" TRUST in Allah wont make the mountains smaller but make CLIMBING easier. DO NOT ask Allah for a lighter load, but ask Allah for a STRONGER BACK..."
Showing posts with label motivational. Show all posts
Showing posts with label motivational. Show all posts

Sunday, August 7, 2016

"Sebagaimana Kita mahu Allah Tidak Berputus Asa Dengan Kita"

Mungkin ini penyakit yang melanda golongan pemuda sekarang.

Ya, kita semua.


Kita rasa kitalah yang selalu kena berkorban, paling banyak kena bersabar dengan orang sekeliling kita. Kitalah mangsa.

Tapi pernah tak kita cuba turunkan ego, muhasabah dan sedari semula. Berapa banyak orang lain terpaksa bersabar dengan karenah dan perangai kita.
Berapa banyak karenah kita yg menyusahkan kawan- kawan, keluarga dan orang sekeliling kita.
'Diri' kita yg berfikir dan bertindak ikut emosi in stead of ikut iman dan pertimbangan akal yg waras. Berapa banyak 'diri' kita tu menjatuhkan air mata orang lain, melelahkan orang sekeliling, mencalar imej Islam yg kita bawa ..dan paling kita takuti, melambatkan Islam sampai ke hati- hati manusia yg masih dalam kegelapan jahiliyyah.



Walaupun hanya satu detik kita kalah dgn 'diri' kita itu sendiri..
Kesannya..


Semua kita buat silap macam- macam, semua kita ada fasa bahagia sengsaranya hidup, semua kita imannya sekejap naik, sekejap turun. Semua kita ada ujian dan nikmat tersendiri.

Tapi semua kita ada peluang yg sama. Peluang untuk baiki diri menjadi seorang yg lebih baik. Setiap detik peluang tu ada tersedia.. selagi nyawa masih belum tinggalkan kita.
Growth game dan laluan setiap org berbeza- beza. Ada yang relapse sampai beratus kali, ada yang mampu istiqamah berubah dalam masa yang singkat. Ada yg saban hari mencuba, relapse.. ok.. relapse.. ok... hinggalah sampai ajal kepadanya.






Kita semua melaluinya. Ada masa kita dituding, ada masa kita yang menuding.

Dan paling penting perlu disemat di hati.. Jika kita rasa kitalah yang paling banyak bersabar dengan orang lain, Allah lagi banyak bersabar dengan kita dan dosa- dosa kita.




Namun jangan sekadar pandai menuding.
Don't be judgemental, don't easily give up on others.. instead, try our best to understand and lend a helping hand. And most importantly, never underestimate the power of doa.


Sebagaimana kita mahu Allah tidak berputus asa dengan kita..begitulah kita perlu cuba apabila bersikap dengan diri kita dan orang lain.


اللهم ارزقنا الإستقامة

Sunday, July 10, 2016

" Just when you think you're going nuts, Don't wait."

When I started to lose myself to me, that's when I seek for help. You see, when I go "nuts", the people around me are like the "cage" that kept me bounded.
I submissively let myself in to be locked.




And thank Allah, He surrounds me with "cages" that are built from the most hard core material ever known to exist. Imaan.

Being bounded inside that cage not only kept me from further destroying myself. It kept me from dragging others.


 And although being caged, I am the most lucky prisoner. Cage didn't just only hold me, it guides me how to be "sane" again.
I have a secure place to properly re-evaluate my inner self.



That's why, when you think you're going nuts, never trust yourself. Go and rely on beings that have strong roots to Allah The All Mighty.

Didn't matter how long it will take.

#thinkingaboutlife
#lastpaperexammemangbanyakdugaan
#ENT

Wednesday, June 17, 2015

" Pada Tahap Manakah Kau Berada?.."

Waktu itu, sebelah kaki kau bersimen. Patah dan sakit. Setiap hari yg ditempuh, kau perlu lepasi anak2 tangga.

Dari tingkat ats, aku melaung setiap hari. Laung pd kau supaya bertabah dan kuat memanjat. Aku sahabat kau.

Kau kesal bagaimana bisa aku sekadar melaung. Kau sedih dan terluka. Sudah luka di kaki, luka pula di hati. Cuaca mendung, hujan rintik2 menemani kegigihan kau. Kau teruskan melangkah.


Sedang kau tak tahu, hujan rintik itu tempias air mata sahabatmu dari ats. Dia setia menunggumu di hujung tangga. Melihat ke bawah. Hanya mampu melaung. Kedua kakinya bersimen, bertongkat. Kepalanya berbalut merah kesan darah. Mulutnya penuh ulcer, tekaknya perit,bengkak. Sekadar melaung sudah mnjadi suatu yg azab untuknya.


Salamatussodri.

Tahap paling rendah, tapi hakikatnya paling payah.
Kebanyakan masa, itu aku manusia di bawah tersebut. Dan kadang2 juga, aku manusia di atas itu.


Thursday, August 29, 2013

Sporo trichosis [part 2]- (non medical entry)

Ceritanya, ini tentang kucing sakit. 

Kucing liar, pendatang asing. Sakit teruk macam ni. Isunya, ialah how much are we up to it? Keseriusan kita nak merawat dan cuba bantu menyembuhkan. Sejujurnya, ia sememangnya suatu latihan buat diri. Terutama diri yang masa depannya insyaAllah, seorang bergelar doktor. Our passion, concern, determination and skills.  

Setiap hari, ada perkara baru dalam jadual harian. Bagi makan kucing yg dikurung di belakang rumah. Bagi makan ubat, kemaskan bekas najis kucing, spray ubat pada luka, dll..setiap kali aku letak ubat pulak, dia akn buat gerakan mcm kucing nk keringkan badan lps mandi..habis terpelanting terpercik segala kuping2 luka dan darah hanyir..dan semestinya, perasaan malas dan cuak tu selalu shj melanda.. "alah..kucing je pon"...tp, sebenarnya..sikap ni yang akn membentuk tindakan kita di masa hadapan. 


situasi 1:


(getting what's best)

selepas visit kami ke vet tempoh hari, dr tersebut beri sebotol cecair ubat kuning (iodine) untuk disapukan pada luka-luka kucing tu. sebagai disinfectant, bagi kurangkan jangkitan bakteria. Tapi, kami xsampai hati lihat kucing tu mengerang kesakitan dan menggelupur kerana pedih apabila disapu ubat kuning tu. Setelah di search online, kami dpt tahu daripada seorg yang kucingnya juga menghidapi sakit yang sama. Beliau syorkan agar apply antiseptik jenama Betadine, yg mana ada sedikit beza dari segi isi kandungan cecairnya dengan iodine biasa. Katanya Betadine kurang pedih, dan beliau apply betadine pd kucingnya yg sakit tu. Bezanya ialah Betadine sejenis povidone-iondine antiseptic,mengandungi anti-fungal soap. and less stinging. Iodine juga boleh dikurangkan kesan pedihnya, dengan dilution with water.

