buah fikiran mereka. harapan bloggers, agar posting2 mereka dapat sedikit sebanyak influence fikiran masyarakat. sebab tu la, masyarakat perlu lebih luaskan skop pendapatan maklumat mereka. pendek kata, jangan percaya bulat2 ape yg didengar dan dilihat. kaji dulu, ikut 'akal, ilmu dan iman berdasarkan al-quran serta hadis. baru buat penilaian....






di kesempatan ini, nak juge tolong promote blog ibu dan ayahku. mereka bloggers baru. semoga dapat teruskan perkongsian 'lmu2 bermanfa'at dalam kalangan bloggers...





-ibuku dengan blog bertemakan masakan, recipe dsb...





http://dapurcikgusalwa.blogspot.com/





-ayahku dengan blognya yg lebih mengajak kepada kite untuk berfikir secara lebih dalam tentang satu2 topik itu..





http://cetusanhati66.blogspot.com/





semua dijemput untuk berziarah ke blog2 ini..


semoga mendapat manfa'at bersama.....

Tuesday, August 10, 2010

ulasan aku.... [ hanya pandangan seorang pelajar ]

2 hari semalam baru habis attend kursus BTN. letih jasmani tu mmg, tp lagi letih fikiran n minda. sebelum ni time aku form 4, dah penah attend kursus ni. tp time tu, masih x brape jelas tentang ape mesej utama yg ditekankan oleh pihak penganjur kepada para peserta... tp selepas menghadiri kursus baru2 ni, nampak amat jelas ape yg mereka perjuangkan. BANGSA MELAYU. itulah yg mereka perjuangkan. hari pertama selepas mendaftar, kami dihidangkan dengan satu ceramah yg disampaikan oleh seorang prof. dlm bidang Usuluddin dr UKM. ceramah yg aku dan majoriti student anggap amat bersikap racist. penceramah mengajak kami berfikir tentang perjuangan org2 melayu terdahulu seperti dato' bahaman dan rentap dlm mempertahankan tanah air kita. ok lah tu, mmg patut kite hargai. tp, tibe2 masuk bab kaum cina n india yg katenye pendatang di negara kite dan buat huru hara.




semasa sessi soal jawab, seorang student ni, brother, bangun dan bertanyakn soalan. soalan yyg diajukan cukup jelas dan terang, siap dilengkapi dgn ayat2 dr al-Quran yg maksudnya mengatakan "..org islam itu adalah bersaudara..."...dan ayat yg mengatakan "Allah telah menciptakan manusia dgn berbagai-bagai rupa dan bangsa, agar kamu berkenal-kenalan sesama kamu......" soalannya, adakah kita sekarang ini memperjuangkan bangsa Melayu atau agama Islam?? soalan yg amat jelas dan mudah difahami, malahan oleh kami pelajar2 matrikulasi. semestinya satu persoalan jelas kpd prof tersebut. audience bersorak menyokong persoalan tersebut dan men'demand jawapan setimpal diberikan. tp, bile dijawab oleh si penceramah, katenye bahawa Melayu dan Islam ini bergerak seiring...dan bla,bla,bla.....lari dr soalan....





inilah perkara yg biasa dilakukan oleh mereka2 ini bile x dpt sangkal satu2 kenyataan itu, apatah lagi, disertai dalil yg datangnya dr kitab al-Quran.... sepanjang kursus tersebut juga, suatu konterversi hangat timbul apabila pihak penganjur seolah-olah buat2 buta dan tidak sedar akan kehadiran sekelompok besar pelajar2 keturunan India-Muslim dlm kursus tersebut. bukan 4-5 org tp lebih dr sepuluh. keadaan bertambah hangat apabila satu petang, seramai 7 org student india-muslim ini pakat boikot latihan kawad kaki petang tu. salah sorangnye ahli group LDK aku. kalau aku jadik diorang, aku pon panas hati. cakap main sedap mulut aje...mlm tu, kesemua mereka dipanggil, dan nampak mcm ade sedikit perbincangan dgn kem komando....Wallahua'alam..aku pon x tahu ape yg terjadi sebenarnye antara mereka. tp, student india muslim yg se group dgn aku tu, mmg berubah sikapnya sebaik peristiwa tuh....gaya boikot...

salah satu dr sesi LDK aku, keadaan jadi agak tegang apabila kami telah diarahkan untuk menulis 4 perkara ats 4 keping kertas. POLITIK, EKONOMI, SOSIAL, PENDIDIKAN....mula2 kami kene pilih satu yg dirasa paling tidak penting buat diri sendiri. ikut fikiran aku yg dah berumur hampir 18 tahun ni, semuanya PENTING!!...itu fakta lah...jadi, aku dgn kwn aku sorang ni berpakat x mau buang mane2 kertas ke tengah2 bulatan yg kami kelilingi tuh. tinggal kami 2 org yg x buang. selepas disindir, dimarah, diugut akan dikeluarkan dr group dan dikuarantin dr sebarang program....kami berbincang dan bersetuju untuk ikut saje arahan itu. SEBENARNYE, matlamat kami buat mcm tu adalah untuk sedarkan ahli2 group kami yg lain bahwasanya, semua elemen itu PENTING bg diri kite. walaupon aku bertindak agak kurang ajar dgn si Fasilitator group aku tuh, aku x nyesal...kwn aku mcm boleh kawal pertuturan, rileks dan senyum2...aku senyum2 buat. ade ke, dlm cubaan fasi tu nk ugut, sindir kami untuk ikut arahan dia, kami diserang peribadi...x pasal2 timbul isu pasal ganti2 pose bulan sya'ban yg ramai pempuan x habis ganti lg..dan tanye direct sama ada aku dah hbs ganti ke x..!! Alhamdulillah aku dpt jwb dgn tenang yg aku DAH GANTI HABIS laaaa...nasib baik x naik meradang je, tbe2 tanye soalan gtu.....hape ah...

