" TRUST in Allah wont make the mountains smaller but make CLIMBING easier. DO NOT ask Allah for a lighter load, but ask Allah for a STRONGER BACK..."

Friday, June 25, 2010

.:. Tiga Pendekatan Untuk Berubah .:.

Alam semesta mula mengembang sejak langit dan bumi dipisahkan ALLAH s.w.t. (Al-Quran 21:30). Manusia menamakan pemisahan ini dengan The Big Bang Theory.

Kajian saintis baru-baru ini telah mendapati bahawa pengembangan ini bukan sahaja masih terjadi, malah kelajuannya semakin meningkat.

Ia menafikan tanggapan awal bahawa kelajuan pengembangan alam semesta ini akan menjadi semakin perlahan.

Oleh kerana kita adalah sebahagian daripada alam ini, kita juga mengalami pengembangan.

Kejadian kita yang lahir sebagai bayi yang kecil dan kemudian membesar menjadi kanak-kanak, remaja dan dewasa adalah satu bentuk pengembangan atau tumbesaran.

Pada saat kita duduk diam membaca tulisan ini pun, kita sebenarnya sedang bergerak dan berubah.

Sel-sel di dalam tubuh tetap membiak dan berkembang.

Jika setitik darah kita diperhati melalui mikroskop, kita akan dapati sel-selnya bersimpang-siur dan berkitar laju.

Sebab itulah, jika kita tidak mahu berubah kerana berada di zon selesa, kita sebenarnya telah melanggari tabiat alam yang sentiasa berubah, mengembang dan bergerak.

Rugilah sesiapa yang tidak mahu memperbaiki diri sendiri, sama ada daripada segi mental, fizikal dan spiritual.

Berubah daripada yang tidak bagus kepada yang lebih bagus sebenarnya adalah fitrah manusia yang sentiasa inginkan kebaikan di dalam hidupnya.

Kita mahu hari ini lebih baik daripada semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini.

Seandainya kita tidak mahu memperbaiki keadaan diri, kita akan menggelongsor, merudum dan terjelepuk di lopak kehidupan yang sama.

Bagaimana pun, berubah itu sendiri perlu caranya.

Kalau tidak kena gaya, maka perubahan yang dilakukan itu hanya sementara. Sama seperti resolusi tahun baru yang telah dilupakan belum pun sampai sebulan ia dinawaitukan.

Terdapat tiga pendekatan dalam melakukan perubahan. Perubahan jenis yang pertama adalah berbentuk evolusi dan yang kedua berbentuk reformasi, sementara yang ketiga dalam bentuk revolusi.



Evolusi

Memutar jam lebih awal 15 minit untuk bangun pagi agar tidak lewat sampai ke pejabat, makan sebelum jam 8.00 malam untuk menjaga kelangsingan tubuh atau menahan amarah ketika memegang stereng kereta umpamanya, adalah di antara perubahan-perubahan kecil yang merupakan evolusi diri.

Ia mudah dilaksanakan kerana kita boleh lakukannya hari ini, malah sekarang juga.

Bagaimana pun, kesannya hanya sedikit dan tidak ketara.

Malah, orang lain tidak akan nampak akan perubahan ini kerana ia juga tidak akan memberi kesan kepada orang di sekeliling. Ia seperti kaizen dalam istilah Jepun iaitu perubahan yang sedikit tetapi berterusan.

Reformasi

Perubahan dalam bentuk yang kedua pula lebih inovatif. Dan perubahan ini menemukan jawapan melalui pemikiran lateral.

Kita bukan sahaja mempercepatkan jam 15 minit lebih awal supaya bangun lebih cepat, tetapi turut tidur lebih awal.

Kita bukan sahaja makan sebelum jam 8.00 malam, tetapi mula bersenam.

Kita bukan sahaja menahan amarah ketika memandu, tetapi memasang lagu-lagu nasyid di dalam kereta untuk memperoleh lebih ketenangan.

Cara ini lebih reformatif kerana ia memerlukan pemikiran di luar kotak.

Kedua-dua perubahan secara evolusi dan reformatif ini boleh diaplikasikan jika kita mahukan perubahan kecil dan sederhana. Bagaimana pun, perubahan dalam bentuk yang ketiga ini adalah perubahan yang revolusioner.

Perubahan ini memerlukan satu pendekatan yang jauh berbeza.

Jika perubahan evolusi dan reformatif ini bersumberkan perubahan yang berdasarkan fakta, keadaan dan tabiat yang ada, perubahan jenis revolusi ini membuang terus apa yang ada dan membina yang baru sama sekali!

Dalam konsep pembelajaran, perubahan revolusioner ini menuntut seseorang itu untuk unlearn and relearn atau membuang apa yang selama ini dipelajari dan belajar semula ilmu yang telah dipelajari.

Hijrah

Inilah yang dinamakan hijrah! Pengajaran daripada hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah ialah, ia merupakan perpindahan fizikal dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Dari segi mental, ia meninggalkan satu kebiasaan untuk membina satu kebiasaan yang lain.