the thing is, when you go out to the pharmacies, u'll discover that Betadine is far more expensive than those regular iodine liquids.

tapi, bila pikirkan semula..it's just for the cat.


situasi 2:




(getting what's best)

untuk mengelakkan luka-luka di muka kucing tu jd lebih teruk, kami kena pastikan dia tak menggaru muka dan luka-luka lain. jadi, kami pergi pet store dan beli cat collar dan cone. Kami pakaikan pada kucing tu dan alhamdulillah, memang dia xdpt menggaru mukanya lagi. tapi nampak sedikit terseksa kucing tu, macam x keruan. ceritanya, pakaikan. kemudian 2-3 jam selepas tu, intai2 dah tercabut. cone tu pulak dah dipenuhi darah apabila dia berjaya menggaru lukanya. kami try pasang balik..tercabut lagi..
then, lepas dah 3 kali pasang-cabut, kami putus asa. mungkin sbb collar yg kami pakaikan tu jenis senang tercabut.so.. biarkan je xyah pakai cone. garu lah, kau nk garu sangat. plus, cone tu, sekeping harganya RM14.. - -"


isunya di sini,..cepat putus asa...n kreativiti..heh. padahal kalau pergi cari collar yang kukuh sikit, then try pasang lagi. Mungkin berjaya..heheh. dan tentang harga, tiba-tiba terpikir, cone tu boleh DIY. beli bahan di kedai stationary, n tekap template cone asal..cara nk jimat, ada sangat sebenanya..

and..then again...it's just a cat..we ought to take the matter not so seriously,..even though it's a living creature we're talking about.




situasi 3:




(Passion or skills?)

dulu2, time kami bela kucing hampir 15 ekor keliling rumah, ramai la kucing yang kena penyakit kurap-kurap ni. Suatu hari, papa jumpa spray ubat kurap di Giant. Beli. dan balik rumah try sembur pada kucing-kucing kami yang berkurap sakan ni. Semburan tu, apabila kena sahaja kulit kurap kucing ni, jadi berbuih putih.foam. dizzling..."sssshhhh"..alhamdulillah, surprisingly, lepas seminggu terus ok. kulit diorg jadi licin berseri. Bulu tumbuh lebat semula. Lepas2 tu, kami try cari lagi ubat spray tu, tapi sampai skrg x berjumpa.

baru-baru ni, study sikit tentang antiseptics. Ada macam-macam. Iodine, povidone-iodine, methyl-spirit, and hydrogen peroxide. Dan baca,..dan baca..action, effects dan lain2. dapat tahu yang hydrogen peroxide akn hasilkan 'foam' when applied onto minor wounds. how does it work?

wounds contain blood and damaged cells, which is high in th eamount of catalase. when applied onto wounds, H2O2 reacts with catalase, becomes water (H2O) and oxygen (O2)...air out and heals the wound faster.

so, terfikir untuk cuba alternatif ini pada kucing sakit sporo ni. memandangkan treatment dengan betadine tak menunjukkan progres yang memuaskan. Pergi ke Guardian, beli H2O2..prepare ikut dilution..

tp..tiba-tiba rasa tak yakin untuk sembur pd kucing. Bimbang aku "buat2 pandai"..improper treatment..
bimbang kerana semua ni hnya based on pengalaman dan pemerhatian. not actual facts..

Tapi last-last, aku sembur sahaja,..Bismillah, tawakkal 'alallah..
berbuih-buih lukanya..menggelupur..kesian juga melihat..

tapi, dalam hati.." takpa..ni kucing ja..kalau silap treatment ke pape,xde pe sangat la. Daripada takde buat improvement pape, lihat je kucing ni makin teruk.. baik try benda baru.."







and, ...untill this very moment...I still wonder...a lot. Muhasabah~


Sporo Trichosis [part 1]- (non medical entry)


Sporo Trichosis atau dikenali dengan nama penyakit kurap berdarah. Suatu penyakit yang common menyerang haiwan-haiwan peliharaan terutama kucing. Antara simptom mengenalpasti penyakit ini:




Pulangnya aku ke rumah di Kerteh, gembira melihat kucing kesayangan ceria dan sihat. Alhamdulillah. Cuma lainnya, sebab nampak tua. heh. Sebaliknya pula keadaan seekor lagi. Beliau ni kucing liar, datang ke rumah kami dan berkawan dengan kucing kami. Best friends. Malangnya bagi kawannya ini, badan penuh berkurap. Kurap basah, kelihatannya macam tiada tanda-tanda nak sembuh. Pada awalnya, kami biarkan aje, biasalah kucing liar, bergaduh sana sini. Patut pun dapat luka-luka kurap.

Tapi makin lama, luka kurapnya makin teruk. certain body parts yang kurap teruk. Tangan, kaki dan bahagian muka especially hidung. Teruk berdarah. Setelah lama, dan kelihatan berlarutan, jadi kami decide untuk bawa ke klinik Veterinar di kerteh. Sarungkan latex glove di kedua belah tangan, kemudian tangkap dia ni, letak dalam cage. Meronta-ronta.

Bawa naik kereta untuk ke klinik tersebut. Aku duduk di seat belakang, bersama kucing ni. Satu benda yang amat disturbing, ialah bau luka darah, untreated wound. Bau busuk darah hanyir memenuhi segenap ruang kereta. Kami tutup aircond, bukak tingkap seluasnya. Tapi keadaan tetap menyeksakan hidung dan tekak, terutama apabila kereta terpaksa berhenti di traffic light,dan peredaran udara terganggu..Kucing yang ketakutan dan jarang naik kereta ni, menggelepar ketakutan, sambil menggesel-gesel hidung berdarahnya pada dinding cage. Terpercik darah sana sini. Hidungnya pula, berdarah makin teruk. Walaupun aku seorg pelajar perubatan, yang kononnya harus biasakan dengan perkara-perkara jijik begini..still..situasi tu amat disturbing. Iini baru kucing, bukan manusia lagi. 