selepas selesai membuang kertas2 tuh, tibe lah ke bhg konklusi. rupenya, majoriti ahli kumpulan aku yg awal2 buang kertas bertulis politik.....tu la sbbnye kami berkeras...pemikiran pelajar masih menganggap mereka x perlu politik tuh. padehal, itulah yg memastikan semua elemen lain spt ekonomi, pendidikan, n sosial dpt jalan lancar. group aku amat proaktif dlm berbahas...masing2 mempertahankan ape yg dipikirkan betul....


ade juga satu slot yg memerlukan kita pilih, antara AGAMA, NEGARA, BANGSA, n DIRI & KELUARGA. letakkan nilai 20sen,10sen,5sen.1sen...semestinya pilih agama dulu, negara, keluarga dan akhir sekali bangsa...hujah yg ku beri, kite bersatu bukan ats name bangsa melayu yg diagung-agungkan, tp ats akidah Islam yg satu.... dan percaya atau tidak, fasi aku tu seorang ustaz.........bagaimana pemikirannya????????? selepas dihentamnya awok2 cina, india dan pembangkang[khususnya], konklusi akhir drnya ialah "sampai kiamat pon BN akan pegang kerajaan malaysia ni......" mcm mane boleh fikir mcm tu???? Wallahua'alam.......




sekarang, barulah aku paham mcm mane boleh wujud ustaz2 dlm kalangan mereka. rupenye begitu pemikiran mereka. semasa majlis penutup di dewan, peserta diminta volunteer beri ulasan. bangunlah sorang brother ni, yg dlm ulasannya memberi sedikit teguran kepada pihak penganjur supaya kelak menjaga pertuturan dan jgn main lepas ckp aje kerana sepanjang kursus berlangsung, telah banyak mengguris hati kaum india-muslims....pihak penganjur pon nampak mcm agak terkacip.....di sini lah sepatutnye pihak berkenaan patut kaji kerelevenan mengadakan program2 sebegini. tak salah buat program membina semangat patriotik, tapi pendekatan kene betol. jangan timbul diskriminasi....apepon,
bagi aku, banyak lagi bende yg aku kene kaji, selidik, analisis, fikir dan timba ilmunya untuk aku kuatkan pegangan aku. kursus 3 hari ni sebenarnye baru satu dugaan dan cabaran yg mematangkan fikiran, memberi pengalaman...[beri aku pengalaman berbahas, x penah2 seumur hidup...haha]...semoga Allah tunjukkan aku ke jalan yg benar, pelihara fikiran dan tindakanku dan beriku semangat juang yg tinggi serta kesabaran hati. tetapkan aku pada agama ISLAM yg satu.....1ISLAM...

Monday, April 26, 2010

media hari ini...!!

semenjak aku habis sekolah ni, baru aku sedar betapa dasyatnya media2 masa kini diperguna oleh kerajaan, atau dlm kata lain, media2 ini bersekongkol dgn kerajaan untuk meracuni fikiran rakyat. hinggakan rakyat kite macam buta dgn kebenaran. kite yg lepas2 abih sekolah ni, hanya duk dumoh, bukak tv......dasyat2. tp aku rase, tahun 2010 ni, koho dasyat agenda yg dimainkn oleh media bg pihak kerajaan. mcm2 iklan yg diterbitkan untuk tujuan mempromosi kerajaan. smapai xleh nk bilang iklan pasal 1Malaysia......



tapi yg paling aku meluat, rancangan yg diterbitkan pada setiap hari isnin ni, d tv3....rancangan Soal Jawab dgn pengacaranya yg sering mengajukan soalan2 yg mmg berunsur hasutan... tp tu takde plok nak saman bawah akta2 hasutan mane2......sejak akhir2 ni, ramai yg kite dengar lompat parti....kerajaan dgn kerjasama tv3 ambik peluang ni, panggil pok2 yg xde pendirian ni, diberi peluang untuk bersuara selama 1 jam di saluran yg amat ditonton rakyat malaysia kita....melalui situlah rakyat menyimpulkan pelbagai anggapan mereka terhadap PR khususnya, [sbb mmg rancangan ni tujuannya aku tgk nak burukkan PR]. rakyat malaysia kalu yg mikir, kepale otak bijak, xkan terima bulat2 dr satu sumber sahaje.....internet sebenarnye merupakan saluran informasi terbaik buat rakyat yg mahukan perkara sebenar.....!! antara media yg aku rase sgt2 telus.....MalaysiaKini.....mmg kalu follow, xkan termakan dgn perkara bohong!! jadi, rakyat malaysia sekelian, jadilah rakyat yg bijak...!!!!! jgn diikut ke tv dgn surat khabar-surat khabar harian skrg ni.... hakikat politik kehidupan masih luas untuk diterokai kebenarannya...

Saturday, March 27, 2010

Kepincangan pale hotak msyrkt skrg...!!


Adakah ini 'modal insan' yg 'mereka' nk bentuk untk negara? Minah2 rempit...?? Sungguh ak dok caye, bnde sebegini bodoh bulih wujud dlm komuniti msyrkt aku? Gadis2 remaje, dgn muka sronok menuju ke program kehancuran trsbt....bahana!