Dan daripada segi spiritual, ia memerlukan kekuatan rohani untuk menjayakan sesuatu perubahan itu.

Hijrah adalah perubahan total dengan meninggalkan suasana fizikal , pola pemikiran dan amalan spiritual yang menjadi anutan selama ini. Misalnya, daripada hidup bersama ibu bapa kepada berumahtangga sendiri, daripada makan gaji kepada bekerja sendiri dan daripada menjadi makmum kepada menjadi imam.

Hijrah, atau perubahan revolusioner itu memerdekakan fizikal, mental dan spiritual seseorang. Ia menyerlahkan kehebatan seseorang individu itu.

Malah, ia memberi erti kepada maksud kehidupan seseorang individu itu sendiri.

Seperti alam semesta yang tiada henti pengembangannya, perubahan diri seseorang itu tidak seharusnya ada noktah dalam garis kehidupannya.

- Artikel iluvislam.com

Monday, June 21, 2010

Hectic schedule!!


Akhirnye, lps 2 minggu xde buat ape, jadual pon kelua. Hari ni first day kelas stat. Kije aku bejalan merate smate-mate nk lengkpkn time table aku ni. Kene rujuk mcm2 department untk tgk info tntg subjek yg kte ambk. Untk sem1 ni, aku ambk 3 main sbjk-fiz,bio,kim, 1 sbjk arabic,1 sbjk agama, 1 sbjk comp. Leloh! Hari ni td aku dah sesat beberape kali, x familiar g dgn tmpt ni... Skrg ni tgh exhausted.. More posting next time, insya-Allah.

Friday, June 18, 2010

1st amali bio d kmpp..(past event)


Dgn penuh smgt kami student H6P2 menghadiri kelas amali bio ni. Masing2 da x sbr nk pakai lab coat. Gaye mcm doktor sorang2. Hehe. Gambar d atas m'nunjkkn Dr.Huda, Dr.Yvonne and Dr.Tham Kai Seng meneliti organisma micro dr sampel pond water yg t'dapat dlm lab. Excited semua, smpai time nk blik pon x sedar, syok tgh compete sape dpt jumpe ape2 bnde interesting dlm sample masing2..argh, seronok jgak matrik sbenanye. Mcm masih bersekolah..:-D

Thursday, June 17, 2010

CFS IIUM kampus PJ


Ni view dr bilik aku yg terletak d aras 4. Blok aku ni ade 9 aras, siap ade lif lg. Heh. Dah hmpir 2 weeks aku d cni, kelas x stat2 lg. Student 1st intake da blaja bnyk, aku kami terkial2 xde keje. Skrg ni aku rindu mbeng ke kwn2 ku d KMPP. Da la cni khabarnye xde court tenis. Mati kutu aku xde kije ptg2.. Tp x explore habis lg. Nanti aku crk jgak court tu. Tp, alhamdulillah, bi'ah d cni amat menyenangkn. Sket2 yg x enak tu ade je, bese la. Mane2 institusi pon ade. Ho, syafra sdg asasi d UM. Nnti free2 bulih jumpe ye, d Mid Valley ke. Hihi. Bnyk g nk blogging, tp internet cni prob. Xleh dftr lg.. Nanti ah, lengkali..

Thursday, May 13, 2010

Kmpp...


Time riadah pagi. Awok2 kaka d kmpp. More updates later. Wireless susah nk dpt sini. Chow.

Sunday, May 9, 2010

12 hour journey....


Esok g dftr matrik d pulau pinang. G awal sehari, bermalam d Al-Zehra inn d sg petani kedah. Lalu kot lebuh raya timur brt, ikut gerik.penyeksaan ke telinga aku yg x thn altitude tinggi2 ni. Meletup-letup...esok dftr awal pg. Senang, x bolok2 nga org lain. Pakat doh nga awok ni nk dftr same, ingt bulih dapat bilik dekat2. Heheh.

Wednesday, April 28, 2010

SetELah bEBerapa tAHun penaNtian...


Akhirnya, lps 2-3 tahun menunggu, siap juge goal basketball yg ayah aku kabo nk buat selame ni. Bagus ade dah bnde ni. Memandangkan ak dgn adik aku afiq je ade d rumah leni, nk ajak bdak tu main badminton pon, bkn ye reti. Hehe. Adenye lubang bsket ni, aku main sorang xpe.. Sambil si afiq tu excited main basikal memandangkan dia br reti pandai naik basikal tayar 2 seminggu lps...ade jugak kadang tu bola jatuh dr lubang kene ats bskal baru dia tu. Afiq akn menjerit marah aku, aku akn.....
..

semestinya buat lagi...heheh.