Sesampai di klinik, dr beritahu bahawa kucing ini terkena penyakit Sporo atau kurap berdarah, Ia merupakan the worst case senario bagi seekor kucing. Pendek kata, penyakit igauan setiap kucing. Kami tanya apa ubatnya. Dr tu bgtahu, ubat perlu ambik di Kemaman, RM6 satu dos. Dan treatment adalah selama 6 bulan, efficiently. Option kedua dr, matikan kucing ni. Sebabnya, penyakit ni boleh berjangkit, terutama melalui sentuhan. Kami ambil option pertama, cuba rawat dulu.



Dr bagi injection dan sapu iodine pd luka-luka kucing tu. Disebabkan dr xcukup tangan nak hold down kucing ni time sapu iodine, dia mnta tolong kami pegang. So, pegi grab latex glove, sarung dan pegang kucing ni. (heh, mcm buat attachment, tp kat klinik vet..). Kesan dari iodine tu, kena pada luka, pedih teramat mungkin. Kucing ni menggelepar sakan, mencakar sambil terkoyak glove aku. nasib baik tak luka. Kalau tak, dengan aku2 kena treatment Sporo.

Jadi, dr tu tuliskan prescription ubat untuk dibeli. Kami pulang ke rumah dan terus kurung kucing tu, restrict pergerakannya untuk elakkan jangkitan pada tempat dan benda hidup lain. Lebih kurang seminggu selepas tu, baru kami berjaya dapatkan ubat tersebut. 

bersambung-







Wednesday, July 18, 2012

" Tidak sakit untuk kita berfikiran POSITIF.."

selalu kita dengar orang berkata.." Hidup adalah tentang PILIHAN..". We choose what to do, when to do it, who to become, what to decide, where to be...and so on..


Suasana makin gamat. Makin ramai membanjiri 'lobby area' bangunan hostel. Masing-masing memaparkan 'expression' muka yang keletihan. Sosok-sosok manusia kelihatan berhimpit-himpit di kafetaria. Kedengaran suara-suara berborak riuh, diselang seli bunyi-bunyi perut berkeroncong meminta diisi segera. Sememangnya 'peak hour'.

Dalam keriuhan dan gamat suasana 'lunch break' tersebut, kelihatan satu sosok, termenung keseorangan. Duduk. Tenggelam dalam suasana. Jasad di situ, fikiran melayang. Baru sahaja selesai menerima suatu panggilan telefon yang tak disangka-sangka. 'Still in shock'..

Bulan 5 ini, genap 2 tahun dia menghabiskan masa di situ. Program matrikulasi, sains kesihatan. Hakikatnya bukanlah jurusan yang diidam-idamkan. 'So far'..pointer tidak begitu memberangsangkan. Biasa-biasa sahaja. Dan call dari ibunya sebentar tadi, sememangnya suatu kejutan besar.

" Angah nak pegi blaja kat mesir?ambik medic. Ma ngan Pa tanggung.."

" Istikharah, pikir lu..esok-esok bagi jawapan.."

"..Dah 2 tahun menghabiskan masa di matrikulasi, tak ke rasa macam membazir masa dan duit selama ni kalau sambung blaja kat lain plak?..dah la pointer pon tak brapa nak cantek, cukup-cukup makan je. kalau sambung ke mesir nanti ambik medic. Bukan calang-calang course, bukan calang-calang orang mampu study medic,..mampu ke aku ni??..Mesti orang akan kata, nak lari....'bot' kat sini dah terumbang ambing, senang-senang je tinggalkan bot yg nk karam ni, p masuk 'bot' lain. Selamat..lagipun, kalau sambung blajar ke sana, nnti akn berada bersama student-student yg lebih muda dari kita..malu woo.."

Negatif bukan..?heh..


Apabila berada di tengah-tengah sesuatu dilemma atau krisis pilihan, sememangnya, amat perit. tidak kira dilemma tentang masa depan study, jodoh, dilemma perasaan, hendak menghambur marah atau tahan dan berdiam diri bersabar, hendak berkorban diri dan mengutamakn org lain,..menurunkan ego dan mengalah atau tetap melawan dan berkeras kepala...ianya tetap suatu dilemma yang memerlukan kita membuat PILIHAN. We will become what we chose to be. We will endure the consequences of our action. We will take responsibility for what we've done. And we will learn to live the path we chose. Setiap saat dalam hidup, kita berhadapan dengan pilihan. Kecil atau besar. Remeh atau genting. Oleh yg demikian itu lah, setiap saat juga kita perlu bergantung pd seseorang, supaya menetapkan hati kita yg sentiasa berbolak-balik ini. Siapa lagi yang wujud dan ada untuk kita,setiap waktu,setiap saat, walau di mana kita berada, bila-bila masa sahaja..walau sekerdil dan sehina mana pon kita...melainkan Allah.

dan juga, apabila memikirkan sesuatu...HENTIkan duduk melihat dan berfikir dari kerusi bangku seorang yg NEGATIF!..bangun dan bergerak, duduk di sudut POSITIF. Your life might as well change dramatically.


think positive


Hidup ialah semuanya tentang PILIHAN. Sentiasa berdoa, Allah bimbing hati kita, membuat pilihan terbaik. Dan apabila sesuatu itu terjadi, dan kita tidak menyenanginya,..ingatlah Firman Allah:

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu membenci sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.."

[ Al-Baqarah:216 ]


*muhasabah diri


Monday, April 23, 2012

" ada satu teori.."


Inginku kongsikan satu teori dari seorang sahabat..teori yang berbunyi,


" tiada siapa yang akan faham diri kita "


first time mendengar teori ni,..terfikir..
sangkanya aku 'faham' dan 'hadam' teori tersebut, namun meleset.
dengan kondisi diri waktu itu..memang jauh praktikaliti aku terhadap teori tersebut.

namun, hakikatnya..ia satu teori yang amat menarik untuk kita kaji. Begitu banyak yang tersirat di sebalik teori ini. Mungkin pada pandangan pertama, teori ni nampak agak liberal..heh. Tapi, kalau kita kaji betul-betul, teliti perjalanan hidup kita, analisa tindak-tanduk, respon diri dan lain-lain berkaitan diri kita...kemudian kita cuba serapkan praktikaliti teori ini pada semua tu. Sememangnya, begitu banyak 'ibrah dan reflection yg dapat kita ambil.


Begitu banyak pengajaran yang diambil, bisa kita guna pakai, untuk kita bina lagi diri kita, ke arah menjadi seorang manusia, insan yang lebih baik dari sebelumnya. Teori keramat ini, sememangnya suatu tarbiyyah. Teruja untuk explore dan faham lebih lanjut berkenaan teori ni. baru dapat serpihan-serpihan kefahaman,..malah, dari segi praktikalnya, masih amat rapuh. beruntunglah sahabat-sahabatku yang dah berjaya hadam teori hebat ni. Moga Allah tunjukkan yang terbaik buat kami.


-strong will of a plant, to grow on a concrete wall..


p/s: untuk merubah diri,..its possible.. even though sebelum ni, semua nampak seperti mustahil..
      anything is possible..as long as you have the strong will to do it..and as long as you believe.. that Allah
      is always with you.


" It is He who guides every step that you take..."


-so, pray that He'll always guide you towards whats best for you. InsyaAllah.

Wednesday, April 18, 2012

" Ibrah Allah ada di mana-mana"

Pagi hari cuti.. bersiap-siap. bawa bola, kenakan kasut. pergi 'memanjat' ke Mahallah Aisyah. Sejurus masuk ke perkarangan mahallah,..tersenyum melihat tiang tersebut. setelah berminggu meningalkannya. Lantas, terus sahaja ku lontar bola di tanganku.. dengan penuh harapan agar masuk ke dalam keranjang. malangnya,..tersasar.

Maklum lah, sudah berminggu meninggalkan. Tangan pon terketar-ketar melontar. Lontaran senget tersasar. namun ku terus juga melontar. lontar dan terus lontar. setelah 30 minit berlalu,..lontaranku makin banyak yang mengena masuk. seronok dan teruja mendengar bunyinya, apabila bola masuk ke dalam keranjang,bergeser dengan tali keranjang.."whoosh"...puas hati.bila satu bola berjaya disumbat masuk, makin semangat nak sumbat lagi...sumbat dan terus sumbat!!..




Lama kelamaan, tanganku yg pada asalnya td terketar-ketar..makin teguh melontar.rasa makin gagah. hatiku makin semangat dan teruja. kini lontanku, semuanya berjaya disumbat masuk. jarak lontaran tadi ku tambah..tambah jauh dari sasaran. Maka, lontaran harus makin kuat, tanganku harus makin gagah menujah bola ke atas dan ke hadapan. curve lontaran harus ku agak dengan betul. perlu juga di consider tiupan angin yg mempengaruhi lontaran, silau cahaya matahari yg makin tinggi terbit..satu persatu lontaran dilakukan..makin lama makin baik,makin lama makin bagus..

1 jam berlalu..perasaan lenguh menjalar ke tangan,bahu dan kaki..time out!...
lenguh, tapi senyuman tidak lari dari wajahku.tersenyum di muka, juga di hati..
pagi tu, satu sesi pembelajaran telah berjaya dilalui..


analogi dan simbolik tentang kehidupan,..di mana usaha dan usaha..practice dan terus practice..itu kunci kejayaan.kunci pada tertunainya matlamat. 

simbolik ini yang paling dpt ku hadam. nak compare erti "usaha tangga kejayaan" dan "practice makes perfect" pd study dan pembelajaran kelas..memang tidak biasa ditemui sepanjang pengalaman hidup ni..betul lah pada kata-kata,

'everyone differs in the things that can inspire them to do better in life..'

poin: setiap perkara yg berlaku, buruk atau baik, kecil atau besar, sama ada berlaku pd diri kita, atau org lain..ada pengajaran padanya. ada ibrah yg dapat diambil, cuma lain orang, lain isinya.


"...pandanglah setiap sesuatu itu dengan pandangan rahmat..nescaya akn kau temui ketenangan.."

Thursday, December 22, 2011

"...addressing..."

pemilihan kata itu PENTING..




kadang kala, sewaktu bermeeting atau berdiskusi,..anda mesti akan bersuara,..bersuara untuk diri, untuk sahabat, untuk group atau kumpulan anda,..

anda juga mungkin akan bersuara, merujuk kepada seseorang, kepada dua atau tiga orang,..kepada sebuah kumpulan atau organisasi,..dan lain-lain..

pemilihan kata,..untuk kita address diri kita, kumpulan kita,..untuk kita address orang lain atau organisasi lain..
pemilihan kata perlulah kena, sesuai..
kerana,..pemilihan kata yang salah atau tersasul...mungkin nampak kecil..tapi, hakikatnya,..kesan yg dibawa besar..


contoh,..anda bersama kumpulan anda. korang telah berjaya menyiapkan assignment yang ditugaskan. satu group, diwajibkan menghantar satu copy assignment tersebut ke meja lecturer dalam jangka masa yang ditetapkan. korang sama-sama bekerja keras, berusaha menyiapkan assignment yg lecturer beri tu..fuhh,..memang lelah..bila tiba hari nak submit assignment tu...

kat cover depan, anda letak nama anda sorang shj. then,..submit..
mmg, analogi yang diberikan..nampak mcm kurang logik...tp, sebenarnya, effect perbuatan itu, lebih kurang sama dgn apabila kita tersilap meng 'address' diri atau orang lain..


(gambar hiasan)


situasi yang sepatutnya pakai "saya" atau "ana"...

situasi yang sepatutnya pakai "kami" atau "kita"...

situasi yang sepatutnya pakai "awak" atau "kau" atau "enta"...

situasi yang sepatutnya pakai "korang" atau "entum"...


Dalam berorganisasi khususnya,..perkara ini seharusnya kita ambil cakna...ia termasuk salah satu most common thing yang perlu di take note apabila kita berdepan audience/crowd..dalam organisasi, majlis atau meeting..
benda remeh,....effect besar...

(muhasabah diri...)

Tuesday, December 20, 2011

koleksi "sampah"..


Setiap dari kita punyai sudut pandangan atau persepsi yang berbeza berkenaan sesuatu itu. setiap PERCEPTION adalah unik bagi setiap manusia. adakalanya anda melihat satu perkara itu bagus, anda menyenanginya..mengkaguminya...namun sebaliknya bagi saya..saya mungkin melihat perkara tersebut suatu yang tidak patut, tidak mempersetujuinya dan tidak menyukainya. begitu juga vice versa. Persepsi manusia itu suatu yang subjektif..