Tuesday, April 27, 2010

the m0st trAumatiC day during my 5 montHs off....!!! [goin to the dentist......]

pagi tadi, aku g paka sbb nak pegi jumpe dentist. mak aku kate d paka ni ade sorang dentist bagus. Dr Norleeda rasenye nama....Klinik Pergigin Norleeda. sebenarnye, aku malas nk pegi jumpe dentist ni. ingt ske ke org main gerudi mulut, gigi kite.....tp, terpakse, sbb gigi aku dah ade berlubang....eheheh. bese ah, aku dah braper tahun x g jumpe dentist yg secare proper. stakat dentist yg datang d skoloh setiap tahun tuh....gigi aku sokmo terlepas dr sebarang rawatan....

aku g paka dgn ayah aku. dia drop aku d depan klinik, bagi duit rm100...aku pon pegi le....x penah g sebelum ni buat rawatan gigi kat situ. last time aku jumpe dentist ialah semasa aku darjah 4....d sebuah klinik gigii d kerteh ni. aku pegi ke kaunter, daftar nama, kabo nak tampal gigi n buat scaling....ceh, rilek je kabo nk wak scaling. padahal seumur hidup aku dok penoh2 wak scaling.....mak aku kabo dok sakit pon. aku dengan perasaan slambe g masuk bilik doktor tuh....ingt dok sakit sungguh..........



aku kabo ke doktor tu nak tampal gigi...mula2 dia korek2 gigi...rase dah ngilu2 skek, tp x sakit...tp, stat je dia gerudi gigi yg berlubang tuh untuk bersihkan gigi tu....ngilu sampai ke rahang2 aku....terkejut aku yg sebegitu rupenye sakitnye.....mmg aku dok sangka. ingt sekejp je digerudi gigi nih, rupenya lame.tgh2 dia gerudi tu, aku terbau hangit, ingtkan ape, rupenya tu lah bau gigi yg hangit digerudi.....uwek..!!......

' gigi awak ni lembut sgt. mcm x cukup kalsium'.....

tgh sakit2 tu, bulih lg aku tersengih. ade ye kabo dok cukup kalsium. mmg aku jenis kurang minat susu, tp mnde tenusu lain aku on je....aku mntak doktor tu tampal dgnn tampalan putih [ceramic], sbbnya kalu tampalan hitam tu, mak aku kabo ia mengandungi bahan raksa...mmg bahaya. aku blaja d skolah, raksa ni malahan bulih meneyebabkan kemandulan kepada manusia...selepas, aku ingt dlm hampir setengah jam...baru la siap proses penampalan gigi....


ni gambar dr web, ngeri tgk......hahah


selepas tu, bermulalah mimpi ngeri aku. proses scaling gigi [bersih gigi] pon bermula....mmg aku tahu yg dia kikis karang2 gigi yg ade di sekeliling gigi berdekatan dgn gusi...berdarah sikit tu perkara biasa. tp aku rase sakit mbeng....mcm ditoreh pisau ke gusi aku....berair mate aku....sakit!!! tp aku senyap je, dok kabo mnde ke doktor tu.mulut dah stat bau hanyir2 darah dah.... lepas siap scaling gigi atas, doktor bagi aku kumur sekejap. aku pon ludah.....merah menyala darah.....macam aku kene santau mnde.....heh. mmg x normal darah banyak tu. aku tgk geng aku kene scaling dgn dentist yg mari ke sekolah pon, x berdarah hanyar gtu. pahtu diteruskn proses scaling ubtk gigi bwh....aku dlm hati....

'cepat le siap...dok tahan doh tetelan darah banyak dah...nk muntah brase....'


-gambar hiasan sahaja-

lepas tu, siap la sumenye. doktor tu kate aku ni ade masalah gusi. mmg beno pon. aku setiap kali gosok gigi, bile ludah ubat gigi tu, x sah kalu x warne merah...berdarah aje....

'gigi dgn gusi awak x kuat. x cukup kalsium dgn vitamin c. ni kalau nanti baru beranak sorang dah x tahan dah gigi,......'

hahah. alamatnye, aku pakai gigi palsu awal la ni........info berguna untk masa hadapan.....bile nak bayar, terkejut jgk dengar harga. RM 205.00.......nasib baik ayah aku ade duk lepak d tempat menunggu....g mntak lagi duit, x cukup.....ngeri2...td aku tdo petang, termimpi yg gigi aku kene gerudi lg. dasyat efect g dentist hari ni. hahah. sampai sekarang aku masih terbau bau gigi hangit. nak termuntah bile ingat.......