- "sampah" baru di 'bengkel'...motor elektrik,magnet besar tuh...boleh convert jadi dynamo..


cuti semester kali ini, koleksi "sampah" di bilik ku bertambah lagi. hahaha..dan yang seronoknya, pertambahan item "sampah" kali ini...suatu item yang agak payah dan jarang untuk diperoleh..ceritanya bermula apabila suatu hari, stand mixer mama tiba-tiba rosak, tak mahu berpusing..kami baru shj semangat nak buat kek,.."mesin mixer rosak la plaak."...memang habis spoil mood kami gara-gara mesin dah rosak..tapi,sebaliknya bagi aku..mood melonjak!!..  ^^  ..."okeh..beres, angah nak mixer ni,boleh ma..?"...

ibuku dah tak larat nak rasa hairan dan pelik kenapa aku nak benda-benda rosak ni..sibuk mengumpul pekakas-pekakas rosak di bilikku. selalunya, bila mama datang meninjau-ninjau bilik aku..mampu geleng kepala sahaja..bilik aku mereka sudah tak panggil bilik, mereka panggil bengkel. dan "harta-hartaku" semua itu, mereka panggil "sampah"...nampak..? persepsi manusia memang berbeza. 

namun begitu, persepsi atau pandangan itu, tak selalunya berlainan. ada juga kalanya, antara kita punyai persepsi yang sama. sememangnya, bila anda berdepan situasi persamaan persepsi ini,..memang satu rahmat. kerja pun selalunya akan menjadi lebih mudah, kurang perbalahan, tugasan lagi cepat diselesaikan..


tapi sebenarnya, berlainan persepsi dan kepelbagaian pandangan inilah...yang merupakan kekuatan dan rahmat kepada kita. bila banyak pandangan, bermaksud banyak idea..pemikiran akan bercambah, imaginasi berkembang, penemuan-penemuan baru bakal kita discover, jawapan kepada permasalahan mungkin akan diketemukan. bak kata pepatah Inggeris " two heads are better than one.."....lihat rasionalnya pada pepatah tu..


jadi.. ingin ditekankan di sini.. berlainan pandangan itu rahmat..jgn kerananya, kita bertelingkah dan saling berbalah sesama kita..dan persepsi yang paling baik itu, adalah yang berlandaskan iman dan 'aqal. wallahu a'lam.   (peringatan buat diri yg selalu lupa..)

Sunday, October 16, 2011

" makhluk bernama 'ego'..."-sem break entries- [part 3]

memandangkan duduk di rumah, diri boleh meberi sedikit ruang untuk menghasilkan entry baru. hanya tulisan,nukilan,..mengexpresskan diri..








terasa mahu berbicara soal SAHABAT....no reason actually...eh tp,..ade sebab sebenarnya,...sebabnya, sebagai muhasabah buat diri sendiri terutamanya,,...juga dedikasi buat sahabat-sahabat yang berkemungkinan "terbukak" laman blog ni....( mintak-mintak la takde yg bukak... :p )..heh..


kalau dulu,time sekolah rendah, perkataan "sahabat" ni..bile didengar, takde la sampai ke hati. iye la, time tu pon, masing2 semua masih budak-budak, hingusan..tak matang lagi..bila melangkah ke sekolah menengah, mula lah mengenal erti sahabat..tp,kadang-kadang musykil juga, bila timbul soal ikhlas atau tidak dalam bersahabat..hinggalah, pada suatu ketika, di akhir tingkatan 4, aku menerima "lamaran"...dari situ, bibit-bibit persahabatan sebenar mula bercambah..baru jelas padaku, atas apa persahabatan ini seharusnya dibina.


"..atas dasar aqidah...bersahabat kerana Allah..."


"ukhuwah"....lagi satu benda baru yg ku pelajari, setelah menerima "lamaran" ini..betapa pentingnya ukhuwah..




sesungguhnya, aku bukanlah seorang sahabat yang baik sepanjang aku bersahabat dengan orang..terlalu banyak rasanya berbuat salah, menyakiti hati sahabat, terkasar bahasa,tindakan, melakukan sesuatu yang sabahat tak senang dengannya, bersangka buruk dengan sahabat sendiri, punyai ego yang tinggi, susah memaafkan sahabat...dan banyak lagi.


paling ketara, dan paling teruk.....aku tak menghargai sahabat..






apabila aku dilanda masalah, tekanan...rasa down, sudah seperti dipijak-pijak...akan duduk di meja bilik, dengan wajah berkerut seribu,memikirkan masalah tersebut. roomate-roomate yang berlegar-legar keluar masuk dari bilik, tidak aku endahkan, seolah-olah mereka tak wujud. sedar perbuatanku salah..tp..tak mau endah...
tenggelam dalam 'dunia masalahku'...pentingkan diri..


hakikat bahawa sahabat2 ku sedia menghulurkan bahu untuk ku menangis di atsnya, sudi berkongsi telinga mendengar luahanku, sudi mengeluarkan air mata untuk sama2 menangis dgnku....hakikat ini tak ku layan..padaku, tak sanggup berkongsi penderitaan..tak mahu org lain turut terjebak dan terkesan dgn masalahku..bgku, agak kejam menjebakkan mrk..sahabat2 ku tak bersalah...


tapi...erti hidup pada "memberi dan menerima.."..berkongsi..
kita tak akn mampu hidup sorang2..gembira sorang2..menderita sorang..




sedar..menyesal..tapi..untuk bangun, berubah, melakukan perubahan sikap..
hmm...amat payah..
ego diri mengatasi...


kalau aje dpt ku injak-injak 'makhluk' ego ini...




-maaf buat sahabat-sahabatku.

Saturday, July 23, 2011

~ JATUH..??...~

Alhamdulillah...
Baru bangkit selepas "jatuh" sebentar..
selepas hampir seminggu "berperang" dengan diri sendiri...alhamdulillah..
Allah tunjukkan jalan..

Kadang-kadang, pabila diri dibelenggu masalah, 
masalah hati, masalah diri, masalah dengan orang lain,...
punca UTAMAnya..

kita check smula, hubungan kita dengan ALLAH...
sejauh mane kita letak PERGANTUNGAN kita pada Allah..


Ujian dari Allah kepada diri...tanda Allah sayang kita..
Allah sedang PERHATIKAN kita...Allah sedang PANTAU hambaNYA ini..


kita harus SEDAR,,...celik dengan SAPAAN dari Allah ini...
bukannya MELATAH, MERUNGUT...MENGELUH...MERUDUM jatuh..PUTUS ASA dgn hidup!!




seminggu lepas...rasa diri ini ketinggalan di belakang...semua sahabat-sahabat sudah "berlari-lari" di hadapan..
diri ini masih di belakang...left behind.

sedih...

kecewa..

down...

rasa tak layak..








....tup2...

ketukan di pintu hati....

dari Allah......dari mama dan papa.......dari sahABat-sahabat......dari kawan-kawan......dari adik-adik...


LA TAHZAN...Innallah Ma'ana..



mid-sem exam menghampiri...satu hari je lagi..masa berbaki untuk pulun stadi...

resah,...gelisah...takut,..gentar..

normal..

yg penting,...YAKIN dengan janji ALLAH...

usaha...do'a...tawakkal..



buat sahABat-sahABat seperjuangan ku...

Sape kate kita LESU, kita LEMAH..?? sape cakap kita LAMBAT..??

sape kata kita KETINGGALAN..??!


insyaAllah, sama-sama kita buktikan...

PEJUANG Islam juga HEBAT berpencak di arena akademik...

InsyaAllah...

ALL THE BEST semuaa...

^_^

Tuesday, June 21, 2011

"..Lafaz ini..."

ISTIMEWA BUAT....  PAPA dan MAMA...




selama hampir 19 tahun angah hidup di dunia ni, setiap saat angah bersyukur kpd Allah,..kerana MAMA dan PAPA ialah mama dan papa angah...sejak lahir, mama dan papa duk jaga, tatang, belai, manja, sayang, didik, asuh angah,.....hingga lah angah jadi spt who i am know....


angah minta maaf, kalau outcome diri angah ini, tak seperti yg diharap-harapkan papa, mama..setelah kalimah-kalimah, kata-kata, bait kata yg terkeluar sendiri dari mulut papa dan mama sendiri...menggambarkan kekecewaan terhadap angah...




angah sedar kesilapan angah,..kalau kan batu yg keras pon, boleh jd lembut dek air....apatah lagi hati manusia. angah sentiasa alert, cume respon tu mungkin tak terlihat...angah dlm proses mencari diri, dalam kembara memahami erti dan matlamat sebenar HIDUP ini... tersasar, terlari, terjatuh, rebah....itu insyaAllah itu PENGALAMAN yg mengajar...






pernah papa dan mama keluar statement..."di mana salah kami didik angah??.."...........


mama papa tak salah...cume, assume ini hanya sebahagian proses angah menyelongkar diri....sungguh, statement td tu amat, amat berat angah nk terima...










setiap kali terdengar lagu "Lafaz yg Tersimpan"...dari UNIC, terase bagai ditampar-tampar dengan bait-bait lirik lagu tersebut....muhasabah..


tp, insyaAllah, "lafaz" angah tak tersimpan, cume medium penyampaian bukanlah lisan....angah tak mampu, takde kekuatan...hanya mampu berdo'a kpd Allah, agar "lafaz" ini sampai ke hati-hati mama dan papa...




                           "..Lafaz sayang yg tak mampu digambarkan....buat PAPA dan MAMA..."

Thursday, March 24, 2011

.: MAHU atau PERLU :.

" Aku minta pada Allah setangkai bunga segar......baunya yang wangi, rupanya yang cantik, buatku gembira, orang di sekitarku bahagia...alangkah indahnya hidup macam tu....  "






" DIA berikanku kaktus berduri......tajam, melukakan...hinggakan orang di sekitarku mencemuhku. 'hish, menyusahkan' , kata mereka...aku malu, diinjak-injak rasa diri ni... "




" Aku minta kupu-kupu..dpt temankan aku, jadi penghibur hatiku setiap masa, tenang melihatnya, rupanya menawan, warna-warni...suka2..."




" DIA berikanku ulat bulu...merah-merah tanganku, gatal kot, sakit aku, tergaru-garu,...menyusahkan, leceh..arrghh, aku benci..!!"







" Aku sedih dan kecewa....rasa terluka, rasa tertekan, hilang semangat..semua yg kuMAHUkan, tak tertunai. hampa, kecewa..aku malu. kawan2 ku, nmpak sepertinya semua yg mereka idamkan, mereka dapat. mereka nk berjaya dlm pelajaran, Allah tunaikan hajat tu. mereka berjaya. mak ayah semua gembira, senyum hingga ke telinga..bangga dgn anak mereka...aku?? hanya lihat dari jauh. perit rasa hati ni. bagaimana mahuku hadapi mak ayahku? semestinya mereka kecewa, sedih dgn diriku..tak sanggup rasa... Apa ini ya ALLAH? mengapa semua ni terjadi padaku?? hidupku sekarang nampak macam semua tak menjadi...aku rasa seperti mahu putus asa.........ALLAH...",





" Namun kemudian, kaktus telah cantik berbunga, dan ulat bulu telah bertukar menjadi kupu-kupu...aku terkejut, terkedu. tak ku sangka. rupanya begitu...aku telah silap. aku sangka buruk padaMU ya ALLAH....astaghfirullah.."







 "Rupanya, itulah jalan Mu ya ALLAH, indah pada masanya..mungkin aku tak diberi apa yang aku MAHUkan, tapi ALLAH beriku apa yang aku PERLUkan..."


" Walau kadang sedih, kecewa, terluka dan tertekan,...tapi jauh di atas segalanya, DIA telah mengaturkan yang TERBAIK dalam kehidupan ku....yakinilah segala aturanNYA buat diri..."



**************
- diadaptasi dari mesej2 forward. terima mesej tu bertepatan saat diri diserang down. syukran kepada sender.. waktu tu, hati dah mula menaruh syak padaMu,...fikiran bercelaru, buntu...tersentak diri sejurus habis membacanya...aku telah salah sangka...lagi teruk, aku salah sangka pada ALLAH..


sama2 kita fikirkan....wallahua'lam.

Monday, March 7, 2011

"Undescribable"

" Don't think that you are small, not suited for that kind of responsibilities or not enough courages to finish it... All is well if you have positive minded and optimist with your strength and capabilities.. All you must do is do it with your heartfullness. put your soul into it.
and whateva I said here, are also for myself.. which sumtimes I do get down and pesimist..but I pray a lot and do what I could.. then, my spirit n enthuasism and optimism come inside slowly with Allah permission...by then, say Alhamdulillah and do Sujud Syukur always.."


ini petikan nasihat seorang senior kpd aku....thanx akak..