Monday, April 26, 2010

media hari ini...!!

semenjak aku habis sekolah ni, baru aku sedar betapa dasyatnya media2 masa kini diperguna oleh kerajaan, atau dlm kata lain, media2 ini bersekongkol dgn kerajaan untuk meracuni fikiran rakyat. hinggakan rakyat kite macam buta dgn kebenaran. kite yg lepas2 abih sekolah ni, hanya duk dumoh, bukak tv......dasyat2. tp aku rase, tahun 2010 ni, koho dasyat agenda yg dimainkn oleh media bg pihak kerajaan. mcm2 iklan yg diterbitkan untuk tujuan mempromosi kerajaan. smapai xleh nk bilang iklan pasal 1Malaysia......



tapi yg paling aku meluat, rancangan yg diterbitkan pada setiap hari isnin ni, d tv3....rancangan Soal Jawab dgn pengacaranya yg sering mengajukan soalan2 yg mmg berunsur hasutan... tp tu takde plok nak saman bawah akta2 hasutan mane2......sejak akhir2 ni, ramai yg kite dengar lompat parti....kerajaan dgn kerjasama tv3 ambik peluang ni, panggil pok2 yg xde pendirian ni, diberi peluang untuk bersuara selama 1 jam di saluran yg amat ditonton rakyat malaysia kita....melalui situlah rakyat menyimpulkan pelbagai anggapan mereka terhadap PR khususnya, [sbb mmg rancangan ni tujuannya aku tgk nak burukkan PR]. rakyat malaysia kalu yg mikir, kepale otak bijak, xkan terima bulat2 dr satu sumber sahaje.....internet sebenarnye merupakan saluran informasi terbaik buat rakyat yg mahukan perkara sebenar.....!! antara media yg aku rase sgt2 telus.....MalaysiaKini.....mmg kalu follow, xkan termakan dgn perkara bohong!! jadi, rakyat malaysia sekelian, jadilah rakyat yg bijak...!!!!! jgn diikut ke tv dgn surat khabar-surat khabar harian skrg ni.... hakikat politik kehidupan masih luas untuk diterokai kebenarannya...

nExt stEp is........




lame dah x blogging...banyak perkara yg terjadi lately. luse aku br nak test JPJ untuk ambik lesen P, akhirnya.....sebenarnye proses aku blajar kerete tuh dicepatkan sbb kkg nak g masuk matrik plok. 16 march baru ni keputusan permohonan kemasukan ke matrikulasi sesi 2010 diumumkan. tup2...dpt tahu aku bulih g matrik p.pinang.




terkejut besar aku. x pernah2 aku mntak nk pegi sejauh itu. rupenya, majoriti awok2 bio smkaka dapat situ jugak. bile ppikir2, klako pulok rase. jadi mcm sekelas pulak ah dinu kkg.....tp aku x pasti g nak g ke x matrik tu. tunggu result UPU dulu.....kalu bulih upu, aku g hok tu la kot....heheh, x sabar rase nak g blajar semula. lame mane dah tinggal suasana belajar, kelas, sibuk2 gtu,.....tangan pon dah terketar-ketar nak menulis. tulisan jadik huduh abih sebab lame beno dok menulis. hahah.





bile tgk gambo2 nih, puas hati la jugok.....napok mcm ok jugak tempat ni....xpe2, asal ade court tenis...heheh, bulih la aku lepas perasaan di situ.....

Sunday, April 11, 2010

lo0ks LikE it's gonna bE seriUs....

br ni, aku ngan mak dan ayah aku g ke kuantan untuk ke KMC....sbbnya, nak attend temujanji mama dgn doktor untuk rawatan susulan selepas bersalin. sementara menunggu mak aku pegi jumpe doktor, ayah aku g jln2 d Mega Mall yg terletak bersebelahan dgn KMC tuh...katanye hendak ke kedai buku nk carik buku skek.... balik aje dr kedai buku tuh, ayah aku dah belikan aku sebuah buku tentang doktor2 ni. tajuknya,...'kerjaya sebagai seorang doktor perubatan'...aku mmg terkejut. tak sangka yg mak dan ayah aku bmmg betul2 serius nkk suruh aku jadi seorang doktor...hahah. aku ketawa besar bile ayah aku hulur buku tu ke aku.. mula2 aku rase mcm malas mbeng nak bace buku tuh.. pahtu, sehelai2 aku belek, x la teruk sgt pengisian bukunya.....elok juga....buku tu mmg sesuai untuk budak2 lepasan spm yg nak teruskan pengajian dalam bidang kedoktoran [perubatan]. aku le tu...




dlmnya, ada disenaraikan universiti2 tempatan dan luar negara yg menawarkan course perubatan. ikut hati, mmg rase berminat nak g sambung belajar di luar negara, tp, bile pikir2 semula, x payah la...susah. sbb kite ni pempuan. kalu lelaki senang. xpe la, blaja dlm negara aje.....apa yg kite rugi hanyalah pengalaman hidup berdikari serta bersosial yg lebih luas, tu je.....
lagipon, kalu aku g blaja jauh2, nnti adik aku x knl mane aku. mesti jadi x rapat...hahah. xpe la. blaja di malaysia, senang dpt jenguk2 rumah, jenguk2 mak ayah....jenguk2 kucing...heheh.

Saturday, April 3, 2010

[ FiKir2.........]



kerja sebagai seorang doktor sememangnya mencabar....ape xnye, kite terpaksa bermain dgn nyawa manusia. semua tindak tanduk yg dilakukan oleh seorang doktor, terdapat padanya risiko yg teramat besar untuk ditanggung....kalu aku, kalau insya-Allah satu hari nanti jd seorang yg bergelar doktor benda pertama yg paling aku takuti ialah mcm mane aku hadapi saatnya di mana aku gagal menyelamatkan satu nyawa.....aku fikir mesti setiap doktor akn menghadapi 'kali pertama' mereka gagal menyelamatkn nyawa seseorang. mcm mane agaknya aku akn respond terhadap situasi tu nanti....aku anggap tindakan aku tu seolah-olah dah bunuhnya...




tapi, yg aku bimbang skrg, masyarakat kite dah buat main2 dgn profesion sbg doktor nih... baru ni aku ke hospital kemaman untuk rujuk kes adik aku yg br lahir sbb dia kene jaundis tuh. aku ikut sekali masuk ke bilik doktornye...first impression aku terhadap doktor ni..' di x lyk jd doktor'!!seorang doktor, walau di mana pon dia berkhidmat, hospital kerajaan, swasta mahupun di kawasan2 seperti tapak bencana dsb, dia kene tunjuk profesionalisme sebagai seorang doktor....si doktor yg aattend adik aku nih kami masuk bilik tuh, tgk dia sedang duduk ats kerusinyya bersilang kaki, di sudut bilik ade seorang pempuan [betine] yg kelihatannya baru lepas borak dgn si doktor....doktor tu mcm robot...


'sakit ape'
'ow, berat lahir brape...'
'lahir cukup bulan?...'
' ok, nurse...tolong......bla x 10....'
......dan beberapa patah perkataan lagi yg aku x brape ingt dah dia ckp.....

kerje2 lain, nurse yg handle......kesian aku tgk nurse tu,...kene bekerja dgn doktor sebegitu....aku x pernah jumpe doktor se'haprak' itu.....x payah jd doktor la senang!!!tp, walaubagaimanapun, masih ada ramai lagi doktor2 di luar sana yg punyai komitmen yg amat2 positif terhadap kerja mereka....mcm tu la, 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..'

Sunday, March 28, 2010

Jaundice (kuning)...(profesion kedoktoran.......challenging!]


Hari ke-8, bacaan bilirubin dlm darah, 295. 40 bilangan melebihi bacaan sepatutnya iaitu 255 bersesuaian dgn condition baby. Kesian, susah pulak kene msk wad. Sian lg ke mama.. Koho tension duk d wad tuh... Tp xpe, insya-Allah, lps sakit kuning ni dah drawat, xde ape concerning condition lg. Bulih gentel adik puas2..hahah. 


Ak rase, ade hikmat yg Allah sediakn d sbalik semua yg berlaku sejak akhir2 ni. Dah dkt 1 bulan aku hbskn masa dlm kalangan komuniti perubatan, hospital dsb. Mcm2 ak blajar... Aku akn kongsi sedikit sebanyak ilmu dn pengalaman yg aku peroleh dr sepanjang pemerhatian aku terhadap profesion sbg seorang yg digelar 'DOKTOR'........comin so0n.

Saturday, March 27, 2010

Kepincangan pale hotak msyrkt skrg...!!


Adakah ini 'modal insan' yg 'mereka' nk bentuk untk negara? Minah2 rempit...?? Sungguh ak dok caye, bnde sebegini bodoh bulih wujud dlm komuniti msyrkt aku? Gadis2 remaje, dgn muka sronok menuju ke program kehancuran trsbt....bahana!

New arrival..


Alhamdulillah, akhirnya lahir juga ke dunia. Tp, usia br 36 minggu. Sepanjang mggu ni, kije ak mmg menjaga adik selain kene urus mcm2 bnde lain. So, xde masa nk wak entry2 baru ke blog nih.

Buat masa skrg, sedang menghrp untk yg terbaik buat sume... Insya-Allah.

Saturday, March 13, 2010

Bugs


Tdo...

Thursday, March 11, 2010

SPM, Alhamdulillah............

xde ape boleh diucap............walaupun x dpt stret A, aku syukur sgt2 dah dpt 9A. result aku lebih kurang result trial spm dulu. td kat skolah, calon2 spm yg dpt stret A dan 9A kene ambik anugerah d pentas. kebetulan aku pakai selipar adik aku yg ala2 slipa jepun....kene marah ngan cg rokiah n cg zahariah. ade cg siap bagi aku try kasut tumit ye lg...heheh, aku ni kaki giant, saiz 9... aku pon sumbt je la kaki. mmg x muat. cg zahariah suruh aku tebeng gok sumbat kaki. nok tegelak aku. aku kbo ke cg, kang koyak slipar cg nih....heheh.
last skali, aku kabo ke cg aku nk g carik slipar lain....lepas 3-4 minit, aku rase mcm malas nk g ambik. aku suruh bdak form 5 ganti aku....lepas tu, 2-3 kali tembung ngan cg rokiah. marah aku. heh, aku senyum je la.....last2, aku g amek hadiah tu kt back stage. pelik sgt rase td, bese le...lame x jumpe junior2, cikgu2......junior2 tuh dok abih2 mintok aku krepek....dok ingat la plok nok beli skek on the way pegi td...hahah. sori.