- percikan, semangat yg membuak. asal: air yg tenang



telah melalui 7 extremely awesome crazy days....a whole exciting week...tak tersangka diri ini mampu bertahan...bermacam-macam dugaan dan pengalaman hidup dilalui....tarbiyah hidup..sahabat aku selalu pesan  " mcm mane kite nk mentarbiyah org kalau diri sendiri tak bersedia ditarbiyah...."..sepanjang seminggu merelakan diri ditarbiyah..seribu satu kesimpulan yg dpt aku berikan....ade yg sampai tak boleh nk describe dgn kate2. begitu dasyatnya kuasa tarbiyah. PENGALAMAN ditarbiyah itulah yg mengajar diri, meng influence tindakan-tindakan dan pemikiran kita di masa2 akan datang...mudah katenye, aku rasakan diriku sudah tak sama spt dulu....lain..harapnye, insyaALLAH, lain itu dari sudut positive, bukan negative....


daripada seribu satu input yg aku peroleh, mungkin hanya boleh aku kongsikan hanya secedok di alam maya ini...selebihnya, ku rase hanya dpt kalian semua, rasainya sendiri....LAIN, antara dgr dari seseorang dengan merasainya sendiri....




impak yg paling besar yg aku peroleh ialah tentang self confidence...walaupon tak mengubah diri secara dramatik, bagiku, sudah cukup dengan tercetusnya kesedaran..selepas 'membengakkan' mata berkenaan dgn hal ini, dan setelah mendapat hamburan kata2 semangat dari sahabat2...insyaALLAH, ku bersedia kini. sampaikan ade yg kata mata aku dah jadik mcm "mata ikan"..haha. terima kasih yeh semua. sungguh, mmg segan gile. tak pasal2. kepada sahabat2 ku yg aneh dan terkejut melihatku pada waktu tu, sorry la eh..nk explain pon tak reti..syamira, kak yuni, kak shahira...dan ramai lagi..i'm alright.. papepon, the thing that we can reflect here is that, apabila diberi satu2 tanggungjawab...YAKIN pada diri. JANGAN fikir yg kita ni tak layak, tak mampu, JANGAN fikir yg kita ni kerdil ajeh.. taqdir ALLAH sudah putuskan untuk kita end up in that place..ade sebabnya. PERANCANGAN ALLAH adalah yg terbaik. jadi, knape perlu ragu2 pada Allah??....tugas kita ialah terima dengan penuh rasa amanah, bersyukur....ber'azam untuk berikan yg terbaik..to give our best shot for ISLAM...muntahkan segala kepakaran, kekuatan, kemahiran yg kta ade untuk kemaslahatan ummah... walaupon, kadang2 diri ni ade jugak terfikir, knape aku?? rase mcm ade ramai lagi sahabat2 yg lebih layak dariku. sahabatku ade yg lebih pandai bercakap di hadapan dari aku, ade yg lebih mantap kepimpinannya dr aku, ade yg lebih ber'ilmu dariku.jd, knape aku?..buat masa ni, ape yg mampu aku lakukan bile diterjah fikiran sebegini....YAKINI PERCATURAN ALLAH....sahabat2 lain, ingt, yakini percaturan ALLAH dlm apa jua hal....






- kata mcm mate garfield ok gak,...mate ikan??? ish2...haha


poin kedua yg perlu rase untuk dikongsikn bersama di sini ialah, jgn cepat kita menilai dan judge seseorang itu. kite baru kenal dia 2-3 hari, layakkah kita nk judge dia mcm2?? ape yg aku dpt lihat, there's a reason why a person is like who he or she is now...adakah kita betol2 kenal sahabat kita tuh? tahu keadaan family mereka, tau likes and dislikes mereka, tau masalah peribadi mereka?? bile kita buat sesuatu bersama-sama, kelemahan orang itulah yg kita nmpak dulu, walaupon terserlah kelebihan dan keistimewaan sahabat tu, kta tetap nmpak keburukannya lebih jelas....di sinilah perlunya untuk kita belajar berfikiran P0SITIVE...walaupon dlm keadaan 99% of what we are seeing are all negative, find the 1% positive thing that we can take...dlm erti kata lain,....bersangka baiklah...husnu zon...kenali betul2 dahulu sahabat kita, selami diri dan jiwa mereka. usaha untuk faham betol2 sahabat kita....kate nk berjuang bersama-sama, tp kalau tak kenal sahabat di sisi, bagaimana mahu menang?? bile dah saling kenal, tugas bersama untuk backup each other. bile sorang rase down, ade problem, lemah semangat,...sahabat lain bantu. jd booster penaik semangat...kalaupon ade sahabat yg jenis susah hndak didekati, tak main dipujuk dan di slow talk nih, sebenanye, bagi mereka sudah cukup dgn mengetahui bahawa sahabat2nya take care akn dirinya....( bercakap ats pengalaman diri sendiri..)..ini realiti...dan sebagai seorang sahabat pulak, jgn pula kita jd org yg hendak menerima shj...jadilah juga sahabat yg memberi....jgn kita nk org support kita aje, kita takde pulak support sahabat kita tu...mudahnya, kita mesti seiring memberi dan menerima...

cukup dulu sampai sini coretan aku...to be continued...






Thursday, January 27, 2011

dah lame tinggal mnde alah ni. bukan ape, tak berpeluang nk go online. laptop rosak teruk, pastu bile dah tukar laptop pon, nk register semula wifi perlu buat surat ke department ICT. tu yang leceh, malas lagi. biarkan dulu..

recently, terlalu banyak yang telah berlaku. ade yang baik, ada yng kurang baik,..ade yg menyedihkan, ade yg amat menggembirakan,...ade yg amat mencabar emosi dan diri....ada yg masih belum selesai hingga saat ni pon. sungguh, ini semua pengalaman...tarbiyah.

orang kata, time matrikulasi ni la masanya kita mencari identiti diri. "we might be someone a lot more different than who we are before in high school.." ..dan aku,..sedang dlm proses mencari, agaknye...sedang cube sedaya upaya nak memahami diri sendiri. kadang2, di kala mengahadapi satu situasi, rasa macam kita bukan diri kita sebenar. lain. lepas2 tu, asyik terpikir, knape tindakan tadi yang kita ambil?? pelik, tak paham...




heh, antara eksperimen terbaru terhadap diri, ialah nak uji self confidence. aku mmg jenis akan rasa tak senang bile menyusahkan orang lain...akan rasa bersalah yang teramat. kalau dlm satu majlis, aku yg sedang bercakap, bimbang ape yg aku ckp tu, kurang betul, tak sopan,..akan spoil mood ramai...dlm kalangan kawan2, aku paling tak suke org tunggu kita..mungkin sbb tu, jarang dapat lihatku bejalan ramai2, sama2... sbb ni la, kalau dlm sports, takkan pilih sports yang melibatkan team, mcm netball, basketball...dsb. malah, main beregu pon aku pikir 2 kali. pernah fobia teruk semasa main team mcm ni. sbb kita tersalah passing bola, pihak lawan beroleh mata...sungguh, FOBIA..rase bersalah tu menyebabkan permainan kita terkesan hingga ke akhir game, tangan tibe2 jadi kekok, nervous, terketar-ketar...

2-3 hari semalam, aku dan budak2 team badminton SMAC for MEDCY, pakat2 join tournament badminton MEGA, mahallah games. main ikut team, kene pungut mata team terbanyak untuk menang. basically, kemenangan n kekalahan kita akan effect satu team. heheh,..nk dijadikan cerita, team kami berjaya mara ke final. dan lagi nk dijadikan ceritanya, game terakhir inilah yg akn jadi penentu johan atau tempat kedua...dan,..AKU lah player terakhir itu...kalau aku menang, team aku menang...kalau aku kalah.....hhm,.
aku yg jenis mmg mudah nervous, lagi la bertambah nervous bile tahu yg diri memikul tanggungjawab kemenangan or kekalahan team. Alhamdulillah, match tersebut berjaya team kami menangi. match yg berlangsung pukul 1.30 am...semua team mates ucap tahniah, semua gembira aku berjaya menamatkan game dengan kemenangan untuk team..semua in a good mood...aku lega. sungguh, ini memang satu situasi yg bukan selalu muncul dlm hidupku..




tp, jauh di sudut hati, terbayang kalau aku kalah tadi,... mesti situasi gembira, tersenyum tu tadi berpusing 180 darjah... muram, sedih,...kecewa. mungkin ade yg cakap kat aku, " takpe, main je kan...". tp, hati tu mmg tetap akan ade sedih dan frustation. dan, kalau membayangkan situasi yg ekstreme sikit, akn ade adegan salah-menyalahkan antara satu sama lain. pergaduhan mungkin tercetus, mungkin akan cakap belakang....sikap akn jadi agak dingin sesame team mates...

inilah sebenarnye FOBIA aku...


dan padaku, cara nak cure fobia ini, adalah dengan mengalaminya sendiri. pengalaman akan mematangkan... spt kata pepatah,." alah bisa, tegal biasa..."...mungkin, insya-Allah. kepada semua yg pernah mengenaliku, please try to bear with this personality problem of mine...insya-Allah, trying very hard to work it out.. and, I'm really hoping you'll help me out.....

Tuesday, November 30, 2010

sahabatku sekalian...tq


-antara sahabat2 semasa di  SMKA kuala abang
cukup tersentuh dgn lagu ini. teringat kepada sahabat-sahabat lama di sekolah dulu, SMKA Kuala Abang. antunna dan antum masih di benak fikiran ana. terima kasih kerana telah menjadi sahabat ana. tidak lupa kepada sahabat-sahabat ana di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, setiap hari pasti terlintas kalian di fikiran ana. harap antunna antum semua gagah meneruskan perjuangan di bumi KMPP selepas ana dah pergi. last but not least, sahabat-sahabat ana di CFS IIUM PJ. terima kasih kerana cube memahami diri ana. terima kasih kerana cuba bertolak ansur dengan kelemahan ana, dengan karenah ana. kalau nampak ana mula hanyut, tolong tarik semula tangan ana. saat mendengar lagu ni, terase Allah, amat bertuah ana punyai sahabat-sahabat seperti antunna antum semua di sisi, bersama-sama berjuang. tanpa kalian semua, tak mungkin ana dapat bertahan seorang diri. di kala banyak taklifat perlu dibereskan, di kala markah kuiz dan assignment kurang memuaskan, di kala lab report di 'reject' oleh lecturer sbb hntr lambat, di kala result exam amat merunsingkan, di kala hati dan fikiran diserang penyakit down, antunna antum lah menjadi booster bagi motor dan enjin diri ana untuk kembali bangkit menderam...antuna antum lah pemberi ingatan supaya kembali mengadu kepada Allah walau apa jua situasinya,.......terima kasih sahabat....


Monday, August 30, 2010

hikmaH di sebaLik teKanan...

tension.....tension tu sebenarnye bagus. tension atau tekanan lah, yg dpt mendidik dan mengajar kita. Melalui tekanan kita peroleh pengalaman, kematangan. jadi, setiap kali berdepan tekanan, tak kire tekanan tu dlm bentuk apa sekalipun...tension bile result exam tak berape gempak, tension dgn kawan2, tension dgn cikgu2/lecturer2, tension dgn persepsi org lain terhadap kite, tension dgn ibu bapa, tension apabila tindakan yg harus dibuat sering bertentangan dengan kehendak diri dan hati.......semua itu common. manusia mane yg tak tension....



tension bukan shj bile kita mendapat musibah, ujian atau perkhabaran2 yg kurang enak. tension juga berlaku apabila mendapat nikmat. contoh, seorang yg dapat result cemerlang dlm akademiknya [12 A+ la.....contohnya], juga akan berasa tension dgn kejayaannya itu.

"lepas ni kene kekalkan prestasi dan tingkatkan....."
"mcm mane nk react dgn geng2....buat biasa, malu2 atau..."

dan mcm2 lagi tekanan yg timbul....
jadi, jangan lah kite menegatifkan anggapan kite terhadap tekanan2 yg kita hadapi. di sebalik setiapnya, ade hikmah2 tertentu yg kita boleh ambil dan buat pengajaran...jgn bila diserang tekanan, kite terus melenting, rase down, putus asa...dan yg paling teruk hilang kewarasan berfikir...rase down ketika tension tu bende normal.



aku pon bese rase down ni. dan kadang2, aku juga terleka dengan arus tekanan tu. contohnye, result exam mid-sem baru2 ni. aku mmg bukan student jenis study hard, struggle...perangai study aku dr sekolah menengah ialah study ringan2 je. menunda-nunda tu, heheh, biasa le.....jadi, bile result exam mid keluar baru2 ni, tebtunya result aku tak brape la. ditambah dengan kecuaian menjawab certain2 soalan yg membuatkan aku hilang lg banyak markah. dah la markah kuiz pon hampeh. ade satu kuiz tu aku dapat 4/20 aje...nk nangis rase tgk markah tu.....time tu teramat la tension, kire2 pointer, x sampai 3 pon, 2.94. jd, mmg dlm seminggu tu rase down amat. bertambah tertekan apabila geng2 ramai yg dpt result cantek...aku?? jd, dr situ la, aku try post mortem cara aku belajar. mungkin care aku tu dah x sesuai untuk digunapakai di matrikulasi ni....ni bukan sekolah daa....jd, aku try ubah sikit2 care belajar. kalau dulu time sekolah, aku mmg bukan jenis stay up night study, sekarang dah cube berjinak-jinak dgn trend tersebut...try n tengok dulu.....



jadi, tu lah nk cakap. setiap tekanan yg datang, jgn ambik negatif nye saje, see it by the bright side.....ade hikmah yg tersedia untuk kite ambik....jadi, kepada sahabat2 ku sekelian, La Tahzan......