time nk ambik slip, cg tu duk analisis dulu result aku. cg zambala kabo, aku ni main bnyk sgt, tgk, add math dah B......patu, cg man plok geleng2 kepale kabo, gane fizik awok bulih A-.........
heh, add math tu aku syukur mbeng bulih B, ingat da bulih C, dok pon D....Fizik plok, se sbb aku wak pilihan soalan salah, se g sbb aku saloh wak eksperimen [psl compression spring, aku g wak extension]....hape la.....

ape2 pon, aku puas hati.....Insya-Allah, lepas nih, bile dah masuk matrix atau u, aku akn usaha lebih lagi...........

Tuesday, March 9, 2010

TRAGEDI di Pusat Sains Negara

2 hari sebelum kluo result........


entah kenape, mlm td aku x bulih tido. mcm2 perkara aku terfikir, bnde utama yg ganggu fikiran, result spm yg akn kluo khamis nih. mmg xleh nak tdo langsung....debo pnye pasal. tibe2, ntaah mcm mane, aku teringat satu perkara yg amat2 menggelikan hati, sampai aku x sanggup nk ingat smula. ngeri pulak teringat, mlm td aku sengih sorang2 di kala org lain dah nyenyak tdo....pukul 2 mlm..hahah.

kejadian tu berlaku sewaktu aku berada di tingkatan 3. aku g lawatan sambil belajar [LASBELA]...hari tu hari ke-3 lawatan. tempatt yg kami akn pergi tuh antara tempat terakhir dlm perancangan destinasi kami. Pusat Sains Negara [PSN]...






mmg semangat mbeng nk massuk...dr kecik aku berangan nk g sini. sepanjang lawatan ke PSN tuh, mmg tumpuan aku x teralih langsung....ramai juga pengunjung2 lain pada hari tu. budaak2 sekolah yg ramai. sekolah tadika pon ade.....canggih tadika leni..heh


kemudian, terjadilah satu kejadian. aku jalan ngan kawan2 aku se-group. masuk kawasan bahan pameran FUTURISTIC...so far so good..kawan2 aku main try mesin timbang berat dan tinggi moden...heh. siap ade suara lg kabo result ke kite...aku pon melilau masuk lebih ke dlm...tiba2.........


aku ternampak satu bahan pameran nih, mmg betol2 menarik minat...tanpa berfikir panjang, aku terus 'meluru' ke arah objek pameran tersebut, dlm kelajuan seorang yg berjalan kaki dgn penuh exitement.tiba2, "BOOM"....kepala aku rase sakit, berpinar-pinar pandangan mata....2-3 saat, aku cube stabilkan diri. selepas tu, baru aku sedar ape yg telah terjadi....

aku dah langgar cermin yg menyimpan bahan pameran tu.......

untuk cover malu, aku terus buat olok2 marah ke kwn aku, Shidah, yg tengah main tekan2 butang2 kaat satu alat nih...'weh, rosok kkg...'
hahah....aku pon tinjau kawasan sekeliling, tgk kalu2 ade org terperasan apa yg telah terjadi dlm 10 saat lalu...aku nampak ade 2 org bdok laki skoloh aku...berlegar d sekitar tu...act diorang mcm bese je...jd aku x syak mnde...lega. tp, malangnya, group pengunjung bdok2 tadika tuh, tgk pelik aje ke aku....hahah, kantoi...aku wak bese dan terus ajak shidh g tempat lain [dgn kepalasakit, pandangan berpinar, kaki rasa x jejak ats lantai...mcm jln ats angin]

sepanjang menunggu masa untuk naik ke bas smula, aku tahan sakit je....hampir2 rasa nak pitam. Alhamdulillah, aku survive sampai dlm bas. mase tgh travell ats bas, aku tdo sepanjang perjalanan. aku, yg jenis x tdo time travell.....tdo sepanjang perjalanan. time berhenti nk solat maghrib di masjid kt kemaman....aku rase mcm x brape waras pon solat...aku ade cerite ke geng2 aku 2-3 org....ske je lake2...aku pon mulanya gelak besar kke diri sendiri....tapi...




2 hari lepas pulang dr lawatan tu time aku ngan kawan2 dlm perjalanan pulang dr sekolah menuju ke asrama, hidung aku stat bleeding...banyak....lame mane aku tadah darah nak bulih ke sampai ke tandas asrama....aku mula rase ade yg x kene...kepale pon x berhenti-henti berdenyut....last2, akhir minggu tu, aku mintak balik nk g klinik ngan mak ayah aku. g klnik, kene refer ke speciallist. aku g Kuantan Speciallist Hospital...x cukup aku malu kene cerita hal sebenar ke doktor kt klinik td, sambung pulak cerite ke doktor speciallist nih.....maluuu....aku buat CT Scan, dan result nya ok je...cume ade banyak cecair kt left nasal cavity...doktor tu kate, eventually, ia akn keluar jugak dlm bentuk antaranya, bleeding hidung tu la....heh..





dan teruskan hidup secara normal sampai aku abih pekse pmr....dan masuk ting 4....time form 4, buat hal pulak...hidung aku sgt kerap bleeding. ade tu sampai setiap hari nose bleed, hingga 5 hari....mungkin itu yg effect 'perlanggaran' time aku form 3 tuh...
ape2 pon, aku amat2 bersyukur kepad ALLAH kerana x jd ape2....dah le time tu tahun pekse pmr....harapan aku, aku nk g skali lg ke PSN tu, nk tgk betol2 objek ape yg menjadi penyebab semua ini....

Friday, March 5, 2010

Penuhi Impian BERKELAH



petang td, teman afiq berkelah bawah pokok mata kucing, tepi rumah. best jugak. afiq yg nak sangat. semalam dah tolong bersihkan bawah pokok tu, sapu2 daun kering. pokok mate kucing tuh dah stat musim buah dia......sambil berkelah, sambil makan buah mata kucing. petik terus dr pokok.....seronok jugak. menikmati pemandangan indah sambil disapa angin sepoi2 bahase,.....


buggie si kucing pon join jugak.....duk lepak sambil tinjau langit. petang tu bnyk burung helang laut berterbangan d langit....bunyi yg dikeluarkn mmg pelik....bunyi merengek mcm bayi....heh

butterflies in ma tummy.....

result nmpaknya konfem kluo 11 mac nih.......mmg sume org rase bedebo, tp aku x sangka aku pon debo lebih....gane result aku nanti agaknye.....??? aku x kisah sebenanye gane2 pon result aku turn out to be. yg membimbangkan ialah reaksi org lain, mak ayah, cg2....kawan2......

rase berat sgt nk hadapi 11 mac tu nnti.....kalu result ok [Insya-Allah], aku x yah nk mikir kebarangkalian reaksi org....tp kalu result x bape ok, x sanggup rase nk hadapi sume org...rasa lebih baik kurung diri dlm bilik sorang....ntah le. harap2, sume kawan2 aku x kire smkaka, atau mane2 pon, dpt result yg menggembirakan sume..............Insya-Allah.



Monday, March 1, 2010

x saba...........

rindu mbeng nok main tenis.....raket aku di rumah ni, talinye dah nak reput sbb lame sgt x gune. petang2 aku hanya bulih katok2 bola ke rumput aje......xde court nak main...kalu ade pon, xde geng nok main ngan kite.........

dok sabo nok masuk matrik ke, .....u ke....nok sambung main...!!!!


kalu dulu time skoloh2, sokmo bulih g turun main kat court tenis sekolah. sekarang ni plok, ade court tenis baru dibina kat kawasan padang depan smkaka.....siap berpagar lengkap.....mmg sdp tembor ke situ....

ingat lg, dulu sokmo gaduh nga awok silat....brebut court,......ntah le, aku pon x paham knape silat nok jugok wak latihan kt court tenis.......mekang gok kadang.....heh, cite zmn skoloh...

ape2 pon....mmg dah x saba nak main tenis smula.......

Thursday, February 25, 2010

resuLts....when's it gonna be....

feelin really stressed. dunno when's the spm results comming out. there's one time when people said that it's gonna be out on the 25 of february, then somebody told me that its out on the 1st of march....and neither of those informations were correct. just cant help myself from being really nervous. i wonder how my results would turn out.... also felt nervous to go back to school. how may i react when me and my friends rounded up all together. well, it has been quite a long time since we all last met each other. that's for me for not going to the reunion they have planned several weeks before....



i really wonder how is my beloved school goin on nowadays. but, pretty sure its goin magnificently well. heh, hearing from those juniors, i think its not much of a worry to me..



the thing that's for sure, the school's gettin much more fancier and beautiful by days.....heh. cant wait to see.....

i'm actually really nervous to meet my teachers again. well, i'm not that kind of a good student back in my school days. always trouble...anyway, i do hope all my beloved teachers to accept my most sincere apologies to them. i admit that i'm sumtimes a jerk...but not every time. by all means, i apologize for all the silly mistakes i had done during my not-so-matured school days.......

Wednesday, February 24, 2010

.:. Balaslah Kejahatan Dengan Kebaikan .:.

Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata, "Wahai saudaraku janganlah kamu dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya."


Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.

Setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar Radhiallahu Anhu (RA) berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja."

"Apakah itu?", tanya Abu Bakar RA.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana," kata Aisyah.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.

Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapkan nasi, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?"

Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," jawab si pengemis buta itu.

"Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan aku tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut," pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW."

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar RA, dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku walau sedikit pun, malah dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia.."

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar RA.

- Artikel iluvislam.com

sCrAps...........

i'm currently building something out of craps from my brother's old toys. i'm not pretty sure what exactly it is, but i'm sure ideas will come.....the truth is, its just some free-time activity for me. however, the building process has been stopped for a while...i had to take care of my pregnant mother. being warded for 4 days...anyway, it'll be on the move just around the corner.....









Saturday, February 20, 2010

reaLLy conFuSed.......

every morning, i woke up, help my lil bro to prepare himself for school, and sometimes had to help my mom to bring her school stuff into the car...after all of them were out on their own bussiness, i would pleasurely went back to my room, land my lazy self onto the comfy bed, talked some silly things to my cat who was lying on the couch, yawning with his paws stretched.....i looked outside through the windows. it was gloomy outside. the sun has not fully rose up. then i would thought the same thing that I've been thinking everyday for the past two months since i ended my SPM exams......




' what am i'm goin to be when i grow up???what is my future?? '


the tought keeps bugging me everyday, anytime....the closer it gets for me to receive my exam results, my worries make me a bit insane. by the time i get my results, that's the moment for me to decide what course am i goin to go for. is it gonna be medic, or is it gona be engineering. after thinkin it over and over for the past 2 months, i seriously think that it would be the best for me to make a go for the medical field.....but what's gonna happen to my love towards machines and their stuff?? looks like i'm gonna just let it go, just love it only for some crazy hobby....

it suddenly came to me that i have to be a doctor. i have to learn to save people's lives. i must......it would be a greaaat regret for me one day when i'm not able to help people as i'm just playing around machines that cannot promise the world and humanity any happiness in their lives......i suddenly thought that these machines could probably cause chaos to the world someday....as the future savior, i hold the heavy responsibility to help and save people's precious lives........


and, thankfully.. i've been able to continue my morning sleep after that with zero nightmares..........

Friday, February 12, 2010

"HOBO time......."

sempena dgn sume adek beradik aku nk blk rumoh lake sbb cuti raye china ni, aku kene mandikan Si BugGie, kucing aku yg nakal tu. kene le bersih wangi nok jupe ngan bdok2 tuh....sbb nanti ye jd mangsa kene peluk nga awok2 tuh.....jd, tugas aku kene mandikan dia.....mcm2 bende serba x kene dgn kucing aku seko ni....kaki ye terpijak cat, nasib baek cat kale putih. lengan luke. kening xde sebelah disebabkn luke ketika bergadoh mempertahankan kawasannya. besenye, buggie akan duduk ats tempat sampah dan meninjau kalu2 ade kucing jantan lain mari menceroboh kawasannya. mcm ke pok jaga.....hahah....abih rosok....


- kening xde sebeloh....


- kaki kene cat,.........


-tangan luke...

jadi, aku pon stat le aktiviti nk mandikan seko ni......kurung dlm bilik air dulu, hahah. menangis kawan tu.....ketakutan gamoknye.....aku siram ye, pahtu syampoo kn dgn syampoo kutu 'HOBO' ......hahah.....wangi skejap natang tuh......


- buggie ketakutan....



- wak muke sedih nk mntk belas kasihan org...hahah. x kire, kene mandi gok!!


-sabun HOBO.....


lps mandi aje, bile wi kluo rumoh, pegi begolek ats pasir.....hape kejadah...!!!!! wak letih aku je......

'pRojek beLaLang' afiq.....

satu lg idea kreatif adik aku, afiq. mulenye, nk buat eksperimen belalang aje. die ade tangkap seko belalang. kononnye, nk wak eksperimen ikut buku sains die.....asal2, ye letok seko belalang malang tu dlm bekas kuih aje....sekse aku tgk belalang seko tu.....sempit dunianya.....aku pon buatkn la satu rumah belalang ke bdok tu. aku amek akuarium lame hok doh hampir berkarat belakang rumoh, aku basuh2 bersihkan. pahtu, aku amek kepingan2 rumput dengan tanah2 nye sekali, jadikan base dlm 'rumah belalang' tuh. patu aku wak kolam ke belalang2 tu....mcm hape je. aku buat letih2, aku mntk tolong ye g ambikkan gunting pon susoh.....blebe banyok...huh.. belalang nye br ade 3-4 eko............rumoh bkn main....







esoknya, aku intai2 le ke dalam rumah belalang tuh. hidup ke lg nye belalang2 tuh. mak aku tgk sebelumnya, kate " xde pon napok belalang barang seko abuk pong".....hahaha. aku pon g tinjau. mase tu adek aku g smayang jumaat. ake napok le seko belalang warne ijau tgh bertenggek ats daun rumput,,.....tgh mengunyah rumput. aku cepat2 amek gamba belalang tu, kkg bulih dijadikan bukti yg prijek belalang afiq nih tak gagal....ahahah